Friday, January 27, 2017

Skandal Forex Punca Ringgit Jatuh Dari RM2.5/USD hingga RM3.8/USD ?

Pada 2 Jun 2012, satu forum yang dianjurkan Penang Instute di Dewan Sri Pinang membahaskan perihal "Skandal Forex Bank Negara" . Forum itu membariskan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Ketua Pembangkang pada ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Forum itu membicarakan peranan yang dimainkan Bank Negara pada tahun 1992 dalam urusniaga forex yang menyebabkan negara kehilangan sehingga RM30 Billion . Bayangkan berapa besar jumlah RM30 Billion semasa tahun 1992 jika ditukar nilainya ke masa kini ? Dalam forum berkenaan juga dipersoalkan , kenapa sehingga selepas 20 tahun tiada penjelasan atau apa-apa tindakan yang diambil ? Kerajaan pimpinan mantan PM pada ketika itu Mahathir tidak mengambil tindakan secara agresif dalam memberi penjelasan kepada rakyat.

 Bila skandal forex berlaku, ramai yang mempersoalkan , bukan sahaja dari pembangkang malah juga dari penyokong-penyokong kerajaan. Namun dek kerana pada ketika itu, tiada internet, tiada FB dan media arus perdana di kawal oleh kerajaan sepenuhnya. Maka rasa ketidak-puasan hati tidak dapat dilahirkan. Ketika skandal forex berlaku, Anwar Ibrahim masih bersama parti Barisan Nasional dan menjawat jawatan Menteri Kewangan semasa skandal itu berlaku dan sudah tentu beliau tahu banyak berkenaan hal itu,



Merujuk kepada satu artikel yang disiarkan portal Keadilan Daily di url berkaitan perihal forum yang diadakan di Pulau Pinang itu ,

http://www.keadilandaily.com/kjaan-tak-ambil-tindakan-skandal-forex-pada-1992-anwar/ 

Anwar antara lain menyatakan individu utama dalam kes tersebut ialah bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin dan juga Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang mengetuai jabatan perdagangan mawatang di Bank Negara ketika itu. 

“Ini mempamerkan wajah sebenar penyangak dan mereka yang korup dalam mengendalikan wang negara,” katanya yang menambah isu mengenai spekulasi mata wang Yen dan Dollar Amerika bermula sejak 1989 lagi. 

“Akhirnya apabila kehilangan wang negara yang begitu besar berlaku, tiada pihak yang berani untuk membawa ke muka pengadilan spekulator yang bertanggungjawab,” kata beliau. 


 Siapa sangka selepas 6 tahun skandal forex negara, nilai matawang Malaysia yang asalnya 1USD bersamaan lebih kurang RM2.5 terus meningkat mendadak sehingga paras tertinggi RM 4.8 ? Peninggkatan mendadak sehingga 92% ! Pada ketika Najib Razak mengambil-alih pimpinan kerajaan dari Abdullah Badawi, nilai tukaran USD-MYR ialah pada tahun RM3.7/USD dan nilai ringgit terus kukuh pada purata RM3.0/USD dari awal 2011 hingga pertengahan 2013 sebelum disabotaj oleh geng-geng pelaku skandal forex 1992. Namun sehingga kita kejatuhan nilai matawang hanyalah pada tahap 50% jika dibandingkan dengan prestasi terbaik pada 2011 hingga 2013.

Dek kerana mantan PM gemar mengkritik tanpa melihat semula kesilapan-kesilapan yang pernah dilakukan dahulu, maka kini cerita-cerita lama beliau dah dikorek semua . Bahan dah tersedia ada, iaitu bahan-bahan yang disediakan oleh sekutu-sekutu beliau sendiri kini ? Takkan lah DAP , PKR , PAS nak kata bahan-bahan yang dijaja mereka pada satu ketika dulu di ceramah-ceramah hanyalah tipu belaka ? Atau adakah DAP, PAS , PKR nak kata apa yang berlaku hingga menyebabkan secara langsung kehilangan/kerugian RM30 billion duit negara boleh dimaafkan sebab Mahathir kini dah bersama mereka? Tak mustahil soal RM2.6 billion milik 1MDB yang kononnya hilang tu pun boleh dilupakan kalau-kalau Najib Razak berdiri bersama-sama mereka pula ? Munafik sungguh !!

