Monday, April 25, 2016

Pilihanraya Negeri Sarawak & Propaganda DAP

Tinggal lebih kurang 10 hari rakyat negeri Sarawak untuk menentukan parti yang akan memerintah negeri ini 5 tahun akan datang.  Walaupun Sarawak dikatakan kubu kuat BN, pilihanraya negeri yang diadakan kali ini boleh dikatakan agak mencabar bagi BN Sarawak kerana parti pembangkang terutama DAP dilihat cuba memainkan isu-isu yang berasal dari tanah Semenanjung di negeri itu. DAP mungkin kehabisan modal dalam memainkan isu-isu tempatan kerana aura Ketua Menteri Sarawak, Adenan Satem amat dekat dengan rakyat negeri itu.


Sejak dipilih menjadi Ketua Menteri yang baru menggantikan Abdul Taib Mahmud, Adenan banyak melakukan transformasi yang menguntungkan rakyat negeri itu terutama penduduk-penduduk yang berada di kawasan pedalaman Sarawak .

Propaganda DAP yang mengatakan masalah ketiadaan air, jalanraya, bekalan elektrik dan sebagainya  bukanlah sesuatu yang baru . Ia adalah perkara yang diulang-ulang setiap kali pilihanraya menjelang. DAP menyatakan bahawa atas inisiatif parti itu sendiri mereka telah berjaya melaksanakan lebih kurang 50 projek yang membawa faedah kepada penduduk2 pedalaman di Sarawak.


Namun penduduk-penduduk kampung di kawasan pedalaman Sarawak ini pun bukanlah bodoh, kerana mereka tahu dalam masa yang sama terdapat lebih banyak projek2 berterusan yang dilaksanakan oleh kerajaan BN negeri . Bukan 50 projek, malah ribuan projek-projek kecil . Bezanya, kerajaan BN negeri tidak beretorik membuat video-video pembangunan hanya untuk tujuan perolehan keuntungan politik .

DAP turut membangkitkan isu soal orang asal , iaitu kebajikan dan hak-hak peribumi di Sarawak seolah-olah diabaikan oleh kerajaan negeri . Namun, satu Malaysia sudah tahu asas perjuangan DAP berteraskan "Malaysia Malaysian" yang mana hak-hak sama rata untuk semua kaum tak kira samada bumi atau bukan bumi . Jadi terserlah hipokrasi munafiq DAP apabila menyatakan bahawa mereka mahu mempertahankan hak orang asal dalam kempen pilihanraya negeri Sarawak kali ini.

Harapnya pengundi-pengundi Sarawak tak terpedaya dengan mainan propaganda DAP, jangan sampai Sarawak jadi macam Penang . Bila DAP pegang saja kuasa, habis hilang segala janji manis. Melayu melayu Penang yang dahulu kononnya berjuang bersama DAP sekarang dah terkebil kebil kebil bila apa yang mereka bina selama ini hancur dek termakan propaganda manis.

Monday, April 11, 2016

Geng "dedak" Terima Upah Sabotaj Rosmah

Kemenangan Chong Wei menewaskan Cheng Long di terbuka Malaysia sebentar tadi memanglah sesuatu yang membanggakan rakyat Malaysia, namun sikit jelek sesetengah peminat sukan badminton negara amatlah memalukan sekali. Perilaku oleh segelintir peminat mengejek-ejek seperti beruk semasa upacara penyampai hadiah sebentar tadi amat memalukan.



Menurut sumber yang aku perolehi, perbuatan ini menge"boo" ini sememanganya sudah dirancang lebih awal oleh kumpulan2 tertentu. Segelintir daripada mereka ini telah diberikan upah oleh salah seorang individu yang merupakan orang penting dalam kem "anti-Najib' .

Dari sumber yang diberitakan pada aku, samada Chong Wei menang atau tewas malam ini, kumpulan yang bermotifkan politik ini akan mengambil kesempatan untuk memalukan isteri Perdana Menteri apabila mendapat isyarat dari seorang 'ketua'.

Modus operandi yang serupa digunakan untuk memalukan MB Kedah yang baru. Samada ia dari kumpulan yang sama, tak dapat dipastikan. Bagi aku ini adalah manifestasi kekecewaan kumpulan yang gagal menjatuhkan Najib sebagai PM setelah bertahun tahun merancang dan berbillion RM yang dihabiskan. 

Kalau ye pun sabar je la. Tunggu PRU-14..masa tu , main "boo" ni tak kemana...beberapa kerat punya perangai, satu Malaysia dapat malu. Konon satu stadium yg berbunyi walhal  beberapa kerat ja dok buat ramai. 

