Monday, October 24, 2016

Disebalik Fitnah & Tohmahan , Program PERMATA Terus Jadi Pilihan Ibu Bapa

Pegawai Perdana Menteri hari ini dalam satu keyataan yang dikeluarkan dalam laman FB beliau membidas persepsi yang dimainkan media pembangkang mengenai pertambahan bajet yang diperuntukkan untuk program PERMATA . Seperti yang kita sudah sedia maklum, program PERMATA telah bermula bertahun lamanya .


Dari jumlah bilangan peserta yang sedikit hinggalah kepada pertambahan bangunan apabila mendapat sambutan menggalakkan terutama dari ibu bapa. Program PERMATA berkembang dari tahun ke tahun dan hasilnya juga menggalakkan hingga mendapat pengiktirafan antarabangsa. Kiranya difikir logik, pertambahan jumlah pelajar dan bangunan selari dengan pertambahan peruntukan yang diberikan.



Beberapa media pembangkang cuba mencipta persepsi buruk mengenai pertambahan bajet yang diberikan tanpa menunjukkan jumlah pertambahan pelajar dan program-program baru yang diperkenalkan. Pertambahan pelajar dan program-program baru ini juga adalah kerana permintaan ibu bapa yang mahukan penyertaan anak-anak mendapat pendidikan awal di bawah program ini. Berikut adalah kenyataan pegawai Perdana Menteri, Dato Rizal Mansor yang membidas tuduhan-tuduhan yang dibuat ini dengan fakta-fakta rasional mengenai pertambahan peruntukan kepada PERMATA.



Bertahun-tahun PERMATA dan Datin Sri Rosmah telah difitnah dah ditohmah oleh pembangkang dan penyokong mereka.

Sebelum ini mereka mendakwa peruntukan PERMATA bagi tahun 2015 adalah sebanyak RM711 juta. Walaupun ia ternyata TIDAK BENAR namun TIADA sekelumit ungkapan MAAF ataupun pembetulan dibuat oleh pihak pembangkang.

Kini mereka menuduh bahawa peruntukkan untuk perbelanjaan PERMATA bagi tahun 2017 telah meningkat kepada RM85 juta. Peruntukan ini bukanlah semata-mata untuk belanja mengurus untuk program Permata sedia ada. Mereka sengaja tidak menjelaskan bahawa peruntukan RM85 juta untuk tahun depan ini termasuk penubuhan Pusat Kecemerlangan "Top STEM talent" di Akademi Sains Negara. Selain itu, kos ini juga termasuk kerja ubahsuai untuk menjadikan Institut Pendidikan Guru Raja Melewar di Negeri Sembilan dan Kampus Tuanku Bainum di Pulau Pinang kepada Pusat PERMATA Pintar dan Berbakat.

Andaikata semua kos-kos di atas adalah untuk PERMATA sepenuhnya, adakah RM85juta setahun untuk pendidikan 50,000 KANAK-KANAK WARGA MALAYSIA yang merupakan MODAL INSAN dan menjadi TERAS MASA DEPAN PEMBANGUNAN NEGARA dianggap MELAMPAU?? Dimana secara purata kanak-kanak ini cuma mendapat peruntukan RM1700 setahun.

Saya nak tanya, apa yang pembangkang dah sumbangkan ataupun fikirkan mahupun rangkakan untuk PEMBANGUNAN MODAL INSAN?

Tepuk dada tanya selera.

RIZAL MANSOR

Saturday, October 22, 2016

Bajet 2017 Tambah 'Side-Income' Rakyat

Salah satu inti-pati Bajet 2017 yang menarik perhatian semalam ialah usaha kerajaan membantu golongan berpendapatan rendah menambah pendapatan dengan menyertai perkhidmatan 'ride-sharing' samada melalui Uber atau Grabcar . Melalui kerjasama dengan Proton, golongan berpendapatan rendah atau penerima BR1M yang tidak mempunyai kenderaan untuk tujuan perkhidmatan 'ride-sharing' ini, mereka disarankan menggunakan pemberian BR1M sebagai deposit untuk membeli kenderaan dari Proton, bagi model Iriz rebat sebanyak RM4,000 diberikan.


Usaha ini dilihat mampu memberi manfaat kepada banyak pihak terutamanya rakyat yang ingin menambah pendapatan mereka sekaligus menunjukkan kerajaan tidak melayan  syarikat-syarikat dan pemandu teksi yang dilihat membuat pelbagai kerenah disebabkan isu Uber dan Grabcar ini . Rakyat tidak dihalang untuk cari pendapatan lebih, malah dipermudahkan lagi dengan kerjasama Uber/Grabcar dan Proton. Langkah kerajaan ini juga dijangkakan mampu melonjakkan jualan Proton, dijangkakan ramai yang akan jadi parti time drive Uber/Grabcar selepas ini.

