Thursday, January 28, 2016

Kisah "Kantoi" Pegawai SPRM 2.6 Billion

Uolsss...hari ni ada storyyy panass sangat. Sebab mulut bini , laki dia yang susah, kantoi gila babi lah . Ceritanya gini ... si bini pegawai SPRM yang berdegar-degar cerita pasal Najib punya 2.6 billion punya story lahhh. Entah apa si laki cerita kat bini sampai bini keluar statement ala-ala bitchy blended muslimah dekat status Facebook dia.

Sekali tu , orang yang kenal bini si pegawai SPRM ni bukak pekung ... sepekung pekungnya, uols tahu tak si bini ni guna pengaruh suami yang berjawatan besar dalam SPRM untuk ugut abang kandung sendiri. Cilakakk punya pegawai SPRM, lu siasat orang salah guna kuasa, salah guna duit .. rupa rupanya lu pun perangai macam macabaiii.


Sedikit petikan dari blog yang membuat pendedahan ini..


"Kronologinya amat menarik apabila sumber mendedahkan wanita yang mengaku dirinya sebagai ‘datin’ selaku isteri kedua kepada pegawai SPRM bergelar Datuk pernah menggunakan ‘kabel’ suaminya untuk menghantar pegawai SPRM menyelongkar pejabat arwah abangnya sendiri dan merampas dokumen penting syarikat dan perbuatannya itu dibuat dengan tujuan untuk mengaut semua harta tinggalan arwah abangnya yang masih dipegang amanahnya oleh balu dan anak-anaknya yang kini berstatus yatim. Tindakan menggunakan ‘kabel’ suami sendiri untuk mengambil tindakan terhadap ahli keluarga sendiri sudah menunjukkan kepada umum wanita ini mempunyai niat tertentu apabila terlalu vokal menghentam kerajaan menggunakan akaun FB peribadinya. Jangan terkejut kalau semua hal dalam siasatan isu 1MDB dan Derma 2.6 billion akan diceritakan suaminya kepada wanita yang menggelarkan dirinya sebagai ‘datin’ itu. Ia tentunya tidak mustahil berlaku kan?"

Wednesday, January 27, 2016

Arab Saudi sahkan derma 2.6 Billion kepada Najib untuk kempen pilihanraya

Semalam Peguam Negara dah mengesahkan yang wang derma yang pernah dimasukkan dalam akaun PM menjelang musim pilihanraya umum yang lepas memang datangnya dari kerabat diraja Arab Saudi . Hari ni pulak, seperti yang dilaporkan portal BBC sumber dari kerabat diraja Arab Saudi turut mengesahkan perkara yang serupa. Oleh itu isu derma RM2.6 billion tu sepatutnya dah tak timbul lagi.  Peliknya perangai segelintir orang Malaysia ni ialah diorang mempersoalkan pulak kenapa Najib pulangkan duit baki yang masih tinggal lebih kurang RM2 billion kepada penderma .


Dari laporan BBC semalam, dari USD 681 juta , jumlah wang yang digunakan untuk pilihanraya hanya lebih kurang USD 61 juta sahaja . Walhal bila duit dah ada dalam tangan , Najib boleh ja tabur duit yang berbaki USD 620 juta tu untuk mantapkan lagi BN dan kedudukan beliau . Tapi sebaliknya Najib pulangkan balik dan hanya guna USD 61 juta ja . Banyak mana USD 61 juta tu untuk peruntukan 222 kerusi parlimen dan 500 lebih kerusi DUN ??


Kalau ikut kadar tukaran mata wang asing masa tahun 2013 , kita anggarkan 1 dollar us lebih kurang 3.3 ringgit . Jadi 61 juta usd tu lebih kurang 211.2 juta ringgit .  Jadi dari jumlah duit tu bahagikan lah dengan 222 kerusi parliment dan 500 lebih kerusi DUN . Kalau bajet untuk kerusi parlimen je lebih kurang 1 kerusi parlimen dapat 1 juta ringgit . Kat dalam parlimen pulak ada beberapa DUN , kena bahagi pulak dengan jumlah DUN . Jadi boleh nampak duit derma tu kira pakai cukup2 ja untuk tujuan pilihanraya . Tanya la mana2 parlimen ... cukup ka RM1 juta untuk persediaan pilihanraya.

