Wednesday, March 30, 2016

Duta Amerika Nafi Fitnah Asian Sentinel Terhadap Rosmah

KUALA LUMPUR: Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di sini menolak laporan mendakwa isteri perdana menteri Rosmah Mansor ada menghubungi Duta AS Joseph Y Yun dengan harapan untuk menghentikan siasatan terhadap 1MDB.

Asia Sentinel dalam laporannya sebelum ini berkata mereka cuba mengesahkan perkara itu dengan kedutaan AS tetapi tidak berjawab.

Bagaimanapun, dalam e-mel kepada Malaysiakini, pihak kedutaan berkata mereka tidak mempunyai rekod sebarang pertanyaan daripada Asia Sentinel berhubung perkara itu.

“Kami telah melihat laporan mendakwa isteri Perdana Menteri Najib menghubungi duta Yun beberapa kali.

“Kami tidak mengulas isu berkaitan perbincangan diplomatik, tetapi kami dapat sahkan bahawa duta Yun tidak bercakap berhubung isu dengan isteri perdana menteri ini seperti dilaporkan Asia Sentinel,” katanya.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak mengkritik laporan itu yang menurutnya berdasarkan khabar angin.

Asia Sentinel disekat di Malaysia oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

Bercakap kepada Malaysiakini, Salleh menyifatkan perkara itu sebagai kewartawanan yang tidak beretika, kerana melaporkan berdasar laporan tidak disahkan.

Berdasarkan sumber dan cakap-cakap “yang beredar luas dalam kumpulan kecil diplomatik di Kuala Lumpur” Asia Sentinel mendakwa Rosmah menghubungi Yun beberapa kali supaya siasatan peguam AS Preet Baharara di Wilayah Selatan New York ditamatkan.

Artikel itu mendakwa Yun memberitahu Rosmah bahawa Bharara bergerak secara bebas dan Presiden AS Barack Obama sekali pun tidak dapat mempengaruhi siasatannya.

Asia Sentinel memetik sumber sebagai berkata: “Dia (Rosmah) diberitahu, 'Jika kamu tak buat salah, jangan bimbang. Amerika Syarikat negara yang menjunjung undang-undang'.”

1MDB tertakluk kepada siasatan pelbagai negara termasuk Switzerland, Singapura, United Kingdom dan Perancis.

Syarikat itu bagaimanapun menafikan sebarang salah laku dan menyifatkan dakwaan terhadapnya bermotifkan politik.

sumber : terjemahan asal artikel

Tuesday, March 29, 2016

Hikayat Arborq Turn To Politician : Hipokrit Sang Rapussy

Dengan lagak angkuh, hipokrit talam dua muka, Rafizi Ramli berkata dalam perhimpunan 'syok sendiri' baru-baru bahawa beliau akan terus ganggu Najib & Rosmah. Bila kata ganggu, adakah bermaksud beliau akan terus menabur fitnah?



Dulu Rafizi sibuk ganggu Rosmah, cerita diusung ke hulu hilir pasar cincin yang katanya berjuta juta milik Rosmah. Bila dah diheret ke mahkamah dan termyata apa yang disebarkan tu tak betul. Si penganggu ni hanya boleh kata "saya bergurau"



Rafizi mungkin sedar 'gurauan' beliau tu mungkin boleh menjatuhkan reputasi dan maruah seseorang. Bila dah ternyata dakwaan beliau itu silap, adakah Rafizi cuba untuk atur pertemuan dengan Rosmah dan mohon maaf? Mana lah si sotong ni ada telor nak buat mcm tu.


Bayangkan pula kalau orang lain buat cerita 'fitnah' terhadap Rafizi sebagai contoh beliau ni sebenarnya sotong jadian, atau cross-dresser, bekas drag queen, atau seumpamanya. Tentulah si sotong ni akan melompat. Contohlahh...kalau betul aku tak tau la pulak (hint hint)


Pelik jugak perangai hipokrit Rafizi ni, masa dulu dia lah yang jadi tukang canang , tukang pukul gendang yang diorkestra oleh Anwar menuduh Tun M sebagai bapak kroni di Malaysia yang menyalurkan berbillion RM secara tak langsung kepada kroni. 


