Thursday, June 22, 2017

Nasib Kanak-Kanak Lebih Terbela Hasil Usaha PERMATA

Pada pertengahan bulan Mac 2017, satu usaha telah dilakukan oleh PERMATA bagi memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai jenayah seksual terhadap kanak-kanak. Jenayah seksual terhadap kanak-kanak bukan satu perkara yang baru, banyak kes yang telah berlaku sebelum ini dan ada diantaranya yang tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sesetengah kejadian yang berlaku melibatkan ahli keluarga sendiri dan mungkin kerana faktor ini mangsa iaitu kanak-kanak itu tidak mendapat pembelaan sewajarnya kerana ada dikalangan ahli keluarga memilih untuk tidak membesar-besarkan perkara ini.  Trauma yang dialami kanak-kanak ini akhirnya akan menyerlahkan kesannya apabila beliau dewasa kelak.



Seminar 'Hentikan' adalah usaha PERMATA bagi membela nasib kanak-kanak ini, sesuai dengan niche badan itu yang menumpukan dalam pembangunan secara sihat kanak-kanak negara ini. Seperti yang dilaporkan media, objektif utama seminar yang dicetuskan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ini adalah untuk mendapatkan komitmen semua pihak yang terlibat dalam mencegah dan membasmi jenayah seksual kanak-kanak selain meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai peranan dalam mencegah jenayah itu dan kepentingan dalam mewujudkan akta khas untuk tujuan ini.



Pada 24 March 2017, kabinet telah bersetuju untuk meluluskan cadangan pembentangan Rang Undang Undang Kesalahan-Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017 di Dewan Rakyat pada awal April 2017. Pada 4 April 2017,Rang Undang-Undang Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 diluluskan sebulat suara oleh Dewan Rakyat selepas dua hari dibahaskan. Dan pada hari ini 22 Jun 2017, PM telah merasmikan Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak di Istana Kehakiman Putrajaya. Idea penubuhan Mahkamah ini adalah idea PM sendiri semasa beliau berucap di seminar 'Hentikan' pada Mac 2017. Apa pun kita harapkan dengan penubuhan Mahkamah ini, nasib kanak-kanak lebih terbela.

Tuesday, June 20, 2017

Syed Saddiq 'Bisu' Isu Derma USD 5juta kepada Clinton Foundation

Kalut benar Syed Saddiq, Ketua Armada PPBM bila nama beliau dikaitkan dengan perihal derma USD5 juta dari kem Mahathir kepada Clinton Foundation semasa pemilihan Presiden US tahun lepas.  Syed Saddiq dikatakan terlepas cakap hal berkenaan kepada 3 orang Exco Armada . Dah tentunya, 3 orang Exco itu kini dikatakan sekarang dah jadi tali barut UMNO.

Hari ini Syed Saddiq membuat laporan polis terhadap artikel Raja Petra yang 'memetik' nama beliau sebagai individu yang bertanggungjawab membocorkan perihal derma USD5 juta itu. Menurut artikel-artikel portal berita yang dikeluarkan hari ini, laporan polis berkenaan adalah kerana tuduhan Raja Petra mengatakan beliau terlibat di belakang tabir berhubung kenyataan yang dikeluarkan US DOJ baru-baru ini.

Menurut Syed Saddiq, tuduhan yang dibuat itu tak berasas dan hanyalah 'political diversion' yang cuba dimainkan bagi mengalih tumpuan orang ramai terhadap kenyataan yang dikeluarkan DOJ. Syed Saddiq juga mendakwa , badan kehakiman US itu adalah bebas dan telus, malahan Presiden US, Donald Trump pun tak boleh mengawal DOJ.

Dalam beria-ia Syed Saddiq membuat penafian yang beliau kononnya terlibat dalam 'mengarah' segala tindak tanduk DOJ, beliau dilihat seperti tidak menyentuh dakwaan sumbangan USD5 juta kem Mahathir kepada Clinton Foundation sedangkan kita tahu itu adalah inti pati utama dalam artikel yang dikeluarkan oleh RPK. Lain-lain hal itu hanyalah untuk 'umpan' untuk memancing respond Syed Saddiq dan nampaknya 'umpan' itu mengena hari ini.

Agak pelik bila tiada penafian mengenai sumbangan USD5 juta itu dari Syed Saddiq, malah dari mana-mana individu dari kem Mahathir ? Selalunya kalau ada tuduhan-tuduhan seperti ini, cepat saja Chedet akan mengemaskini blog beliau memperjelaskan isu yang cuba ditimbulkan . Namun dah lepas beberapa hari ini masih tak nampak respon-respon dari team sana?

USD5 juta bukan nilai yang sedikit, segala transaksi mungkin direkodkan kecuali kalau yang menderma tu ada duit 'cash' USD5 juta lah . Sekiranya aliran wang derma USD5 juta itu dapat dikesan dan kem Mahathir buat penafian makan teruklah reputasi mereka. Jadi untuk 'playsafe' mungkin setakat ini tiada apa-apa komen yang dibuat . Mungkin sedang merancang untuk menghilangkan jejak-jejak yang ditinggalkan ?

Sebenarnya, kalau Mahathir nak derma hatta USD10 juta kepada sesiapa pun tak jadi masalah. Cuma mungkin dipersoalkan niat derma itu ? Atas sebab apa ? Kenapa nak bantu calon Presiden sebuah negara yang dah merosakkan banyak negara-negara Islam di dunia ini ? Mungkinkah kerana kepakaran US memang merosakkan negara-negara Islam di dunia ini maka ia jadi pilihan mereka?

Tak kisahlah siapa pun yang menderma, tetapi sekiranya menderma dengan ada niat untuk menjatuhkan kepimpinan sedia ada dengan mengheret campur tangan asing.. itu dah jadi lain macam. Sama macam apa yang pernah Anwar Ibrahim buat dulu ...

Sunday, June 18, 2017

Soros, Mahathir & Khabar Angin 'Sumbangan' US$5 Juta Kempen Clinton

Semasa kempen pilihanraya President US pada tahun lepas, lebih kurang dalam bulan yang sama, serangan-serangan dari luar negara terhadap PM cukup ketara . Istilah MO1 pada ketika itu cukup popular bila satu sidang media dibuat oleh DOJ mengenai dakwaan berlaku penyelewengan  dalam urusniaga 1MDB, beberapa individu dinamakan. 

Kononnya akan berlaku proses rampasan harta, dan pelbagai lagi prosedur undang-undang, namun setelah setahun berlaku tiada apa-apa perkembangan. Tindakan DOJ sebelum ini hanyalah seperti mewar-warkan kepada media mengenai aduan yang mereka terima supaya kes berkaitan 1MDB ini disiasat.  Selepas setahun skrip yang sama berulang-lagi.

Apa yang dilihat agak menarik, pada tahun lepas lebih kurang dalam bulan Julai 2016, telah tersebar khabar angin kononnya Najib Razak sedang mengatur rancangan untuk 'merasuah' calon Presiden Hillary Clinton dengan menderma sebanyak US$500 million supaya tuduhan yang dibuat oleh DOJ digugurkan apabila Clinton berjaya dipilih sebagai Presiden kelak. 

Namun selepas setahun berlalu, timbul pula khabar angin mengatakan Mahathir cuba 'merasuah' Hillary Clinton melalui Clinton Foundation sebanyak US$5 million bagi membantu kempen calon Presiden itu, dengan harapan sekiranya beliau berjaya dipilih sebagai Presiden maka DOJ akan memastikan kes 1MDB yang dibangkitkan sebelum itu diteruskan.

Kedua-dua khabar angin diatas punya jalan cerita yang sama cuma watak dan keadaan yang berlawanan , dan nilai 'suapan' juga dilihat agak kecil untuk khabar angin yang terbaru ni. Kita tak tahu sejauh mana kebenaran cerita-cerita di atas . Tapi, kita tahu Presiden US yang terpilih bukanlah Hillary Clinton tetapi Donald Trump.

Berbalik kepada khabar angin mengenai 'sumbangan' US$5 million oleh team Mahathir kepada kempen Hillary, kalau kita imbas kembali ceritera-ceritera yang tersebar ketika itu , satu ceritera menarik ialah berkenaan kebocoran email Hillary Clinton yang ada menyentuh mengenai Malaysia. Rujuk link artikel dibawah untuk imbasan,

http://bidaman.blogspot.my/2016/11/percaturan-soros-di-malaysia-gagal-bila.html

antara petikan..

".. , pada bulan Mac 2016 , ketua kempen politik Hillary Clinton , Podesta, telah menerima email dari Michael Vachon yang merupakan jurucakap Soros . Emel yang diterima Podesta turut menyelitkan sisipan memo yang ditulis John Pang (TPP and Malaysia).  Seterusnya Podesta turut berkongsi emel yang diterima itu kepada beberapa lagi individu yang bekerja untuk kempen politik Clinton. Seterusnya pada 15 Mac 2016, Podesta dikatakan telah bertemu George dan Alex Soros untuk berbincang mengenai perkara ini."

Segalanya seperti benar-benar tersusun, ada hubungkait barua dari Malaysia (John Phang) yang mengatur segala ini. Tak mustahil barua yang sama juga memainkan peranan disebalik kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh DOJ ini . Siapa John Phang ini ? boleh google atau baca artikel yang dikeluarkan RPK seperti berikut

http://www.malaysia-today.net/john-pang-finally-his-link-to-soros-revealed/

Jadi bila timbul khabar angin terbaru 'sumbangan' US$5 million oleh kem Mahathir ini, adakah individu yang bernama John Pang ini juga memainkan peranan ?John Pang mungkin tidak ada pengaruh dalam pentadbiran US , tetapi orang dibelakang John Pang iaitu Soros cukup berpengaruh dalam negara itu. Mungkin dilihat mustahil logik 'kerjasama' Mahathir - Soros kerana satu ketika dulu mereka berdua adalah musuh ketat , namun adalah elok difikirkan semula hal ini dengan melihat senario kerjasama Mahathir - Kit Siang pada hari ini.

Friday, June 16, 2017

Selepas Setahun Tindakan Sitaan Gagal, DoJ Ulang Tayang Skrip Lama

Skrip DOJ lebih kurang setahun lalu kini seperti diulang tayang semula . Intipatinya hampir sama, iaitu 1MDB, Jho Lo ,MO1 dan perkara-perkara lain yang hampir sama. Agak pelik, pengumuman media yang dibuat oleh DOJ itu seperti seolah-olah menyambut ulang tahun pengumuman yang dibuat sebelum ini.

Jadi dalam tempoh 1 tahun, apakah tindakan DOJ ? Jho Lo dilihat masih bebas berkeliaran, rampasan aset-aset yang diberitakan tahun lalu entah dah dilakukan atau tidak . Tapi kalau dah dibuat sudah tentu ada liputan berita mengenainya. Tentu nampak gah, bila rampasan itu dibuat dengan kehadiran pemberita. Tapi hal-hal itu seolah-olah tak pernah ada.

Tentulah kalau ada aktiviti sitaan seperti yang dinyatakan oleh DOJ sebelum ini, pasti berita mengenainya dah tersebar di Malaya dan sudah pastinya digembar-gembur oleh Sarawak Report. Tunggu punya tunggu seolah-olah tidak ada tindakan yang dibuat dalam tempoh 1 tahun.