Cuma apa yang kita harapkan sekarang ialah perlaksanaan langkah ini dibuat dengan teliti, pada masa yang sama juga pemandu-pemandu teksi sedia ada mungkin juga boleh buat 'engagement' dengan Uber/Grabcar . Orang ramai terutama di kawasan bandar sekarang dah tak berapa minat naik teksi disebabkan servis dan keadaan kenderaan yang kurang memuaskan, dengan servis yang serba kekurangan itu pula, caj yang dikenakan lebih mahal berbanding Uber/Grabcar . Harapnya takde lah sabotaj dari pihak-pihak tertentu.

Wednesday, October 12, 2016

Lagi Penyakit 'Superhero' Rakyat Lepas Hilang Jawatan Dikesan

Ini semua penyakit hilang jawatan. Mat Said ex-MB Terengganu dah mendapat, Ezam Md. Nor ex-MOF dah mendapat yang terbaru pulak Husni juga ex-MOF pula bikin acah-acah integriti.


Dulu tak "speak freely" sebab sayangkan jawatan  , lepas takde jawatan macam-macam suara keluar, konon-kononnya berintegriti , kalau benar berintegriti dah dari dulu lagi semasa ada jawatan dah bersuara. Biasanya selepas itu akan dicanang di media-media kononnya dilucut jawatan sebab menentang arus..kah kah kah


Ini semua penyakit nak cari populariti di kalangan rakyat marhein di kala UMNO teruk dihentam. Guess what??? Jangan terkejut lepas ni ada orang ditawar masuk parti BERSATU pulak.

Tersenyum bila difikirkan kembali seorang mantan menteri ni setelah dilucut jawatan menteri yang dipegang sejak 2010-2015, bercakap soal intergriti dan ketulusan...menghentam bekas boss sehabis habisnya.


Tapi si mantan menteri ni sunyi sepi bila terbongkarnya kes rampasan terbesar rasuah dalam negara di negeri Sabah baru-baru ini. Mana tidaknya, rampasan dikaitkan dengan projek-projek di bawah kementeriannya sejak 2010 - 2015 jugak! Kebetulannya pula si bekas menteri juga orang Sabah. kah kah kah

Tuesday, October 11, 2016

Anwar Ibrahim & Lim Kit Siang Sinis Memandang ...

Diberitakan kononnya hari demi hari makin ramai ummah-ummah ketuanan Melayu mulai mengisytiharkan diri keluar UMNO dan masuk parti baru yang didokongi oleh mantan PM Tun Mahathir.



Ummah-ummah Melayu ini yang dulu pernah melaung-laungkan, I'm Malay first and Malaysian second dan yang membentak-bentak dalam perhimpunan agung UMNO mencerca caci bapak segala rasis dan chauvanis , punca 13 Mei kini dah tak kisah bergandingan tangan asal dendam terbalas.

Ini satu perangai buruk orang Melayu dari dulu sampai sekarang, hasad, dengki dan dendam kesumat. Kalau orang dulu-dulu depa pakai santau, bersahabat dengan jin untul buat kerja jahat. Zaman sekarang depa bersahabat dgn musuh yang pernah dilabel sebagai peliwat, kominis, pemecah belah Melayu dan sebagainya.



Alangkah sedihnya bila melihat pemimpin yang pernah disanjungi dulu, terpaksa bersujud kepada bekas-bekas musuh untuk dapatkan sokongan . Pengikut-pengikut ex-pemimpin UMNO ni pula cukup berbangga katanya lautan manusia membanjiri setiap kali ada pemimpin BERSATU datang bagi ceramah.

Tapi terpikirkah mereka?? Sokongan yang dikatakan lautan tu adalah kerana platform musuh yang pernah dicaci dulu diguna, dimana penyokong2 tegar PKR, PAN dan DAP berkumpul..adakah parti BERSATU ni ada aura yang tersendiri? Kalau ada mengapa perlu sampai bersekongkol dgn musuh2 tradisi???

Friday, October 7, 2016

Pemimpin DAP Hadir Taklimat PERMATA & Akui Keberkesanan Program

YB DAP, Yeo Bee Yin sebelum ini pernah menyatakan walaupun program PERMATA naungan isteri Perdana Menteri adalah satu program yang mempunyai matlamat yang bagus, namun saluran peruntukan oleh kerajaan untuk program-program anjuran badan itu dipersoalkan. Yeo juga menyatakan bahawa walaupun PERMATA dibiayai kerajaan, badan itu tidak mempunyai hala tuju strategik yang jelas.

Memberi respon kepada kritikan pemimpin muda DAP itu, pegawai khas isteri Perdana Menteri yang juga merupakan salah seorang dari individu yang menggerakkan PERMATA menjemput ADUN DAP itu untuk melawat PERMATA Kerinchi semalam (6/10/2016) untuk bertanya mengenai apa saja persoalan berkaitan PERMATA. Undangan itu dibuat secara terbuka di dalam FB beliau dan mendapat liputan meluas dari portal-portal berita yang condong menyokong pembangkang.