Sekarang apa sudah jadi? si Rafizi duduk sebaris dengan Tun M dan buat muka manis konon2 sama2 bergabung nak menjatuhkan Najib Razak. Kalau dulu boleh tahan juga di hantam Tun M. Lagi satu kalau telus sangat dalam memerangi kronisma, rasuah dan salah guna kuasa, Guan Eng punya banglo murah apa lu mau cerita??


Rafizi dan pecacai2 yang lain akan bagi alasannnn ...Guan Eng punya cerita layeennnnn. Guan Eng tak itu , tak ini dan bla bla bla (seribu satu alasan..) . Ini punya perangai standard munafik, kena kat orang lain bukan main lagi  jadi batu api, kena batang hidung atau geng sendiri buat2 bodoh je....Paling teruk orang yang pernah dibalun kaw kaw dulu dah boleh dilupa segala apa yang dimaki hamun dulu sebab sekarang dah duduk sebaris. Cilakak betul Rapussy !

Monday, March 28, 2016

Banglo Murah Guan Eng : "No Swimming Pool", "No Valuer" & "No Feng Shui"

Bila sekali menipu, akan banyak lagi penipuan-penipuan yang dibuat utk 'backup' penipuan yang mula-mula tadi. Ini yang berlaku pada Lim Guan Eng dan cerita banglo murah beliau.



Macam-macam alasan yang diberi untuk menutup cerita banglo murah. Dalam situasi yang terdesak Guan Eng pernah mengaku bahawa beliau tak tahu menahu tentang harga pasaran banglo beliau, namun respon beliau itu dijawab dengan sindiran-sindiran tajam di media sosial.

Takkanlah Guan Eng tak tau harga banglo ?  Dari satu kenyataan yang dibuat oleh Presiden Persatuan Guaman Hartanah Malaysiq, walaupun sesebuah banglo dibeli pada harga bawah pasaran, pembeli akan tetap dikenakan bayaran duti setem pindah milik mngikut harga pasaran semasa hartanah.

Bila tactic penipuan tak tahu harga pasaran tak menjadi, penjual hartanah itu digunakan untuk buat kenyataan media. Bukan penjual sendiri yang baca kenyataan tapi dibaca oleh sekutu Guan Eng dalam DAP, apa kes ?? Bimbang si penjual tersalah cakap bila disoal reporter?

Terbaru seorang lagi orang besar DAP, Teresa Kok buat kenyataan yang agak lucu bila cuba ber-taichi untuk jawab persoalan banglo murah Guan Eng. Kali ni Feng Shui disalahkan. Teresa kata harga banglo Guan Eng murah kerana Feng Shui tak ngam.

Mula-mula kata murah sebab takde "swimming pool", kemudian murah sebab tak tahu harga pasar, sekarang pasal Feng Shui pulak? Agak-agak lepas ni nak bagi alasan apa pulak? Sebab berhantu???

Thursday, March 24, 2016

Reaksi KJ & Guan Eng di Parlimen , Siapa yang Menggelabah ?

Dalam satu sesi soal jawab di parlimen baru-baru ini, ada 2 peristiwa menarik berlaku iaitu bagaimana respon seorang Menteri & seorang Ketua Menteri menjawab persoalan rasuah / salah guna kuasa . 



Si Menteri jawab persoalan pecah amanah RM100juta melibatkan kementerian yang diterajui beliau yang dibangkitkan beberapa ahli parlimen pembangkang dengan tenang, rileks dan tak menggelabah.

"Saya tidak boleh melindungi sesiapa sama ada kakitangan sedia ada atau bekas kakitangan kementerian, malah saya sendiri. Jadi, sesiapa yang perlu disoal oleh SPRM, akan disoal oleh SPRM," katanya.