Tiba-tiba selepas setahun berlalu, pandai pula puak-puak ini mengulang tayang cerita yang sama. Cuma plot-nya sedikit diubahsuai . Watak-watak dan jalan cerita tetap sama. Nak sita itu dan ini dan kemudiaanya wang itu akan dikembali kepada yang berhak iaitu 1MDB. Hingga saat ini, apa yang boleh kita nampak ialah hanya kenyataan-kenyataan DOJ saja tanpa tindakan penyitaan itu sendiri. 

Lama juga proses sitaan nak dibuat ? Dah hampir setahun pihak sini bergendang namun tidak ada tindakan fizikal dari pihak disana ? Adakah pihak DOJ sendiri menghadapi kesukaran dari segi undang-undang untuk melaksanakan prosedur sitaan itu ? Rasanya, DOJ ini seperti dah dijadikan alat politik pihak-pihak tertentu.

Nampaknya tak hairanlah kalau ada lagi di kalangan 'high-ranked' officer dalam pentadbiran US bakal dipecat seperti nasib yang dialami bekas direktor FBI. Lorretta Lynch sebelum ini yang mengepalai siasatan kes ini pun dah diarahkan berambus dari DOJ January 2017. 


Apa yang diwartakan hari ini hanyalah sekadar untuk memanaskan kembali, menarik sekali bila perkara ini timbul sehari selepas Pakatan Harapan bersetuju  melantik Mahathir mengepalai pakatan itu. Nampaknya modus operandi setahun lepas disambung semula sebab ada orang dah 'happy'

Tuesday, May 9, 2017

Cubaan Barua Clare Brown Ganggu PERMATA di London Gagal dan Hambar

Buat kerja khianat , bila kantoi tak nak mengaku.. itu biasalah, memang selalu kita dengar. Kehadiran team PERMATA semalam di London diganggu 'mat salleh' dan 'minah salleh' upahan untuk memalukan Rosmah. Ramai menganggap itu kerja Clare Brown dari Sarawak Report, menghantar budak-budak suruhan beliau, tapi hari ni Clare menafikan itu kerja dia . Pada penulis, kalau bukan kerja Clare , ini tak lain tak bukan kerja 'hantu-hantu' dari Malaysia yang mengupah barua-barua berkulit putih tu.



Nak jadi tukang buat kacau dan sabotaj memang lah mudah, kau terpekik terlolong buat fitnah dalam sesuatu majlis tu akan menjadi tajuk dan bahan berita yang menarik minat wartawan untuk menulis. Itu lah modus operandinya, samada betul atau tidak dakwaan itu hal berkenaan belakang kira . Wartawan datang nak buat liputan majlis yang formal. of course macam bosan je kalau tulis berita, ye tak ? Wartawan akan bersemangat menulis kalau ada elemen-elemen drama. Macam yang berlaku semalam lah ...

Cuba bayangkan, dalam satu majlis formal yang dihadiri presiden-presiden Pakatan Harapan, tiba-tiba ada orang bangun menjerit-jerit terpekik terlolong cerita pasal Lim Kit Siang hipokrit, Mahathir hipokrit , dah jadi sekutu semua skandal puluhan billion yang pernah Lim Kit Siang fitnah Mahathir dibuat-buat lupa . Jadi rasanya, ingat wartawan yang ada di situ tak nak pickup cerita tu??

Berbalik kepada tujuan lawatan PERMATA ke London, lawatan Rosmah selaku penaung PERMATA baru-baru ini adalah kerana dijemput bagi tujuan kerjasama institusi pendidikan di sana dengan PERMATA . Hairan bukan bagi sebuah negara yang lebih maju sistem pendidikan-nya berminat untuk mempelajari modul PERMATA dengan menjemput pakar-pakar untuk berkongsi pengalaman institusi itu.



Penulis sendiri pun tertanya-tanya hal serupa, tapi bila ternampak  'timeline' media sosial mengenai seorang pelajar PhD di University Oxford yang ambil bidang sains Biokimia dalam usia 22 tahun adalah seorang bekas pelajar PERMATA barulah kita faham. Mungkin pakar-pakar pendidikan di sana berminat dengan modul PERMATA hingga berjaya menempatkan sorang pelajar PhD muda dalam bidang kritikal di Universiti terkemuka negara itu

Saturday, March 18, 2017

Rosmah Lancar Kapal APMM Pun Jadi Isu ?

Sebuah laman FB yang gemar menyebarkan cerita-cerita sensasi dan berbaur fitnah baru-baru ini cuba mengelirukan pembaca melalui satu visual grafik dengan caption 'Mengapa PM di belakangan Rosmah ketika upacara rasmi kerajaan ?' Seperti ada modus operandi yang terancang kebelakangan ini bila beberapa siri serangan ditujukan kepada Datin Seri Rosmah kebelakangan ini. 



Bermula dengan mempersoalkan kedudukan beliau sebagai penaung di PERMATA, kini disusuli pula dengan persoalan mengapa beliau berada di hadapan semasa upacara pelepasan kapal ronda. Sebenarnya jawapan kepada kedua-dua persoalan di atas cukup mudah jika mereka ini rajin membaca dengan membuat sedikit rujukan di 'Google' dan menggunakan sedikit logik.

Gambar berbaur fitnah yang dikatakan upacara rasmi kerajaan itu sebenarnya merupakan upacara pelancaran kapal baru APMM di Port Klang pada hari Rabu, 15/3/2017 sehari selepas program 'Hentikan' di PWTC. Melihat komen-komen dalam laman FB berkenaan, ramai sebenarnya yang sudah membantu menjawab persoalan yang ditimbulkan itu.Admin page berkenaan teruk dikecam dan disindir kerana cuba menyampaikan maklumat yang mengelirukan.

Mereka yang terlibat dalam industri perkapalan atau maritim telah sedia maklum mana-mana kapal baru akan dilancarkan oleh wanita. Pelancaran kapal oleh wanita bukanlah satu perkara yang baru dan ia merupakan satu tradisi atau kebiasaan yang dilakukan di seluruh dunia. Isteri mantan PM dan mantan DYMM Yang Di-Pertuan Agong sendiri pernah melancarkan kapal-kapal yang siap untuk beroperasi.

Bila teruk dikecam kerana menyampaikan maklumat yang salah, admin page berkenaan memberikan alasan pelancaran kapal oleh wanita itu bukanlah budaya kita orang timur , dan dituduh pula kita ni terikut-ikut dengan budaya barat. Bayangkan kalau PM sendiri yang melancarkan kapal berkenaan, mungkin perkara itu juga akan dijadikan isu kerana tak pernah dibuat dalam mana-mana pelosok dunia pun.


Alasan yang diberikan tu cukup menggambarkan kebodohan dan kemalasan dalam mencari maklumat yang tepat, dan akibat sikap ini masyarakat kita terus bergelumang dengan cerita palsu dan fitnah yang akhirnya akan memberi kesan kepada pembangunan sosial dalam negara ini.

Thursday, March 9, 2017

PERMATA : Kesinambungan Usaha Isteri Perdana Menteri Terdahulu

Merujuk kenyataan yang dikeluarkan Felo Utama di Institut Kajian Etnik (KITA)  Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong,  peranan sebenar isteri seorang Perdana Menteri tertumpu kepada aktiviti-aktiviti berkaitan kemasyarakatan dan kebudayaan. Sekiranya kita melihat kembali sejarah pentadbiran negara bermula dari era Tunku Abdul Rahman sehingga ke era Datuk Seri Najib Razak, peranan yang dimainkan isteri kepada pemimpin-pemimpin ini semakin meluas dalam aktiviti kemasyarakatan dan kebudayaan. Pembangunan pesat negara menuju status negara maju menjadikan aktiviti berkaitan melangkaui sempadan negara dan secara tidak langsung mempromosikan negara.


Berbanding semasa negara baru memperoleh kemerdekaan dan dalam proses pembangunan, peranan isteri Perdana Menteri tidak terlalu ditonjolkan. Sorotan ditumpukan kepada Perdana Menteri dan kepimpinan negara yang lain bagi menyampaikan mesej dan halatuju negara dalam memenuhi aspirasi rakyat. Walau bagaimanapun, dalam fasa sebuah negara yang baru belajar berdikari, peranan belakang tabir yang dimainkan isteri Perdana Menteri adalah penting dari aspek sokongan psikologi dan emosi memandangkan pada ketika itu negara ini bermula dari kosong dan terdapat tanggaungjawab yang sangat besar kepada kepimpinan negara dalam merangka dan mencorakkan pembinaan negara.

Selepas hampir 20 tahun negara mencapai kemerdekaan, telah berlaku perkembangan dari segi sosio-ekonomi dan hubungan luar negara dalam era-1970-an. Semasa era ini, BAKTI telah ditubuhkan oleh Toh Puan Suhaila Mohammad Noah isteri kepada Perdana Menteri ke-3, Tun Hussein Onn. Pada ketika itu, beliau aktif memperjuangkan nasib wanita dan golongan kurang berkemampuan. Disamping itu juga, beliau menaungi beberapa pertubuhan berkaitan wanita dan menubuhkan Perpustakaan Kanak-Kanak bagi membudayakan celik huruf di usia muda. Legasi yang ditinggalkan Toh Puan Suhaila disambung oleh isteri-isteri Perdana Menteri yang lain.

Pelbagai program kemasyarakatan dan kebudayaan dianjurkan secara aktif bagi membantu menangani isu-isu berkaitan masyarakat terutama wanita dan kanak-kanak. MIsalnya Tun Siti Hasmah, isteri kepada Perdana Menteri ke-4 Tun Mahathir giat menjalankan program berkaitan kesedaran kesihatan wanita dan bahaya penyalahgunaan dadah. Toh Puan Endon pula diingati kerana sumbangan beliau dalam memartabatkan industri batik.

Dalam konteks hubungan luar negara pula, pergaulan dengan isteri pemimpin-pemimpin dunia yang lain secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan antara negara. Misalnya, isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Datin Seri Rosmah Mansor mempunyai hubungan yang sangat baik dengan isteri pemimpin-pemimpin beberapa buah negara. Hubungan seperti ini dilihat mampu memudahkan perkiraan diplomasi dengan sesebuah negara. Mungkin masih ramai yang ingat semasa peristiwa pelajar Malaysia di Mesir terperangkap di negara itu akibat huru-hara yang berlaku. Pelajar-pelajar ini berjaya dipindahkan dengan segera dan selamat kerana hubungan seperti ini.

Penubuhan program PERMATA yang dinaungi Datin Seri Rosmah Mansor dilihat sebagai manifestasi dan penambahbaikan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh isteri Perdana Menteri sebelum ini. Program ini merangkumi usaha-usaha berkaitan pendidikan awal kanak-kanak, kesihatan, kekeluargaan dan juga kebudayaan. Semakin negara menghampiri taraf negara maju, peningkatan dari segi ekonomi dan pertambahan rakyat, peranan isteri kepada seorang Perdana Menteri juga dilihat semakin luas skopnya dan tidak hanya stagnant disesuatu tahap.

Isu Provokasi Korea Utara , Muhyiddin 'Cemburu' Dengan Najib kah ?

Dah jadi krisis dengan Korea Utara ni, ramai yang setuju dengan tindakan yang diambil Najib Razak termasuk dari MP Pembangkang sendiri . Tiba-tiba ada ex-UMNO ni , otak fikir 24 jam politik . Muhyiddin Yassin , Presiden Bersatu menggelabah tak tentu pasal ,seolah-olah dituju pada Najib supaya janga ekploitasikan isu dengan Korea Utara ni untuk 'mileage' politik . Apa punya 'paranoid' la Muhyiddin ni, dah tua pun fikiran tak dapat nak bezakan politik dan kepentingan negara . Nampaknya dalam hal ni, pemimpin-pemimpin lain pembangkang dari DAP, PKR dan PAS nampak lebih matang dalam soal ni.