YB Yeo sebelum ini juga membuat dakwaan bahawa program PERMATA tidak diaudit dalam . Kenyataan itu dibuat dalam akaun Twitter beliau dan mendapat pelbagai maklum balas. Seorang pengguna Twitter yang menggunakan akaun atas nama Syahir menjawab kekeliruan YB Yeo.  Beliau turut menulis artikel yang disiarkan Malaysiakini menyertakan link-link berkaitan maklumat audit PERMATA . Dalam respon balasnya, YB Yeo mengakui kekhilafan beliau dengan dakwaan yang dibuat terhadap PERMATA sebelum ini.

https://www.malaysiakini.com/letters/357851



Berbalik kepada kisah jemputan yang dibuat oleh Dato Rizal Mansor kepada pemimpin DAP itu, semalam YB Yeo hadir ke PERMATA Kerinchi bersama-sama dengan beberapa pemimpin DAP yang lain (Ong Kian Ming & Yap Soo Huey). Taklimat berkenaan program PERMATA itu dibuat oleh pengerusi gerak kerja PERMATA Siti Azizah Sheikh Abod dan penasihat Sharifah Hapsah selama lebih kurang dua setengah jam. 

Setelah melalui sesi penjelasan yang panjang itu, seperti yang dijangka pasti ada saja persoalan akan dibangkitkan untuk menjejaskan reputasi PERMATA , walaupun mengakui keberkesanan program PERMATA , pemimpin-pemimpin DAP itu sengaja membangkitkan beberapa persoalan yang remeh temeh berkaitan PERMATA . Bagi membuktikan ketelusan PERMATA, Siti Azizah yang mempengerusikan penerangan itu dalam sidang media juga bersetuju untuk menyerahkan laporan audit terperinci PERMATA untuk disemak oleh YB YEO.  

Namun kita boleh jangkakan selepas laporan itu diserahkan, pasti ada saja persoalan yang akan ditimbulkan mereka. Walau apa pun hasilnya nanti, sekarang dah jelas PERMATA itu adalah program yang sangat baik dan diakui sendiri oleh pemimpin-pemimpin pembangkang . Mungkin berasa 'terancam' dek program yang dinaungi Rosmah yang selalu dijadikan bahan cacian, mereka sedaya upaya untuk mencari kelemahan program yang dah terbukti bawak banyak manfaat pada proses pembelajaran awal kanak-kanak.



Saturday, October 1, 2016

Pemimpin Muda DAP Bidas Pengkritik Program PERMATA

Baru-baru ini pemimpin muda DAP, Yeo Bee Yin dikritik teruk oleh kumpulan-kumpulan kiasu dalam parti itu. Yeo dikatakan cuba membela Rosmah bila mempertahankan kebaikan program PERMATA negara yang telah diasaskan oleh isteri Perdana Menteri itu sejak 2006.

Yeo berkata penubuhan PERMATA itu mempunyai matlamat yang sangat baik iaitu mengurangkan kos kebajikan sosial, menurunkan jenyaah, menambah hasil negara dan memperolehi pulangan tertinggi dalam pembangunan sumber manusia.

"Justeru, sebarang usaha kerajaan membangunkan ECCE, termasuklah PERMATA, tidak harus ditolak terus hanya kerana orang yang mendokongnya tidak disenangi," kata Yeo.

Kita boleh menjangkakan Yeo akan dipanggil mengadap kepimpinan tertinggu DAP kerana kenyataan yang dibuat oleh beliau itu. Bagi DAP dan sekutu-sekutu mereka, apa saja yang berkaitan dengan Rosmah adalah buruk termasuklah program PERMATA. Itu yang ditanam dalam pemikiran penyokong-penyokong mereka.

Mungkin ada di kalangan pemimpin muda DAP yang cerdik sikit dan tak telan saja hasutan-hasutan yang dibuat oleh senior beliau, mengambil sedikit masa untuk buat 'research' beliau sendiri mengenai keberkesanan program PERMATA dan kejayaan yang dicapai.

Mungkin individu dalam parti pembangkang seperti Yeo terdetik nak cari kebenaran bila mana UNESCO sendiri baru-baru ini memberi penghormatan kepada PERMATA sebelum disabotaj WSJ dan NYTimes. Mahu tak mahu beliau terpaksa mengakui keberkesanan program ini.

Sepatutnya, dari dulu lagi mereka patut kaji berkenaan program PERMATA ini, dah ramai anak2 dan ibu bapa yang dapat menfaat. Sebaliknya apa yang disibukkan pembangkang ialah tuduhan peruntukkan ratusan juta kepada PERMATA diseleweng Rosmah. Kalau benar ada penyelewengan, PERMATA takkan gah diperingkat antarabangsa seperti yg dpt kita lihat hari ni.

Kalau tak disabotaj media luar yang dijolok dgn sumber2 fitnah dari dalam negara, dah tentu rakyat Malaysia boleh berbangga dengan satu lagi pencapaian PERMATA di peringkat antarabangsa.