Wednesday, August 31, 2016

Mana Muhyiddin Ketika "Bangsa Johor" Perlukan Beliau ?

Bila mantan PM mengkritik konsep "Bangsa Johor" yang selama ini dibangga-banggakan orang Johor, ramai yang segera memberi respon balas . Bagi pengikut tegar Mahathir, apa yang diucapkan beliau itu tidak salah . Dalam satu wawancara yang disiarkan dibeberapa media internet dan arus perdana , mantan PM itu berkata semua negeri perlu memperjuangkan semangat sebagai rakyat Malaysia. Konsep "Bangsa Johor" dianggap seperti pemecah belah perpaduan di kalangan rakyat.





“Kita sepatutnya menggelar diri kita sebagai rakyat Malaysia, bukan bangsa Johor, bangsa Kedah. Ini kerana ia boleh memecah-belahkan perpaduan,” 

Jelas sekali apa yang diucapkan Mahathir itu menyinggung banyak pihak terutama rakyat negeri Johor. Membidas kenyataan Mahathir itu, Sultan Johor dalam titahnya berkata kenyataan yang dibuat Mahathir itu jelas menunjukkan kejahilan Mahathir dalam sejarah negeri Johor.

"Kenyataan itu melambangkan kejahilan Mahathir terhadap sejarah Johor. Bangsa Johor diasaskan oleh moyang saya, Sultan Sir Ibrahim pada 1920 untuk menyatukan pelbagai kaum di negeri Johor di bawah satu bendera."

“Konsep itu ternyata berhasil kerana tiada mana-mana individu mahupun kaum yang tertinggal. Malah konsep ini lahir sebelum Tun Mahathir lahir lagi,”

Sultan Johor juga menegaskan bahawa mantan PM itu sebenarnya sebagai punca perpecahan dan perpaduan kaum di negera ini.

Sebagai rakyat Malaysia, secara dasarnya penulis bersetuju dengan pandangan mantan PM bahawa sebagai rakyat disebuah negara , kita perlu hidup bersatu padu tanpa berpuak-puak , namun dalam masa yang sama mantan PM telah menggunakan contoh yang salah apabila merujuk kepada "terma Bangsa Johor" , ia adalah konsep dalam negeri itu yang telah diamalkan sejak negara Malaysia wujud lagi.


Dengan perkembangan terbaru ini, mungkin dilihat ada sedikit onak duri yang bakal dilalui Mahathir dan penyokong-penyokong beliau terutama yang beroperasi atau berasal dari negeri Johor . Mereka terperangkap dalam dilemma samada mahu menyokong mantan PM ini atau Sultan yang disayangi rakyat negeri itu.

Mungkin dalam tempoh semasa beliau menjadi PM, perkara sebegini tak akan berlaku , lihat saja bagaimana perlembagaan negara yang berkaitan kuasa raja-raja Melayu dipinda semasa pentadbiran beliau, seolah-olah tiada rasa hormat. Situasi kini amat berbeda sekali, malah sultan dan raja-raja Melayu bebas mengkritik kerajaan dan pemimpin tanpa ada apa-apa tindakbalas.

Ironinya, tiada tindak balas dari mantan TPM , Muhyiddin Yasin dalam mempertahankan konsep "Bangsa Johor" atau sekuranya-kurangnya menegur pemimpin pujaan beliau Mahathir yang telah mengkritik konsep yang telah dibina sejak tahun 1920-an lagi.


Apabila Muhyiddin dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 30 Julai 2015, "Bangsa Johor" lah yang berdiri teguh dan terus menyokong beliau. Semasa beliau dipecat banyak laman sosial yang berteraskan "Bangsa Johor" menunjukkan sokongan padu terhadap beliau. Sokongan dengan sentimen "Bangsa Johor" turut ditunjukkan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail

 "Saya tidak akan sekali-kali menyokong seseorang di dalam FAM atau mana-mana organisasi yang korup. Sekiranya kita tetap memberikan sokongan kepada mereka yang kita tahu sememangnya korup demi kepentingan diri, itu menunjukkan betapa rendahnya harga diri dan maruah kita."