Lain pula cerita si Ketua Menteri, bila diasak dengan pertanyaan rumah mampu milik oleh Datuk Abdul Rahman Dahlan, si Guan Eng terloncat-loncat menyentap ... soalan tak terjawab pelbagai alasan dibagi.


Memetik laporan Bernama , 


" Pada persidangan Dewan Rakyat 16 Mac lalu, Abdul Rahman dilaporkan mendakwa Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berbohong mengenai isu harga rumah mampu milik di Pulau Pinang."

"Abdul Rahman berkata kerajaan Persekutuan tidak pernah menetapkan harga rumah mampu milik sebanyak RM400,000 seunit seperti yang diuar-uarkan Lim itu."

"Lim membuat dakwaan itu menerusi satu video yang dimuatnaik di internet beberapa hari sebelum itu yang menyiarkan beliau sebagai berkata, kerajaan negeri Pulau Pinang menetapkan harga rumah mampu milik di negeri itu mengikut arahan kerajaan Persekutuan. "



Tuesday, March 22, 2016

Guan Eng Sepatutnya Bawa Pegawai SPRM Tinjau Rumah & Bukannya "Reporter"

"Berani Kerana Benar & Takut Kerana Salah" , pepatah ni lah yang selalu diguna-pakai oleh ramai kaki putar belit bila kegiatan haram mereka kantoi dan terdedah kepada umum. Pada saat ini, golongan kaki putar belit akan menebalkan muka, membuat kenyataan berani kononnya tindakan mereka tidak salah, atau bermacam lagi alasan akan digunakan. Selalu je aku dah jumpa perangai macam ni . Hari ni bila Google "Lim Guan Eng Bungalow" , senarai artikel-artikel berikut ditunjukkan.


Nampak gayanya, Lim Guan Eng sudah menggelupur bila hal banglo yang dibeli pada harga murah daripada SESEORANG YANG BERKEPENTINGAN DALAM PROJEK BERKAITAN KERAJAAN NEGERI didedahkan.  Antara tajuk-tajuk yang menggelikan hati ialah "Press given tour of Guan Eng's RM2.8 million bungalow" dan "Guan Eng : I don't know bungalow market value"


Apa jadahnya jemput press melawat-lawat ke banglow ??? Adakah dengan melawat-lawat ke banglo tu dapat menjelaskan kenapa KM Pulau Pinang ini boleh beli banglo berkenaan pada harga murah ?? Press yang pergi melawat sekali tu pun tolonglah pakai otak , tanyalah soalan yang mencabar contohnya adakah pemilik banglo sebelum ini memperoleh projek2 / tanah2 kerajaan negeri Pulau Pinang seperti yang didakwa ? Bawak sekali la salinan dokumen berkaitan yang dah memang tersebar di internet. Researchhh babe !

Apa yang cuba dimainkan Lim Guan Eng sekarang ialah persepsi . Media digunakan untuk menunjukkan sikapnya yang tak takut dengan pertuduhan ini. Kononnya "berani kerana benar" , maka ummah-ummah internet , sosial media yang tak faham temberang Guan Eng ini akan mudah terasa kagum, takjub dan sebagainya . Cerita dia mudah je, media atau SPRM yang buat siasatan ??? Harapnya dari masa artikel ni ditulis, kertas siasatan terhadap Lim Guan Eng dah dibuka. Reporter korang buat la kerja sikit, terjah pejabat SPRM dan tanya apa respon SPRM mengenai isu Guan Eng ini?