"Kami berharap semua pihak tidak akan menggunakan perbalahan diplomatik ini sebagai alat politik untuk agenda politik mereka,"

Apa si Muhyiddin ni fikirkan sebenarnya ? Kalau jadi apa-apa dekat 11 orang rakyat Malaysia kat Korea Utara tu, siapa yang akan terlebih dulu disalahkan ?? Najibbbb lagii , tak buat itu dan ini pun Najibbb jugak . Bila buat tindakan diplomasi yang nampak bijak ,hingga dapat pujian dari Korea Selatan, China dan US pun depa menggelupur . Katanya untuk kepentingan politik . Sampai bila nak dikaitkan semua-nya dengan politik la ?

Muhyiddin tak perlu jeles atau menggelupur bila tengok Najib boleh selesaikan hal Korea Utara ni , dulu Najib berjaya selesaikan juga hal-hal lain melibatkan negara ni, MH17, Lahad Datu, dan banyak lagi penglibatan beliau dalam jadi pendamai . Ada kerja belakang tabir yang dibuat Najib dan tak diheboh-hebohkan pada rakyat, cuma bila semua dah selesai baru lah diperkatakan orang-orang sekeliling Najib yang terlibat. Tak apa kalau nak benci Najib pun, soal hati dan perasaan tak boleh dipaksa , tapi sekurang-kurangnya akui dan percaya lah dengan kebolehan Najib dalam berdiplomasi dengan negara-negara luar.

Sekarang ni masa untuk menyatu padukan rakyat, bukan masa untuk memperlekehkan tindakan kerajaan. Come on lah ... be positive once in a blue moon . Akhir sekali, pendapat aku lah ... parti-parti pembangkang elok jauhkan diri dari parti PPBM ini, depa ni bakal jadi punca gaduh sesama pembangkang masa PRU-14 nanti .

Monday, March 6, 2017

Taubat di Penghujung Usia dengan Kembali Aktif Berpolitik

Dari facebook fanpage Mukhriz Mahathir, mantan Perdana Menteri menyahut cabaran Nazri Aziz seorang Menteri dari UMNO yang sebelum ini mencabar beliau untuk bertanding di Padang Rengas semasa pilihanraya nanti.Jawapan Mahathir walau bagaimanapun menunjukkan beliau tak berminat nak bertanding di kubu kuat Nazri itu, sebaliknya Mahathir mengajak Nazri berentap di Langkawi. Mahathir dilihat mempunyai keyakinan tinggi yang orang-orang Langkawi pasti menyokong beliau.

“Mengapa dia mahu saya pergi ke tempatnya? Datanglah ke tempat saya."

Nampaknya, Mahathir termakan dengan umpan Nazri apabila membuat kenyataan balas seperti itu. Sebelum ini kita boleh agak, cabaran Nazri kepada Mahathir itu semata-mata hanyalah untuk tujuan 'mengusik' . Al-maklumlah, semua orang pun tahu, mana-mana ahli politik pun takkan berani nak bertanding di kubu kuat parti lawan . Kalau bertanding juga, ertinya samada ahli politik tu orang yang baru nak naik, atau sekadar mencukupkan syarat. Mahathir pula ada kelas beliau tersendiri, beliau pemimpin parti tertinggi. Malu lah kat anak buah kalau kalah bertanding pilihanraya. 




Respon Mahathir mengajak Nazri bertanding di Langkawi menunjukkan isyarat seolah-olah beliau berminat nak bertanding di parlimen itu semasa pilihanraya kelak. Kita pun tahu, sebelum ini PPBM Langkawi dijaga rapi oleh salah seorang penaja kontroversi parti itu Anina Saadudin, namun setelah dicaras , Anina terpaksa menyepi diri dan memberi laluan kepada Mahathir yang kini menjadi ketua bahagian PPBM Langkawi. Di usia 91 tahun, cita-cita Mahathir sangat tinggi dalam politik. Peluang di penghujung usia yang panjang dianugerahkan Allah swt kepada Mahathir digunakan untuk terus berpolitik.

Bukan kita nak menjadi juruaudit ibadah seseorang itu, ajal maut di tangan tuhan namun apa yang berlaku kini dilihat seolah-olah tiada pemimpin lapisan dalam PPBM yang berkaliber sehingga masa Mahathir untuk beribadah selepas bersara dari politik terganggu, hingga terpaksa menerajui parti yang baru ditubuhkan demi menjatuhkan Najib dari terus memimpin negara ini. Semua pun tahu dengan bersahabat dan berdiri bersama-sama pembangkang, Mahathir dilihat telah 'insaf' dari segala perbuatan beliau sepanjang menjadi Presiden UMNO, ini yang penyokong-penyokong beliau dari kalangan pembangkang faham. 

Namun kesempatan untuk 'bertaubat' digunakan untuk terus berpolitik supaya nampak bersih di mata manusia. Pun begitu kita pernah dengar sekiranya ada kesalahan atau penganiayaan dibuat keatas manusia lain oleh seseorang itu, dosa beliau hanya terampun sekiranya manusia berkenaan mengampunkan beliau . Jadi kita tertanya-tanya sudahkan Anwar, Lim Kit Siang dan lain-lain individu (ISA) yang teraniaya semasa Mahathir menjadi PM telah memaafkan beliau ? Dan kita pun tahu selama ini Mahathir tidak pernah secara terbuka mengakui kesalahan atau kononnya penganiayaan yang dibuat beliau, terutama kepada Anwar . Dendam yang dipendam 'kawan-kawan baru' Mahathir ini mungkin sementara saja dan akan dikorek kembali bila tiba masanya.  

Tuesday, February 28, 2017

Orang Kampung Jadi 'Mangsa' Mantan MB Johor

Rupanya-rupanya tak semua yang diceritakan oleh Muhyiddin dalam warkah terbuka beliau kepada Sultan Johor. Rupa-rupanya ramai jugak orang kampung yang dapat 'bala' Dana Johor yang dibangga-banggakan dalam warkah terbuka Muhyiddin tu . Rupa-rupanya ada kroni-kroni yang dapat keuntungan hasil dari urusniaga bekalan air bersih ke negeri itu. Rupa-rupanya ada kroni-kroni yang dapat keuntungan hasil dari serahan tanah KEJORA untuk diuruskan.




WARKAH BALAS MUHYIDDIN MEMANG ANGKUH DAN SOMBONG

1. Seperti perumpamaan, alang alang menyeluk pekasam biar sampai ke lengan tangan, maka warkah balas Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada titah Tuanku Sultan Johor jelas membuktikan dia kaki lawan. Muhyiddin benar benar terasa pedasnya. Itu membuktikan memang dia yang memakan cilinya.

2. Isu utama yang dipersoalkan oleh Muhyiddin dalam warkahnya itu ialah isu "angkuh dan sombong". Dia menganggap Tuanku menyindirnya sebagai seorang yang angkuh dan sombong.

3. Menulis warkah terbuka sebenarnya membuktikan Muhyiddin memang angkuh dan sombong. Dia boleh memohon perkenan Tuanku untuk mengadap jika mahu membuat penjelasan. Bagi rakyat Johor, umum mengetahui sikapnya terhadap istana semasa menjadi Menteri Besar sebab itu dia berpindah ke pusat.

4. Muhyiddin secara angkuh dan sombong hanya sekadar mengambil secebis dari cerita pembangunan negeri Johor, sedangkan ada beberapa perkara di bawah pentadbirannya yang menghantui bangsa Johor hingga ke hari ini.

5. Dana Johor yang diperkenalkan oleh beliau menyebabkan rakyat Johor terbelenggu dengan hutang bank hingga ke hari ini. Menyedihkan kerana ramai dari mereka telah pun meninggal dunia. Muhyiddin menjanjikan harga saham akan naik sampai RM5. Maka kempen membeli saham hingga ke ceruk kampung dilakukan beliau untuk menggalakkan orang kampung membeli saham termasuk berhutang di bank.

6. Apa terjadi kemudiannya. Harga saham jatuh hingga serendah 20 sen ke bawah. Setiap hari orang kampung dikejar bank. Datuk Ghani Othman mencadangkan kepada Tun M agar kerajaan pusat mengambil alih saham tersebut. Jawapan Tun M ialah Dana Johor tidak ada aset. Kalau MAS bolehlah kerajaan pusat beli sahamnya kerana sekurang kurangnya MAS ada aset seperti kapal terbang atau airport. Untuk makluman Bangsa Johor, Tun M lebih berminat menyelamatkan syarikat kroninya termasuk syarikat perkapalan anaknya Mirzan yang bankrap. Nasib orang kampung diabaikan.

7. Dasar penswastaan Muhyiddin hanya menguntungkan satu pihak. Contohnya penswastaan air. Pengurusan air bersih diberikan kepada kroninya. Menakala penswastaan perkhidmatan seperti mengurus paip bocor dan pembayaran bil ditanggung oleh Syarikat Air Johor (SAJ). Bahkan perjanjian berat sebelah itu telah pun dibuat awal iaitu SAJ mesti membeli air bersih daripada syarikat kroni Muhyiddin untuk tempoh 90 tahun. Kenapa penswastaan total tidak ditanggung oleh satu pihak sahaja?

8. Itu juga yang berlaku apabila tanah KEJORA seluas 40,000 ekar diserahkan kepada syatikat kroninya yang sama. Persoalannya kenapa pentadbiran KEJORA tidak diswastakan dan diambil alih keseluruhannya oleh syarikat kroni tersebut?

9. Muhyiddin memang angkuh dan sombong kerana dia tidak suka mendengar penjelasan. Tuanku Sultan dan Menteri Besar Johor sudah pun menjelaskan mengenai projek Forest City. Tetapi dalam warkahnya itu dia masih mempertikaikan projek reclaimation tersebut. Dia memang degil. Sebab itu dalam kes 1MDB dia juga tidak mahu mendengar penjelasan. Akhirnya hingga ke hari ini dia berterusan memfitnah 1MDB kononnya berhutang RM52 Bilion. Hakikatnya rasionalisasi telah pun berjalan termasuk penjualan Edra dan Bandar Malaysia. Sudah tentu hutang 1MDB telah berkurangan.

10. Kesemua itu membuktikan, Muhyiddin memang seorang yang degil, tidak mahu mendengar penjelasan, angkuh dan sombong.

Monday, February 27, 2017

Mantan MB Johor yang Biadap dan Pelupa

Satu warkah terbuka Presiden PPBM , Muhyiddin Yassin terhadap Sultan Johon tersebar secara meluas semalam di beberapa portal berita, warkah terbuka itu juga giat disebarkan dalam aplikasi Whatsapp . Kandungan warkah berkenaan adalah respon Muhyiddin terhadap kenyataan Sultan Johor baru-baru ini dalam satu majlis . Memetik kata-kata Sultan Johor dalam majlis berkenaan seperti yang disiarkan dalam beberapa portal berita.

“Kalau dulu kerajaan negeri sampai tiada wang untuk bayar gaji kakitangan, tapi hari ini kerajaan ada lebihan hasil berbilion ringgit."