Jadi rasanya derma 2.6 billion tu bukan lah isu sangat .. sebab dari 2.6 billion yang diderma tu , Najib pakai 211.2 juta ja untuk diagih-agih pada komponen BN di 222 kerusi parlimen dan 500 lebih kerusi DUN . Balance pun dah dipulangkan semula sebaik saja selesai pilihanraya . Malah Sarawak Report pun ada tulis pasal balance yang dipulangkan tu . Cuma sesetengah ummah di Malaysia ni tak pakai otak nak faham isu. Ada yang tanya macam-macam walhal tembolok dia pun dah cukup kenyang dapat duit derma masa pilihanraya yang lepas


Tuesday, January 19, 2016

Sarawak Report Dikesan Menipu , Proksi Soros Laknatullah Gagal Lagi

Sarawak Report dikesan menipu lagi, hal seperti ni memang dah dijangkakan tapi nak buat macam mana, tabiat kebanyakkan manusia memang cukup mudah untuk menerima fitnah .. dalam erti kata lain senang kena tipu. Seperti yang dinyatakan dalam artikel-artikel sebelum ni , dari pelbagai sumber ... bukan dari blog ni je . Sarawak Report ni memang pernah menerima 'fund' dari George Soros , sama macam portal-portal pemfitnah yang lain . Seperti yang Tun Mahathir pernah kata dulu, George Soros ni memang penyangak dan tujuannya nak memporak-perandakan negara ni.


George Soros bijak atur serangan . Serangan tahun 1998 dahulu gagal, proksi beliau aljuburi kantoi lalu disumbat dalam penjara . Serangan sekarang Soros bijak menggunakan proksi lain pulak antaranya BERSIH, Malaysiakini dan Sarawak Report . Nampaknya usaha Soros kali ni hampir-hampir berjaya disebabkan kebodohan segelintir pihak termakan fitnah. Apa lah yang ada sangat di Malaysia ni berbanding negara-negara lain yang kaya raya hingga minat sangat proksi-proksi dajal ni di sini ?

Terbaru proksi dajal , Sarawak Report kantoi apabila SPRM membuat kenyataan semalam bahawa kononnya terdapat 37 syor dakwaan terhadap PM dari badan itu seperti yang dilaporkan adalah fitnah semata-mata . 37 syor dakwaan itu adalah berkaitan dakwaan terhadap PM dengan siasatan ke atas SRC International . Sebelum itu Sarawak Report telah menerbitkan satu artikel dengan menuduh kononnya PM telah menyeleweng  Wang Kumpulan Amanah Pencen (KWAP) melalui SRC International.

"SPRM ingin menjelaskan bahawa laporan portal berita Sarawak Report, yang mengatakan kononnya terdapat 37 syor dakwaan berasingan telah dikemukakan oleh SPRM terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melibatkan kes SRC International, adalah tidak benar," 

Selepas artikel itu dikeluarkan , Pejabat Peguam Negara turut membuat kenyataan menafikan tuduhan yang dibuat oleh Sarawak Report itu . Proksi-proksi dajal kini makin ligat menjalankan gerak kerja mereka , mana kan tak , tempoh yang dijanjikan untuk menjatuhkan kerajaan UMNO-BN pimpinan Najib Razak masih belum selesai , mission belum accomplish lagi , walhal dah berbillion-billion dollar dihabiskan . Kalau dulu mereka bergerak tanpa melibatkan towkey2 kaya yang dikatakan pernah menjadi kroni bekas PM , kini mereka dah berganding bahu pulak .

Thursday, January 14, 2016

Clare Brown Jadi Perkakas George Soros Menjahanamkan Malaysia



Boleh kata hampir semua orang dah tau , yang menaja portal berita fitnah Malaysiakini , gerakan Bersih , pelbagai NGO2 songsang di Malaysia ni adalah antaranya proksi-proksi dajal misalnya George Soros melalui pertubuhan-pertubuhan seperti Open Society Foundation, Asia Foundation, The National Endowment for Democracy (NED) dan macam2 segala foundation.



Zaman Tun Mahathir jadi PM dulu , dia sendiri mengaku dan menggambarkan betapa jahatnya si George Soros ni. Tun Mahathir mungkin nampak 'link' pertubuhan-pertubuhan ni dengan al-juburi, dan mungkin dari risikan dah nampak 'bunga-bunga' nak menjahanamkan negara ini. Tapi bila dah tak pegang lagi jawatan PM, mungkin Tun dah kurang 'alert' dengan proksi-proksi Soros yang masih lagi aktif hingga kini.



Sarawak Report adalah antara portal berita yang turut mendapat sumbangan dari George Soros, dari situ kita boleh tahu Rewcastle Brown dan al-juburi dalam team yang sama . Malangnya bila al-juburi sudah kena sumbat dalam penjara , Tun Mahathir pulak pi tag team dengan Clare Rewcastle Brown. Banyak artikel-artikel berkaitan menunjukkan hubungan antara Clare Brown dan al-juburi . Terkini, pendedahan yang dibuat oleh blog Open Source Investigation (OSI) menunjukkan seolah-olah Clare adalah penasihat media kepada Anwar.