Monday, March 21, 2016

Karikatur Mahathir Bertanduk Dikecam, Penerbit Filem Terpaksa 'konar' Sindir Rosmah

Zaman sekarang ni, kalau diperhati ramai artis-artis, produser-produser, seniman atau seangkatan dengannya yang dah tak popular atau suam-suam kuku sengaja bercakap mengenai isu politik negara. Golongan ini sedar, dengan cara ni mungkin akan dapat hi-lite atau publisiti dari portal-portal online, blog dan sebagainya, blog ni tak terkecuali antara yang bagi publisiti percuma kepada artis-artis yang dah suam kuku ini bila mereka bergebang cerita politik.

Dulu cerita pasal kartunis, ada beberapa orang kartunis yang cuba mengikut jejak langkah Zunar yang gemar menghasilkan karya-karya sinikal menghentam pemimpin dan bekas pemimpin negara. Antara yang sering dijadikan mangsa Zunar ialah Najib & isteri dan tak terkecuali dengan mantan PM , Tun Mahathir dengan 'trade-mark' hidung besarnya itu. Jadi ada lah beberapa golongan kartunis yang kononnya 'merajuk' sebab tak diberi perhatian oleh kerajaan mengikut jejak langkah Zunar... tapi 'trend' ni tak lama, sebab mereka ni gagal dapat perhatian media dan perkakas pembangkang untuk dipergunakan.

Terbaru seorang lagi artis yang boleh dikatakan berstatus kartunis dan produser filem cuba mempopularkan diri dengan membuat kenyataan sinikal terhadap kerajaan . Seperti biasa yang jadi mangsa PM & isteri. Dalam satu artikel yang dikeluarkan portal Malaysiakini ,seorang penerbit filem Zarul Al-Bakri meluahkan kekecewaan dan sinikal terhadap kerajaan kerana filem beliau yang bertajuk "Split Gravy on Rice" masih gagal mendapat kelulusan LPF walaupun dah 2 tahun dihasilkan.  Sebelum ini Zarul pernah menerbitkan filem bertajuk "Mat Gelap" dan "Kembara Seniman Jalanan"


Disebabkan itu Zarul beralih arah  dalam bidang pengkartunan, cuba mengikut kaedah yang digunapakai Zunar dalam menyebarkan kebencian rakyat terhadap pemimpin dan bekas pemimpin negara. Antara lakaran Zarul yang jelas dilihat cuba memperlekehkan pemimpin dan bekas pemimpin negara ialah gambaran Tun Mahathir yang dilakar semula mempunyai tanduk bersama-sama pemimpin UMNO dan PR dalam majlis "Deklarasi Rakyat" sebelum ini. Zarul mengaku beliau tidak takut walaupun mengeluarkan karikatur sedemikian (dengan mengambilkira momentum sokongan terhadap Mahathir kebelakangan ini daripada kumpulan pemprotes UMNO dan Pakatan), namun jawapan Zarul agak 'playsafe' apabila tiba-tiba membabitkan Rosmah setelah ditanya soalan dari wartawan Malaysiakini.

Ketika ditanya sama ada dia berasa bimbang disalah anggap atau 'dimusuhi', Zarul menjawab ringkas sambil ketawa: "Saya takut Rosmah, yang lain OK."

Apa kena mengena pula dengan Rosmah ? Apa yang sebenarnya Zarul cuba sampaikan ? Adakah Zarul cuba mengandaikan Rosmah isteri PM yang 'control' LPF itu ? Pada aku sebenarnya, Zarul cuba mengalihkan serangan-serangan negatif terhadap beliau dari kumpulan-kumpulan penyokong Tun Mahathir apabila karikatur Tun yang dilukis dengan tanduk itu dilihat sangat kurang ajar , karya berkenaan dah tersebar dan pelukisnya mendapat kutukan daripada penyokong-penyokong Mahathir, mungkin bimbang dikatakan kartunis upahan Najib untuk menjatuhkan Mahathir, maka beliau pun keluarkan kenyataan di atas.. akal mudah dibaca.

