Wednesday, September 21, 2016

Isu Anugerah UNESCO "Lead by Example" Hanya Pamer Kebodohan Pemberi Anugerah

Baru-baru ini bila diwar-warkan isteri Perdana Menteri , Rosmah Mansor telah dipilih untuk menerima anugerah "Lead by Example" sempena persidangan UN yang ke-71, beberapa pihak dalam dan luar negara dilihat tidak berapa senang dengan keputusan yang dibuat itu . Ia seolah-olah satu tamparan kepada puak-puak ini yang selama ini mempertikaikan fungsi PERMATA yang diasaskan oleh isteri Perdana Menteri Malaysia itu. Pengiktirafan terhadap PERMATA bukan sesuatu yang baru, malah sebelum ini institusi itu telah lama mendapat perhatian dari beberapa negara luar.


Sekadar menyenaraikan beberapa kronologi pengikitirafan program PERMATA di peringkatan antarabangsa;

Feb 2012, Curtin Universiti Australia mengikitiraf usaha-usaha penubuhan PERMATA

http://news.curtin.edu.au/media-releases/curtin-award-recognises-wife-of-malaysian-prime-minister/

July 2012, PERMATA diiktiraf dalam satu forum antarabangsa yang diadakan di Dubai (12th Asia Pacific Conference on Giftedness)

http://www.thestar.com.my/news/nation/2012/07/14/rosmah-to-lead-malaysian-delegation-to-conference/

Oct 2012, kerajaan Qatar berminat untuk bekerjasama menjadikan model PERMATA di negara berkenaan.

http://www.thestar.com.my/news/nation/2012/10/11/permata-to-work-with-qatar-education-foundation/

May 2016, PERMATA telah menerima 3G Children Welfare Award di Istanbul Turkey .

http://www.thestar.com.my/news/nation/2016/05/27/permata-to-receive-global-award-for-its-achievements/

dan beberapa lagi konferens antarabangsa kalau nak disenaraikan . Malangnya bagi setiap pengiktirafan dari pihak antarabangsa itu, ada saja cemuhan-cemuhan berupa hasad dengki dari beberapa pihak dalam negara terutamanya dari puak-puak kiasu .Ada saja usaha untuk meremehkan pengiktirafan yang dibuat itu . Jadi tak hairanlah bila DG Secretary UNESCO, Irina Bokova menghantar surat jemputan kepada Rosmah bagi menerima anugerah terbaru ini, lebih ramai lagi puak-puak kiasu yang melompat.




Puak-puak kiasu ini mempersoalkan award yang ditawarkan UNESCO kepada Rosmah dengan alasan beliau tidak layak menerima. Soalnya, pemilihan penerima anugerah bukan boleh dibuat sebarangan , perlu melalui tapisan dan pelbagai soal selidik , research dan segalanya . Ramai juga yang mempersoalkan samada anugerah berkenaan betul-betul datang dari UNESCO ? Ceritanya senang ... kalau surat jemputan datang dari UNESCO, tentulah anugerah itu dianggap diterima dari yang mengutus surat.

Malangnya seperti biasa, serangan diperhebatkan untuk memalukan Rosmah ... sama seperti yang berlaku sebelum ini , media-media barat Wall Street Journal dan New York Times yang sebelum ini tidak mewar-warkan di akhbar mereka mengenai award yang ditawarkan UNESCO kepada Rosmah, boleh pula menerbitkan cerita award yang ditawarkan itu ditarik balik . Permainan depa .. berita yang baik tak disiarkan, berita buruk yang nak menjatuhkan kredibiliti isteri PM itu cepat pula disiarkan. Dah tentu ini semua rangkaian propaganda mereka yang berada di Malaysia.

Tapi pada aku , Rosmah sendiri pun tak hadap sangat dengan award UNESCO tu . Pihak mana yang terhegeh-hegeh menawarkan award berkenaan ? Rosmah ke yang minta award tu ? Bayangkan ko terhegeh-hegeh meminang anak orang ... belum tentu anak orang tu terima pinangan ko, tiba-tiba saja ko cakap nak batal pertunangan ... krik krik krik sangat . Kah kah kah . Sebelum-sebelum ini pun dah banyak pengiktirafan antarabangsa dengan program PERMATA negara, malah beberapa kerjasama dengan negara-negara luar yang berminat untuk kopipes model PERMATA Malaysia di negara mereka telah dibuat ... jadi isu anugerah UNESCO ni sebenarnya menunjukkan kebodohan institusi yang nak buat pemilihan penerima anugerah itu sendiri .



Tuesday, September 13, 2016

Angka & Auta Wall Street Journal : RM 100,000 billion, RM 2.6 billion dan USD 6 million ....

Artikel Wall Street Journal menjatuhkan reputasi Malaysia bukanlah sesuatu yang baru, ia bermula sejak mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilucutkan daripada jawatannya pada tahun 1998 . Sebelum 1998, ketika proksi mereka itu masih bersama-sama dalam kerajaan BN, Anwar digambarkan sebagai pemimpin ulung negara yang bersih dari korupsi dan sebagainya.

