Monday, February 13, 2017

Terlalu Ramai Kakitangan Awam Punca Ketidakcekapan Urus Tadbir Kewangan ?

Memetik artikel yang dikeluarkan portal Malaysiakini hari ini, Malaysia dikatakan mempunyai lebih kurang 1.6 juta penjawat awam dan peruntukkan sehingga RM76 billion setahun digunakan bagi tujuan penggajian dan elaun , RM21.6 billion lagi dibelanjakan untuk pencen. Jadi jumlah keseluruhan yang dibelanjakan kerajaan Malaysia untuk penjawat awam berjumlah RM97.6 billion ! Satu jumlah yang agak besar.

Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim dalam kenyataannya berkata, adalah lebih elok kerajaan bertindak mengecilkan saiz perkhidmatan awam selagi termampu. Beliau berkata keadaan akan menjadi sangat serius apabila Malaysia terjerumus dalam krisis kewangan dan kerajaan akan menghadapi masalah pada ketika itu untuk menanggung beban ini.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan JPA Malaysia, jumlah penjawat awam pada tahun 2015 adalah sebanyak 1,268,758 orang. Beerti dari perangkaan terkini, jumlah itu telah meningkat sehingga lebih kurang 300,000 orang.  Kita sedia maklum, majoriti yang menjadi penjawat awam adalah kaum Melayu dan Bumiputera. Dengan mengambilkira alasan jumlah perbelanjaan yang terlalu tinggi untuk penjawat awam, mungkin kita juga perlu ambilkira jumlah yang akan menganggur sekiranya operasi mengurangkan penjawat awam ini dilaksanakan ?

Pada tahun Oktober 2013, wakil parlimen DAP Lim Kit Siang pernah menyatakan nisbah kakitangan awam-penduduk di Malaysia adalah paling tinggi di Asia Pasifik . Malah pada Oktober 2016, seorang lagi ahli parlimen DAP , Tony Pua mengatakan bahawa penjawat awam membebankan kerajaan. Kenyataan yang dikeluarkan hari ini oleh Tan Sri Mohd Sheriff seolah-olah membenarkan kenyataan-kenyataan yang pernah dibuat oleh pemimpin DAP sebelum ini.

Dengan mengambilkira kenyataan-kenyataan yang dibuat ini, adakah kita boleh jangkakan sekiranya Putrajaya diambilalih oleh Pembangkang maka jumlah kakitangan awam akan dikecilkan ? Sekiranya ini berlaku, apa yang kita boleh nampak ialah kadar pengangguran akan meningkat dan majoriti daripadanya adalah Melayu/Bumiputera. Mungkin sekarang penjawat-penjawat awam yang menyokong pembangkang masih tak nampak hal-hal seperti ini. Mereka berasa selamat sekiranya negara ditadbir oleh kuasa baru,kerana katanya harga-harga barangan akan turun .

Namun sejauh manakah kebenaran itu, apa yang paling dibimbangi ialah kos kehidupan akan makin meningkat dan ramai penjawat-penjawat awam pula akan kehilangan kerja dek kerana polisi 'penjimatan' yang dibuat ini. Mungkin ada yang beranggapan ini hanya propaganda nak menakutkan penjawat awam supaya terus mengundi kerajaan BN, namun kalau diteliti kembali arkib2 berita-berita lepas ... memang sebelah 'sana' cukup konsisten dan berulangkali menyebut penjawat awam di Malaysia ni terlalu ramai dan membebankan.

2 comments:

  1. jgn tgk jumlah ramai sahaja.. kaji balik dari jumlah keseluruhan tu kumpulan mana sebenarnya yang paling banyak kedarah peruntukan tu ikut kepala..... org2 bawah ni elaun kecik je.. bil air api semua bayar sendiri.. gaji driver peribadi?? org bawah xde driver peribadi... kalo bonus stengah bulan gaji jusa tu boleh bayar bonus 5-6 orang kerani tau.. tu belum kira elaun keraian, elaun hiburan, bil2 air, elektrik, telefon ribu2 setiap bulan kerajaan bayar.. so si sheriff ni cer bentang brapa peruntukan duit kerajaan tanggung segala gaji elaun kelayakan dan claim diadalam 5 tahun terakhir dia berkhidmat.. dan pencen dia sekali.. just saying bukan jumlah ramai tu sbenarnya masalah tapi benda-benda melampau pengurusan tertinggi ni pun kene tgk balik... in average tanggungan kerajaan utk 1 pegawai tinggi bersamaan dengan 20 kerani so pikir2 lah sikit...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum maaf jika lewat tempat ini saya publikasikan kisah sukses saya.. senang sekali saya bisa menulis dan berbagi kepada teman-teman disini. barangkali ada teman-teman yang sedang kesulitan masalah keuangan. Beberapa waktu yang lalu perusahaan percetakan saya dirundung hutang yang cukup besar. Hal itu di akibatkan melonjaknya harga kertas dan tenaga upah yang harus saya bayar kepada para karyawan saya. Sementara itu beberapa tender yang nilainya cukup besar gagal saya menangkan. Akibatnya saya harus menjaminkan mobil saya untuk meminjam hutang dari bank. Namun hal itu belum cukup menutup devisit perusahaan. Bahkan pada akhirnya rumah beserta isinya sempat saya jaminkan pula untuk menutup semua beban hutang yang sedang dilanda perusahaan. Masalah yang begitu berat bukan mendapat support dari istri justru malah membuat saya bersedih bahkan sikapnya sesekali menunjukan rasa kecewa. Hal itu di sebabkan semua perhiasan yang sempat saya hadiahkan padanya turut saya gadaikan. Disaat itulah saya sempat membaca beberapa situs yang bercerita tentang solusi pesugihan Danah Gaib 3M dari MBAH SUROPALA dan akhirnya saya menghubungi beliau. Kata MBAH SUROPALA pesugihan yang cocok untuk saya adalah pesugihan Danah Gaib. Tanpa pikir panjang semua petunjuk MBAH saya ikuti dan hanya 3 hari. Alhamdulilah akhirnya danah gaib yang saya minta benar benar ada di rekening saya. Perlahan hutang-hutang saya mulai saya lunasi. Perhiasan istri saya yang sempat saya gadaikan kini saya ganti dengan yang lebih bagus dan lebih mahal harganya. Dan yang paling penting bisnis keluarga yang saya warisi tidak jadi koleps. Jika ingin seperti saya silahkan minta bantuan kpd beliau karna cuma beliau yg behasil membantu saya telpon MBAH SUROPALA di nomer +6285~319~483~234 semoga bisa bermanfaat kpd anda.


    ReplyDelete