Friday, December 30, 2016

Apa Nilai RM50 di Zaman Sekarang ?

Ramai yang dok berkompang di media sosial sekarang merungut pasal zaman sekarang ni RM50 macam dah tak dak nilai . Kalau dulu RM50 boleh beli macam-macam, sekarang RM50 boleh beli apa saja . Tak dinafikan , kat mana-mana tempat dalam dunia ni pun, harga barangan memang tak pernah menurun .. makin menaik saja . Masa tahun 90-an dulu, mee sepinggan kecik kat sekolah ada la depa caj dalam 50sen kot , zaman 80-an pulak depa caj RM20sen ja . Zaman sekarang tahun 2016 rata-rata kantin sekolah yang caj RM1.50.


Zaman dulu orang yang bergaji 1,000 ringgit kira dah kira masyukkkk , zaman sekarang dah bersepah orang bergaji 1,000 ringgit . Ramai juga yang bergaji 3-4 ribu ke atas . Kalau zaman dulu, siapa yang dapat beli kereta tu kira dahsyat la , zaman sekarang budak universiti pun dah boleh pakai kereta. Zaman sekarang budak-budak sekolah pun dah pandai cari duit sendiri, buat bisness online dan macam-macam lagi. Ada juga jenis pendapatan tak seberapa tapi dia punya perbelanjaan mengalahkan orang bergaji 5-6 ribu.  Ini fakta jangan dok pertikai, golongan macam ni memang wujud.

Tak pelikkah ramai orang muda-muda lagi dah diisytihar bangkrap ? Ramai yang kata depa diisytihar bangkrap sebab kos hidup yang makin meningkat . Setuju ke ? Memanglah setuju kos hidup makin meningkat, tapi itu bukan faktor utama. Ramai yang jarang mengakui punca utama adalah disebabkan 'lifestyle' mereka tu sendiri sebab pendapatan yang diperoleh tak serupa dengan perbelanjaan. Disisi lain pula, kita boleh tengok juga ramai anak-anak muda yang berjaya, bina empayar perniagaan dalam usia muda remaja. Masa zaman dulu fenomena ni jarang sekali kita boleh lihat. Pokok pangkalnya ialah bagaimana kita merancang kewangan dan guna segala kemudahan yang ada untuk 'survive'.


Berbalik kepada cerita apa duit RM50 boleh bagi pada kita pada hari ni. Bunyi-nya macam nilai RM50 tu 'hopeless' sangat . Tapi bagi mereka yang biasa hidup susah, RM50 tu boleh buat macam-macam, asalkan kreatif dan pandai mencari dan menyemak harga. KPDNKK melalui laman 1Pengguna dah sediakan platform untuk orang ramai cari dan rancang perbelanjaan mereka. Kebanyakkan barang yang disenaraikan adalah keperluan asas harian.

Menggunakan maklumat dari laman 1Pengguna tu, untuk negeri Selangor dan harga pada bulan Disember 2016, dengan nilai RM50 kita boleh beli 13 jenis barangan yang sekurang-kurangnya boleh mengenyangkan perut satu keluarga untuk 3 hari. Mungkin nilai RM50 tu tak cukup untuk mereka yang berbelanja lebih dari kemampuan yang ada. Kena ukur baju di badan sendiri, kalau baju tak muat kena cermin diri dan tukar baju lain yang muat . Kalau nak juga pakai baju yang sama kenalah buat sesuatu supaya baju tu muat .

Thursday, December 29, 2016

Ibrahim Ali "Katak" Lawan Ezam "Kotak"

Dalam politik, paling bahaya ialah politikus yang jenis gemar melompat parti. Dari satu parti ke parti yang lain dia melompat asalkan dapat keuntungan. Puak-puak pembangkang dulu gelar politikus jenis ni sebagai katak. Katak yang paling popular ialah Ibrahim Ali, mula-mula lompat ke parti pembangkang dari UMNO, lepas tu dia khianat PAS dan beralih sokongan pada UMNO pulak, lepas tu dia khianat UMNO dan bagi sokongan pada parti lain pula. Fenomena 'katak' ni dilihat makin menjadi-jadi kebelakangan ni, kalau lompat sekali kita faham lah ... ni kalau yang jenis lompat berkali-kali dah jadi apa cerita pulak?