Wednesday, January 13, 2016

Punca Claire Brown tak hantam Mahathir

Clare Brown bukannya tak tahu pasal kisah-kisah tuduhan rasuah,kronisma dan kuku besi  Mahathir yang selama ini dicanang-canangkan media barat Wall Street Journal. Clare Brown sendiri mungkin kenal ‘think-tank’ yang merekayasa cerita-cerita ini. ‘Pattern’ tuduhan yang amat serupa dilontar pada PM Najib Razak.  Clare Brown hanya mempergunakan faktor Mahathir untuk menjatuhkan Najib Razak .  Apa yang lebih penting sekarang ialah menjatuhkan Najib dan seterusnya memastikan agen-agen dajal di negara ini berkuasa.  Clare tahu satu-satu cara menjatuhkan Najib ialah dengan memecahbelahkan kesatuan dalam parti yang dipimpin Najib itu sendiri.


Bagi penyembah-penyembah Sarawak Report, beberapa fakta yang mereka perlu tahu ialah pada satu ketika dulu semasa Gordon Brown menjadi PM Britain , kecoh satu negara bila keluar pendedahan mengenai penyalahgunaan duit rakyat untuk kemudahan ahli-ahli parlimen. Antaranya ialah bagaimana Gordon Brown, membayar duit milik rakyat secara terus kepada Andrew Brown dan Rewcastle sendiri untuk khidmat pembersihan apartment .  Walau bagaimanapun laporan media itu ditarik balik dengan alasan wujud ‘salah faham’ , ramai penduduk negara itu percaya media telah ditekan oleh pentadbiran Brown untuk ‘membetulkan’ semula persepsi yang ditimbulkan itu.


Suami kepada Claire Rewcastle , Andrew Brown guna pengaruh abang  beliau sebagai PM Britain pada ketika itu untuk menekan sistem kehakiman negara dalam pertuduhan skandal salah guna peruntukkan ahli parlimen itu .


Bercerita mengenai Andrew Brown , mungkin ramai yang tak tahu kaitan beliau dengan mantan PM . Seperti yang pernah dihebohkan sebelum ini oleh CAGM, Andrew Brown yang bekerja dengan EDF Energy UK dikatakan mengenali mantan PM secara peribadi.

Cerita lanjut sini ..

http://www.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=523401:godfather-dr-m-acting-as-facilitator-for-french-nuke-giant-edf-where-swak-report-editors-husband-is-a-top-exec-claims-najib-linked-whistle-blower&Itemid=2#axzz3x6UbmyvU

Mungkin atas faktor ini, Claire Rewcastle Brown tidak galak menghentam mantan PM sepertimana dia menghentam Taib Mahmud dan Najib, walaupun mantan PM juga turut dikritik hebat media barat atas alasan yang serupa.


Tuesday, January 12, 2016

Malaysian Maverick Barry Wain ‘Guru’ Claire Brown


Tentu ramai masih ingat, pada satu ketika macam mana pemimpin-pemimpin Malaysia termasuk bekas PM , Tun Mahathir dibelasah teruk oleh media barat termasuk CNBC dan BBC .  Tun Mahathir di cop sebagai seorang ‘anti-semitic’. Sentimen itu dibuat kumpulan-kumpulan propaganda media barat untuk meranapkan imej negara ini selain cuba menggambarkan Malaysia sebagai sebuah negara ektermis.  Tahukah anda Clare Brown juga berada dalam kumpulan yang sama namun beliau tidak menghentam Mahathir atas alasan tertentu ?


Clare Rewcastle Brown yang kita tahu mempunyai pengalaman bekerja dengan propagandis media barat ini cuba menggunakan pendekatan yang sama apabila mantan PM, Mahathir diserang media barat ketika tempoh beliau berkuasa dahulu. Namun serangan terhadap Najib dan Taib Mahmud dibuat secara halus iaitu dengan kaedah memanipulasikan isu-isu setempat. Menggunakan setimen rasuah , kronisma dan sebagainya Clare cuba menonjolkan diri beliau sebagai ‘wira’ di negara ini. Permainan Clare ini cukup licik sehinggakan Tun Mahathir yang satu ketika dahulu pernah dituduh oleh Barry Wain menggelapkan RM 100 billion sepanjang pentadbiran beliau pun sanggup bekerjasama dengan Clare.  

