Friday, May 27, 2016

Lagi Pengiktirafan Antarabangsa dengan Program PERMATA

Rasanya tak ramai rakyat Malaysia tahu apa itu Global Good Governance Awards, atau lebih biasa dikenali sebagai 3G Awards di peringkat antarabangsa . Anugerah ini biasanya disampaikan kepada sesebuah kerajaan, badan korporat dan juga NGO hasil dari usaha yang cemerlang dalam mempromosikan transperansi, urus tadbir yang bijak dan tanggungjawab sosial. Cambridge IF Analytica ialah badan yang bertanggungjawab dalam mencetuskan idea ini.

Dari laman web Cambridge IF Analytica, boleh dikatakan institusi yang berpusat di London ini adalah sebuah makmal yang membuat analisa berasaskan data-data yang diperoleh bagi menentukan kecekapan tadbir urus sesebuah kerajaan, sektor korporat atau NGO .


"Cambridge IF Analytica is a financial services intelligence house that specialises in developing and utilising powerful cutting edge analytical tools to evaluate business data, assess macroeconomic indicators and understand market trends, leadership positioning and brand development relevant to the development of the financial services industry globally."

3G Awards ini bukanlah sesuatu anugerah syok sendiri, penyelidikan, kajian dan macam-macam 'research' yang dibuat adalah dengan kerjasama institusi-institusi pendidikan hebat di dunia contohnya Harvard Business School, Cambrige University dan Oxford University. Dengan penglibatan institusi-institusi hebat ini, dah tentu 3G Awards ni bukan calang2 anugerah. Rajah di bawah ni menjelaskan proses-proses yang perlu dilalui oleh calon2 penerima anugerah.



Anugerah yang julung kali diadakan ini telah meletakkan institusi PERMATA negara antara yang diberi penghormatan ini. Secara tak langsung menunjukkan model yang digunakan PERMATA dalam memberikan pendidikan awal kepada kanak-kanak diiktiraf di peringkat antarabangsa. Bahkan sebelum ini juga, model pendidikan PERMATA ini juga turut digunakan di beberapa buah negara terutama di Timur Tengah.

Peliknya dalam Malaysia ni, ada segelintir rakyat yang masih mengatakan penubuhan PERMATA tu adalah pembaziran, tak bawa manfaat dan sebagainya. Media sosial terutama dalam Facebook digunakan untuk serang PERMATA , tapi dalam masa yang sama bertimbun-timbun permohonan dari ibu bapa untuk memasukkan anak-anak mereka dalam program PERMATA, terutama dalam program PERMATA untuk anak-anak austism .

Apa pun penulis ucapkan tahniah pada PERMATA negara atas pencapaian yang membanggakan ni. Harapnya diteruskan program-program ini keceruk-ceruk kampung pula di seluruh negara.

Monday, May 23, 2016

Lagi Kisah Mahathir dihina Sekutu

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dalam satu kenyataan yang dibuat beliau hari ini mengakui bahawa pembangkang sememangnya memperalatkan mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir untuk memperoleh sokongan terutama dari orang Melayu.

Walah bagaimanapun, Khalid menambah satu statement yang cukup menghina sekutu baru pakatan pembangkang yang diterajui DAP itu. Memetik artikel dari Utusan Online

"Ahli Parlimen Shah Alam berkata, beliau mahu penyokong pembangkang faham kerjasama berkenaan bukan kerana mereka menyanjungi bekas Perdana Menteri keempat itu tetapi bermotifkan politik."

“Kita tidak maafkan Dr. Mahathir atas apa yang dilakukan beliau sepanjang 22 tahun memerintah negara dan kita juga tidak sayang kepadanya, ini kerjasama politik semata-mata,” katanya.

Secara peribadi, sedih aku tengok keadaan Mahathir kini. Bekas lawan yang dahulunya dihina dicerca diperli beliau kini pulang balik paku buah keras dalam keadaan beliau yang terdesak kini.

Kita faham, Mahathir perlukan sekutu yang kuat utk menjatuhkan Najib bila opsyen dalaman parti UMNO itu bukan lagi satu pilihan. Cuma harapnya, janganlah biar diri tu dihina oleg sekutu, walhal kalau Najib tumbang, si sekutu pun tumpang tuah.

Tapi apa yang berlaku sekarang, Mahathir seolah-olah biar diri diperli, dicerca dengan sindiran-sindiran tajam . Entah kalau orang2 kuat sekeliling Mahathir itu sedar dah berapa kali kata2 sindiran ini dibuat secara terbuka dalam majlis2 yang dihadiri beliau
 

Thursday, May 19, 2016

PRK Sg Besar Penentu Samada PAS Hilang Jawatan atau Hilang Maruah

Kesian PAS ... dah dibuat macam takde harga diri dek kerajaan negeri Selangor. Diberi amaran oleh Menteri Besar, Azmin Ali supaya tarik diri dan jangan bertanding di PRK Sg Besar. Azmin mahu kerusi Sg Besar itu diberikan pada PKR ja. Pelik jugak? Sebelum ni katanya PAN nak hantar calon.