Macam Ibrahim Ali dulu, masa dia lompat balik bagi sokongan pada UMNO macam-macam kemudahan dia dan balachi-balachi dapat dengan gunakan platform PERKASA, yang penaungnya Mahathir. Dah dapat macam-macam kemudahan dan barangkali tak kenyang dan tak dapat apa yang dihajati maka jadilah cerita seperti yang kita nampak hari ni. Nampaknya hari ni kita boleh nampak satu lagi Ibrahim Ali in the making . Sapa tak kenal Ezam Kotak ? Nama Ezam naik zaman reformasi Anwar, dia jadi orang kuat Anwar balun Mahathir kaw-kaw, itu sebab cerita 6 kotak boleh timbul, kononnya 6 kotak yang bakal menyebabkan Mahathir dan kroni-kroni bakal disumbat dalam penjara.

Ezam yang asalnya orang UMNO kemudian jadi PKR masa zaman reformasi Anwar akhirnya berubah semula menjadi UMNO, bukan setakat itu saja .. malah dilantik jadi orang penting di Kementerian Kewangan. Ramai penyokong UMNO yang sebenarnya mengkritik tindakan menerima semula Ezam tapi lama-kelamaan terima dalam keterpaksaan. Hari ni apa yang dijangka jadi kenyataan, Ezam berpaling tadah lagi ... cerita 6 kotak pun timbul lagi , tapi mungkin Ezam lupa kisah 6 kotak yang dijaja selama ini tujuannya untuk menjatuhkan Mahathir, ironinya hari ini ... Ezam berada dalam parti yang ditunjangi Mahathir.

Memetik status FB Faisal Rohban,

"Ezam punya tahap benci kpd Tun M saya tahu wahai kawan2ku sekalian. Saya tahu tahap bencinya setakat mana ? Hatta selepas dia masuk Umno sekalipun bencinya kpd Tun M tidak surut. Dendam dia, marah dia kerana dia ditahan ISA dan dipenjara akibat mendedahkan dokumen bagaimana Dr M melakukan salah guna kuasa melindungi rasuah Rafidah Aziz.

Sebab itu saya terkejut bila dia blh sokong Dr M sekarang. Dlm kepala saya dua sebab saja;
1. Dia dapat dedak gred AAA
2. Dia nak balas dendam kpd Tun M dan akan sabotaj dari dalam.

Kalau dia bukan nak balas dendam kpd Dr M, dia tidak akan berckp lagi hal kotak2 itu. Sebab kotak2 itu sepertimana dia beritahu kita semua dulu adalah bukti2 rasuah dan salah guna kuasa Tun M. Selepas dia masuk PPBM, pada bulan November dlm wawancara dgn Sinar Harian dia masih mempertahankan kotak2 itu dan mengakui ianya masih wujud. Utk apa dia berckp begitu sedangkan dia telah bersama Dr M ? Maknanya ada rancangan dia utk mensabotaj Dr M melalui cara2 tertentu. Dlm pertarungan, jika kita tidak dpt menjatuhkan musuh dgn berperang berdepan, kita kena menyusup masuk dlm pasukan musuh pula. Kita sokong dia,kita lambung dia, kita puji dia, kita ampu dia dan akhir sekali kita keratttt dia...."

Jadi kepada ahli-ahli PPBM, anda semua kena hati-hati sikit dengan Ezam ni ....dia dah pernah buat sebelum ini jadi tak mustahil dia boleh buat lagi . Harap lepas ni UMNO jangan terima jenis makhluk-makhluk yang gemar melompat-lompat ni.

Monday, December 26, 2016

Anina akan lebih dihargai dalam DAP

Anina yang merupakan antara penggerak utama kempen anti-Najib dan antara individu yang bertanggungjawab dalam menubuhkan parti PPBM akhirnya tersungkur dalam parti yang belum sampai setahun ditubuhkan. Punca Anina disisihkan dari parti itu masih menjadi tanda tanya , pelbagai spekulasi dibuat, ada yang berpendapat sikap Anina sendiri mungkin menyebabkan sesetengah ahli dan kepimpinan PPBM naik jelak. Semalam portal berita pro-pembangkang FMT menyiarkan kenyataan Anina mengenai penyingkiran beliau dari PPBM.


