Monday, March 6, 2017

Taubat di Penghujung Usia dengan Kembali Aktif Berpolitik

Dari facebook fanpage Mukhriz Mahathir, mantan Perdana Menteri menyahut cabaran Nazri Aziz seorang Menteri dari UMNO yang sebelum ini mencabar beliau untuk bertanding di Padang Rengas semasa pilihanraya nanti.Jawapan Mahathir walau bagaimanapun menunjukkan beliau tak berminat nak bertanding di kubu kuat Nazri itu, sebaliknya Mahathir mengajak Nazri berentap di Langkawi. Mahathir dilihat mempunyai keyakinan tinggi yang orang-orang Langkawi pasti menyokong beliau.

“Mengapa dia mahu saya pergi ke tempatnya? Datanglah ke tempat saya."

Nampaknya, Mahathir termakan dengan umpan Nazri apabila membuat kenyataan balas seperti itu. Sebelum ini kita boleh agak, cabaran Nazri kepada Mahathir itu semata-mata hanyalah untuk tujuan 'mengusik' . Al-maklumlah, semua orang pun tahu, mana-mana ahli politik pun takkan berani nak bertanding di kubu kuat parti lawan . Kalau bertanding juga, ertinya samada ahli politik tu orang yang baru nak naik, atau sekadar mencukupkan syarat. Mahathir pula ada kelas beliau tersendiri, beliau pemimpin parti tertinggi. Malu lah kat anak buah kalau kalah bertanding pilihanraya. 




Respon Mahathir mengajak Nazri bertanding di Langkawi menunjukkan isyarat seolah-olah beliau berminat nak bertanding di parlimen itu semasa pilihanraya kelak. Kita pun tahu, sebelum ini PPBM Langkawi dijaga rapi oleh salah seorang penaja kontroversi parti itu Anina Saadudin, namun setelah dicaras , Anina terpaksa menyepi diri dan memberi laluan kepada Mahathir yang kini menjadi ketua bahagian PPBM Langkawi. Di usia 91 tahun, cita-cita Mahathir sangat tinggi dalam politik. Peluang di penghujung usia yang panjang dianugerahkan Allah swt kepada Mahathir digunakan untuk terus berpolitik.

Bukan kita nak menjadi juruaudit ibadah seseorang itu, ajal maut di tangan tuhan namun apa yang berlaku kini dilihat seolah-olah tiada pemimpin lapisan dalam PPBM yang berkaliber sehingga masa Mahathir untuk beribadah selepas bersara dari politik terganggu, hingga terpaksa menerajui parti yang baru ditubuhkan demi menjatuhkan Najib dari terus memimpin negara ini. Semua pun tahu dengan bersahabat dan berdiri bersama-sama pembangkang, Mahathir dilihat telah 'insaf' dari segala perbuatan beliau sepanjang menjadi Presiden UMNO, ini yang penyokong-penyokong beliau dari kalangan pembangkang faham. 

Namun kesempatan untuk 'bertaubat' digunakan untuk terus berpolitik supaya nampak bersih di mata manusia. Pun begitu kita pernah dengar sekiranya ada kesalahan atau penganiayaan dibuat keatas manusia lain oleh seseorang itu, dosa beliau hanya terampun sekiranya manusia berkenaan mengampunkan beliau . Jadi kita tertanya-tanya sudahkan Anwar, Lim Kit Siang dan lain-lain individu (ISA) yang teraniaya semasa Mahathir menjadi PM telah memaafkan beliau ? Dan kita pun tahu selama ini Mahathir tidak pernah secara terbuka mengakui kesalahan atau kononnya penganiayaan yang dibuat beliau, terutama kepada Anwar . Dendam yang dipendam 'kawan-kawan baru' Mahathir ini mungkin sementara saja dan akan dikorek kembali bila tiba masanya.  

5 comments:

  1. hahaha...blogger UMNGOK semua sdh panas punggng..lepas TM tunjuk bukti forest city MO1 menipu...semua x jawab..asyik dok kona isu lain..
    puak ni mana ada idea nak jawap..
    rakyat tggu nak dengar..

    ReplyDelete
  2. “Mengapa dia mahu saya pergi ke tempatnya? Datanglah ke tempat saya."
    TM baru ckp mcm ni semua cai dan pendedak umngok dah terkejut beruk..
    TM cakap je blm tentu nak bertanding semula..ngok

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau berani, sahutlah cabaran orang yang mencabar. bukan mengelak dengan melakukan cabaran yang sama tapi tempat berlainan. ni bukan berani tapi mengelak. betul apa yang dia kata, pemandu yang bijak ialah yang pandai buat u-turn.

      Delete
  3. Blogger UMNOnok ini yang medti bertaubat!!!

    Berhenti dari menfitnah mencaci dan menghina!!

    Blogger ini mesti herhenti jadi Musibat Agong!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus nasihat kau.
      tapi adalah lebih elok kau juga nasihatkan diri sendiri jangan mengutuk, menghina dan mencaci. dari ayat2 kau masih wujud unsur cacian. moga kau tidak teralpa.

      Delete