Terus terang cakapla, apa yang aku nampak ... Azmin sudah kena racun dengan sekutu depa DAP dan PAN supaya jangan bagi PAS bertanding. Dilemma PAS sekarang ialah, kalau teruskan niat bertanding mereka akan kehilangan kedudukan dalam kerajaan negeri Selangor.

Kalau ikut je perintah Azmin tu...PAS akan kehilangan maruah parti itu dan seolah-olah memberi isyarat bahawa jawatan lebih penting. Apa pun sekarang segalanya bergantung pada Presiden PAS.

Apa yang PAS boleh lakukan sekarang dengan ugutan Azmin ialah berkompromi dengan mana-mana wakil rakyat PKR , wakil rakyat bebas malah wakil rakyat UMNO sendiri untuk mengajar kerajaan gabungan PKR dan DAP ini. Kita tau..dalam diam sebenarnya ramai wakil rakyat PKR yang tak berapa gemar dengan Azmin .... pandai2 lah korang

Tuesday, May 17, 2016

Konflik Mahathir - Najib, Mana Halatuju 'Si Pengemis Dedak'?

Tiap kali berlaku persengketaan antara pihak-pihak tertentu, akan wujud satu golongan yang boleh kita labelkan sebagai opportunis.

Golongan opportunis boleh dikatakan mereka yang melihat persengketaan yang wujud ini boleh mendatangkan keuntungan pada diri sendiri.

Mulut kata ikhlas berjuang menegakkan kebenaran, namun di satu sudut lain pula, siapa yang dapat bagi apa yang diminta maka teras perjuangan golongan ini boleh berubah dengan sekelip mata.

Golongan opportunis ini amat berbahaya sekali kepada dua-dua pihak yang bertelingkah. Mereka ini tidak ada pendirian bak sehelai lalang, mana angin kuat bertiup ke arah situ lah lalang menghala. Lagi besar laba yang diperoleh disitulah puak ini akan tunduk.

Puak opportunis ini mungkin menganggap golongan yang bertelingkah ini terdesak mahu kan sokongan, maka keterdesakan ini digunakan untuk minta macam2.

Kita semua boleh tahu kalau permintaan tak dipenuhi ia akan menjadi satu alasan untuk menjatuhkan mereka yang gagal menuruti apa yang dipinta si opportunis.

Dalam kes Mahathir vs Najib, memang wujud puak-puak opportunis yang menempek. Pada satu ketika dahulu mereka laung-laungkan sokongan tak berbelah bagi pada Najib.

Kini mereka ini berpaling tadah setelah tiada lagi faedah yang diperoleh. Bagi puak-puak ini, setia mereka hanyalah pada jawatan dan projek. Sekiranya Najib berjaya diturunkan, puak2 opportunis ni akan mula menuntut laba atas 'jasa2' mereka menjatuhkan Najib.

Terlintas dalan fikiran, sekiranya salah seorang penyokong kuat Mahathir sekarang, contohnya lah mantan MB Kedah yang pernah propose projek tanam padi atas bumbung, Sanusi Junid ditawarkan 'dedak' atau memperoleh 'dedak' yang diminta..adakah senarionya sama seperti sekarang???

Monday, May 16, 2016

Panglima-panglima Mahathir dijangka keluar UMNO

Nak bergaduh, bergasak buatlah sesuka hati asal jangan sebab permusuhan dengan individu tertentu, kita terus pilih untuk jadi pengkhianat. Marahkan nyamuk habis satu kelambu sanggup dibakar. Ini yang berlaku sekarang pada mantan Perdana Menteri.

Mahathir baru-baru ini membuat kenyataan supaya sokongan diberikan kepada mana-mana calon pembangkang masa PRK yang bakal diadakan nanti. Mahathir memang tak mau UMNO/BN menang. Kalau DAP yang jadi calon pun Mahathir dah tak kisah.

Secara tersirat boleh lah kita katakan isyarat Mahathir kepada pengundi2 PRK yang akan datang nanti mungkin ialah ;

"TO THE HELL KETUANAN MELAYU !!!

PAS dah lama tak mau masuk campor agenda Mahathir nak meranapkan Najib. Baru-baru ini pulak kedengaran cerita PKR sudah tarik "handbrake" . Apa cerita bhaiiii?? Ini mesej Whatsapp yang aku dapat mengenai hal itu.

