Monday, December 12, 2016

DAP Bimbang Dipinggir Jika Blok Ke-3 Pembangkang Berjaya Ambil Alih Kerajaan?

Parti PAS dikatakan sebagai blok ke-tiga pembangkang yang bermotifkan 'dedak' . Itu adalah kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Setiausaha Agung DAP, P Ramasamy selepas parti itu dan proksi-Melayunya, parti Amanah tidak dijemput untuk bersama-sama mengambil bahagian dalam satu ceramah mega yang akan diadakan pada malam ini.

PAS dikatakan sengaja menjemput PKR dan PPBM dalam ceramah mega yang akan diadakan malam ini di Paya Jaras dalam usaha untuk membentuk blok ke-tiga pembangkang di Selangor tanpa melibatkan parti Amanah dan DAP. Tindakan PAS itu dikatakan berniat memecah undi orang Melayu kepada pembangkang dan menurut Ramasamy ini dilakukan sebab PAS makan terlalu banyak dedak dari UMNO.

Nampaknya DAP makin panas dengan PAS, parti itu tahu pengaruh parti PAS di kalangan orang Melayu sangat kuat, sokongan orang Melayu terhadap AMANAH dan PPBM hanyalah suam-suam kuku saja. DAP tahu kenyataan itu .. dan DAP tahu sokongan orang Melayu terhadap PPBM adalah lebih sedikit berbanding AMANAH disebabkan faktor Mahathir.

Untuk menang pilihanraya, Pakatan Harapan perlu sokongan orang Melayu dan DAP nampak harapan untuk dapat sokongan Melayu kepada Pakatan Harapan sekarang hanyalah melalui PKR, PAN, PPBM ... itu pun sokongan yang biasa-biasa saja . Tapi bila PAS dah mula menggamit dan bagi isyarat supaya PKR dan PPBM bersama-sama dengan mereka dan meninggalkan AMANAH dan DAP , maka bagi DAP potensi untuk mereka menakluk Putrajaya takkan kesampaian. Maksud tersirat disini ialah kalau blok ketiga pembangkang yang dikepalai PAS berjaya takluk Putrajaya dan merampas dari kerajaan BN, DAP dan AMANAH akan melopong tengok dari luar pentadbiran saja .. kah kah kah.


No comments:

Post a Comment