Thursday, March 9, 2017

Isu Provokasi Korea Utara , Muhyiddin 'Cemburu' Dengan Najib kah ?

Dah jadi krisis dengan Korea Utara ni, ramai yang setuju dengan tindakan yang diambil Najib Razak termasuk dari MP Pembangkang sendiri . Tiba-tiba ada ex-UMNO ni , otak fikir 24 jam politik . Muhyiddin Yassin , Presiden Bersatu menggelabah tak tentu pasal ,seolah-olah dituju pada Najib supaya janga ekploitasikan isu dengan Korea Utara ni untuk 'mileage' politik . Apa punya 'paranoid' la Muhyiddin ni, dah tua pun fikiran tak dapat nak bezakan politik dan kepentingan negara . Nampaknya dalam hal ni, pemimpin-pemimpin lain pembangkang dari DAP, PKR dan PAS nampak lebih matang dalam soal ni.

"Kami berharap semua pihak tidak akan menggunakan perbalahan diplomatik ini sebagai alat politik untuk agenda politik mereka,"

Apa si Muhyiddin ni fikirkan sebenarnya ? Kalau jadi apa-apa dekat 11 orang rakyat Malaysia kat Korea Utara tu, siapa yang akan terlebih dulu disalahkan ?? Najibbbb lagii , tak buat itu dan ini pun Najibbb jugak . Bila buat tindakan diplomasi yang nampak bijak ,hingga dapat pujian dari Korea Selatan, China dan US pun depa menggelupur . Katanya untuk kepentingan politik . Sampai bila nak dikaitkan semua-nya dengan politik la ?

Muhyiddin tak perlu jeles atau menggelupur bila tengok Najib boleh selesaikan hal Korea Utara ni , dulu Najib berjaya selesaikan juga hal-hal lain melibatkan negara ni, MH17, Lahad Datu, dan banyak lagi penglibatan beliau dalam jadi pendamai . Ada kerja belakang tabir yang dibuat Najib dan tak diheboh-hebohkan pada rakyat, cuma bila semua dah selesai baru lah diperkatakan orang-orang sekeliling Najib yang terlibat. Tak apa kalau nak benci Najib pun, soal hati dan perasaan tak boleh dipaksa , tapi sekurang-kurangnya akui dan percaya lah dengan kebolehan Najib dalam berdiplomasi dengan negara-negara luar.

Sekarang ni masa untuk menyatu padukan rakyat, bukan masa untuk memperlekehkan tindakan kerajaan. Come on lah ... be positive once in a blue moon . Akhir sekali, pendapat aku lah ... parti-parti pembangkang elok jauhkan diri dari parti PPBM ini, depa ni bakal jadi punca gaduh sesama pembangkang masa PRU-14 nanti .

2 comments:

  1. Be Da Man!!!

    Bo Dek Man!!!

    ReplyDelete
  2. Rakyat akan bersatu dlm apa jua keadaan yg mengganggu gugat kesejahteraan dan keselamatan negara..

    Bahkan jika blaku sesuatu bencana yg tdk diduga jg rakyat akan bersatu..

    Ini bkn saja tertakluk kpd isu seperti mh370, mh17 dan terbaru kes bkaitan isu dgn korea utara..

    Malah, kes 1mdb.. Kes 2.6 billion.. Kes src 42 juta..

    Jika, nk masuk kan sekali kes forex atau bmf pun boleh.. Tiada masalah

    So, tuan blogger jgn lar memilih isu yer.. Nampak jelas membodek nye.

    Oo yer.. Jika dh ada laporan dan keputusan muktamad.. Maka, publish lar kpd org ramai.. Jgn di OSA kan..

    Barulah rakyat dpt menilai ketelusan pemimpin.. x gitu bi da man..?

    ReplyDelete