Sekarang parti politik pembangkang yang tinggal untuk sama2 main 'game' Mahathir ialah DAP & PAN. DAP, PAN & Mahathir sama2 oppotunist. PKR pulak tarik 'handbrake' jadi opportunis sebab disergah Anwar dari dalam penjara yang mungkin bimbang populariti beliau tenggelam dek cerita Mahathir.

Sekarang dah terang lagi bersuluh, Mahathir memang tak nak UMNO/BN menang pilihanraya. Itu kita tak hairanlah sebab Mahathir bukan ahli UMNO lagi, cuma kits hairan bila lagi panglima2 Mahathir dalam UMNO nak keluar UMNO, dah jelas sangat boss depa xnak UMNO/BN menang.

Apa yang hangpa tunggu lagi?? Berambus je la...ni macam dah nampak khianat secara terang-terangan. Tak mau UMNO/BN menang dalam pilihanraya tapi dok lagi dalam UMNO buat apa? Harap MT2 UMNO pun tengok la sama hal ni..kalau depa tak letak jawatan dalam tempoh terdekat ni, pecat je lah

Thursday, May 12, 2016

Amanah bakal menang besar di Sg. Besar?

BN dijangka akan tewas teruk pada PRK Sg Besar yang akan diadakan dalam tempoh terdekat.Komen itu dibuat oleh Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa,UUM .

Beliau berpendapat, walaupun Sg Besar merupakan salah satu kubu kuat PAS, namun sokongan rakyat Sungai Besar akan lebih berpihak kepada calon parti AMANAH memandangkan AMANAH telah berada secara rasmi dalam pakatan pembangkang.

Keputusan PRU13 menunjukkan, BN hanya menang tipis di Sg Besar dengan kelebihan majoriti sebanyak 399 undi.  AMANAH dan PAS sebelum ini telah menyatakan minat untuk meletakkan calon di Sg.Besar.

Kesediaan AMANAH untuk bertanding di kerusi berkenaan mungkin dengan bersandarkan andaian bahawa kekuatan PAS di kawasan itu sebenarnya bergantung kepada sokongan rakyat kepada gabungan Pakatan Harapan dan bukannya faktor parti PAS itu sendiri.

Mungkin juga apa yang diandaikan itu masuk akal memandangkan, DUN Sekinchan dalam parlimen Sg Besar mempunyai majoriti pengundi berbangsa Cina. Memandangkan AMANAH dilihat sebagai proksi DAP, maka mungkin tidak menjadi masalah buat mereka mendapatkan sokongan pengundi Cina di kawasan itu. Ini menjadi satu cabaran buat kedua dua parti UMNO dan PAS.

Walau bagaimanapun, PAS mempunyai penyokong tegar yang tersendiri di kawasan itu dan sekiranya PAS memilih untuk tidak bertanding, ia seolah-olah menyerah kalah sebelum bertarung dan secara tak langsung mengiktiraf kehadiran AMANAH menceroboh kawasan tradisi mereka.

Dengan mengambilkira faktor2 di atas, pertembungan 3 penjuru ini sepatutnya menguntungkan UMNO,namun dengan mengambilkira faktor berpuak-puak dalam UMNO sejak Tun Mahathir, bekas Timbalan Presiden dan bekas Naib Presiden menyatakan penentangan secara terbuka terhadap Presiden, tidak mustahil akan ada tindakan boikot yang bakal berlaku. 

Tambahan pula, beberapa orang kuat UMNO sekarang juga kerap dilihat berdiri satu pentas dengan pemimpin2 Pakatan Harapan. Mungkinkah isyarat tidak langsung mereka supaya memboikot UMNO dengan kepimpinan sekarang akan menjadi bencana buat UMNO semasa PRK kelak?. Mungkin juga telahan pensyarah ini ada benarnya. Sama-sama kits tunggu hari penentuan kelak

Tuesday, May 10, 2016

Letak Calon Melayu Di Batu Kitang Untuk DAP Lanyak Melayu

Semasa kempen pilihanraya Sarawak yang dijalankan baru-baru, perangai rasis DAP terserlah . Mungkin disebabkan kata-kata yang dihamburkan dalam video di bawah ini membuatkan pengundi-pengundi Cina dikawasan Batu Kitang naik menyampah dengan sikap rasis yang dibawa oleh seorang penceramah DAP dari Semenanjung.



Penceramah yang digelar Superman DAP atau nama sebenarnya Hew Kuan Yau mendapat gelaran itu apabila seringkali menghadiri ceramah-ceramah DAP dengan  memakai baju yang mempunyai logo Superman . Senang cerita mau jadi popular lu buat perangai pelik-pelik


Hew Kuan Yau ini boleh dikatakan terkenal disebabkan mulut yang takde insuran, seringkali mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang agak sensitif semasa memberikan ceramah. Boleh dikatakan Hew Kuan Yau ini serupa Mat Sabu versi DAP.  Beliau adalah antara individu yang rasis dalam DAP, entah macam mana kerajaan negeri Sarawak boleh terlepas bagi mamat ni masuk berkempen dalam pilihanraya .