Saturday, March 12, 2016

PKR Hipokrit dalam Isu Pemecatan Mahathir dari PETRONAS

Dalam politik orang selalu guna istilah “The Enemy of My Enemy Is My Friend” , maksudnya musuh kepada musuh aku adalah kawan aku . Itu yang berlaku dalam senario politik tanah air hari ini. Semalam kita dikejutkan dengan berita Tun Mahathir dipecat sebagai Penasihat Petronas kerana tindak tanduk beliau dikatakan sudah tidak selari dengan kerajaan . Rasanya Tun Mahathir pun tak kisah dengan pemecatan itu . Industri gas dan minyak agak 'slow' kebelakangan ini , malah dikatakan bank pun sekarang dah agak berhati-hati nak bagi loan kat orang yang berlatar-belakangan industri minyak dan gas ... nak buat macam mana , dah tak mewah macam dulu.


Berbalik kepada cerita "The Enemy of My Enemy Is My Friend" mengingatkan penulis di beberapa majlis anjuran parti pembangkang yang kuat menghentam Tun. Mahathir . Malah dalam satu majlis yang berlaku pada tahun 2013 , Setiausaha Agung PKR pada ketika itu saudara Saifuddin Nasution menyatakan seperti berikut ; 

http://www.keadilandaily.com/mahathir-pura2-pertahan-melayu-untuk-kekal-kekayaan-anak-beranak/

Saifuddin berkata, Mahathir cemas jika Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya, segala penyelewengan dan kekayaan keluarganya akan didedah.

“Mahathir takut kalau Pakatan perintah, semua kekayaan beliau dan anaknya menjadi agenda utama yang akan dibongkar.

“Ini yang amat ditakuti, bukannya hak Melayu, tetapi hak beliau sebagai Penasihat Petronas dan anaknya yang mendapat kontrak syarikat berkenaan,” kata Saifuddin yang akan bertanding di Kulim-Bandar Baharu.

Majlis berkenaan juga turut dihadiri Naib Presiden PKR ketika itu N. Surendran . Ironinya , pada hari ini , N. Surendran membuat kenyataan bahawa tindakan memecat Mahathir dari Petronas adalah salah guna kuasa.

"Penyingkiran Dr Mahathir itu dicemari dan menyalahi undang-undang. PM dan Kabinet beliau hanya mempunyai satu pilihan.

"Mereka mesti melantik semula Dr Mahathir sebagai penasihat Petronas,"

http://www.themalaysianoutsider.com/bahasa/article/pecat-dr-mahathir-daripada-petronas-adalah-salah-guna-kuasa-kata-pkr/

Padahal pada satu ketika dulu , kononnya macam-macam pendedahan di buat . Salah guna kuasa , kroni dan macam-macam lagi . Yeahh satu Malaysia tahu pojok-pojok yang diwar-warkan pemimpin PKR ini berkenaan kroni , Ananda Krishnan (Usaha Tegas) , Mokhzani Mahathir (Sapura Kencana) dan macam-macam lagi la . Pelik tapi memang berlaku selepas segala tuduhan yang korup, manipulasi projek berbillion untuk kroni dan sebagainya , hari ini mereka boleh duduk semeja dan melupakan segala tuduhan yang dibuat dulu ???


Friday, March 11, 2016

Kejutan Terkini ... Siapa Bakal Tumbang ?

Nak benci Najib , nak benci Mahathir nak benci sesiapa pun itu korang punya pasal. Masalahnya dalam suasana game kutuk mengutuk dan benci membenci sesama orang Melayu atau lebih khusus sesama ultra Melayu, maka si 'komunis' pun ambil kesempatan jadi batu api besar.


Terbaru si 'komunis' menuduh DYMM Agong membaca teks yang dikarang oleh kerajaan UMNO BN bila bait2 yang diucapkan seolah-olah menyokong PM Najib Razak. Wahhh, bukan main lagi nak pertikaikan apa yang orang lain boleh atau tak boleh ucapkan? Lu kata ini free country , freedom of speech dan macam2 lagi? Sekarang Agong punya speech pun lu boleh pertikai , apa kes?