" Inilah panji yang kepadanya saya setia berkhidmat. Inilah panji yang saya pertahankan, dan deminya saya sanggup berkorban. Menjadi suatu keistimewaan dan penghormatan bagi saya berbakti kepadamu Bangsa Johor. 'Anda tidak berseorangan'. ALLAH peliharakan Sultan. Hidup Johor.

Malangnya, apabila "Bangsa Johor" dikritik oleh mantan PM ... Muhyiddin tidak bersama-sama Sultan Johor mempertahankan konsep "Bangsa Johor" itu , Muhyiddin seperti acuh tak acuh atau kata orang "playsafe" sedangkan di kala beliau dipecat dahulu "Bangsa Johor" lah antara suara yang paling kuat mengkritik tindakan pemecatan beliau itu. Mungkinkah Muhyiddin telah lupa semua itu atau lebih hormatkan mantan PM yang pernah "menghuru-harakan" institusi kesultanan pada satu ketika dahulu termasuk di Johor itu sendiri?

Saturday, August 27, 2016

Demonstrasi Cari Publisiti Punca "Student Power" Zaman Sekarang Hambar

Demonstrasi jalanan pada satu ketika dulu mungkin lah agak popular, dibuat pada hari Sabtu atau Ahad di tengah bandar KL , ramai yang berada luar KL ambik kesempatan untuk bercuti di ibu-kota dengan alasan demonstrasi . Kononnya nak manifestasikan kesusahan hidup rakyat dek penindasan kerajaan yang zalim. 

Tapi trend demonstrasi ni nampaknya tak bertahan lama ... dari semasa ke semasa , orang Melayu yang pada mulanya mempelopori hal-ehwal demonstrasi ni nampaknya macam dah malas nak sertai. Mungkin disebabkan tahu impak demonstrasi ni tak ke mana ... kerana gelombang demonstrasi itu hanya bertahan 1 hari, kemudian semua orang balik menjalani kehidupan seperti biasa. 

Trend demonstrasi sekarang dipelopori oleh puak-puak DAP ... kalau dulu atas platform PAS, Mat Sabu mampu mengerakkan puluhan ribu orang Melayu untuk berarak di jalan raya KL ... kini di bawah platform DAP atau PAN, gelombang yang cuba dibangkitkan dilihat hambar hingga terpaksa melabur kepada student-student 'U' yang masih berhingus dalam hal ehwal politik.

Demonstrasi puak-puak DAP/PAN sememangnya hambar .... tak macam demonstrasi-demonstrasi yang disertai puak-puak PAS . PAS tahu ... kekuatan demonstrasi pembangkang selama ini adalah disebabkan penyokong-penyokong PAS , yang tumpang 'glamour' dan syok sendiri ialah puak-puak PKR dan DAP ... Mat Sabu malu nak menggunakan platform PAN untuk buat demonstrasi .. mungkin disebabkan kegagalan demi kegagalan yang lepas apabila tak dilayan orang ramai untuk sertai demonstrasi anjuran mereka. 

Hari ni ada lagi demonstrasi di ibukota ... demonstrasi tangkap MO1 pulak , kononnya anjuran student-student universiti . Seperti biasa kita boleh jangka, demonstrasi ni tak ke mana ... berhimpun, berpanas kemudian balik rumah . Balik ke pusat pengajian dapat warning letter dari pihak universiti , silap haribulan kena terajang dari universiti . Ini semua game biasa ... bukan kita tak tau , pihak-pihak di sinunn cuba nak wujudkan 'wave' di kalangan budak-budak universiti .

Dulu tahun 70-an , 80-an depa kata ini "student power" boleh runtuhkan kerajaan . Itu dulu la... masa tu ekonomi Malaysia tak semantap sekarang, takde itu dan ini .. bila dah takde banyak benda, hati cukup mudah panas dan sentap , jadi tak hairanlah semangatnya berkobar-kobar lain macam ja ... 

Sekarang ni , game sudah lain ... student buat demo sebab dapat tunjuk ajar pemimpin2 politik , demo sebab dapat fulussss .... zaman dulu depa demo sebab pandai pikir sendiri , demo terbit dari hati dan idealisme , takde yang mengajar apa yang perlu dibuat macam sekarang ..... budak2 sekarang punya demo ialah demo publisiti , bukan demo dari hati nurani ...  sebab tu demo "tangkap MO1" ni boleh kata sekadar demo manusia-manusia yang hanya bakal menambahkan kerja-kerja pekerja DBKL .