Semasa dalam pilihanraya Batu Kitang, Hew telah berkata dalam bahasa Cina yang kemudiaannya diterjemahkan seperti berikut ..

video


"Kita mesti bagi Aziz menang di Batu Kitang."

"Aziz mungkin jadi ADUN Melayu pertama DAP di Sarawak"

"Supaya Aziz boleh 'SKREW' puak Melayu sendiri ..."

"Ini akan jadi wayang terbaik untuk kita tengok ... "


Monday, May 9, 2016

Rafizi dan BAFIA Tiada Berpisah , Dokumen Sulit Didedahkan Institusi Kewangan Didedahkan Lagi

Merujuk kepada tuduhan terbaru Rafizi terhadap PM, kononnya ada campur tangan PM dalam mengenepikan status bangkrap terhadap Ketua UMNO Kepong, Datuk Hj Rizuan Hamid melalui surat yang bertarikh 20 Oktober 2015, jelas tertera dalam surat yang didedahkan itu tertulis ;


"Adalah dimaklumkan bahawa Ybhg Datuk Hj Rizuan Abd Hamid, Ketua UMNO Bhg Kepong Wilayah Persekutuan telah mengemukakan permohonan bagi tujuan du atas kepada YAB Perdana Menteri. Sehubungan itu, YAB Perdana Menteri meneliti permohonan tersebut dan dipanjangkan untuk perhatian dan tindakan ... "

Apa yang penulis faham, surat yang dikemukakan kepada MBSB itu ialah bagi respond pejabat Perdana Menteri dalam tujuan permohonan untuk selesai luar mahkamah status kebangkrapan Ketua UMNO Bhg Kepong itu. Tidak tertulis secara jelas wujud arahan langsung dari PM.

Lagipun soal selesai luar mahkamah dengan bank berkaitan status kebangkrapan bukanlah sesuatu yang baru. Banyak lagi kes-kes bangkrap lain diselesaikan luar mahkamah setelah berunding dengan pihak bank. Dengan mengambilkira MBSB adalah sebuah GLC, mungkin Ketua UMNO Kepong telah mengambil jalan menulis terus permohonan beliau untuk selesai luar mahkamah kepada PM.

Kalau Rafizi nak cerita campor tangan pemimpin kerajaan dalam GLC atau jabatan-jabatan kerajaan, cuba tanya Anwar  atau Mahathir sendiri sekutu terbaru beliau samada mereka pernah melakukannya ? Amalan menulis surat minta sokongan pemimpin2 politik , atau pegawai atasan kerajaan untuk mendapat tempat atau jawatan ni memang wujud . Ceritanya samada yang ditulis surat tu mahu atau tidak memberi sokongan ? Kadang-kadang walaupun ada sokongan dari orang-orang yang berjawatan ini, keputusan akhir masih berada pada pihak yang meluluskan itu sendiri.

Apa yang lebih menarik minat penulis sekarang ialah bagaimana surat yang mungkin boleh diklasifikasikan sebagai sulit ini boleh terlepas kepada umum ? Kalau dulu Rafizi sangkut dengan mahkamah akibat akta BAFIA , adakah kali ini Rafizi akan sangkut lagi ? Dan mungkin juga , pihak-pihak berkenaan di MBSB perlu disiasat bagi mengetahui bagaimana surat sebegini boleh terlepas ?

'Game' Saddiq Segaraga Nak Melagakan CM Sarawak & TPM

Pada satu ketika, mantan MB Kedah sekeras-kerasnya menafikan niat beliau untuk menjadi PM. Gerakan 'Deklarasi Rakyat' yang ditandatangani tiada kena mengena dengan niat beliau untuk jadi PM atau merebut apa-apa jawatan . Mantan MB Kedah dengan jelas berkata gerakan itu adalah semata-mata untuk memaksa Najib Razak meletak jawatan sebagai Perdana Menteri . Namun penafian beliau itu diragui oleh kebanyakkan orang, malah dari pemimpin-pemimpin pembangkang sendiri. Ini kerana masing-masing dalam gerakan 'Deklarasi Rakyat' itu sudah mempunyai calon tersendiri mereka. Mungkin bukan sebaik sahaja Najib berjaya diturunkan, namun ia lebih bertumpu kepada proses selapas itu.