Menurut artikel portal berkenaan, Anina disingkirkan kerana dakwaan beliau terbabit dalam dakwaan "skandal mesej seks" dengan bekas pembantu beliau. Sebelum ini, tuduhan ini berlegar-legar didalam ruang maya, namun ramai ahli PPBM menganggap ia hanyalah pro-paganda pro-UMNO bagi memecah-belahkan PPBM, namun dengan penyingkiran Anina semalam ia menjadi bukti bahawa berita yang tersebar adalah angkara ahli parti itu sendiri dan indikasi berlaku pertelagahan dalaman parti.

“Dahulu, ketika saya mempertahankan mereka, saya terlupa tanya apa perasaan mereka. Saya hanya tampil mempertahankan mereka tanpa berfikir banyak,”

Kenyataan Anina di atas merujuk kepada tindakan beliau mempertahankan Muhyiddin dan Mukhriz ketika dipecat dari jawatan tertinggi UMNO . Jelas sekali Anina kecewa dengan kedua pemimpin di atas kerana apa yang dilakukan beliau sebelum ini tidak dihargai semata-mata terpengaruh dengan "skandal mesej seks" bodoh rekaan musuh-musuh Anina dalam PPBM.



Melalui komen-komen FB yang dipaparkan dalam artikel ini, ramai penyokong pembangkang terutama dari PKR dan DAP berharap Anina menyertai salah satu parti itu yang lebih menghargai perjuangan ahli. Anina disaran menyertai DAP dimana beliau akan lebih dihargai disitu. Terdapat banyak juga komentar-komentar penyokong PH yang mengutuk tindakan pucuk pimpinan PPBM menyingkir Anina.


Anina dilihat mempunyai pengaruh yang besar kepada sebahagian ahli-ahli wanita dalam PPBM, tindakan penyingkiran beliau mungkin memberi kesan atau bakal mewujudkan 'wave' tindakan keluar parti secara beramai-ramai oleh penyokong-penyokongnya. DAP mungkin dilihat akan mengambil kesempatan dari situasi yang berlaku ini bagi menggalakkan lebih ramai penyertaan orang Melayu di dalam parti itu.

Wednesday, December 21, 2016

Fitnah Kos MRT, Rafizi Patut Minta Syarikat MRT Corp Saman Beliau & Bukan Najib

Cliche lagi, ini memang style Rafizi ... bila dah kena hantam kantoi buat cerita mengelirukan dia akan cabar orang yang difitnah untuk saman. Setakat ni banyak kes mahkamah yang Rafizi kalah, kes cincin Rosmah dulu .. akhirnya bagi kenyataan bergurau saja. Terbaru Rafizi cabar Najib untuk saman beliau sekiranya dakwaan jumlah keseluruhan projek MRT adalah melebih RM100 billion adalah fitnah semata-mata.

“Saya cabar Najib untuk saman saya di mahkamah dalam masa tujuh hari jika benar jumlah kos projek MRT melibatkan 150 kilometer tidak melebihi RM100 bilion.

“Jika beliau tidak memfailkan tuntutan mahkamah itu dalam tempoh tujuh hari dari hari ini, saya mahu beliau memohon maaf kepada rakyat kerana kenyataan mengelirukan (projek MRT) berjaya berjimat RM2 bilion,” 

Berikut adalah satu pandangan menarik dari sudut perundangan, yang dipetik dari laman seorang pengguna Facebook Y.Vijay ..

Najib Razak tidak boleh saman Rafizi kerana beliau tidak ada lokus standi daripada segi undang-undang untuk buat demikian.

Untuk failkan saman, Najib harus memegang jawatan di dalam syarikat yang bina atau ada hubung kait dengan PEMBINAAN projek MRT ini.

Ini kerana kos yang dirujuk Rafizi adalah kos pembinaan dan bukan "feasibility study" ataupun kos pembentangan idea!!!