Saturday, August 13, 2016

Isu UBER & Grabcar : Ugutan Syarikat Teksi Dapat Kecaman Netizen

Sidang akhbar berbaur ugutan terhadap PM semalam yang dibuat oleh Penasihat Big Blue Datuk Shamsubahrin Ismail nampaknya tak menjadi . Melalui respon-respon yang dilihat dalam artikel-artikel online, kenyataan yang dibuat oleh beliau itu dijadikan bahan lawak . Malah Datuk Shamsubahrin seolah-olah dikatakan mempamerkan kebodohan beliau secara terbuka bila menyatakan syarikat teksi akan menyokong parti baru BERSATU yang diasaskan oleh mantan PM, Tun Mahathir. Tak cukup dengan itu SPAD pun dimaki ..

“Spad ini sangat malas, bodoh dan tidak ada otak.

“Oleh kerana mereka sangat bodoh dan tidak ada otak, mereka sangat malas, mereka buat kabinet (juga) nampak cukup bodoh, tidak ada otak dan cukup bodoh,” 

Nampaknya makian bodoh itu berbalik kepada beliau dengan melihat respon-respon netizen yang kebanyakkannya menyokong sekiranya kerajaan menghalalkan perkhidmatan UBER dan GRABCAR.  Antara pendapat yang menarik ialah ramai yang menjangkakan pemandu-pemandu teksi selama ini menjadi agen pembangkang , mana tak nya ... naik je teksi, ada yang bercerita pasal keburukan-keburukan kerajaan dengan penumpang . Pelik bila dikatakan selama ini dikatakan pemandu teksi yang ada sekarang ialah penyokong tegar kerajaan.



Datuk Shamsubahrin juga dikecam kerana hanya bersuara mahu mengalihkan sokongan daripada kerajaan disebabkan pendapatan terjejas , maknanya selama ini selagi disuap dan diberi keistimewaan maka Penasihat Big Blue ini hanya akan berdiam diri membesarkan perut, membiarkan sikap sesetengah pemandu-pemandu teksi 'menyembelih' penumpang .

Agak mengejutkan bila komentar-komentar dari portal-portal pro-pembangkang yang selama ini kuat menghentam PM Najib bila berita-berita seumpama ini dikeluarkan jadi sebaliknya pulak . Orang yang cuba nak mengapi-apikan rakyat untuk menghentam PM pula yang dihentam . Ramai bersetuju langkah kerajaan untuk menghalalkan UBER dan GRABCAR sekurang-kurangnya boleh membantu rakyat meningkat pendapatan selain pilihan yang lebih murah untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain.

Berdasarkan respon-respon yang dapat kita baca , dan melalui perbualan-perbualan dengan orang ramai mengenai perkhidmatan UBER dan GRABCAR , rasanya elok lah kerajaan tidak melayan ugutan geng-geng driver teksi yang selama ini rasanya dah cukup mengaut untung. Jangan dilihat sangat sentimen driver teksi itu, tengok je sentimen rakyat . Berapa banyak jumlah kesemua driver teksi dalam negara ni berbanding pengundi ??? Driver teksi ni ke yang akan bagi kerajaan sekarang bertahan ? Walhal majoriti daripada mereka ni lah yang selalu jadi tukang cucuk kepada penumpang dengan memburukkan kerajaan.

Thursday, August 11, 2016

Tolak Kerjasama Dengan BERSATU Saran Pemuda DAP

Di kala penyokong-penyokong dan barisan kepimpinan parti baru yang dipengerusikan mantan PM , Tun Mahathir giat dipromosikan , telah ada cakap-cakap dan cemuhan di kalangan penyokong-penyokong DAP,PKR dan PAN mengenai parti BERSATU yang dikatakan mirip kepada UMNO. Mereka percaya BERSATU hanyalah UMNO ver 3.0, ditubuhkan untuk mantan PM, Tun Mahathir untuk mencapai agenda peribadi beliau. Pendapat-pendapat ini dapat dilihat di komen-komen artikel2 online yang disiarkan.