“Kejayaan yang dicapai ini kerana adanya hubungan baik saya dengan menteri besar sekarang, bukan seperti 2 menteri besar dahulu yang angkuh, sombong dan hanya mengikut telunjuk kerajaan persekutuan,” 

Respon Muhyiddin jelas menunjukkan beliau tersentap dengan kenyataan oleh Sultan Johor itu. Muhyiddin pernah menjawat jawatan Menteri Besar Johor pada tahun 1986 hingga 1995. Dalam warkah terbuka beliau kepada Sultan Johor, Muhyiddin menyangkal beberapa dakwaan yang dibuat oleh Sultan, malah tulisan beliau juga dilihat agak biadap bila seolah-olah menyindir Sultan. Dalam warkah terbuka itu, Muhyiddin menulis seperti berikut.

"Ketika patik menjadi menteri besar, patik telah menjalin kerjasama yang baik dengan pegawai kerajaan dan rakyat.

Urusan negeri dijalankan tanpa campur tangan dari pihak luar termasuk istana. Waktu itu Almarhum Tuanku Sultan Iskandar tidak mencampuri perjalanan kerajaan negeri atau terlibat secara langsung dalam politik atau perniagaan.

Patik jalankan semua urusan pentadbiran negeri berdasarkan dasar-dasar yang memberi faedah kepada rakyat."

Jadi apa yang diluahkan oleh Muhyiddin seolah-olah Sultan Johor tidak boleh ambil tahu perihal yang berlaku dalam negeri yang ditadbir beliau ? Negeri yang dibangunkan oleh pengasas Johor sebelum Malaysia itu sendiri terbentuk ?



Muhyiddin mungkin lupa, ketika beliau menjadi Menter Besar Johor dahulu . Rakan-rakan 'seperjuangan' beliau sekarang mendakwa beliau terlibat dalam pelbagai hal termasuk skandal pertukaran status tanah di Johor. Memetik dari blog Anwar Ibrahim di link berikut ;

http://anwaribrahimblog.com/2009/08/23/johor-terpaksa-membayar-ganti-rugi-kerana-muhyiddin/

Antara ulasan artikel adalah seperti berikut;

"Walaupun Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa beliau tidak pernah menjual tanah walau seinci pun kepada Singapura, tetapi beliau didakwa pernah terlibat dalam usahasama dengan syarikat dari negara itu menukar status tanah di Johor untuk memajukannya."

"Asian Wall Street Journal 16/6/95 melaporkan, di dalam dokumen Stamford kepada mahkamah, pada penghujung 1989 syarikat itu bersetuju dengan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dan Datuk Yahya Talib untuk menubuhkan syarikat usahasama bagi membangunkan 1,766 ekar tanah syarikat itu."


"Dokumen itu menyatakan, menurut AWSJ, Syed Mokhtar dan Yahya adalah pihak “yang bertindak untuk diri mereka sendiri dan Muhyiddin"

Mungkin nampak lama laporan ASWJ , tahun 95 .. internet pun tak berapa ramai orang yang pakai . Tapi itu semua adalah bukti-bukti keculasan Muhyiddin semasa jadi MB Johor dulu , didedahkan oleh puak-puak pembangkang sendiri . Pelik kenapa Muhyiddin tak masukkan sekali hal ni dalam warkah terbuka beliau terhadap Sultan ? Sekurang-kurangnya boleh juga bersihkan tuduhan yang dibuat terhadap beliau oleh pembangkang sebelum ini.

Saturday, February 25, 2017

Selepas Hampir 20 Tahun Laungan 'Mahafiraun' Bergema di Konvensyen Reformis, Shah Alam

Ramai pejuang2 reformasi yang bermula sejak tahun 98 dulu sedar kepayahan yang dilalui dulu, atas sebab apa reformasi bermula dan siapa yang ketika itu jadi musuh ketat mereka. Gerakan reformasi bermula sejak anwar dihumbankan dalam penjara, pejuang2 reformasi dulu percaya kalau dibiarkan Mahathir terus memerintah maka keadaan akan jadi lebih buruk, korupsi,nepotisma semua-nya akan terus berleluasa . Niat mereka pada ketika itu hanya nak "selamatkan negara" dari Mahathir. Sama seperti yang berlaku pada hari ini, cerita Mahathir korup, skandal FOREX, Memali dan macam-macam lagi dijaja dalam ceramah-ceramah, rakyat dimomokkan supaya Mahathir wajib dijatuhkan kalau nak "selamatkan negara"

Hari ni dalam Konvensyen Reformis di Shah Alam , Mahathir yang datang secara mengejut di'sergah' peserta-peserta konvensyen itu. Menurut artikel yang dikeluarkan portal Malaysiakini, kehadiran Mahathir disambut dengan laungan REFORMASI , BEBAS ANWAR dan malah ada yang tanpa selindung meneriak kembali panggilan terhadap Mahathir yang agak popular satu masa dulu 'MAHAFIRAUN' . Nampaknya luka lama, pejuang-pejuang REFORMASI ni masih belum terubat walaupun Mahathir kini dah duduk sepentas dengan mereka.Mungkin ada yang kena humban dalam penjara dek gerakan REFORMASI sehingga anak bini terbiar dirumah, mungkin mangsa2 ISA masih berdendam. Mahu tak mahu Mahathir terpaksa tebalkan kulit muka untuk terus bersama-sama dalam majlis berkenaan.

Semasa ucapan alu-aluan , Pengerusi Reformis Malaysia , Saari Sungib berkata mereka disitu hanya akan bersama-sama beliau jika Mahathir turut bersama dalam kempen BEBAS ANWAR, dan dengan hati yang ikhlas meminta maaf atas kesilapan sepanjang menjadi PERDANA MENTERI . Kalau dilihat ego Mahathir, ramai boleh mengagak beliau tak akan berbuat demikian . Tindakan meminta maaf itu hanya menjadikan beliau kelihatan sangat-sangat hipokrit . Dah berdiri sepentas dengan Kit Siang satu cerita, nak minta maaf pulak satu cerita lain . Jatuh standard Mahathir kalau buat macam tu, minta maaf segala kesalahan ?? Apa yang dibuat Mahathir sepanjang pemerintahan jadi PM dulu adalah sesuatu yang dibangga puak-puak PPBM , dan modal itu diguna untuk membandingkan dengan apa yang dilakukan Najib sekarang ... kalau Mahathir minta maaf maksudnya modal tu dah tak boleh pakai lagi . Jatuh 'standard' lah dengan pemuja-pemuja .

Bila dah tak ada cara lain ... Mahathir dalam ucapannya berkata seperti berikut ;

"Apa yang utama (difikirkan semua pihak) ialah, apakah kita boleh bersatu dan jatuhkan kerajaan Najib.

"Lepas itu kalau nak ambil tindakan ke atas saya, ambik laaa..." 


Ambil tindakan ? Itu kata-kata penyedap hati saja ... Ingat pemuja-pemuja Mahathir dari PPBM tu nak biarkan saja geng-geng REFORMASI itu ambik tindakan terhadap beliau ??? Mahathir dah boleh baca semua tu ..

Monday, February 20, 2017

Skandal FOREX : Soalan Wartawan Pun Tak Terjawab, Lim Kit Siang Tawar Diri Jadi 'Jurucakap' UMNO

Lim Kit Siang hari ini menawarkan diri untuk berucap mengenai skandal FOREX Bank Negara yang menyebabkan negara ini menanggung kerugian berbillion ringgit semasa tahun 90-an. Dalam satu kenyataan seperti yang disiarkan portal berita Malaysiakini Kit Siang berkata seperti berikut ;

"(Ketua Penerangan Umno) Tan Sri Annuar Musa perlu memaklumkan dalam tempoh 48 jam akan datang sama ada saya perlu menjadual semula program mulai 25 Feb ini jika mahukan saya berucap di siri jelajah Umno dan BN yang akan dilancarkan Sabtu ini,"

Sebelum 'berbaik' dengan mantan PM, Mahathir , Lim Kit Siang merupakan antara pemimpin pembangkang yang konsisten mengkritik Mahathir disebabkan negara kerugian atau 'hilang' berbillion ringgit atas urusniaga FOREX. Malah Kit Siang telah menulis beberapa buah buku mengenai skandal berkenaan. Jelas sekali dalam tulisan beliau sebelum ini, mantan PM itu adalah individu yang sepatutnya dipertanggungjawabkan.

Kini setelah lebih 20 tahun, isu skandal FOREX dibangkitkan semula, bermula dengan pendedahan dokumen CIA mengenai skandal BMF yang membawa kepada kisah pembunuhan misteri juruaudit BMF, Jalil Ibrahim yang ditugaskan ke Hong Kong bagi tujuan siasatan. Selama ini, puak-puak pembangkang konsisten mengaitkan perkara-perkara di atas dengan Mahathir, namun kini segala tuduhan-tuduhan itu seolah-olah dilupakan bila Mahathir telah berada sepentas dengan mereka.


Ramai dikalangan ahli dan pemimpin parti pembangkang dilihat tidak senang dengan perkembangan ini apabila pemimpin-pemimpin utama mereka bersikap hipokrit. Manifestasi reaksi ini boleh dilihat dengan tindakan letak jawatan 4 orang pemimpin kanan DAP Melaka. Khabar angin mengatakan tindak tanduk mereka itu disebabkan tindakan pemimpin tertinggi DAP yang mahu menjalinkan kerjasama dengan PPBM dalam pilihanraya akan datang sedangkan Mahathir sebelum ini teruk menjejaskan imej parti DAP sebagai parti yang rasis.

Tawaran Lim Kit Siang untuk menjadi 'jurucakap' UMNO berkenaan skandal BMF itu dilihat seolah-olah ada niat lain. Tentu sekali sekiranya diberikan peluang itu, LKS akan mengambil kesempatan untuk 'spin' beberapa perkara yang pernah dilontarkan beliau dahulu. LKS tak bodoh, sebagai orang lama dalam politik, beliau tahu kerjasama dengan Mahathir penting untuk pecah belahkan undi Melayu yang menyokong UMNO, jadi besar kemungkinan beliau akan gunakan kesempatan itu untuk membela Mahathir seterusnya meletakkan kesalahan pada orang lain.

Daripada gunakan platform UMNO untuk bercerita pasal skandal FOREX, ada baiknya pihak media mengajurkan forum skandal BMF dan menjemput Lim Kit Siang dan Mahathir sama-sama menjadi ahli panel . Bukannya forum seperti ini tak pernah dibuat dulu, cuma masa tu Lim Kit Siang dan Mahathir masih tak 'ngam' macam sekarang . Jadi elok lah forum seperti ini diadakan dahulu,  atau sekurang-kurangnya Lim Kit Siang perlu beranikan diri jawab soalan wartawan berkenaan skandal FOREX sebelum bercerita untuk jadi 'jurucakap' UMNO bercerita mengenai skandal itu kepada umum.

Thursday, February 16, 2017

Soal Logo Pakatan Harapan, Pemimpin DAP Bidas Mahathir

Kita boleh nampak kebelakangan ni bila ada saja 'statement' tunjuk pandai yang dikeluarkan Mahathir pasti 'statement' itu akan dibidas segera oleh Gobind Singh Deo yang merupakan pemimpin atasan DAP . Terkini , Mahathir dalam satu kenyataan meminta supaya gabungan Pakatan Harapan menggunakan satu logo yang sama semasa PRU-14 . Mahathir berkata parti-parti pembangkang mesti mengutamakan pakatan mereka terlebih dahulu sekiranya mereka mahu berjaya dalam pilihan raya akan datang.