Najib selaku ketua sebuah kerajaan hanya beri kontrak kepada satu syarikat untuk bina syarikat tersebut dan pemberian tersebut dilakukan melalui proses tender.

Maka, fitnah Rafizi bahawa kos pembinaan bakal melambung hanya menjejaskan maruah dan imej syarikat yang menang tender tersebut.

Lagipun, kontrak tersebut diberi melalui proses tender. Bermaksud syarikat dengan bidaan paling rendah diberi projek ini.

Maka, segala fitnah mengenai kos pembinaan hanya ada kaitan dengan mereka yang failkan tender tersebut dan syarikat yang menang tender SAHAJA.

Adakah logik untuk Najib failkan saman terhadap Rafizi kalau kos pembinaan melambung walaupun Najib sekadar beri cadangan untuk bina MRT dan bukan binanya?

Paling kurang pun, Najib hanya boleh saman syarikat menang tender tersebut kalau kos melambung
(Itu pun Najib tak boleh buat kerana kos sebenar setakat kini adalah kurang 2 billion daripada kos anggaran. Nak saman sebab siapkan projek dengan lebih murah? Minta maaf BN bukan macam Kerajaan Selangor yang belanja jutaan ringgit untuk cat gerbang sahaja!)

Thursday, December 15, 2016

Indikator-indikator Malaysia Bakal Bangkrap

Sejak Najib Razak jadi PM hinggalah ke hari ini, kita tak putus-putus dihidangkan dengan cerita yang negara ini akan bankrap, krisis kewangan dan macam-macam lagi tuduhan bagi menyakinkan rakyat yang memang negara ini dalam KRISIS yang teruk ! Malah kebelakangan ni sejak Mahathir bersama-sama berdiri sebaris dengan kepimpinan pembangkang dan DAP, cerita pasal krisis negara Malaysia yang hampir bankrap diperhebatkan lagi.

Penulis-penulis politik yang cenderung menyokong Mahathir yang ramai daripadanya tidak mempunyai latar belakang pendidikan berkaitan ekonomi bercerita mengenai krisis ekonomi dalam negara yang membelengu kini seolah-olah macam Professor ekonomi ... depa main tulis saja berpandukan persepsi, campur sikit-sikit teori nampak cara penulisan memang macam pakar.. , peliknya dalam penulisan mereka ini, tak pula dibandingkan krisis tahun 98, semasa Mahathir masih memegang kuasa?

Kalau penulis-penulis pro-Mahathir seperti Kadir Jasin dan Syed Akbar malas buat research dan perbandingan, keadaan ekonomi 98 dan sekarang .. mungkin mereka boleh merujuk kepada 4 infografik berikut .  Apa yang ditunjukkan adalah fakta dan bukan direka-reka, tak dinafikan ekonomi mana-mana negara akan ada turun dan naik, apa yang berlaku sekarang di Malaysia tidak seteruk krisis 98 bila ramai businessman terutama orang Melayu yang gulung tikar.

Kadar tukaran matawang kita sekarang hampir sama seperti krisis yang berlaku pada tahun 98, tetapi aktiviti ekonomi masih giat dan aktif, takde cerita pasal peniaga gulung tikar pulak ? Malah katanya, budak-budak muda yang kaya raya sekarang pun dah makin ramai. Jadi infografik di bawah mungkin berguna untuk menjawab tuduhan kononnya ekonomi Malaysia sekarang dalam krisis.

Blogger Lim Sian See , menjelaskan infografik-infografik seperti berikut ;


"Kalau Malaysia dalam krisis, maksudnya jualan dan pendaftaran kereta baru akan menjunam - seperti pada tahun 1998 yang jatuh lebih dari 59% dalam jangka masa satu tahun.

Sebaliknya, penjualaan kereta di Malaysia masih kukuh di paras yang tinggi berbanding tahun sebelumnya - walaupun mengalami kejatuhan 13% kerana perintah Bank Negara untuk mengurangkan pinjaman bank untuk pembeli kenderaan dan rumah." - LSS



"Sebenarnya, Ringgit hanya jatuh 16% berbanding dengan kadar pada tahun 2009. Kadar FOREX sememangnya ada naik dan turun. Kenaikkan Ringgit tahun 2009 to 2013 kepada tahap setinggi USD1 = RM 2.93 ialah kerana faktor harga minyak dunia yang tinggi dan aliran wang asing masuk ke Malaysia kerana kemelut ekonomi Amerika Syarikat.