Malah hari ini, seperti yang disiarkan dalam satu portal berita pro-Mahathir , artikel yang menyiarkan kecaman sayap belia DAP, Chiong Yoke Kong terhadap parti BERSATU yang dianggap 'rasis' dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam. Pemimpin belia DAP itu menggesa supaya kepimpinan tertinggi parti itu menolak kerjasama dengan parti BERSATU.

https://www.malaysiakini.com/news/351869

Selain itu, melalui komen-komen di media sosial juga diberitakan, telah berlaku sedikit krisis di kalangan penyokong-penyokong Tun Mahathir apabila barisan kepimpinan parti BERSATU diumumkan dalam sidang akhbar baru-baru ini . Mungkin ada dikalangan mereka yang berasakan mereka lebih berhak menjawat jawatan-jawatan tertentu dalam parti yang ditubuhkan ini, memandangkan suara mereka lebih lantang dan terlebih dahulu menggerakkan kempen anti-Najib ini . Tentu saja ada aura-aura kekecewaan terpancar bila, orang yang bersama-sama menyertai kempen ini setelah sekian lama ia bergerak yang diberi keutamaan.

Sehari selepas pengumuman parti BERSATU yang akan ditubuhkan itu, media menyiarkan mantan Perdana Menteri itu terpaksa dimasukkan ke IJN kerana jangkitan di bahagian dada.  Timbul anggapan di kalangan penggiat media sosial ia-nya mungkin berlaku kerana Tun Mahathir berada dalam keadaan 'stress' atau tertekan dengan peel penyokong-penyokongnya yang dah mula bercakaran sesama sendiri sedangkan parti BERSATU yang ditubuhkan itu belum tentu diluluskan lagi oleh ROS. Mungkin ya atau mungkin tidak kerana faktor usia mantan PM itu juga boleh menjadi salah satu faktor.

Pun begitu, dalam keadaan serba uzur mantan PM itu masih cuba berjuang dari katil hospital mengajak Najib Razak untuk berdebat . Ini ekoran kenyataan Najib yang mengatakan mantan PM itu sentiasa menggesa beliau untuk terus mengikut telunjuk beliau.

"Najib memberitahu penontonnya bahawa saya mahu dia melakukan sesuatu dengan cara saya sahaja. Mungkin begitu walaupun saya tidak fikir ia adalah benar"

Thursday, August 4, 2016

BERSIH 5.0 Tagih Sokongan PAS ?

BERSIH 5.0 nampaknya akan diadakan tak lama lagi, tapi kali ni BERSIH 5.0 akan disertai oleh kumpulan-kumpulan pernah maki hamun perhimpunan BERSIH yang diadakan sebelum ini . Pengerusi BERSIH, Maria Chin dalam satu kenyataan menyatakan bahawa setiap rakyat Malaysia tanpa mengira kaum seharusnya bersama-sama menyertai BERSIH 5.0 yang akan diadakan nanti. Apa yang dinyatakan beliau ini menunjukkan, organisasi itu sedar bahawa perhimpunan BERSIH selama ini dimonopoli oleh satu kaum sahaja. Tak ramai orang Melayu yang mengambil bahagian dalam perhimpunan ini setelah beberapa siri perhimpunan, mungkin sedar mereka hanya diperalatkan oleh perkakas DAP, terutama dari kalangan penyokong PAS.

PAS nampaknya macam dah malas dan tak berminat nak campur tangan dengan agenda-agenda politik yang terutamanya melibatkan DAP , DAP, BERSIH dan PKR adalah sinonim . Hadi Awang Presiden PAS teruk dihina dan dimalukan bekas rakan sekutu mereka itu pada satu ketika dulu . Entah lah kalau ada lagi anasir-anasir DAP dalam PAS yang masih bersisa , mungkin mereka akan mengajak ahli-ahli PAS yang lain berdemo , berarak bergandingan tangan bersama-sama bekas rakan seperjuangan DAP.  Mungkin tak ramai ahli PAS yang terpengaruh dengan ajakan ini, cuma yang menjadi persoalan sekarang adakah bekas-bekas ahli UMNO atau lebih tepat lagi penyokong mantan Perdana Menteri akan bersama-sama berjalan beriringan dengan bekas musuh dalam perhimpunan itu nanti?