Malah Anwar digambarkan lebih popular di kalangan rakyat Malaysia berbanding Perdana Menteri ketika itu Tun Mahathir . Dalam masa yang sama artikel-artikel yang diterbitkan WSJ pada sekitar tahun 1998 sebelum Anwar dipecat dilihat cenderung mencuit mantan PM itu. Serangan terhadap Mahathir oleh portal antarabangsa itu memuncak setelah Anwar dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri.

WSJ pada ketika itu cuba menggambarkan Malaysia di bawah pemerintahan Tun Mahathir, kerap kali mengamalkan dasar 'bailout' menggunakan duit rakyat menyelamatkan syarikat-syarikat besar yang ada kepentingan dengan beliau daripada terus melingkup . Memetik dari salah satu artikel yang diterbitkan WSJ pada 10 March 1998.

"Government officials and bankers close to the situation acknowledge that the proposed rescue plan for Sime Bank and KUB will be viewed as further efforts by Malaysia to avoid confronting its economic problems head on. And other bailout plans are already raising eyebrows: Last week, Malaysia's state oil corporation, Petroliam Nasional Bhd., or Petronas, said it would buy the shipping assets of listed Konsortium Perkapalan Bhd., a debt-laden company controlled by Prime Minister Mahathir Mohamad's eldest son, Mirzan Mahathir."

artikel penuh di sini .. http://www.wsj.com/articles/SB88947534257582000

Kerugian syarikat-syarikat ini ditanggung kerajaan , kerugian yang ditanggung atau 'bailout' menggunakan duit rakyat bukan setakat RM1 billion atau RM2.6 billion , malah lebih daripada itu. Walau bagaimanapun, impak yang diterima UMNO ketika itu tidak lah ketara memandangkan media-media arus perdana masih menjadi info utama untuk rakyat . Penggunaan internet tidak lah gah seperti yang ada pada hari ini.

Malah pada satu ketika, musuh politik utama mantan PM, Lim Kit Siang pernah menulis surat terbuka membicarakan soal sekatan media bila mana hal-hal yang berkaitan kekayaan ahli keluarga  atau anak-anak kepada mantan PM itu dibicarakan . Lim dalam surat terbuka beliau mempersoalkan bagaimana ketiga-tiga anak mantan PM itu mempunyai kepentingan dalam beberapa syarikat berdasarkan data tahun 1994 Registry of Company .

"I had also referred to a memorandum submitted by 15 NGOs including Aliran, AWAM, FOMCA, ERA, SUARAM and Tenaganita to the Anti-Corruption Agency in August last year asking for swift investigations concerning various noted personalities, including the children of the Prime Minister and an accompanying document containing lists of private limited companies where three children of the Prime Minister - Mirzan, Mokhzani and Mukhriz Mahathir - acted as directors, and that according to searches made at the Registry of Companies at the end of 1994, Mirzan had interests in 98 companies, Mokhzani in 48 companies and Mukhriz in 67 companies."

artikel penuh di sini ... http://www.limkitsiang.com/archive/1998/Jun98/sg1087.htm

Dengan sebaran info yang agak terbatas pada ketika itu, tidak banyak maklumat-maklumat propaganda luar seperti dari WSJ ini yang sampai kepada rakyat .  Tidak ramai yang bercerita mengenai apa yang dibelanjakan kerajaan dengan dasar-dasar yang menguntungkan pihak-pihak tertentu (bailout ... etc). Maklumat-maklumat sebegini disebarkan kepada rakyat melalui ceramah-ceramah setempat parti pembangkang yang kurang mendapat sambutan.

Walau bagaimanapun, keadaan sekarang dilihat berubah, maklumat tanpa sempadan ... tiada lagi berita yang boleh ditapis . Malah berita yang belum diperoleh kesahihannya juga memberi impak yang besar. Selepas Mahathir bersara, serangan terhadap beliau secara konsisten diteruskan oleh WSJ, artikel-artikel diterbitkan bagi menjatuhkan kredibiliti mantan PM itu, sehinggakan sebuah buku diterbitkan oleh editior Asian Wall Street Journal, Barry Wain yang menceritakan bagaimana sejumlah RM100,000 billion lesap semasa pentadbiran mantan PM itu.

Kini apabila mantan PM itu dilihat cenderung kembali bekerjasama dengan Anwar, WSJ dilihat mula melupakan kisah kehilangan RM100,000 billion yang pernah dipersoalkan editor portal itu pada satu ketika . Generasi editor baru di WSJ lebih berminat mempersoalkan jumlah transaksi RM2.6 billion. Artikel terbaru WSJ pula membicarakan bagaimana sejumlah USD 6 juta dibelanjakan isteri PM dalam tempoh 7 tahun , tiada data atau transaksi terperinci yang boleh menyokong dakwaan itu ... sama seperti dakwaan yang dibuat oleh Berry Wain yang mengatakan RM100,000 billion lesap di bawah pentadbiran Mahathir..

