Monday, December 5, 2016

DAP Hanya 'Jahat' & 'Rasis' Semasa Mahathir Jadi Perdana Menteri

Kehadiran Tun Mahathir di DAP National Conference semalam mengejutkan ramai pihak. Bukan apa, sebab selama ini pemikiran orang Melayu terutama yang menyokong UMNO dah di-tanamkan bahawa DAP itu jahat, DAP itu rasis dan sebagainya, orang yang tanamkan pemikiran semacam ini kepada orang-orang Melayu selama 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO tak lain tak bukan ialah Tun Mahathir itu sendiri. Jadi bila beliau berada sebaris dengan kepimpinan tertinggi DAP di DAP National Conference semalam menimbulkan tanda tanya pada banyak pihak.



Sebelum itu, pada 25 Nov 2016 salah seorang kepimpinan tertinggi DAP, Anthony Loke mengeluarkan kenyataan di media bahawa Tun Mahathir tidak dijemput dalam perhimpunan agung DAP memandangkan parti PRIBUMI bukanlah salah satu elemen di dalam Pakatan Harapan.  Loke berkata hanya pemimpin parti politik yang berada dalam gabungan Pakatan Harapan yang dijemput.


Malah semasa perhimpunan agung DAP itu berlangsung, Tun Mahathir juga teruk dikecam oleh salah seorang perwakilan DAP dalam ucapan beliau. Perwakilan DAP dari Taman Chai Leng Shamsher Singh menyamakan Tun Mahathir seperti 'bapa ayam' dan 'ular' , walau bagaimanapun beliau didesak oleh Lim Guan Eng supaya menarik kembali kenyataannya itu. 


Terkini, ahli DAP berkenaan mengumumkan untuk keluar dari parti DAP , mungkin tindakan beliau semalam adalah kerana Tun Mahathir telah dijemput dan duduk sebaris dengan pemimpin-pemimpin tertinggidalam konvensyen DAP semalam.


Kini timbul tanda tanya ramai pihak termasuk di kalangan ahli-ahli parti DAP itu sendiri, mengapa Tun Mahathir yang pada mulanya tidak dijemput untuk menghadiri persidangan secara tiba-tiba dijemput disaat-saat akhir, malah duduk pula sebaris dengan kepimpinan tertinggi DAP ? Penulis politik RPK berpendapat itu adalah tindak tanduk terdesak Lim Kit Siang bagi menunjukkan DAP bukanlah parti rasis sebagai respon kepada video yang dipertontonkan Presiden UMNO sehari sebelum itu yang menunjukkan elemen-elemen rasis yang dimainkan DAP semasa PRN Sarawak sebelum ini.  Tentu ramai masih ingat bagaimana penceramah superstar DAP, berceramah dalam bahasa Cina semasa PRN Sarawak dahulu antaranya mengungkapkan perkara guna Melayu untuk 'hantam' Melayu ?



No comments:

Post a Comment