Thursday, February 25, 2016

SPRM & Panel Penilai , Siapa Jual Nama Siapa ?

Portal Malaysia Today hari ini mendedahkan bahawa terdapat perancangan di kalangan Panel Penilaian Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM-ORP) untuk mengeluarkan satu kenyataan bersama yang mengaitkan Perdana Menteri Najib Tun Razak dalam satu tuduhan salah laku.


Portal MT mendedahkan perancangan yang dikatakan dikepalai oleh bekas Presiden Bar Council , Lim Chee Wee. Beliau dikatakan cuba untuk meyakinkan ahli-ahli panel bahawa mereka tidak perlu membuat apa-apa tuduhan langsung terhadap Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak. Mereka hanya perlu membayangkan bahawa terdapat salah laku dan kemudian membiarkan media memutarkannya dan orang ramai akan membuat kesimpulan mereka sendiri.

Dari artikel itu, dua anggota SPRM-ORP dikatakan bersetuju dengan konspirasi ini tetapi lima yang lain tidak bersetuju.

"Two members of the MACC-ORP agreed with this conspiracy but the other five disagreed. Also, according to my source, Lim Chee Wee is pro-Pakatan Harapan and he is hoping that he would be fielded as a candidate in the next general election.

Lim Chee Wee tried to convince the panel members that they need not make any direct allegation against Najib. They just need to imply that there was wrongdoing and then let the media spin it and the public will then jump to their own conclusions."

sumber  : http://www.malaysia-today.net/why-lim-chee-wee-is-pushing-to-implicate-najib/

Kalau dilihat latar belakang Lim Chee Wee dan kenyataan-kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh beliau ternyata apa yang dilaporkan oleh portal MT itu adalah sesuatu yang tidak mengejutkan. Beliau boleh dikatakan agak condong menyebelahi pembangkang dengan merujuk berita-berita berkaitan.

Walau bagaimanapun, tuduhan yang luas tersebar tempoh hari akhirnya dijelaskan sendiri oleh salah seorang ahli panel SPRM yang menafikan laporan portal pro pembangkang yang mula2 menyebarkan berita palsu itu

Kesimpulan yang dapat dibuat dari kenyataan media diatas ;

1. Panel tidak minta sprm buat kenyataan bagi pihak mereka. 
 
2. Kenyataan sprm utk panel pun salah.

3. Anonymous pun keluarkan kenyataan yg tak wujud.

Maksudnya..dalam SPRM sendiri pun seolah-olah macam ada something wrong...kes bini muda salah seorang pegawai SPRM  buat 'statement' dalam FB pun tak selesai , datang pula kes lain...ini pegawai SPRM yang sama jugak ka? 



Thursday, February 18, 2016

Menantu Najib Jelas Tuduhan Chedet Pasal 16 'tong' Hadiah

Bila keluar video mantan PM mempersoalkan bertong-tong hadiah yang dia nampak masa majlis pertunangan anak PM beberapa tahun lepas, ramai yang buat bising dalam media sosial kononnya PM dan isteri membazir , guna duit rakyat dan macam-macam lagi .. tak cukup dengan cerita pasal pertunangan, masuk juga cerita  majlis kahwin yang dikatakan menelan belanja jutaan ringgit. Semua cerita lama yang dikitar semula.


Mantan PM kata dia nampak sendiri 16 tong hadiah tu ... macam-macam hadiah katanya, katanya masa tu dia berdiam diri sebab masih 'berkawan' dengan PM . Jadi logiknya bila dah tak berkawan, mantan PM rasa dia ada hak untuk cerita segala perkara yang beliau rasakan salah. Bila si mantan PM bercakap pasal 16 tong hadiah tu, cara percakapan seolah-olah hadiah pertunangan tu adalah dari duit rakyat Malaysia. Membazir dan macam-macam lagi.

Hakikatnya dan kebiasaanya, hadiah yang pelbagai ni adalah dari pihak laki kepada perempuan. Katanya dalam tong-tong hadiah tu ada macam-macam barangan untuk wanita. Jadi ikut logik lah, barangan-barangan itu adalah dari pihak lelaki kepada perempuan . Jadi kalau dia nak bagi hantaran hatta 100 tong pun apa yang kita kesah ?? Itu harta dari pihak lelaki, wang ringgit sebelah lelaki. Lain lah kalau dalam tong tu penuh dengan barangan-barangan untuk lelaki ... boleh je hangpa nak meroyan dan meloncat... kah kah kah, rilek la..

Kita bukan tak tau nawaitu mantan PM ni, dia belasah Najib, Najib buat tak tau ... jadi dia test market belasah keluarga Najib pulak . Cerita-cerita lama dia korek balik . Jangan selalu sangat dok buat peel korek cerita lama ni .... diri sendiri pun ada cerita lama, anak beranak sendiri pun kaya raya .. skandal yang lepas-lepas pun tak selesai , pembangkang ambik kesempatan diamkan dulu hal-hal lepas . Selesai hal Najib depa akan korek balik hal mantan PM.