Sunday, April 10, 2016

Lagi 'Orang Penting' UMNO Bakal Jadi Perkakas DAP?

Dah lama aku peratikan satu 'trend' politik yang berlaku di Malaysia ni terutama di kalangan 'so called' pemimpin BN atau penyokong BN yang beralih arah selepas tak punya apa-apa jawatan atau kepentingan lagi.



Golongan-golongan ini akan bagi beberapa 'hint' terlebih dahulu apabila kontrak mereka dengan kerajaan yang memerintah hampir tamat. Depa akan buat 'statement' yang lembut menyindir kerajaan pemerintah dalam beberapa dasar yang dilaksana.

Fasa kedua ialah apabila 'hint-hint' yang ditunjukkan tadi tidak mendapat apa-apa respon dari kerajaan pemerintah. Golongan ini akan jadi lebih keras apabila tiba tarikh kontrak mereka tamat. Mereka akan cuba menonjolkan diri sebagai hero kepada rakyat.

Fasa ketiga ialah apabila golongan-golongan ini akan mula dijemput oleh kumpulan pembangkang dan kumpulan penentang yang lain untuk sama-sama berdiri dalam satu pentas 'roadshow' mengutuk dan menabur fitnah ke hulu hilir.

Fasa keempat ialah segala kenyataan dari golongan ni akan dipetik oleh media-media pro pembangkang...tiap2 hari, kononnya mereka ini mendedahkan kecelaruan yang berlaku dalam institusi semasa mereka memegang jawatan dalam kerajaan.

Fasa kelima adalah yang paling menarik...disebabkan kenyataan populis yang dikeluarkan oleh golongan2 ini, tentulah akan ada tindakbalas bila segala hasil yang dikaut oleh mereka semasa memegang jawatan dalam kerajaan ini akan didedahkan oleh satu lagi kumpulan yang benar2 memperjuangkan ketelusan dan bukan retorik politik semata mata.

Fasa terakhir ialah fasa dimana golongan-golongan ini akhirnya dianggap sebagai pecacai angkat taik sekiranya segala perancangan mereka 'mengampu' atau berpaling tadah gagal. Mereka ini akan diterajang oleh kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang untuk duduk disatu tempat yang sama macam Ibrahim Ali 😂😂 . k bye jangan marah ye

Tuesday, April 5, 2016

DAP cuba alih isu 'banglo murah' , sumbangan RM55 juta untuk kebajikan dipersoal


Beberapa hari sebelum ini DAP dilihat cuba mencipta pelbagai isu bagi menutup tembelang skandal "banglo murah"  pemimpin tertinggi parti itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. DAP cuba berdalih dan berkeras mengatakan hal berkenaan bukanlah satu isu pada mereka.

Sebaliknya DAP memainkan isu-isu 'basi' bagi menyerang balas tuduhan pembelian banglo murah oleh Guan Eng. Terbaru DAP mempersoalkan sejumlah wang yang dibayar oleh Perdana Menteri kepada pemborong kain Jakel berjumlah RM55juta dari tahun 2011-2014. Satu laporan polis turut dibuat untuk siasatan.

Ternyata DAP telah membuat tuduhan yang melulu tanpa terlebih dahulu menyiasat atas alasan apa pembayaran berkenaan dibuat. RM55 juta adalah satu jumlah yang besar dan tak masuk akal fabrik yang dibeli oleh PM untuk kegunaan peribadi. 

Menurut satu sumber yang didedahkan, pembayaran RM55juta dari tahun 2011 hingga 2014 adalah untuk kerja-kerja kebajikan, sumbangan2 pakaian, selimut untuk mangsa bencana dan permaidani masjid di SELURUH Malaysia. Kalau untuk seluruh Malaysia dalam tempoh 4 tahun, jumlah RM55 juta adalah berpatutan. 

Biasa bila kita tengok berita ada sumbangan itu dan ini dalam bentuk pakaian, selimut, cadar dan sebagainya dari pelbagai wakil rakyat/NGO dan lain2 kebanyakkannya adalah dari sumber ini. 

Contoh mudah masa kejadian banjir besar dahulu , berapa negeri yang terlibat dan berapa banyak mangsa banjir yang memerlukan selimut, baju dan sebagainya. Berapa banyak pula permaidani2 masjid perlu digantikan dek bencana itu?

Ringkasnya segala pembayaran yang dibuat adalah untuk kerja-kerja kebajikan dan Jakel diberikan tanggungjawab berkenaan berdasarkan kualiti dan tawaran harga yang berpatutan.