7 comments:

  1. Kes2 Najib di Rompin dan Port Dickson juga akan diberi tayangan semula, khususnya bagi generasi yang belum lahir atau masih budak2 pada masa tersebut. Kemudian anda bolehlah buat ulasan spin.

    ReplyDelete
  2. Tak usahlah nak spin. Waktu itu seluruh asean kena. Kalau tak kerana strategi Dr M, bungkus dah kita.

    ReplyDelete
  3. dah dibentangkan kt parlimen dah pun, siap ade hansard....kes 1mdb dgn src yg masuk dlm akaun peribadi ade ke dibincangkan d parlimen?
    Kurr..kurrr..kurrr

    ReplyDelete
  4. kes 1mdb dan src yg terang2 ada bukti apa citerrr?

    ReplyDelete
  5. JANGAN LUPA PENJENAYAH BMF... YANG TERSEMBUNYI SEBAGAI MUSANG BERBULU AYAM... PANDAI TUN M BUAT KERJA SEPERTI TARIK RAMBUT DALAM TEPUNG, RAMBUT DITARIK TIDAK PUTUS, TEPUNG TIDAK BERSELERAK... WALAUPUN SUDAH BERPULUH TAHUN CERITA DISIMPAN NAMUN ALLAH SWT JUA MAHA BERKUASA, MAHA ADIL DAN MAHA BIJAKSANA. MAKA TAHUN BARU CINA TAHUN AYAM, AIB TUN M DISEBAR DI MUKA BUMI CIPTAAN ALLAH SWT. AKU SEBAGAI HAMBA ALLAH DAN RAKYAT DI MUKA BUMI INI TIDAK MENUDUH TUN M TAPI AKU BERSERAH SAJA KEPADANYA TUHAN MAHA PENCIPTA SEKELIAN ALAM. AAMIIN...

    ReplyDelete
  6. Tun M kata disiasat la najib ada berani untuk di siasat

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum maaf jika lewat tempat ini saya publikasikan kisah sukses saya.. senang sekali saya bisa menulis dan berbagi kepada teman-teman disini. barangkali ada teman-teman yang sedang kesulitan masalah keuangan. Beberapa waktu yang lalu perusahaan percetakan saya dirundung hutang yang cukup besar. Hal itu di akibatkan melonjaknya harga kertas dan tenaga upah yang harus saya bayar kepada para karyawan saya. Sementara itu beberapa tender yang nilainya cukup besar gagal saya menangkan. Akibatnya saya harus menjaminkan mobil saya untuk meminjam hutang dari bank. Namun hal itu belum cukup menutup devisit perusahaan. Bahkan pada akhirnya rumah beserta isinya sempat saya jaminkan pula untuk menutup semua beban hutang yang sedang dilanda perusahaan. Masalah yang begitu berat bukan mendapat support dari istri justru malah membuat saya bersedih bahkan sikapnya sesekali menunjukan rasa kecewa. Hal itu di sebabkan semua perhiasan yang sempat saya hadiahkan padanya turut saya gadaikan. Disaat itulah saya sempat membaca beberapa situs yang bercerita tentang solusi pesugihan Danah Gaib 3M dari MBAH SUROPALA dan akhirnya saya menghubungi beliau. Kata MBAH SUROPALA pesugihan yang cocok untuk saya adalah pesugihan Danah Gaib. Tanpa pikir panjang semua petunjuk MBAH saya ikuti dan hanya 3 hari. Alhamdulilah akhirnya danah gaib yang saya minta benar benar ada di rekening saya. Perlahan hutang-hutang saya mulai saya lunasi. Perhiasan istri saya yang sempat saya gadaikan kini saya ganti dengan yang lebih bagus dan lebih mahal harganya. Dan yang paling penting bisnis keluarga yang saya warisi tidak jadi koleps. Jika ingin seperti saya silahkan minta bantuan kpd beliau karna cuma beliau yg behasil membantu saya telpon MBAH SUROPALA di nomer +6285~319~483~234 semoga bisa bermanfaat kpd anda.


    ReplyDelete