Pada tahun 2014 pula, harga minyak dunia mula turun dan aliran wang asing sudah mula mengalir balik kepada Amerika Syarikat kerana ekonomi mereka pulih.

Tetapi dalam tahun 1998, kejatuhan Ringgit sebanyak 45% berlaku pada masa yang sangat singkat - tanpa pengaruh faktor-faktor lain seperti harga komoditi dunia ataupun kemelut di ekonomi Amerika. Ini benar-benar krisis dan tidak sama dengan keadaan sekarang.

Ini ialah sebab Ringgit terpaksa ditambat ke paras USD1=RM3.80 pada masa itu." - LSS


"Tahun 1998, banyak bank-bank yang terancam akibat hutang-hutang yang tidak dapat dikutip semula. Keadaan ini sudah tahap kritikal sehingga perlunya karajaan untuk menubuhkan DanaHarta dan DanaModal untuk menyelamatkan bank-bank dan syarikat-syarikat yang bankrap.

Tahun 2016 sangat berbeza. Nisbah hutang tak berbayar rendah dan keuntungan bank-bank Malaysia adalah baik dan meningkat. Tiada sebarang keperluan untuk dana-dana penyelamat seperti DanaHarta dan DanaModal. " - LSS


"Pada tahun 1998, kadar faedah pinjaman bank naik setinggi 13.5% kerana bank-bank Malaysia kekurangan wang dan keperluan Bank Negara pada masa itu untuk mempertahankan nilai Ringgit. Bila kadar pinjaman naik, pelabur asing akan tertarik untuk melabur di Malaysia untuk menikmati pulangan yang simpanan bank yang tinggi. 

Kadar pinjaman yang tinggi pada masa itu menyeksa banyak peminjam individu mahupun korporat - mengakibatkan banyak yang muflis dan mengakibatkan ratusan projek-projek yang gagal.

Tahun 2016 pula, kadar pinjaman bank rendah pada tahap 4.5% - malah, sudah dua kali diturunkan tahun ini." - LSS


6 lagi indikator lain  adalah seperti yang dijelaskan dalam blog LSS di sini:

http://limsiansee.blogspot.my/2016/12/10-petunjuk-malaysia-dalam-krisis.html

Monday, December 12, 2016

DAP Bimbang Dipinggir Jika Blok Ke-3 Pembangkang Berjaya Ambil Alih Kerajaan?

Parti PAS dikatakan sebagai blok ke-tiga pembangkang yang bermotifkan 'dedak' . Itu adalah kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Setiausaha Agung DAP, P Ramasamy selepas parti itu dan proksi-Melayunya, parti Amanah tidak dijemput untuk bersama-sama mengambil bahagian dalam satu ceramah mega yang akan diadakan pada malam ini.

PAS dikatakan sengaja menjemput PKR dan PPBM dalam ceramah mega yang akan diadakan malam ini di Paya Jaras dalam usaha untuk membentuk blok ke-tiga pembangkang di Selangor tanpa melibatkan parti Amanah dan DAP. Tindakan PAS itu dikatakan berniat memecah undi orang Melayu kepada pembangkang dan menurut Ramasamy ini dilakukan sebab PAS makan terlalu banyak dedak dari UMNO.

Nampaknya DAP makin panas dengan PAS, parti itu tahu pengaruh parti PAS di kalangan orang Melayu sangat kuat, sokongan orang Melayu terhadap AMANAH dan PPBM hanyalah suam-suam kuku saja. DAP tahu kenyataan itu .. dan DAP tahu sokongan orang Melayu terhadap PPBM adalah lebih sedikit berbanding AMANAH disebabkan faktor Mahathir.