Tak senang dengan 'statement' yang dikeluarkan Mahathir , atau Gobind Singh sendiri mungkin dapat menghidu 'game' Mahathir, beliau membidas mantan PM yang berkuasa selama 22 tahun itu . Memetik kenyataan beliau seperti yang disiarkan portal Malaysiakini, Gobind berkata pakatan yang akan menentang BN pada PRU-14 akan datang seharusnya mengutamakan rangka kerja dasar sebelum membuat keputusan-keputsan lain. Dalam erti kata lain , Gobind mahu hala tuju yang jelas Pakatan Harapan sekiranya BN berjaya ditumbangkan. Siapa PM, siapa TPM, berapa agihan kerusi, jawatan2 Menteri, dan macam-macam lagi lah.



Sehingga sekarang hala tuju Pakatan Harapan yang dimaksudkan Gobind masih tak jelas. Tetapi nampaknya Mahathir beria-ia dan bertindak seolah-olah beliau mengepalai Pakatan itu , ini jelas menimbulkan rasa tak senang di kalangan beberapa pemimpin parti Pakatan. PPBM hanyalah parti baru dalam Pakatan , dan pembahagian kerusi untuk PPBM pun masih belum tentu , ini kan pula cerita soal jawatan-jawatan penting. 

Bila ditanya siapa PM dan TPM sekiranya BN berjaya tumbang pada PRU-14, Mahathir pernah berkata bahawa ini bukan soal pokok dan tidak akan timbul sehingga mereka menang PRU, ramai lagi pemimpin pembangkang yang cuba berdolak dalik tak nak bercerita pasal hal ni walhal ini lah asas utama yang perlu dipersetujui sebelum lambang parti yang sama digunakan oleh Pakatan Harapan

Tuesday, February 14, 2017

Mahathir Jadi Ketua Bahagian PPBM Langkawi , Ainina Murung..Mukhriz Senyum Lebar

Tahniah kepada mantan PM , Mahathir kerana dilantik jadi Ketua Bahagian PPBM Pulau Langkawi . Baru berlegar-legar ceritanya di newsfeed meda sosial. Siapa sangka dalam usia 90-an , Mahathir telah berjaya dilantik menjadi Ketua Bahagian PPBM di Pulau Langkawi. Memang mengejutkan kerana selama ini kita sangka orang lain yang akan naik jadi ketua di Pulau Langkawi tu ? Ohh ya , maksud aku, salah seorang perempuan ex-UMNO dari Langkawi yang beria-beria berucap nak menjatuhkan Najib semasa pra penubuhan parti PPBM.



Bagi PPBM Pulau Langkawi adalah tempat selamat untuk parti itu , mana tak selamat ? Pulau Langkawi itu sendiri sinonim dengan Mahathir , banyak projek di Langkawi dah dibuat selama beliau menjadi Perdana Menteri . Jadi mengikut logik pendukong-pendukong PPBM , Langkawi adalah kubu kuat mereka. Persoalan kini ialah, bila tiba pilihanraya nanti siapa akan jadi calon di Langkawi? Apa yang kita boleh nampak sekarang ialah Mahathir tak akan jadi calon, cuma yang mungkin akan diletak menjadi calon nanti adalah proksi beliau ...siapa proksi beliau ?? Sendiri mau paham la..

Mahathir memang bijak, dia dah dapat menghidu tindak tanduk salah seorang penaja PPBM iaitu Anina yang benar-benar berminat untuk bertanding di Pulau Langkawi , dalam masa yang sama kedengaran juga desas desus Mukhriz juga berminat bertanding di tempat yang sama. Masing-masing tahu parlimen Pulau Langkawi adalah parlimen boleh menang PPBM jadi semua menunjuk minat di situ.  Jadi sebagai bapak, elok lah pentingkan darah daging sendiri daripada orang luar ... cuma bila nak bagi nampak benda tu tertib, elok lah dibuat secara langkah demi langkah ...Langkah pertama jadi Ketua Bahagian , langkah kedua lantik AJK2 Bahagian a.k.a kroni yang boleh dipercayai ... langkah seterusnya laksanakan objektif sebenar .. bijak bijak bijak .. 

Masih Ada Sisa Kebencian DAP Terhadap Mahathir ?

Antara pemimpin DAP yang dilihat agak berprinsip berbanding pemimpin-pemimpin lain ialah mendiang Karpal Singh . Mendiang Karpal Singh bukan macam Kit Siang dan Guan Eng, bila pendirian dia anti-Mahathir, sampai ke mati pun dia akan anti Mahathir.



Pendirian yang serupa dilihat ada dalam diri anak kepada Karpal Singh, Gobind Singh . Beberapa hari sebelum ini Gobind Singh memalukan Zaid Ibrahim , apabila menyanggah kenyataaan Zaid yang cuba menggambarkan Mahathir sebagai 'de facto leader' kepada Pakatan Harapan.

Gobind berkata beliau pelik dengan kenyataan Zaid Ibrahim itu, Zaid katanya sepatutnya mendapat konsultansi ketua-ketua dalam DAP sebelum memandai-mandai membuat kenyataan dalam media.



Hari ini, Gobind sekali lagi menunjukkan yang beliau tak berapa gemar dengan mantan Perdana Menteri itu . Gobind memberi respond kepada satu kenyataan yang dibuat oleh Menteri Ismail Sabri yang kononnya kini Lim Kit Siang bergantung sepenuhnya kepada Mahathir kerana mantan PM itu satu-satunya individu yang boleh selamatkan Guan Eng dari dipenjara.

Jelas apa yang dikatakan Menteri itu hanyalah satu sindirin atau sarcasm kepada Lim Kit Siang dan Mahathir ,  tak perlu ambil serius pun. Namun Gobind Singh mungkin berasa agak panas bila Mahathir sekali lagi ditunjukkan sebagai 'orang penting' kepada DAP sehingga supremasi leader DAP Lim Kit Siang perlu bantuan beliau.  Gobind Singh sedaya upaya mahu menunjukkan mantan Perdana Menteri itu bukanlah penting seperti yang cuba digambarkan. Jelas nampak ada hal yang tak disenangi Gobind terhadap mantan PM itu.

Monday, February 13, 2017

Terlalu Ramai Kakitangan Awam Punca Ketidakcekapan Urus Tadbir Kewangan ?

Memetik artikel yang dikeluarkan portal Malaysiakini hari ini, Malaysia dikatakan mempunyai lebih kurang 1.6 juta penjawat awam dan peruntukkan sehingga RM76 billion setahun digunakan bagi tujuan penggajian dan elaun , RM21.6 billion lagi dibelanjakan untuk pencen. Jadi jumlah keseluruhan yang dibelanjakan kerajaan Malaysia untuk penjawat awam berjumlah RM97.6 billion ! Satu jumlah yang agak besar.

Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim dalam kenyataannya berkata, adalah lebih elok kerajaan bertindak mengecilkan saiz perkhidmatan awam selagi termampu. Beliau berkata keadaan akan menjadi sangat serius apabila Malaysia terjerumus dalam krisis kewangan dan kerajaan akan menghadapi masalah pada ketika itu untuk menanggung beban ini.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan JPA Malaysia, jumlah penjawat awam pada tahun 2015 adalah sebanyak 1,268,758 orang. Beerti dari perangkaan terkini, jumlah itu telah meningkat sehingga lebih kurang 300,000 orang.  Kita sedia maklum, majoriti yang menjadi penjawat awam adalah kaum Melayu dan Bumiputera. Dengan mengambilkira alasan jumlah perbelanjaan yang terlalu tinggi untuk penjawat awam, mungkin kita juga perlu ambilkira jumlah yang akan menganggur sekiranya operasi mengurangkan penjawat awam ini dilaksanakan ?

Pada tahun Oktober 2013, wakil parlimen DAP Lim Kit Siang pernah menyatakan nisbah kakitangan awam-penduduk di Malaysia adalah paling tinggi di Asia Pasifik . Malah pada Oktober 2016, seorang lagi ahli parlimen DAP , Tony Pua mengatakan bahawa penjawat awam membebankan kerajaan. Kenyataan yang dikeluarkan hari ini oleh Tan Sri Mohd Sheriff seolah-olah membenarkan kenyataan-kenyataan yang pernah dibuat oleh pemimpin DAP sebelum ini.

Dengan mengambilkira kenyataan-kenyataan yang dibuat ini, adakah kita boleh jangkakan sekiranya Putrajaya diambilalih oleh Pembangkang maka jumlah kakitangan awam akan dikecilkan ? Sekiranya ini berlaku, apa yang kita boleh nampak ialah kadar pengangguran akan meningkat dan majoriti daripadanya adalah Melayu/Bumiputera. Mungkin sekarang penjawat-penjawat awam yang menyokong pembangkang masih tak nampak hal-hal seperti ini. Mereka berasa selamat sekiranya negara ditadbir oleh kuasa baru,kerana katanya harga-harga barangan akan turun .

Namun sejauh manakah kebenaran itu, apa yang paling dibimbangi ialah kos kehidupan akan makin meningkat dan ramai penjawat-penjawat awam pula akan kehilangan kerja dek kerana polisi 'penjimatan' yang dibuat ini. Mungkin ada yang beranggapan ini hanya propaganda nak menakutkan penjawat awam supaya terus mengundi kerajaan BN, namun kalau diteliti kembali arkib2 berita-berita lepas ... memang sebelah 'sana' cukup konsisten dan berulangkali menyebut penjawat awam di Malaysia ni terlalu ramai dan membebankan.

Wednesday, February 8, 2017

Skandal BMF & Forex : Kit Siang Kekal Pendirian, Wartawan Kena Marah & Mantan PM Kesipuan

Pada hari Zaid Ibrahim seorang bekas Menteri dari UMNO diterima masuk menjadi macai DAP secara rasmi, tindak tanduk Lim Kit Siang yang menggelabah bila ditanya soalan 'panas' oleh seorang wartawan dalam sidang media selepas itu menjadi tanda tanya. Dari kejauhan (walaupun hanya bersebelahan) di meja yang sama dalam sidang media itu, mantan Perdana Menteri Malaysia yang tersohor hanya memandang dalam kesayupan.


Terlihat juga beberapa pemimpin pembangkang, termasuk Zaid Ibrahim sendiri seolah-olah cuba sedaya upaya untuk menahan ketawa selepas soalan 'panas' itu dihamburkan kepada Lim Kit Siang. Keadaan menjadi sangat pelik sekali , orang putih kata 'awkward' , Kit Siang tak mahu situasi 'awkward' itu menjadi lebih panjang maka beliau dengan pantas memarahi wartawan berkenaan.

Memetik laporan Malaysiakini, Kit Siang mengecam wartawan berkenaan kerana bertanya soalan-soalan yang agak 'panas' kepada beliau . Wartawan berkenaan seolah-olah cuba diperlihatkan sebagai seorang yang bodoh bila bertanya kepada Kit Siang berkenaan pendirian beliau satu ketika dahulu berkenaan skandal BMF dan FOREX ?

Malah Kit Siang sendiri banyak menulis artikel dan menulis buku berkenaan skandal-skandal itu . Sudah tentu dalam tulisan beliau itu mantan PM yang sedang duduk di sebelah beliau semasa sidang media itu , dihantam teruk-teruk.  Wartawan tu tanya pendirian je pun ?? Adakah Kit Siang sudah U-TURN dan sedia memaafkan Mahathir sekarang?