Apa nak heran pasal cerita hadiah 16 tong ... cerita pasal majlis perkahwinan yang grand , itu dan ini. Semua tau si menantu yang sponsor . Kalau kat Kazakhs nama Daniyar memang dah cukup terkenal, budak-budak Kazakhs yang ada kat Malaysia pun kenal . .. boleh dikatakan antara "rich & famous" di sana . Kalau si Daniyar nak buat lagi grand majlis tunang atau kahwin tu rasanya boleh saja . Ala apa nak hairan , artis kat Malaysia berkahwin pun dapat 'sponsor' puluh-puluh juta . Ini anak PM kahwin dengan billionaire dari Kazakhstan takkan nak bajet ribu-ribu ja kot ?? kah kah kah ...



Apa pun mantan PM punya spin , si tuan punya badan pun dah menjawab dalam satu kenyataan kepada portal FMT. Daniyar memberitahu FMT bahawa 16 tong hadiah itu sebenarnya adalah persembahan mas kahwin kepada isterinya Nooryana Najwa kerana mengikut tradisi di Kazakhstan pihak lelaki akan bagi pelbagai jenis hadiah kepada pihak perempuan. Daniyar turut membetulkan mantan PM yang menggunakan istilah " tong " merujuk kepada bekas-bekas hadiah yang digunakan . Perkataan tong itu lebih sesuai digantikan dengan peti. Daniyar dengan jelas turut menyatakan segala hadiah yang diberikan pada isteri beliau tu menggunakan duit beliau sendiri. Sudah - sudah lah guna modal lama ... tunanglah kahwin la..

Sesekali gunalah logik kalau ye pun sakit hati ... Buat apa pihak perempuan nak sponsor pihak laki untuk beli hadiah pada pihak perempuan ??? Kalau terpaksa buat macam tu, nampak benar si Daniyar ni sengkek . Kalau Daniyar sengkek ... buat apa Najib nak terima jadi menantu ? Buat apa anak Najib nak berlakikan si sengkek ??? Takkan lah orang yang dikatakan hidup dalam kemewahan, senang-senang je nak terima orang sengkek dalam keluarga mereka dan menumpang harta mereka ??? adoiii come on lah gaisss ...



Saturday, February 6, 2016

Menteri Luar Arab Saudi Sahkan RM2.6 Billion Bukan Dari 1MDB

Satu temu ramah di antara portal berita New York Times dengan Menteri Luar Arab Saudi,Adel al-Jubeir telah mengesahkan sumber RM2.6 billion yang disalurkan ke dalam akaun PM Najib Razak adalah dari negara Arab Saudi . Dalam temuramah berikut Adel al Jubeir berkata ;

“It is a private Saudi citizen, I believe, and the funds went to an investment in Malaysia,”

Apa yang lebih penting ialah beliau telah menyatakan bahawa beliau setuju dengan pendapat Peguam Negara yang memutuskan tiada kesalahan atau unsur-unsur pecah amanah yang berlaku dalam isu berkaitan saluran dana RM2.6 billion. 


Artikel yang ditulis oleh wartawan New York Times ini dilihat seolah-olah cuba memutarbelitkan fakta namun sebaliknya apa yang berlaku ialah pengesahan bahawa tidak lagi timbul isu iaitu Najib sebenarnya memperoleh sumber kewangan RM2.6 billion dari 1MDB seperti yang difitnah oleh beberapa pihak. 

Walau bagaimanapun, puak-puak pemfitnah masih tak berpuas hati , maka kenyataan 'derma' dan 'pelaburan' pula dijadikan isu .  Samada 'derma' atau 'melabur' tindakan berkenaan adalah bertujuan untuk yang 'memberi' dan 'menerima' sama-sama memperoleh manfaat. 'Pelaburan' yang dibuat dari sumber Arab Saudi berkenaan cukup kena pada masanya iaitu dalam tempoh semasa PRU-13 diadakan . Dan selepas PRU-13 pula si 'pelabur' menerima semula sejumlah wang yang tidak dibelanjakan . 

Ceritanya mudah, dan ia-nya bukan saja berlaku di Malaysia malah negara-negara lain di dunia. Baik di sebelah parti pemerintah atau parti pembangkang . Ketika pasca sebelum Najib Razak jadi Perdana Menteri perkara yang serupa pun berlaku, kita tahu ada beberapa syarikat ini 'menderma' untuk kempen pilihanraya di Malaysia, sebelah pembangkang pula ada yang mengatakan 'derma' turut diterima dari sumber luar Malaysia. 

'Derma' itu adalah pelaburan mereka , masing-masing dengan tujuan masing-masing , ada yang menderma bukan kerana duit ... menderma kerana tak mahu Islam terlalu mendominasi negara ini, ada yang menderma kerana projek dan ada yang menderma kerana tidak mahu pengaruh kumpulan-kumpulan tertentu berleluasa. Konsepnya mudah, kita melabur atau menderma atau apa saja yang hendak mereka labelkan selepas ini adalah untuk sesuatu tujuan terlaksana . 

Dalam kes RM2.6 billion dari Arab Saudi, walaupun terdapat putar belit menyatakan ia adalah pelaburan dalam sesuatu urusan perniagaan ... tidakkah kita tertanya urusan perniagaan apa yang begitu menarik minat pelabur dari Arab Saudi ini untuk memasukkan dana dalam tempoh PRU-13 diadakan ? Malah bakinya dipulangkan semula lepas pilihanraya . Samada 'derma' atau 'pelaburan' ia jelas adalah sokongan kewangan yang diberikan bagi tujuan pilihanraya.