Untuk menang pilihanraya, Pakatan Harapan perlu sokongan orang Melayu dan DAP nampak harapan untuk dapat sokongan Melayu kepada Pakatan Harapan sekarang hanyalah melalui PKR, PAN, PPBM ... itu pun sokongan yang biasa-biasa saja . Tapi bila PAS dah mula menggamit dan bagi isyarat supaya PKR dan PPBM bersama-sama dengan mereka dan meninggalkan AMANAH dan DAP , maka bagi DAP potensi untuk mereka menakluk Putrajaya takkan kesampaian. Maksud tersirat disini ialah kalau blok ketiga pembangkang yang dikepalai PAS berjaya takluk Putrajaya dan merampas dari kerajaan BN, DAP dan AMANAH akan melopong tengok dari luar pentadbiran saja .. kah kah kah.


Tuesday, December 6, 2016

Tabiat Mahathir Sindir Musuh Guna Sentimen Islam Makan Diri

Cerita pasal mantan PM bercakap pasal agama kadang-kadang cukup meresahkan penyokong-penyokong beliau. Cara beliau bercakap seperti memperlekehkan soal agama Islam itu sendiri. Hal ini antara salah satu punca PAS dan penyokong-penyokong mereka cukup anti dengan UMNO, walhal tak semua orang dalam UMNO itu setuju dengan apa yang diperkatakan Mahathir. Mungkin disebabkan dah jadi Presiden UMNO selama 22 tahun, PAS dan penyokong-penyokongnya melihat Mahathir dan UMNO adalah sinonim. Pada mereka pandangan Mahathir adalah pandangan UMNO.

Pernah satu ketika dikala persidangan UMNO 1997, Mahathir bercakap soal menutup aurat dikalangan wanita, hal itu benar-benar terkesan dalam hati orang-orang Islam. Natijahnya, apabila pilihanraya berlaku, UMNO kehilangan sokongan orang-orang Melayu selain faktor gelombang reformasi apabila Anwar Ibrahim disumbat ke dalam penjara.



Dalam persidangan UMNO pada September 1997 di PWTC, Mahathir antara lainnya menyebut ;

"Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahilliyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat"

Selepas isu menutup aurat, Mahathir sekali lagi bercakap soal sunnah Rasullullah mengenai janggut di majlis tertutup Majlis Agama Kebangsaaan juga pada tahun 1997.



"Dia bukan ada Gillette. Zaman nabi ada Gillette ke? Tak dak. Pisau cukur pun tak dak masa tu"


Cerita pasal kenyataan Mahathir mengenai sunnah janggut nabi dan pisau cukur itu dijadikan modal oleh pemimpin-pemimpin pembangkang untuk berceramah. Malah pernah dibangkitkan sendiri oleh Nurul Izzah dalam satu ceramah beliau. Orang-orang UMNO masa tu cukup malu dan memang terkedu tak tau nak jawab apa bila hal berkenaan dibangkitkan oleh Presiden sendiri. Nak kata fitnah pun tak boleh sebab dah terang-terang ada bukti. 


Terbaru , hari Ahad lepas .. Mahathir buat lagi peel lamanya . Kini lebih teruk, kita faham dia cukup benci dengan Najib dan isu RM2.6bil dan 1MDB-nya . Tapi perlu ke guna contoh zaman Nabi lagi ??? Dibuat kenyataan tu dalam majlis rasmi DAP pula, yang dah terang-terang tak bersetuju dengan konsep Islam , soal RUU355 pun dah melompat-lompat depa bantah.  Hal berkenaan Nabi tak perlu-lah dijadikan bahan lawak atau sindiran, lebih-lebih lagi dalam majlis rasmi penentang hukum Islam. Guna sajalah contoh lain tanpa gunakan elemen agama, nak berpolitik dan cari sokongan pun berpada-padalah ..


Monday, December 5, 2016

DAP Hanya 'Jahat' & 'Rasis' Semasa Mahathir Jadi Perdana Menteri

Kehadiran Tun Mahathir di DAP National Conference semalam mengejutkan ramai pihak. Bukan apa, sebab selama ini pemikiran orang Melayu terutama yang menyokong UMNO dah di-tanamkan bahawa DAP itu jahat, DAP itu rasis dan sebagainya, orang yang tanamkan pemikiran semacam ini kepada orang-orang Melayu selama 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO tak lain tak bukan ialah Tun Mahathir itu sendiri. Jadi bila beliau berada sebaris dengan kepimpinan tertinggi DAP di DAP National Conference semalam menimbulkan tanda tanya pada banyak pihak.