"How have I said it differently? How? You can't substantiate it, you are making a baseless allegation (Macam mana cakap saya berbeza? Macam mana? Kamu tak boleh buktikannya, kamu membuat dakwaan tidak berasas).

"You prove it! If not you are making a baseless allegation (Kamu buktikannya! Jika tidak, kamu membuat dakwaan tidak berasas,"

Dari cara jawapan Kit Siang itu, jelas menunjukkan beliau masih kukuh dengan pendirian mengatakan ada hanky-panky dalam skandal BMF dan FOREX itu , cuma cara jawapan beliau itu tak memfokuskan pada jawapan itu sendiri , kalau betul lah dia masih kekal dengan pendirian dulu , Mahathir masih lagi 'orang yang bersalah' pada pandangan beliau . Cuma dalam berita di 'highlite' kan Kit Siang marah wartawan , depa tak highlite Kit Siang kekal pendirian mengenai skandal BMF dan FOREX . Ini semua sebab nak jaga hati mantan PM babe ...tapi Mahathir pun tak bodoh, dia secara tak langsung terkena pukulan sekelepet di muka dengan respon yang diberikan Kit Siang kepada wartawan berkenaan.

Walau apa pun ceritanya, hari ini GERAMM atau Gerakan Media Merdeka sudah hantam sama Lim Kit Siang . Takkan sebab wartawan tanya soalan provokatif ko melompat uncle ???  Najib pun biasa ja depa dok tanya soalan provokatif, tapi PM buat tak layan ja

Friday, February 3, 2017

Kerjasama PPBM - PAS : Mukhriz 'cover' Malu , Guan Eng Keliru

Seperti yang dijangka, Parti Putar Belit Malaysia (PPBM) sememangnya telah membuat 'statement' media yang mengelirukan orang ramai dan sekutu-sekutu-nya berhubung kerjasama yang akan diadakan dengan PAS . Mesyuarat yang diadakan dengan Timbalan Presiden PAS pada hari Rabu itu digunakan persepsi bagi menimbulkan 'feel good factor' kepada parti itu. Ramai yang dah bergembira, termasuk DAP sendiri bila Mukhriz Mahathir memwar-warkan kononnya akan wujud pakatan PPBM dengan PAS bagi menghadapi PRU-14.


Tak berapa lama lepas tu, satu kenyataan rasmi dibuat oleh PAS pusat , seperti yang disiarkan laman web parti itu seperti berikut ;

https://pas.org.my/artikel-umum/10788-kenyataan-media-pas-pusat

Kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man dilihat seolah cuba membetulkan persepsi yang ditimbulkan oleh Timbalan Presiden PPBM, Mukhriz Mahathir . Apa agaknya reaksi Mukhriz selepas respon balas PAS tak seperti yang diharapkan? Malah respon PAS itu juga menunjukkan seolah-olah PPBM berada dalam keadaan yang amat terdesak mahu bersungguh bekerjasama dengan PAS. Kenyataan balas PAS itu mungkin kerana parti itu sedar, DAP mungkin akan mempergunakan PAS melalui PPBM .

Dalam siaran media yang dikeluarkan PAS itu, jelas tertulis segala keputusan adalah dengan berpandukan Majlis Syura Ulamak PAS. Siap 'bold' lagi . Jadi dengan penjelasan yang dibuat oleh PAS itu adakah penyokong-penyokong PPBM dan sekutu-sekutunya akan kembali menyambung sumpah seranah terhadap PAS ? Antara yang dilihat memberi respon paling awal ialah Ketua Menteri Pulau Pinang yang kononnya keliru dengan pertemuan PPBM-PAS baru-baru ini.

Berdasarkan petikan artikel Malaysiakini;

https://www.malaysiakini.com/news/371296

Lim Guan berkata Mukhriz seolah-olah keliru berhubung dengan kenyataan yang dikeluarkan Presiden PAS, Hadi Awang selepas pertemuan itu apabila menyatakan

"Sebarang keputusan rasmi perlu secara kolektif dibuat oleh jawatankuasa pusat PAS dan bukan oleh seorang individu".

Disini kita nampak siapa sebenarnya yang keliru atau cuba nak menipu ? Peliknya si Lim Guan Eng pulak yang sibuk-sibuk dengan keputusan hasil perbincangan PAS dan PPBM kenapa pulak ? PAS dengan jelas menggariskan syarat , nak bersepakat dengan PAS mesti putus segala hubungan dengan DAP dan AMANAH. Dalam kenyataan Lim Guan Eng itu, beliau ada berkata akan berjumpa dengan Mukhriz di KL pada 7 Feb kelak. Di sini saja dah nampak hubungan antara PPBM dan DAP masih mesra ... nampaknya PPBM macam tak minat kerjasama dengan PAS ? Tak gitu?

Thursday, February 2, 2017

Sejauh Mana Kerjasama Parti Putar Belit Malaysia (PPBM) dengan PAS ?

Beberapa minggu lepas, bukan main lagi mantan PM , Mahathir dalam satu kenyataan berkata PPBM tak perlu PAS kerana sikap angkuh mereka. Dalam satu temubual media,  Mahathir berkata seperti berikut ;

“Kita telah bersedia untuk pertaru­ngan tiga penjuru. Kita perlu menentang Pas. Kami rasa dalam kebanyakan keadaan, kita boleh menewaskan Pas dan BN juga,” 

Selepas kenyataan angkuh tak perlukan PAS itu tiba-tiba semalam anak Mahathir sama-sama dengan Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PAS dah bersetuju untuk bentuk jawatankuasa teknikal antara kedua parti itu bagi menghadapi PRU-14.

Apa punya cerita ni ? Nampak tak hipokrasi tahap tertinggi beliau ? Penyokong-penyokong PPBM yang sebelum ini menuduh PAS sebagai macai UMNO bersorak gembira dengan perkhabaran semalam, kononnya PAS akhirnya akan kerjasama dengan PPBM disebalik pertelingkahan dan penghinaan yang dibuat oleh mantan PM sebelum ini.

Sesuai dengan dengan pemimpin-pemimpinnya yang cukup hebat putar belit , sesuai-lah singkatan PPBM diberikan kepada parti serpihan UMNO itu . Parti Putar Belit Malaysia (PPBM) . Mana tidaknya , satu ketika dulu Anwar , Kit Siang , Nik Aziz dihantam kaw-kaw , sekarang depa sudah putar belit ... kemudian kes terbaru hantam PAS kaw-kaw kononnya jadi punca perpecahan pembangkang, kini depa putar belit lagi .

Wakil PAS iaitu Timbalan Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man dalam perbincangan semalam bersama wakil PPBM , Mukhirz Mahathir bersetuju untuk membentuk jawatankuasa bagi merangka kerjasama. Itu baru 'first step' , belum ada kata putus dan belum apa-apa lagi, ramai pemimpin-pemimpin PAS yang lain berasa skeptikal dengan tujuan kerjasama ini, Dewan Ulama PAS yang dihubungi selepas itu, membuat kenyataan syarat utama untuk kerjasama PAS - PPBM ialah melupakan kerjasama politik dengan DAP dan PAN (Datuk Dr. Mahfodz Mohamed) . Kalau dilihat dan dianalisan dalam ceramah-ceramah politik sebelum ini, PPBM dilihat lebih mesra dengan DAP dan PAN berbanding PAS itu sendiri . Memang hebat permainan politik putar belit PPBM ini

Friday, January 27, 2017

Skandal Forex Punca Ringgit Jatuh Dari RM2.5/USD hingga RM3.8/USD ?

Pada 2 Jun 2012, satu forum yang dianjurkan Penang Instute di Dewan Sri Pinang membahaskan perihal "Skandal Forex Bank Negara" . Forum itu membariskan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Ketua Pembangkang pada ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Forum itu membicarakan peranan yang dimainkan Bank Negara pada tahun 1992 dalam urusniaga forex yang menyebabkan negara kehilangan sehingga RM30 Billion . Bayangkan berapa besar jumlah RM30 Billion semasa tahun 1992 jika ditukar nilainya ke masa kini ? Dalam forum berkenaan juga dipersoalkan , kenapa sehingga selepas 20 tahun tiada penjelasan atau apa-apa tindakan yang diambil ? Kerajaan pimpinan mantan PM pada ketika itu Mahathir tidak mengambil tindakan secara agresif dalam memberi penjelasan kepada rakyat.

 Bila skandal forex berlaku, ramai yang mempersoalkan , bukan sahaja dari pembangkang malah juga dari penyokong-penyokong kerajaan. Namun dek kerana pada ketika itu, tiada internet, tiada FB dan media arus perdana di kawal oleh kerajaan sepenuhnya. Maka rasa ketidak-puasan hati tidak dapat dilahirkan. Ketika skandal forex berlaku, Anwar Ibrahim masih bersama parti Barisan Nasional dan menjawat jawatan Menteri Kewangan semasa skandal itu berlaku dan sudah tentu beliau tahu banyak berkenaan hal itu,



Merujuk kepada satu artikel yang disiarkan portal Keadilan Daily di url berkaitan perihal forum yang diadakan di Pulau Pinang itu ,

http://www.keadilandaily.com/kjaan-tak-ambil-tindakan-skandal-forex-pada-1992-anwar/ 

Anwar antara lain menyatakan individu utama dalam kes tersebut ialah bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin dan juga Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang mengetuai jabatan perdagangan mawatang di Bank Negara ketika itu. 

“Ini mempamerkan wajah sebenar penyangak dan mereka yang korup dalam mengendalikan wang negara,” katanya yang menambah isu mengenai spekulasi mata wang Yen dan Dollar Amerika bermula sejak 1989 lagi. 

“Akhirnya apabila kehilangan wang negara yang begitu besar berlaku, tiada pihak yang berani untuk membawa ke muka pengadilan spekulator yang bertanggungjawab,” kata beliau. 


 Siapa sangka selepas 6 tahun skandal forex negara, nilai matawang Malaysia yang asalnya 1USD bersamaan lebih kurang RM2.5 terus meningkat mendadak sehingga paras tertinggi RM 4.8 ? Peninggkatan mendadak sehingga 92% ! Pada ketika Najib Razak mengambil-alih pimpinan kerajaan dari Abdullah Badawi, nilai tukaran USD-MYR ialah pada tahun RM3.7/USD dan nilai ringgit terus kukuh pada purata RM3.0/USD dari awal 2011 hingga pertengahan 2013 sebelum disabotaj oleh geng-geng pelaku skandal forex 1992. Namun sehingga kita kejatuhan nilai matawang hanyalah pada tahap 50% jika dibandingkan dengan prestasi terbaik pada 2011 hingga 2013.

Dek kerana mantan PM gemar mengkritik tanpa melihat semula kesilapan-kesilapan yang pernah dilakukan dahulu, maka kini cerita-cerita lama beliau dah dikorek semua . Bahan dah tersedia ada, iaitu bahan-bahan yang disediakan oleh sekutu-sekutu beliau sendiri kini ? Takkan lah DAP , PKR , PAS nak kata bahan-bahan yang dijaja mereka pada satu ketika dulu di ceramah-ceramah hanyalah tipu belaka ? Atau adakah DAP, PAS , PKR nak kata apa yang berlaku hingga menyebabkan secara langsung kehilangan/kerugian RM30 billion duit negara boleh dimaafkan sebab Mahathir kini dah bersama mereka? Tak mustahil soal RM2.6 billion milik 1MDB yang kononnya hilang tu pun boleh dilupakan kalau-kalau Najib Razak berdiri bersama-sama mereka pula ? Munafik sungguh !!