Boleh dikatakan Barry Wain ni adalah ‘cikgu’ kepada Clare Brown.  Barry Wain pernah berkhidmat dengan AWSJ . Jadi tak hairanlah bagaimana Sarawak Report milik Clare Brown dan AWSJ boleh bekerjasama menjahanamkan negara ini . Ironinya, kalau satu ketika dulu AWSJ dan BBC bekerja keras menjatuhkan Tun Mahathir, namun kini mereka boleh pula bekerjasama dengan individu yang cuba dijatuhkan satu ketika dulu ? Mana tuduhan Wall Street Journal yang dulu2 ? Ini lah ‘game’ media-media barat yang mana mudah sangat ummah-ummah Melayu percaya. Hilang tuduhan RM100 billion dahulu timbul pula cerita RM2.6 billion.

Monday, January 11, 2016

Germany Iktiraf PERMATA

Anak-anak Program PERMATA sekali lagi membuktikan institut pendidikan awal kanak-kanak yang dinaungi isteri Perdana Menteri tak sia-sia. Seperti yang dilaporkan akhbar Utusan ,


"Permata Seni Tari serta Permata Seni Remaja Tari mengharumkan nama negara apabila dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan dalam Pertandingan Seni Festival Antarabangsa Winter Star of Dresden Keenam di Jerman baru-baru ini"

Tapi seperti biasa kita tetap akan dengar macam-macam tohmahan dilemparkan dari pelbagai jenis puak yang takkan puas hati selagi mereka tak mentadbir negara ni. Dulu bila nak buat PERMATA nak buat Pusat Autism pun puak-puak yang sama melompat . Walhal ramai ibu-bapa Austism di negara ini menyambut baik penubuhan pusat berkenaan.

Kejayaan Permata Seni Tari ini lebih membanggakan disebabkan ia adalah kali pertama kanak-kanak berbakat ini menyertai pertandingan di peringkat antarabangsa . Pertama kali serta terus jadi juara . Jadi kita harap , lain-lain program dalam Permata turut tunjukkan potensi yang serupa. Bakat yang ada dari peringkat kanak2 jangan disia-siakan.

"Pertandingan Seni Festival Antarabangsa Winter Star of Dresden yang bertemakan Festival Yang Menyatukan itu berlangsung selama enam hari bermula 3 hingga 8 Januari lalu anjuran The International Charitable Foundation dan merupakan festival di bawah Pertubuhan Eropah Festival Folklore (EAFF)."

Sarawak Rugi Berbillion Dollar Akibat Fitnah Claire Brown

Kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata buat-buat tak nampak . Ini  cerita pasal penglipur lara upahan agen yahudi yang berjaya memporak-perandakan rakyat di negara ini . Kalau dulu atok moyang si penglipur lara ni dah buat orang-orang Melayu merempat di negara sendiri , kini legasi itu cuba diteruskan lagi.  


Rakyat negara ini, terutama orang Melayu cuba dibodoh-bodohkan lagi dengan macam-macam cerita fitnah dan mengelirukan.  Kalau dulu agen dajal ni kerap membuat serangan terhadap bekas Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud, sasaran kini beralih pula pada Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak.

Clare Rewcastle Brown yang merupakan Editor Sarawak Report, bukan sebarangan orang. Berkahwin dengan Andrew Brown yang juga merupakan adik kepada bekas Perdana Menteri Britain, Gordon Brown, Clare ada kelebihan-kelebihan tertentu untuk menggunakan pengaruh abang ipar beliau dalam melaksanakan agenda jahat beliau. Clare yang berpengalaman kerja dengan BBC World Service sebuah rangkaian media terkenal dunia menggunakan pengaruh dan nama abang ipar untuk memburuk-burukkan Malaysia di mata antarabangsa. 

Teknik kotor Clare itu juga telah berjaya mendesak syarikat media terkenal CNBC dan BBC untuk  menamatkan kontrak sebuah syarikat media yang dibayar kerajaan negeri Sarawak untuk tujuan promosi negeri itu bagi menarik pelaburan luar.  Tindakan Clare ini akhirnya memberikan imej buruk kepada negara ini , terutama negeri Sarawak  yang kerugian berbillion dollar apabila sesetengah dari pelabur yang pada mulanya bercadang melabur telah menarik kembali pelaburan mereka.  

Sunday, January 3, 2016

Sarawak Report Sahkan Sumbangan Dana Memang Benar dari Pemerintah Saudi

Dalam usaha untuk terus memburukkan PM Najib Razak, Sarawak Report semalam terbelit dengan permainan propaganda mereka sendiri . Artikel yang dikeluarkan Sarawak Report semalam menyiarkan beberapa rangkaian email yang kononnya menjadi bukti pembabitan Jho Low sebagai orang tengah dalam urus niaga syarikat milik kerabat diraja Arab Saudi itu. Selain itu, kandungan artikel yang disiarkan semalam juga agak menarik apabila secara tidak langsung menunjukkan keakraban perhubungan antara Najib Razak dan pemerintah Arab Saudi.