Titile 'pendebat terbaik Asia' digunakan sebaik-baiknya oleh Syed Sadiq yang merupakan antara penggerak dalam 'Deklarasi Rakyat' untuk pertahankan rakan sekutu beliau itu . Syed Sadiq memberi alasan kononnya Mukhriz takkan layak jadi Perdana Menteri kerana status beliau sebagai ahli Dewan Undangan Negeri , Mukhriz bukan seorang ahli Parlimen maka dengan sebab itu beliau takkan boleh jadi Perdana Menteri ikut perlembagaan . Menariknya, selepas keputusan PRN Sarawak pula, Syed Sadiq persis 'batu api' cuba menimbulkan 'wave' dengan mencadangkan Ketua Menteri Sarawak, Adenan Satem untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri. Pelik sekali , takkan lah 'pendebat terbaik Asia' lupa hujah intelek yang digunakan beliau sebelum ini?

Apa pun niat Syed Sadiq, kita faham beliau sedang mencuba 'test market' untuk melaga-lagakan Ketua Menteri Sarawak dengan Timbalan Perdana Menteri . Tak pelikkah kenapa si 'pendebat terbaik Asia' hanya cadangkan Adenan Satem untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri dan bukan Perdana Menteri saja ?? Bukankah Syed Sadiq beria-ia nak jatuhkan Najib Razak ? Logiknya mudah ... beliau nak melemahkan 'tiang-tiang seri' yang menyokong Najib Razak dengan melaga-laga mereka , atau setidak-tidaknya penyokong-penyokong mereka yang termakan 'racun' 'pendisko terbaik Asia' ini .. ehhh silap . Apa pun permainan mereka, masing-masing dalam 'Deklarasi Rakyat' kita tahu akan bercakaran merebut jawatan PM , baik dari team Kit Siang, team Anwar Ibrahim atau team Mahathir tu sendiri.

Kerjasama Dengan Mahathir Punca DAP Hilang 5 DUN ?

Dalam pukul 6:30 petang , bertarikh 7 May 2016 ramai yang telah sedia maklum melalui keputusan tak rasmi yang kerajaan negeri Sarawak masih kekal di bawah pemerintahan BN. Apabila keputusan rasmi diumumkan lewat malam, ramai juga tidak menyangka kerusi yang dimenangi BN bertambah malah lebih daripada jumlah DUN yang disasarkan. BN Sarawak menang 72 daripada 82 kerusi yang dipertandingkan. Malah kubu-kubu DAP yang mana mempunyai peratusan pengundi Cina yang tinggi juga habis dirobek . DAP kehilangan 5 kerusi DUN, malah ada disesetengah kawasan undi calon Bebas juga dilihat memberi tentangan hebat kepada DAP. 


Maka seperti diramalkan, dengan kekalahan teruk DAP di kawasan-kawasan yang dikatakan kubu kuat mereka, maka pelbagai teori dimainkan . Malah sebelum pengiraan undi dibuat pun, desas-desus mengenai 'blackout' , rasuah pengundi, pengundi hantu dan sebagainya telah diperkatakan dilaman-laman media sosial. Mulanya tuduhan-tuduhan itu lebih cenderung didakwa berlaku di kawasan-kawasan pedalam yang merupakan kubu kuat BN. Namun, apabila satu demi satu kubu kuat DAP di kawasan bandar runtuh, dan majoriti yang diperoleh oleh calon BN agak tinggi marginalnya, DAP membuat alasan kononnya 'turn-out' pengundi di kubu kuat mereka adalah sangat rendah.

Bagi penulis, alasan 'turn-out' rendah DAP tak boleh dipakai . Seperti yang kita sedia maklum, kempen 'Impian Sarawak' DAP dah dimulakan seawal 3 tahun sebelum PRN Sarawak ini . DAP mempunyai masa yang cukup untuk mengingatkan penyokong-penyokong tegar mereka supaya hadir mengundi dan memberikan sokongan sepenuhnya. Jadi sekiranya 'turn out' rendah , bolehkah kita katakan ia merupakan satu protes pengundi-pengundi Cina terhadap DAP itu sendiri ? Dalam kempen-kempen yang dijalankan DAP, mereka berbangga ribuan penyokong datang menghadiri ceramah, tersirat keyakinan bahawa sokongan pengundi2 Cina Sarawak akan terus memihak kepada DAP. Persoalan yang timbul ialah, sekiranya % yang hadir semasa kempen DAP adalah tinggi , kenapa % semasa D-day rendah? Bukan kah D-Day itu sendiri lebih penting berbanding kempen??