Tuesday, January 17, 2017

Projek Perumahan Mewah, Mahathir Patut Tegur DAP Juga di Pulau Pinang

Selepas dibidas Sultan Johor semalam, hari ini Mahathir tampil menjawab beberapa perkara yang dinyatakan dalam portal online The Star semalam. Seperti yang dijangka, pasti akan ada saja komen-komen yang berniat menghasut dan merendah-rendahkan institusi kesultanan di negara ini. Beberapa komentar juga dilihat agak kurang ajar, seperti tidak ambil pengajaran daripada beberapa kes penahanan sebelum ini kerana bersikap biadap, menghina Sultan dalam media sosial.



Berbalik kepada jawaban Mahathir kepada Sultan, perkara-perkara yang dibangkitkan seolah-olah hanya negeri Johor adalah satu-satunya negeri di dalam Malaysia ini yang mempunyai pelaburan berbillion dari negara China bagi projek-projek pembangunan hartanah . Seolah-olah hanya negeri Johor yang mempunyai projek-projek pembangunan hartanah mewah yang mana pelabur utamanya adalah dari negara China.

Mahathir menyatakan kebimbangannya adalah berasaskan kemampuan rakyat negara ini memiliki hartanah-hartanah mewah yang dibangunkan di Johor dan akhirnya akibat ketidak mampuan ini, rakyat dari negara asing yang akan membeli hartanah-hartanah disini. Soal rakyat negara asing membeli hartanah di sini bukan soal baru, ia dah dibangkitkan sebelum ini bila projek-projek pembangunan hartanah mewah dibuat di Pulau Pinang .



Adakah yang membeli hartanah-hartanah mewah ini rakyat tempatan ? Pernah dengar pasal Bayan Mutiara, Penang World City, Seri Tanjung Pinang? dan macam-macam lagi. Di Selangor pula pernah kita dengar pasal Datum Jelatek ? Ini semua projek-projek mewah yang mana, orang-orang kaya dari luar negara je yang mampu beli. Jadi sekiranya Mahathir ingin menggunakan nas-nas bagi menjawab bidasan Sultan Johor, beliau sepatutnya adil dengan turut menegur sekutu-sekutu-nya terutama di Penang dan Selangor kerana turut melakukan hal yang serupa .

Monday, January 16, 2017

"Jual Negara" , Mahathir dibidas Sultan Johor

Kenyataan Mahathir sebelum ini berkaitan tuduhan membawa masuk 700,000 warga asing dari Tanah Besar China untuk menetap di Forest City, Johor Bharu sekali lagi menjadi berita sensasi apabila Sultan Johor membidas tuduhan yang dibuat itu. Artikel ekslusif yang disiarkan portal berita The Star itu antara lain menulis Sultan Johor jelas kecewa dengan tuduhan yang dibuat oleh mantan Perdana Menteri itu dan menganggap ia adalah satu tuduhan keterlaluan.



Sultan Johor berkata Mahathir cuba memberi gambaran kononnya kedaulatan negeri Johor akan 'terjual' kepada orang asing , malah turut membandingkan sejarah bagaimana Johor menyerahkan Singapura kepada pihak British satu ketika dulu. Sultan Johor berkata beliau tidak mahu mencampuri urusan politik tetapi perlu membetulkan persepsi yang ditimbulkan oleh individu-individu yang berkepentingan ini.  

Mahathir dilihat cuba menimbulkan rasa takut, menggunakan sentimen bangsa bagi memenuhi aspirasi politik beliau yang dilihat sebagai satu tindakan penting diri dan oppurtunis. Mahathir sendiri semasa menjadi Perdana Menteri telah melancarkan projek Malaysia My 2nd Home (MM2H) pada 2002 yang mana warga-warga asing digalakkan untuk membeli hartanah-hartanah di Malaysia.

Sultan Ibrahim menekankan bahawa projek Forest City yang sedang dibangunkan itu bukan hanya untuk pelabur-pelabur dari China, tetapi juga untuk semua termasuk rakyat Johor.  Kesan dari pembangunan projek ini adalah agak besar termasuk dari segi pulangan kepada kerajaan negeri malah sebanyak 200,000 peluang pekerjaan yang baru akan diwujudkan. 





Thursday, January 12, 2017

PTD Difitnah Kutuk PM ?

Tak dinafikan setiap rakyat ada pandangan politik masing-masing, termasuk yang bertugas sebagai penjawat awam . Ada penjawat awam negeri Pulau Pinang dan Selangor yang tak suka dengan boss mereka , ada juga penjawat awam kerajaan persekutuan yang tak suka dengan PM. Cuma mereka ni kena ingat, bila dah jadi penjawat awam slogan "saya yang menurut perintah" tu harus jadi keutamaan . Ini soal nak jaga periuk nasik sendiri. 


Sebelum ni kita pernah tengok tindakan keras Lim Guan Eng yang memecat penjawat awam kerana dikatakan tidak bersetuju dengan beberapa polisi beliau, malah orang yang dipecat Guan Eng tu bukan orang lain pun, kawan-kawan dalam Pakatan Rakyat juga. Di pihak kerajaan persekutuan pulak, memang ada ramai penjawat awam yang secara keras mengkritik kerajaan secara terbuka di laman-laman sosial, tapi mereka ni memang jarang sangat dikenakan tindakan. Maklumlah, tiada yang memantau.

Makin lama, trend mengutuk kerajaan dan pemimpin-pemimpin di kalangan penjawat awam makin menjadi . Sebab-nya , tak ada tindakan yang dikenakan dan tidak ada yang pulak yang memantau. Makin lama makin naik kepala, ada di kalangan mereka bertindak keterlaluan bila mendedahkan dokumen-dokumen rahsia. Yang mendedahkan ini pun bukan pangkat kecik-kecik , ada jawatan lah jugak. Tak cukup dengan itu, bila dah besar kepala ada yang berani berdiri sepentas dengan pemimpin-pemimpin pembangkang dalam ceramah. 

Dey, nak masuk politik letak jawatan je la sebagai penjawat awam..macam mana ko sebagai penyokong pembangkang boleh bagi keyakinan kepada pihak kerajaan yang ko betul-betul akan bantu menaikkan kerajaan dan bukannya kasi sabotaj . Di pihak kerajaan pulak takkan nak dibiarkan parasit-parasit macam ni wujud ? Lama-lama kena sabotaj dek kebodohan sendiri tak pantau musuh-musuh dalam selimut. 

Nak dijadikan cerita, seorang penjawat awam bertaraf PTD mengutuk, mencaci dan mencerca Najib Razak dalam akaun FB beliau. Dikatakan beliau sekarang berkhidmat di Kedutaan Filipina. Mungkin dah berada jauh di perantauan, si penjawat awam ni dah lupa kerajaan ni masih diperintah di bawah pimpinan Najib Razak. Mujurlah sekarang ni atas inisiatif kumpulan tertentu dah diwujudkan 'gestapo' penyokong kerajaan yang memantau akaun-akaun FB penjawat awam, baik yang menggunakan nama sendiri atau nama glamour . Katanya mamat PTD yang menghina Najib Razak tu dah dipanggil balik hari ni.  Entah apa alasan yang akan diberikan.

Kalau zaman dulu orang kata terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata tak boleh diundur ... Masalah zaman sekarang ialah terlajak tekan kunci keyboard, depa akan kata akaun FB kena hack ...

Tuesday, January 10, 2017

"Rakyat Menderita,Pemimpin Cuti Luar Negara" : 'Statement' Raja Bahrin Terpalit Muka Sendiri

Raja Bahrin, Ketua PAN Terengganu 'menggelupur' memberi reaksi balas dalam satu sidang media hari ini apabila sebuah mendakwa beliau bercuti mewah dan mengabaikan mangsa banjir baru baru ni.


Dalam sidang media itu, Raja Bahrin juga telah menyiapkan 'presentation slides' bagi membuktikan beliau sebenarnya membantu mangsa-mangsa banjir dan bukannya bercuti di London pada ketika itu.
Raja Baharin mendakwa lawatan beliau ke UK adalah di waktu sebelumnya, bersama dengan beberapa pemimpin PAN atas urusan kerja. 

Setelah menyemak balik kembali cerita2 sensasi di media sosial mengenai lawatan Raja Baharin ke UK, rupanya lawatan di buat masa bulan Oktober, maklumat diperoleh dari gambar instagram isteri Raja Bahrin, Norym Aziz yang berposing di sana.

Cerita percutian Raja Bahrin timbul bila beliau mempersoalkan cuti PM ke Australia bersama keluar, kenyataan yang dibuat sebelum itu mempersoalkan tindakan PM bercuti di luar negara sedangkan rakyat dalam kesempitan, ekonomi tak  baik dan mcm2 lagi tuduhan terhadap PM kononnya tak prihatin sebab bercuti.

Tapi bila dicuit Raja Bahrin cepat tersentap. Tahu marah bila gambar-gambar santai bersama sama keluarga di oversea tersebar di media sosial. Nak salahkan siapa, takkan bini kot? Gambar tu semua bukan private dan di share di media sosial yang mana Noryn Aziz mmg ada ramai peminat.
Rakyat nampak perangai hipokrit Ketua PAN Terengganu ni bila dia mempersoalkan Najib dan keluarga bercuti di luar negara, sedangkan dia sendiri buat perkara yang sama. Dan jangan tipu la..ramai lagi pemimpin2 dari kerjaan atau pembangkang masih bercuti di luar negara dikala nilai RM sangat lemah.

Sebenarnya bukan pemimpin saja, malah masih ramai lagi rakyat negara ni masih bernafsu ke luar negara, walaupun di sogokkan dengan berita ekonomi tenat dan sebagainya. Kalau tenat sangat, kenapa Raja Bahrin masih ada masa bercuti-cuti London semasa Oktober 2016? Bukankah cerita ekonomi tenat dan rakyat menderita dijaja lama sebelum tu lagi.  Melampau betul munafiq-nya, nak propa sikit-sikit dah la, cermin diri dulu

Wednesday, January 4, 2017

Mohon Datuk Bahri ex-SPRM Dedah Senarai Pemberi & Penerima Rasuah

Semalam bekas pegawai SPRM punya propa , kononnya nak bersara awal sebab alasan kecewa dengan siasatan SRC . Kononnya dia lah yang berintegriti dan sebagainya, tapi mungkin dia dah lupa kesah pasal dia dan isteri pun orang dok cerita juga.  Portal-portal pembangkang bukan main lagi menjaja cerita , nak tunjukkan Datuk Bahri ni macam hero . Ini semua modus operandi yang sama, ingat tak cerita apa ke nama Mejar 'airforce' yang berhenti tu, kononnya sebab tolak kerajaan yang takde integriti dan macam2 lagi, mula-mula dilambung bagai hero, dah ke mana dia sekarang? Senyap ja ... yea lah dengar khabar dalam office Lim Guan Eng, mungkin kenyang lah tu.

