Thursday, December 15, 2016

Indikator-indikator Malaysia Bakal Bangkrap

Sejak Najib Razak jadi PM hinggalah ke hari ini, kita tak putus-putus dihidangkan dengan cerita yang negara ini akan bankrap, krisis kewangan dan macam-macam lagi tuduhan bagi menyakinkan rakyat yang memang negara ini dalam KRISIS yang teruk ! Malah kebelakangan ni sejak Mahathir bersama-sama berdiri sebaris dengan kepimpinan pembangkang dan DAP, cerita pasal krisis negara Malaysia yang hampir bankrap diperhebatkan lagi.

Penulis-penulis politik yang cenderung menyokong Mahathir yang ramai daripadanya tidak mempunyai latar belakang pendidikan berkaitan ekonomi bercerita mengenai krisis ekonomi dalam negara yang membelengu kini seolah-olah macam Professor ekonomi ... depa main tulis saja berpandukan persepsi, campur sikit-sikit teori nampak cara penulisan memang macam pakar.. , peliknya dalam penulisan mereka ini, tak pula dibandingkan krisis tahun 98, semasa Mahathir masih memegang kuasa?

Kalau penulis-penulis pro-Mahathir seperti Kadir Jasin dan Syed Akbar malas buat research dan perbandingan, keadaan ekonomi 98 dan sekarang .. mungkin mereka boleh merujuk kepada 4 infografik berikut .  Apa yang ditunjukkan adalah fakta dan bukan direka-reka, tak dinafikan ekonomi mana-mana negara akan ada turun dan naik, apa yang berlaku sekarang di Malaysia tidak seteruk krisis 98 bila ramai businessman terutama orang Melayu yang gulung tikar.

Kadar tukaran matawang kita sekarang hampir sama seperti krisis yang berlaku pada tahun 98, tetapi aktiviti ekonomi masih giat dan aktif, takde cerita pasal peniaga gulung tikar pulak ? Malah katanya, budak-budak muda yang kaya raya sekarang pun dah makin ramai. Jadi infografik di bawah mungkin berguna untuk menjawab tuduhan kononnya ekonomi Malaysia sekarang dalam krisis.

Blogger Lim Sian See , menjelaskan infografik-infografik seperti berikut ;


"Kalau Malaysia dalam krisis, maksudnya jualan dan pendaftaran kereta baru akan menjunam - seperti pada tahun 1998 yang jatuh lebih dari 59% dalam jangka masa satu tahun.

Sebaliknya, penjualaan kereta di Malaysia masih kukuh di paras yang tinggi berbanding tahun sebelumnya - walaupun mengalami kejatuhan 13% kerana perintah Bank Negara untuk mengurangkan pinjaman bank untuk pembeli kenderaan dan rumah." - LSS



"Sebenarnya, Ringgit hanya jatuh 16% berbanding dengan kadar pada tahun 2009. Kadar FOREX sememangnya ada naik dan turun. Kenaikkan Ringgit tahun 2009 to 2013 kepada tahap setinggi USD1 = RM 2.93 ialah kerana faktor harga minyak dunia yang tinggi dan aliran wang asing masuk ke Malaysia kerana kemelut ekonomi Amerika Syarikat.

Pada tahun 2014 pula, harga minyak dunia mula turun dan aliran wang asing sudah mula mengalir balik kepada Amerika Syarikat kerana ekonomi mereka pulih.

Tetapi dalam tahun 1998, kejatuhan Ringgit sebanyak 45% berlaku pada masa yang sangat singkat - tanpa pengaruh faktor-faktor lain seperti harga komoditi dunia ataupun kemelut di ekonomi Amerika. Ini benar-benar krisis dan tidak sama dengan keadaan sekarang.

Ini ialah sebab Ringgit terpaksa ditambat ke paras USD1=RM3.80 pada masa itu." - LSS


"Tahun 1998, banyak bank-bank yang terancam akibat hutang-hutang yang tidak dapat dikutip semula. Keadaan ini sudah tahap kritikal sehingga perlunya karajaan untuk menubuhkan DanaHarta dan DanaModal untuk menyelamatkan bank-bank dan syarikat-syarikat yang bankrap.

Tahun 2016 sangat berbeza. Nisbah hutang tak berbayar rendah dan keuntungan bank-bank Malaysia adalah baik dan meningkat. Tiada sebarang keperluan untuk dana-dana penyelamat seperti DanaHarta dan DanaModal. " - LSS


"Pada tahun 1998, kadar faedah pinjaman bank naik setinggi 13.5% kerana bank-bank Malaysia kekurangan wang dan keperluan Bank Negara pada masa itu untuk mempertahankan nilai Ringgit. Bila kadar pinjaman naik, pelabur asing akan tertarik untuk melabur di Malaysia untuk menikmati pulangan yang simpanan bank yang tinggi. 

Kadar pinjaman yang tinggi pada masa itu menyeksa banyak peminjam individu mahupun korporat - mengakibatkan banyak yang muflis dan mengakibatkan ratusan projek-projek yang gagal.

Tahun 2016 pula, kadar pinjaman bank rendah pada tahap 4.5% - malah, sudah dua kali diturunkan tahun ini." - LSS


6 lagi indikator lain  adalah seperti yang dijelaskan dalam blog LSS di sini:

http://limsiansee.blogspot.my/2016/12/10-petunjuk-malaysia-dalam-krisis.html

No comments:

Post a Comment