Setelah DAP gagal mempamerkan prestasi cemerlang dalam PRN, pelbagai cemuhan dari penyokong-penyokong DAP Semenanjung dihamburkan kepada orang-orang Sarawak, tak terkecuali orang Cina Sarawak juga diperli oleh orang-orang Cina dari Semenanjung Malaysia. Hal ini sedikit sebanyak mengukuhkan keyakinan pengundi Sarawak bahawa ternyata benar DAP selama ini sekadar berpolemik, muka-muka manis yang ditunjukkan hanyalah untuk pilihanraya, bila kalah , pengundi-pengundi pula dihina dan dicemuh. Sehingga ke hari ini DAP mungkin masih tertanya-tanya mengenai punca kekalahan mereka di kawasan yang mempunyai majoriti pengundi Cina. Pada mereka, BN sudah tidak ada tempat lagi di hati pengundi berbangsa Cina. 


Melalui komentar-komentar yang penulis perhatikan di media sosial, selain kekuatan personaliti Ketua Menteri Sarawak itu sendiri , rasa tidak senang hati sebilangan orang Cina apabila DAP bekerjasama dengan mantan PM, Tun Mahathir dalam usaha menjatuhkan Perdana Menteri, Najib Razak. Bagi mereka, adalah cukup kekuatan DAP dan PKR untuk melaksanakan kempen menjatuhkan Najib Razak. Mereka percaya kempen yang digerakkan bekas Perdana Menteri yang disokong bekas Timbalan Perdana Menteri adalah semata-mata untuk kepentingan dan agenda mereka tersendiri. Jauh di suduh hati mereka, kenyataan-kenyataan bersifat perkauman yang dikeluarkan Tun Mahathir dan Muhyiddin pada satu ketika dahulu masih berbekas. 


ref : http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2013/08/04/the-godfather-of-bigots 

Friday, May 6, 2016

Guan Eng Berpeluh di Soal Siasat SPRM ?

Tempoh berkempen untuk PRN Sarawak tinggal beberapa jam saja lagi , dalam tempoh itu ada 2 berita besar yang menggemparkan seluruh negara . Kita bersedih dengan tragedi yang berlaku itu, takziah penulis ucapkan pada rakan2 dan semua ahli keluarga yang terlibat.  Berita mengenai nahas udara yang berlaku itu sedikit sebanyak mengaburi cerita soal-siasat SPRM terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang yang telah bermula, berhubung dengan isu banglo murah.


Memetik artikel yang dikeluarkan oleh sahabat blogger, siasatan terhadap Guan Eng dan isteri beliau dilanjutkan sehingga keesokkan hari . Dalam masa yang sama pemilik banglo asal juga disiasat. Ramai yang berpendapat isu banglo murah Guan Eng agak 'straightorward' , jelas disertakan dengan pelbagai dokumen yang menunjukkan kaitan-kaitan antara Ketua Menteri Pulau Pinang itu dan pemilik asal banglo.

"Setakat ini, tidak banyak berita yang kedengaran membabitkan soal siasat SPRM ke atas Guan Eng dan Betty Chew yang ditemani oleh peguam-peguam mereka seperti RSN Rayer, Ramkarpal Singh dan Gobind Singh... kombinasi hebat yang merupakan seorang ADUN Pulau Pinang dan dua Ahli Parlimen yang datangnya dari puak Karpal Singh.

Sambungan soal siasat ke atas Guan Eng dan isterinya, Betty Chew akan dibuat esok.

Sementara itu, pada masa yang hampir sama, pemilik asal banglo, Phang Li Koon dan bossnya juga disoalsiasat di Kuala Lumpur. Tempoh masa tersebut sengaja dibuat begitu bagi mengelakkan sebarang kemungkinan persamaan jawapan bagi tujuan menipu." sumber

Mungkin selepas siasatan dilakukan, akan ada lebih banyak pendedahan. Cuma apa yang membimbangkan kita ialah bagaimana siasatan itu berjalan, bimbang sekiranya ada 'hanky-panky' , kerana beberapa hari sebelum ini , satu kenyataan akhbar telah dibuat kononnya AG mengatakan tiada kes dalam isu banglo murah Guan Eng . Entah bagaimana kenyataan berkenaan boleh dibuat oleh penjawat awam berkenaan yang seterusnya dinafikan oleh AG sendiri. 

Ramai yang tertanya apa sebenarnya berlaku susulan dari penafian AG itu. Oleh itu kita harap, tiada 'game' lagi yang dimainkan oleh 'jurucakap' Ketua Menteri Pulau Pinang ini semasa siasatan SPRM di jalankan. 

Thursday, May 5, 2016

Penyokong Persoal Kemana Perginya Kutipan Derma untuk Projek Impian Sarawak DAP

Banyak kempen 'fund raising' atau kempen kutip derma dari rakyat oleh DAP bertujuan untuk gerakkan jentera mereka bersedia menghadapi pilihanraya. Kempen kutip derma makin menjadi bila pilihanraya negeri Sarawak makin menghampiri. Dari satu artikel yang dikeluarkan oleh blog Sarawak Today, jumlah kutipan derma yang diterima DAP boleh dikatakan agak besar nilainya. Persoalan yang timbul ialah bagaimana jumlah wang derma DAP itu dibelanjakan parti itu?