Berbalik kepada cerita Datuk Bahri ex-SPRM ni, lepas dia buat kenyataan dramatik semalam. Macam-macam respond la keluar dalam sosial media, termasuklah dalam blog ni sendiri. Semalam aku tulis takde lah hentam pun, setakat sinikal gitu-gitu je. Menteri pun ada bagi respond juga, Datuk Rahman Dahlan kata tak semua kes SPRM masuk mahkamah, jadi signal dia pada Datuk Bahri ni ialah tok sah dok berdrama bagai, beberapa jam lepas tu pulak kenyataan rasmi dibuat oleh SPRM sendiri pasal persaraan awal Datuk Bahri. Memang malu besar lerr.... sebab SPRM cerita hal yang betul. Dalam press statement SPRM, depa kata Datuk Bahri dah dihubungi berkaitan apa yang diucapkan beliau seperti dalam artikel-artikel dan Datuk Bahri menafikan.

Apa game yang Datuk Bahri buat ni, dia mungkin risau ... silap haribulan pencen persaraan tak dapat sebab langgar peraturan-peraturan penjawat awam dengan buat kenyataan berbaur fitnah di media. Kah kah kah . Malangnya selepas keluar statement dari SPRM, Menteri dan lain-lain lagi , Datuk Bahri dah kepanasan dek kena cucuk bertalu-talu. Maka keluarlah satu lagi artikel di Malaysiakini pro pembangkang dengan tajuk "Jangan Cabar Saya, kata Bekas Pengarah SPRM" .



Ini statement Datuk Bahri yang paling jilake... kah kah kah

“Jangan cabar saya. Saya tahu semua pemberi rasuah dan pengambil rasuah.

“Ya, pengamal rasuah dan jangan cuba nak jadi juara kepada rakyat di luar sana,” katanya lagi.

Sebenarnya, kami rakyat nak sangat tau dengan segera siapa semua pemberi rasuah dan pengambil rasuah tu ??? Mohon dikeluarkan secara pantas , jangan keluarkan secara terpilih pulak . Kalau Datuk Bahri bagi senarai secara terpilih maksudnya dia pun dua kali lima ja la ... tak jujur dalam menjalankan tugas . Berikut adalah status FB Jalil Backer yang memberi komentar dengan kenyataan Datuk Bahri,

Tidak Payah Ugut, Dedahkan sahaja

Datuk Bahri Mohd Zin (bekas SPRM) kamu hendak dedahkan apa pun silakan. Jangan ugut-ugut orang.

Ini kenyataan kamu kepada Malaysiakini:

“Jangan cabar saya. Saya tahu semua pemberi rasuah dan pengambil rasuah."
Sekarang sebagai rakyat Malaysia saya cabar kamu dedahkan semua.
Kamu kata kenal semua pemberi dan pengamal rasuah. Maknanya kamu kenal ramai tapi melakukan siasatan terpilih sahaja? Atau kamu mendiamkan diri dalam banyak kes sebab kamu ada laba?
Sejak kamu pohon bersara 6 bulan lalu ramai pegawai kanan kerajaan telah didakwa. Maknanya sebelum ini kamu buat apa? Kerja politik orang tertentu?

Tuesday, January 3, 2017

Selepas Setahun Kontroversi 'Bersekongkol' dengan Pembangkang, Pegawai SPRM Pilih Bersara Awal

Datuk Bahri Mohamad Zain yang sebelum ni menjawat jawatan Pengarah Siasatan Khas SPRM hari ini dikatakan telah bersara lebih awal dari tempoh sepatutnya. Beliau sebelum ini dilihat agak kritis dalam siasatan yang melibatkan 1MDB & SRC International. Daripada petikan-petikan artikel pro-pembangkang, persaraan awal itu dikatakan kerana Bahri kecewa dengan hasil siasatan terhadap SRC. Bahri sebelum ini juga diwar-warkan mempunyai ketidakserasian dengan beberapa pegawai tertinggi SPRM termasuk pendapat mengenai hasil siasatan.


Dari laman web SPRM,

"Sebagaimana disebutkan dalam kenyataan media bertarikh 3 Ogos 2015, hasil siasatan SPRM mendapati dana sebanyak RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun milik YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah derma yang disumbangkan oleh pihak tertentu. SPRM tidak boleh mendedahkan identiti pihak yang mendermakan dana RM2.6 bilion kepada YAB Perdana Menteri."

"Bagaimanapun untuk makluman orang ramai, SPRM telah memperoleh penjelasan daripada pihak penderma tentang derma yang diberi kepada YAB Perdana Menteri. SPRM telah mendapat tahu tentang butir penderma melalui dokumen yang diambil dari bank dan didapati bahawa terdapat empat surat yang diserahkan kepada pihak bank apabila jumlah wang yang besar dimasukkan ke dalam akaun YAB Perdana Menteri. Dalam dokumen itu ada dijelaskan bahawa sumbangan RM2.6 bilion adalah sebagai derma. SPRM telah mendapatkan penjelasan daripada pihak penderma yang berasal dari Timur Tengah dan pihak berkaitan juga telah mengesahkan sumbangan derma tersebut. Sumbangan derma RM2.6 billion itu tiada kaitan langsung dengan 1MDB. Perbincangan juga telah diadakan dengan Peguam Negara Malaysia yang meminta supaya SPRM membuat penjelasan mengenai perkara ini sementara siasatan masih dijalankan. Sehubungan itu, SPRM juga ingin memaklumkan bahawa YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan diminta untuk memberi penjelasan mengenai sumbangan derma yang diterima beliau kepada SPRM."

"SPRM juga ingin mengulangi bahawa siasatan berkenaan isu SRC International yang melibatkan dana RM4 bilion masih dijalankan oleh SPRM. Siasatan berkaitan dana RM2.6 bilion dan isu SRC International merupakan dua perkara yang berbeza. Oleh itu, SPRM mahu menekankan bahawa SPRM tidak pernah menyatakan kes yang disiasat ini telah ditutup. Sebaliknya, SPRM hanya menyatakan ia bukan dari wang 1MDB. Diharap penjelasan ini akan memberi gambaran sebenar mengenai isu yang disiasat oleh SPRM. SPRM sekali memberi jaminan siasatan akan dijalankan dengan bebas, telus dan profesional. Adalah diharapkan semua pihak memberi ruang kepada SPRM dalam menjalankan siasatan dengan menyeluruh tanpa membuat sebarang spekulasi. Sebagai Suruhanjaya yang bebas, SPRM bertanggungjawab menjalankan siasatan dengan bebas, telus dan profesional tanpa fear or favour. SPRM tidak akan membiarkan mana-mana pihak untuk mempengaruhi atau campur tangan dalam siasatan yang dijalankan."

http://www.sprm.gov.my/index.php/arkib-kenyataan-media/449-penjelasan-mengenai-isu-dana-rm2-6-bilion-dan-siasatan-src-international

Berdasarkan petikan dari laman web SPRM itu sendiri, jelas menunjukkan terdapat perbezaan pendapat antara Bahri dan kumpulan penyiasat SPRM. Sebelum ini, nama Datuk Bahri juga menjadi agak panas sedikit akibat keceluparan isteri beliau yang memuatkan status FB untuk tatapan umum dengan menghina dan melabel PM Najib Razak dengan pelbagai gelaran. Reaksi sebegini saja jelas menunjukkan Datuk Bahri juga mungkin mempunyai sentimen yang serupa. Mungkin sebagai penjawat awam yang berpangkat beliau sekurang-kurangnya boleh menasihati si isteri. 

Hasil dari muat naik status FB isteri Datuk Bahri, seolah-olah memberi persepsi maklumat-maklumat hasil siasatan badan itu didedah kepada umum dek keceluparan si isteri. Sikap Datuk Bahri yang dilihat condong untuk bersetuju dengan beberapa pihak terutama dari pemimpin-pemimpin pembangkang juga dilihat tidak sesuai dan kelihatan agak 'bias' ketika menjalankan siasatan. Walau bagaimanapun, selepas persaraan ini, kita jangan terkejut sekiranya Datuk Bahri akan dilihat berdiri bersama-sama pemimpin-pemimpin pembangkang dalam pentas ceramah mereka.

Monday, January 2, 2017

Tanya Juga Guan Eng dan Azmin Ali Pasal Bercuti Sakan Dengan Duit Rakyat

Kerja dengan 'gomen' sejak dulu lagi memang antara profession kegemaran orang Melayu. Punca-nya kerja dengan gomen lebih terjamin, hatta sebagai penjawat am rendah sekalipun memang macam-macam kemudahan yang akan kita dapat.

Lagi tinggi 'ranking-nya' dalam gomen lagi banyak keistimewaan yang dapat, cuma kelemahannya, bonus takde la masyukk sangat berbanding pekerja sektor swasta. Bila masuk hospital, layanan terhadap pekerja gomen cukup istimewa. Dapat tempias keistimewaan tu kat mak bapak anak dan isteri/suami.

Ada satu kisah, sorang anak yang kerja 'gomen' , jawatan rendah je, dapat bantu bapak yang sakit jantung dapat rawatan berkala secara percuma kat IJN, malangnya lepas anak tu berhenti keje 'gomen' , si bapak terpaksa bayatr kos rawatan untuk satu sesi dalam RM300 lebih!

Yang berjawatan tinggi sikit dalam gomen dapat kemudahan yang lebih baik, sampai nak isi minyak petrol pun kerajaan tanggung. Lagi satu, ada juga yang berjawatan tinggi ni diberikan kereta untuk kemudahan pengangkutan.

Lagi tinggi rankingnya lagi lah macam-macam yang diperoleh, sama ja...kerajaan persekutuan atau negeri. Kat negeri2 yang ditadbir pembangkang pun sama ceritanya. Artikel ni ditulis sebab kecoh seperti biasa bila dikatakan PM dan keluarga bercuti makan angin guna kemudahan yang disediakan kerajaan...kalau macam tu punya bangkang, patut semua penjawat awam termasuk Lim Guan Eng dan Azmin Ali punya keistimewaan sebagai ketua penjawat awam di negeri masing2 pun patut kena tarik.

Berikut adalah pandangan menarik dari seorang pengguna FB berkenaan kemudahan2 penjawat awam,

Oleh Jabdin JJ

AKTA 237, AKTA AHLI PARLIMEN (SARAAN) 1980  menyebut mengenai hak-hak dan keistimewaan anggota pentadbiran kerajaan ( kabinet) dan ahli parlimen.  Didalamnya termaktub jelas mengenai gaji, elaun keraian, kenderaan rasmi, pinjaman perumahan/ kenderaan, pelantikan pegawai, pengawai keselamatan, bayaran bil rumah dan pejabat parlimen, bercuti dalam & luar negara, tuntutan perjalanan harian dan macam-macam lagi.

Bagi anggota kabinet dari PM hingga Timbalan Menteri kemudahan cuti luar negara mereka layak setahun sekali menggunakan kemudahan itu. Tiket dan beberapa org anak ditanggung, penginapan, bil tertentu ditanggung kerajaan. Menteri pergi cuti atau tak pergi mereka boleh tuntut kembali kos cuti luar negara sebagai ganti ( Kos paling jauh London- pernah satu ketika pekeliling kerajaan hanya negara Asean paling jauh Laos).

Apatah lagi kalau melibatkan  PM dan TPM mereka ada kelayakan tertentu termasuk menaiki pesawat kerajaan. Ia termasuk melindungi keselamatan PM dan keluarganya semasa bercuti. PM cuti ke tak cuti ke dia tetap seorang PM.

Kau ingat kalau Pakatan memerintah dia pinda tak peraturan dan kelayakan ni? dia menang Selangor dan Pulau Pinang pun mereka pinda Akta untuk naikkan gaji MB, KM, Exco dan Adun. Relaklah...