Sebelum itu, pada 25 Nov 2016 salah seorang kepimpinan tertinggi DAP, Anthony Loke mengeluarkan kenyataan di media bahawa Tun Mahathir tidak dijemput dalam perhimpunan agung DAP memandangkan parti PRIBUMI bukanlah salah satu elemen di dalam Pakatan Harapan.  Loke berkata hanya pemimpin parti politik yang berada dalam gabungan Pakatan Harapan yang dijemput.


Malah semasa perhimpunan agung DAP itu berlangsung, Tun Mahathir juga teruk dikecam oleh salah seorang perwakilan DAP dalam ucapan beliau. Perwakilan DAP dari Taman Chai Leng Shamsher Singh menyamakan Tun Mahathir seperti 'bapa ayam' dan 'ular' , walau bagaimanapun beliau didesak oleh Lim Guan Eng supaya menarik kembali kenyataannya itu. 


Terkini, ahli DAP berkenaan mengumumkan untuk keluar dari parti DAP , mungkin tindakan beliau semalam adalah kerana Tun Mahathir telah dijemput dan duduk sebaris dengan pemimpin-pemimpin tertinggidalam konvensyen DAP semalam.


Kini timbul tanda tanya ramai pihak termasuk di kalangan ahli-ahli parti DAP itu sendiri, mengapa Tun Mahathir yang pada mulanya tidak dijemput untuk menghadiri persidangan secara tiba-tiba dijemput disaat-saat akhir, malah duduk pula sebaris dengan kepimpinan tertinggi DAP ? Penulis politik RPK berpendapat itu adalah tindak tanduk terdesak Lim Kit Siang bagi menunjukkan DAP bukanlah parti rasis sebagai respon kepada video yang dipertontonkan Presiden UMNO sehari sebelum itu yang menunjukkan elemen-elemen rasis yang dimainkan DAP semasa PRN Sarawak sebelum ini.  Tentu ramai masih ingat bagaimana penceramah superstar DAP, berceramah dalam bahasa Cina semasa PRN Sarawak dahulu antaranya mengungkapkan perkara guna Melayu untuk 'hantam' Melayu ?



Thursday, December 1, 2016

"Melayu Jadi Bodoh Kerana Mau Undi" - Mahathir , Utusan Julai 2012

Selepas PRU-13 dahulu , PM Najib Razak teruk dihentam oleh sebilangan orang-orang Melayu disebabkan terlalu banyak kemudahan diberikan pada komuniti Cina tetap kaum Cina tetap tidak menyokong kerajaan Barisan Nasional berdasarkan keputusan PRU-13. Antara yang hebat mengecam kaedah Najib untuk mengambil hati kaum Cina ialah mantan Perdana Menteri , Tun Mahathir . Tun Mahathir seolah-olah membidas Najib apabila pentadbiran di bawah pimpinan Perdana Menteri mengiktiraf lebih 70 kursus kolej TAR bagi pengajian Diploma dan Diploma Lanjutan.


Dalam satu temuramah dengan akhbar Utusan Malaysia pada awal July 2012, di bawah tajuk Dilema Melayu Hari ini, Tun Mahathir berkata



“Saya berpendapat kita sudah kaku dan tidak menjawab balik kerana takut dituduh rasis. Sampaikan tuntutan dibuat yang melanggar perjanjian dahulu pun kita tak jawab."

“Malah, mereka buat lebih tuntutan lagi,”

"Jika dahulu untuk masuk kerja kerajaan diploma hanya melibatkan universiti awam tetap sekarang ini diploma daripada Kolej Tuan Abdul Rahman, kita kena terima. Ini semua kerana kita mahu undi. Semua perkara yang berlaku ini adalah kerana kebodohan orang Melayu"

Nampaknya kata-kata bekas PM itu akhirnya seperti meludah ke langit tepat kena muka sendiri . Mana tidaknya , kerjasama parti "bungaraya" dan "roket" sekarang adalah kerana mahu undi. Entah mana pergi-nya prinsip Tun Mahathir kini ?