Memetik beberapa fakta menarik dari artikel Sarawak Today;

"DAP memang sinonim dengan projek Impian Sarawak, namun apakah punca pendapatan atau sumber kewangan DAP sehingga dapat membiaya projek tersebut."

"Namun jika merujuk penyataan dibawah, jelas sekali derma yang diterima DAP tidak digunakan untuk membiaya projek Impian Sarawak kerana projek itu dilakukan secara gotong-royong bersama penduduk kampung."

"Sepertimana pemimpin DAP yang terkenal dengan plakad mempersoal “Mana RM2.6 Billion”, penyokongnya dan orang ramai juga ingin tahu, berapakah jumlah kutipan tabung derma setiap ceramah DAP?"

"Menurut DAP, sejumlah 60 projek Impian Sarawak telah dibuat sejak penubuhannya pada 10 September 2013.

DAP sentiasa mengatakan mereka telus dalam kewangan; tetapi menjadi persoalan kemana perginya semua wang derma untuk projek tersebut?

Jawapan DAP amat mudah: “Semuanya kami belanjakan untuk membantu rakyat dalam projek Impian Sarawak. Kami ada memaparkan semua kos perbelajaan itu di laman web Impian Sarawak”

Beranikah DAP menjelaskan berapa kos keseluruhan 60 projek Impian Sarawak?"

"Sejak tahun 2013 sehingga 2016, DAP cuma ada memaparkan perbelanjaan yang tidak lengkap untuk 14 projek sahaja dan ianya untuk sehingga 2014!"


"Sebanyak 14 projek bernilai RM444,973.03 dari tahun 2013 sehingga 2014, purata nilai untuk satu projek adalah RM 31,783.79."

"DAP menganggap projek yang nilainya melebih RM20,000.00 adalah satu projek yang melebihi peruntukan kos sebenar."

"Jadi, anggaran kos untuk 60 projek Impian Sarawak sehingga 2016 ialah sebanyak RM1,907,027.29 (RM1.9juta)."

bacaan lebih lanjut disini



Tuesday, May 3, 2016

Ulang Tayang Fitnah "Anjing Komunis" Sempena PRN-11 Sarawak

Antara kaedah-kaedah nak buat fitnah ialah kitar semula gambar fitnah lama setelah 2-3 tahun, tak mustahil fitnah yang pernah dijelaskan oleh tuan punya badan dahulu akan merebak semula. Satu penyakit masyarakat kita ialah gemar membuat kesimpulan dengan cepat berdasarkan apa yang dilihat atau diperkatakan.

Masing-masing malas nak buat "cross check" , samada bertanya sendiri dengan tuan punya badan atau kalau susah sangat cuba selidik dengan pak cik Google. Bab nak cari kebenaran kalau nak meng"Google" memang la liat. Kalau nak surf Redtube ke, website porn ke, torrent ke, pirate software ke, memang masyarakat kita sanggup bersengkang mata buat research.

Tak mustahil kalau aku katakan selepas 4-5 tahun lagi, cerita Rosmah beli cincin puluh2 juta akan dimainkan semua. Walau hakikatnya segala bukti ada menafikan dakwaan itu. Malah si pembuat fitnah pun dah menggelupur bila kantoi fitnah pasal cincin sampai dalam mahkamah berani kata "saya bergurau je"

Sempena PRN11 Sarawak, satu gambar lama dimainkan semula kononnnya Rosmah tak nak bersalam dengan kaum warga emas Bidayuh. Benda ni dulu dah dijelaskan oleh individu yg bekerja dengan Rosmah itu sendiri,malah disiarkan kenyataan beliau dalam blog pro pembangksng Omakkau

http://omakkau.blogspot.my/2015/10/tuduh-rosmah-enggan-salam-warga-emas.html?m=1

"Pegawai Khas Rosmah, Datuk Rizal Mansor berkata demikian apabila sebuah blog melemparkan tuduhan yang tidak munasabah terhadap majikannya itu.

“Admin blog itu ada masalah jiwa, dituduhnya Rosmah enggan salam dengan warga emas Bidayuh.

“Pada orang yang normal akan nampak jelas Datuk Seri Najib angkat tangan warga emas itu yang dipenuhi dengan gelang dan menunjukkan pada Datin Seri Rosmah."

Ahli Tinggal Parti Sertai DAP Bukti AMANAH Tidak Relevan

Setiausaha Agung AMANAH, Mohd Anuar Tahir mempertahankan tindakan seorang bekas ahli parti berkenaan yang keluar parti dan menyertai DAP baru-baru ini. Beliau berkata adalah tidak menjadi kesalahan Mejar Zaidi keluar parti AMANAH dan menyertai DAP kerana ia bukan pengkhianatan terhadap Islam atau menyalahi akhlak Islam .