Tuesday, September 6, 2016

Reformasi dah Jadi Refor-MASIN

Tahun 1998 .. bila Anwar dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri , kemudian dikenakan dengan pelbagai tuduhan fitnah, songlap wang dan macam-macam lagi sehingga akhirnya di-sumbat dalam penjara selama beberapa tahun . Kita tak pernah menjangkakan individu yang bertanggung jawab dalam semua peristiwa di atas akhirnya bersua muka dan bersalaman dengan Anwar dalam kamar mahkamah tempoh hari .



Ramai yang keliru, ramai yang rasa tertipu samada dari kem penyokong Anwar atau dari kem penyokong mantan PM . Adakah pertemuan semalam merupakan isyarat tamatnya sengketa permusuhan di antara dua individu ini ??? Adakah tuduhan yang mengatakan Anwar tali barut Yahudi atau tali barut Amerika dah disucikan sama sekali ? Rakyat terpinga-pinga dan hilang punca , adakah perjuangan mereka selama ini dah dikhianati ?

Tindakan mantan PM, Tun Mahathir berbaik-baik dengan beberapa musuh lamanya adalah sesuatu yang tidak mengejutkan . Mahathir dah berbaik dengan Kit Siang , dah berbaik dengan Mat Sabu yang satu ketika dulu teruk mencaci beliau ... cuma paling tak disangka, setelah memalukan Anwar dengan tuduhan liwat, rasuah, korupsi dan segalanya ... tiba-tiba dihulurkan salam perdamaian demi menumbangkan Najib.



Kita tertanya-tanya samada ahli keluarga Anwar boleh menerima semua ini ? Adakah Nurul Izzah, Wan Azizah boleh menerima ? Dari gambar-gambar yang diambil di mahkamah semalam, kita tertanya-tanya di mana ahli keluarga Anwar yang lain semasa salam perdamaian dihulurkan mantan PM itu ? Mungkin masih ramai lagi yang keliru ... berteka - teki apa lah lagi penipuan yang akan dibongkarkan selepas ini . Reformasi kini sudah menjadi reformasin .

Bagi Mahathir pula ... kata-kata beliau semasa tahun 2012 dahulu sebelum pilihanraya terus dipegang "better to work with the devil you know... " . Mungkin Anwar juga mengamalkan prinsip yang sama .. cuma sekiranya kedua-dua mereka telah mencapai matlamat yang dihajati , apakah perancangan selepas itu ??? Adakah rakyat akan terus ditipu dengan permainan politik mereka ini?

Friday, September 2, 2016

Sarawak Report Fitnah Kerabat Diraja Saudi Pula?

Artikel yang diterbitkan portal WSJ semalam (1 Sept 2016) telah mengesahkan dakwaan 'wang derma' dari kerabat diraja Arab Saudi ke dalam akaun PM Najib Razak adalah benar dan bukan-lah 'propa' seperti yang didakwa sesetengah pihak.



Kisah 'wang derma' ini telah dijelaskan beberapa ketika dahulu , malah diakui sendiri oleh menteri kewangan Arab Saudi itu sendiri. Namun persoalan demi persoalan terus ditimbulkan bagi mengelirukan orang ramai. Serangan demi serangan terus dibuat dari portal berita dalam dan luar negara.

Perkembangan terbaru dari WSJ ini menunjukkan kemungkinan mereka telah memperoleh bukti bahawa dakwaan wang derma dari kerabat Saudi itu adalah benar, dan tak mustahil selepas ini kerabat-kerabat diraja Saudi ini akan turut dituduh menyeleweng.

Dari laporan WSJ, sejumlah USD 80 juta dari Kementerian Kewangan Riyadh disalurkan terus kedalam akaun PM, dan USD 120 juta dari kerabat diraja Arab Saudi, Faisal bin Turki bin Bandar As Saud. Laporan WSJ yg terbaru juga mengesahkan bahawa wang berkenaan dibelanjakan untuk tujuan politik.

Perkembangan terbaru ini juga melihat sedikit perubahan dalam trend serangan yang dibuat oleh media Sarawak Report dan Wall Street Journal. Kini serangan media juga dilakukan terhadap kerabat diraja Saudi.



Dalam satu laporan terbaru SR, Tarek  Obaid (co founder Petro Saudi) dikatakan sedang berpesta diatas sebuah bot mewah bersama-sama putera diraja Arab Saudi dan menteri pertahanan Arab Saudi.
Tarek Obaid ialah individu yang dikatakan telah memanipulasi urusniaga dengan 1MDB untuk keuntungan peribadi.  

Artikel SR ini secara tidak langsung menunjukkan Tarek sememangnya mempunyai hubungan yang rapat dengan kerabat diraja Arab Saudi.

Motif artikel yang dikeluarkan SR ini dilihat seolah-olah mahu memburukkan keluarga diraja Arab Saudi pula. Kini SR dan WSJ bukan saja memburukkan kerajaan Malaysia , malah kerajaan Arab Saudi juga dilibatkan.