Bagi komunis dan sekutu sekutunya, freedom of speech hanya terpakai untuk mereka saja, sesiapa yang tidak mempunyai pendapat yang sama dengan mereka akan dituduh pendedak, dibayar, ada kepentingan dan sebagainya. Game ni dah lama mula, sejak zaman Mahathir jadi PM lagi, kalau pertahankan Mahathir masa tu kita digelar sebagai kroni Mahathir dapat projek dan sebagainya.



Zaman sekarang si komunis jilat ludah sendiri balik. Komunis versi Malaysia sangat hina sebab prinsip komunisnya dah ke laut dan super-munafik. Orang yang dulu ditutuhnya kini berganding bahu, masing2 tido sebantal nak mencapai matlamat. Prinsip Machievillien terus dipegang. Matlamat menghalalkan cara , walau terpaksa berpaut dengan taik sekalipun.

Natijahnya, yang bakal melingkup adalah orang2 Melayu tu sendiri. Melingkup disebabkan kebodohan sendiri . Masing tak mengaku bodoh, itu biasalah...nak tahu bodoh atau tak, tunggu je lah masa pilihanraya nanti. Muka2 pengkhianat, lalang dah dikenalpasti . Kalau kerajaan sekarang menang mereka ni akan kembali menyembah Najib, dejavu kan?? Pernah berlaku dulu masa Mahathir jadi Presiden UMNO. Kalau kalah?? tak mustahil 'Raja Goyang'  yang pernah depa kata jadi hamba Yahudi akan depa sembah. Jadi hati-hati lah dengan mangkuk2 ayun ni semua

Saturday, March 5, 2016

Blogger Pendedak Hilang Akal Lepas Peristiwa Comolot Dengan DAP semalam

Bila dah takde idea, hilang akal, terkesima dan tersentap dengan tindakan Tun Mahathir bersama-sama duduk semeja dengan Lim Kit Siang yang memang selama ini kita tau sebagai bapak chauvanis, maka puak2 pemakan dedak mantan PM cuba mengalihkan isu dengan harapan kemarahan pejuang2 Melayu yang selama ini menyanjung mantan PM dapat diredakan.



Blog upahan komunis seperti gambar di atas cuba mengalihkan isu dengan menunjukkan kononnya anak Najib Razak bermewah mewahan . Anak Najib yang bernama Ashman dikatakan mempunyai sebijik Bentley walaupun masih belajar. 

Berbekalkan gambar sebiji Bantley dimuatkan dalam blog itu, kereta berkenaan dikatakan milik anak Najib, tak perlu geran , tak perlu dokumen... lu pakai hembus je 😂😂😂 . Kalau macam tu aku pun boleh letak mana2 gambar Bugatti Veyron dan kata itu anak Mahathir yang punya. Opssssie 

Isu kedua pulak ialah cerita pasal anak Najib yang namanya Nazifuddin. Nazifuddin dikatakan menjadi pengarah di beberapa buah syarikat. Ini cerita lama daaa...takkan lah status ko sebagai anak PM ko hanya layak jadi kuli di syarikat2 je? Boss syarikat tu pun tentu tak sampai hati nak biar . Ala...apa yang pelik? Ada je anak mantan PM yang ada syarikat itu dan ini masa Pak dia pegang jawatan no. 1 kerajaan tu?

Last sekali dihantamnya anak PM yang baru bernikah beberapa bulan dengan billionaire dari Kazakhstan. Tuduhan ini yang paling 'win' menampakkan kebodohan penulis blog...mungkin dedak yang dimakan grednya D. Isu ni dah dijelaskan sendiri oleh suami si anak Najib ni, Daniyar. Daniyar dalam satu kenyataan berkata memang dalam tradisi  kaum beliau di negara asal memewahkan isteri terutama masa hari2 istimewa. Jadi apa yang si pendedak blogger ni meroyan??? 

😆😆😆 bangang termaksima