"When Najib wanted to go to Mecca, gain an audience with the King and also to increase the Malaysian quota of pilgrims, again Nawaf was pressed to help draft the requests and to pass them via his Saudi court contacts. This was a privilege that ought only to be reserved for Najib, Jho Low made clear " - Sarawak Report , 2nd Jan 2016

Petikan di atas secara tidak langsung menunjukkan PM Najib Razak mempunyai hubungan istimewa dengan pemerintah Arab Saudi, banyak negara-negara Islam lain yang mahu kuota haji untuk rakyat negara mereka ditambah namun negara Malaysia diberikan keutamaan.


"The Malaysian media was told that Rosmah, who had contacted Tarek and Nawaf to arrange official approval for the flights, had used her ‘close personal ties’ with the Saudi royal family to help organise the evacuations in 2011."

"But, in private correspondence over the subsequent press hullaballoo Nawaf told his brother and Jho Low “she is nuts”!

Pendedahan emel yang dibuat Sarawak Report juga mengesahkan bahawa Rosmah sememangnya mempunyai hubungan yang akrab dengan kerabat diraja Saudi apabila menggunakan 'contact' yang beliau ada disana untuk memindahkan pelajar-pelajar Malaysia yang berada di Mesir apabila peristiwa 'Arab Spring' berlaku di negara itu. Apa yang cuba ditunjukkan Sarawak Report dalam pendedahan emel berkenaan yang melibat komen peribadi antara Nawaf, Tarek dan Jho Low ialah tindakan yang dibuat Rosmah itu adalah sesuatu yang 'gila'. 

Komen yang dibuat itu walau bagaimanapun pada aku tak ada masalah kerana memang sesuatu yang jarang dilihat bila isteri seorang pemimpin negara kecil macam Malaysia mampu menggunakan pengaruh beliau untuk memujuk kerabat diraja dari negara besar Arab Saudi untuk membantu memindahkan pelajar-pelajar Malaysia yang ada di Mesir di ketika itu.

Sarawak Report juga mendedahkan kononnya beberapa permintaan-permintaan yang dilihat 'berpotensi" untuk dibuat kepada kerajaan Arab melalui Jho Low dan orang hubungan beliau Tareq Obaid, antaranya melalui petikan yang diekstrak dari kandungan emel 'asal'

"30 year loan of usd10b islamic debt to 1MDB/GOM at 1.1% interest. If to GOM, a portion (more than 50%) to be recommitted to 1MDB from GOM at same terms"

"USD1b to build the King Abdullah Institute of Islamic Finance in KLIFD"

"USD1b to build the King Abdullah Science & Tecnology University in Bandar Malaysia"

"USD1b for the world first full fledged Islamic Mega Bank License issued by Central Bank of Malaysia"

"USD250m to build the King Abdullah University of Islamic Studies in a location of GOM’s choice to be managed by 1MDB"

"USD15/TBCm to build Permata Schools (gifted kids) in a location of Permata’s choice to be managed by 1MDB"

"J/V between a Saudi Company and 1MDB of USD1b to invest in Langkawi to promote Langkawi as a tourism hub accompanied by PM and TDM"

"USD (TBC)m to build Saudi Royal Summer Palace in Langkawi to be managed by 1MDB"

"USD (TBC)m King Abdullah Chair/Scholarship in major Malaysian University for Islamic Studies in KSA"

"USD (TBC)m donation by King Abdullah to Yayasan 1MDB"

"Signing (potentially private) between PetroSaudi and Petronas (contents to be confirmed). Oil & Gas concessions and purchase of assets both ways"

Kalau dilihat senarai diatas memang banyak senarai permintaan yang ingin dibuat tapi kita tak pasti yang mana satu berjaya sehingga ke peringkat rundingan. Ye lah , kita takkan dapat semua yang diminta, tapi yang penting ada indikasi bahawa memang wujud komunikasi untuk bantuan dari segi kewangan dengan pemerintah Arab Saudi ? 

Tentulah akan ada nego sana sini , jadi dah nampak kaitan sumbangan/derma RM2.6 billion yang dikatakan tak logik oleh penyembah-penyembah Sarawak Report. Selain tu , ada juga permintaan sumbangan sehingga USD1 billion untuk melabur di Langkawi sebagai hub pelancongan di mana Tun Mahathir pun dikatakan terlibat .