"Dari apa yang dijelaskan, penyertaan beliau bersama DAP adalah untuk menangani fitnah yang terus dilemparkan terhadap DAP khususnya oleh UMNO dan pihak-pihak tertentu bahawa DAP adalah parti anti-Melayu Islam" 

Kenyataan beliau di atas dipetik dari portal media pro-pembangkang, Free Malaysia Today

Pada 17 Mac 2016, Mejar Zaidi telah dilantik sebagai pegawai penerangan Ketua Menteri Pulau Pinang. Mejar Zaidi sebelum ini dikatakan telah bersekongkol dengan parti pembangkang mendakwa terdapat penipuan SPR semasa PRU-13 berhubung dengan penggunaan dakwat kekal . Sebelum berhijrah menjadi ahli DAP , Zaidi adalah pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara Bahagian Kepala Batas, Pulau Pinang.

Bagi penulis, tindakan Mejar Zaidi jelas menunjukkan PAN itu sendiri tidak relevan dalam lanskap politik tanah air. Mejar Zaidi sedar PAN hanyalah anjing suruhan DAP. Penyertaan beliau di dalam PAN hanya akan menghadkan kerjaya politik beliau, mengapa beliau perlu menjadi budak suruhan kepada anjing DAP sedangkan jawatan yang beliau ada sekarang memberi peluang untuk beliau berkomunikasi secara terus dengan orang besar dalam DAP itu sendiri, Lim Guan Eng. Dengan menyertai DAP, Mejar Zaidi telah meng'upgrade' tahap beliau lebih mulia dari pemimpin-pemimpin politik PAN.

Kenyataan yang dibuat oleh S.U Agung Amanah itu dilihat hanya sekadar untuk menutup 'kemaluan' apabila dihina secara tidak langsung oleh Mejar Zaidi. Semua orang tahu bahawa parti PAN itu sebenarnya adalah 'sayap ghaib' parti DAP yang bertujuan mempergunakan orang-orang Melayu , bertujuan memecahkan undi orang-orang Melayu. Bagi penulis, pemimpin-pemimpin PAN tak perlu lah bersusah payah mempertahankan DAP, kononnya parti itu tidak rasis, tidak anti Islam dan sebagainya. Apa kata kalian secara beramai-ramai membubarkan PAN dan masuk saja DAP secara rasmi ? Pada penulis tindakan itu nampak lebih bermaruah daripada menjadi 'anjing' suruhan menggunakan nama PAN.

Monday, May 2, 2016

PRN Sarawak : PKR & PAN Hanya 'Anjing' DAP dalam Pakatan Harapan

Pilihanraya Sarawak yang sedang berlangsung kini mendedahkan tembelang DAP yang cuba menunjukkkan kuasa sebagai 'abang besar' dalam komponen Pakatan Harapan. Kalau dulu PAS yang diperkotak katik, kini tiba giliran PKR pula. Parti PKR dilihat sebagai kacau daun di beberapa DUN yang ditandingi PAS.


Kalau selama ini DAP dengan video propaganda mereka cuba menunjukkan gabungan mereka dalam Pakatan Harapan adalah mantap dah saling hormat menghormati, namun realitinya sekutu sekutu dalam Pakatan Harapan hanya dijadikan macai oleh DAP.

PKR dah mula terasa bahang dek permainan kotor DAP, beberapa pemimpin PKR bangkit dan keras mengutuk teknik kotor DAP ini, namun menarik sekali bila pemimpin DAP langsung tak melayani kerenah PKR yang hanya dianggap macai. PAN pula duduk menikus berdiam diri dan sesekali mengeluarkan kenyataan condong menyokong DAP.

Walaupun perbalahan DAP-PKR ni sesuatu yang menggembirakan kita, tapi dalam masa yang sama rasa simpati terhadap PKR pun ada lah sedikit dek kerana di 'anjing' kan DAP. Adun KOMTAR DAP tanpa ada perasaan hormat terhadap sekutu mereka dengan selamba melontarkan statement "go to hell PKR" bila perbalahan perebutan kerusi DAP-PKR berlaku di PRN S'wak.

Orang S'wak yang bakal mengundi terutama di kawasan yang ditandingi DAP patut tengok dan berhati-hati dengan wayang yamg dimainkan DAP ini. Kalau dengan sekutu sendiri pun sanggup berbalah, tak mustahil bila dah dapat kuasa nasib rakyat dipandang sepi saja. Contoh jelas di Penang, nasib mereka yang dahulu beria menyokong DAP akhirnya dibiarkan saja.