Beberapa komen menarik dari netizen mengenai penganjuran BERSIH 5.0 antaranya ialah dalam kumpulan yang dikatakan akan menyertai demonstrasi itu sendiri berpecah sesama sendiri iaitu dikalangan yang boleh bekerjasama dengan mantan Perdana Menteri dan kumpulan yang masih ragu-ragu dengan mantan Perdana Menteri.  Komen daripada penyokong PAS pula mahukan perarakan BERSIH 5.0 dijadikan platform untuk menyokong RUU , sekiranya dipersetujui Pengerusi BERSIH itu maka beliau jamin tak ada masalah untuk tarik ramai Melayu dalam perhimpunan akan datang ini.

Komen-komen lain kebanyakkannya sependapat mengatakan demonstrasi BERSIH ini hanyalah retorik semata-mata dan hangat-hangat taik ayam, hanya mampu bertahan dalam 1 hari kemudia kehidupan kembali seperti normal dan BN masih memerintah kerajaan. Bagi mereka ia hanyalah platform untuk segelintir pemimpin parti politik atau NGO cuba meraih populariti sahaja, sedangkan hakikatnya masing-masing bertelingkah sesama sendiri. Kalau dulu BN dikatakan cuba memperbodohkan rakyat dengan sandiwara, apa yang berlaku di kalangan parti lawan juga diperhatikan rakyat, pelik sekiranya mereka tak nampak kekalutan yang berlaku.


Tuesday, August 2, 2016

Lagi Kes Hina Sultan , Ada Yang Bakal Ke Penjara ?

Ikut hati mati, ikut kata binasa ...tu lah pepatah yang selalu disebut-sebut orang dulu-dulu nak mengingatkan orang ramai supaya tak terburu-buru dalam membuat sesuatu perkara . Nak buat apa pun kena fikir dulu baik buruknya, kalau berani buat berani tanggung lah.


Ni cerita pasal gambar propa Rosmah dan Sultan Pahang yang disebarkan puak-puak tertentu, cuba menonjolkan sudut yang boleh mendatangkan persepsi negatif. Bayangkan ... kalau takde gambar dari sudut lain , tak mustahil fitnah yang sama diulang-ulang , sama macam fitnah cincin yang akhirnya diakui Rafizi sendiri dalam mahkamah dia buat lawak saja.



Semasa mula-mula disebarkan oleh beberapa pemain media sosial yang dilihat condong sebagai pengampu DAP dan mantan PM, dilihat bersorak sakan puak-puak mereka menjadikan gambar itu bahan ketawa dan tak cukup dengan itu diviralkan dan dijaja satu Malaysia dalam laman media sosial. 



Niat mereka nak malukan Rosmah dengan fitnah dengan gambar yang boleh disalah erti , cuma mungkin puak-puak ini lupa, turut terbabit dalam lawak jenaka mereka ialah Tuanku Sultan Pahang itu sendiri . Ini serupa dah macam kes penghinaan terhadap Sultan . Dah ada kes yang masuk penjara sebab penghinaan ke atas Sultan dan anak Sultan (rujuk ke negeri Johor).

Selepas gambar viral, selepas berbakul cacian, makian sindiran yang diterima akhirnya kebenaran timbul hanya sehari selepas itu . Gambar dari sudut berlainan pula disiarkan, maka puak-puak yang mula-mula mem'viral'kan gambar berkenaan dah mula menggelupur . Kepala-kepala penyebar mula 'spin' cerita . Satu laporan polis dibuat dengan menamakan beberapa akaun Facebook iaitu Johor Bangkit, Ratu Naga, Suara Rakyat and Albert Monteluez.  

Selama ni memang la takde halangan bersuka-suka 'troll' Rosmah, PM dan beberapa pemimpin UMNO lain lagi , cuma sekarang masalahnya orang yang nak di 'troll' tu digandingkan dengan Sultan Pahang pulak , laporan polis dibuat lebih kepada mempertahankan imej Sultan Pahang itu sendiri .. kalah sebab Rosmah, dia dah biasa kena 'troll' dan dikecam dengan macam-macam panggilan dalam internet ni dan memang setahu penulis tak pernah ada laporan polis dibuat sebab tu. Ni kalau dah melibatkan Sultan takkan nak berdiam diri pulak ?? Report polis sebab anak Sultan pun orang boleh kena penjara ...