Friday, December 30, 2016

Apa Nilai RM50 di Zaman Sekarang ?

Ramai yang dok berkompang di media sosial sekarang merungut pasal zaman sekarang ni RM50 macam dah tak dak nilai . Kalau dulu RM50 boleh beli macam-macam, sekarang RM50 boleh beli apa saja . Tak dinafikan , kat mana-mana tempat dalam dunia ni pun, harga barangan memang tak pernah menurun .. makin menaik saja . Masa tahun 90-an dulu, mee sepinggan kecik kat sekolah ada la depa caj dalam 50sen kot , zaman 80-an pulak depa caj RM20sen ja . Zaman sekarang tahun 2016 rata-rata kantin sekolah yang caj RM1.50.


Zaman dulu orang yang bergaji 1,000 ringgit kira dah kira masyukkkk , zaman sekarang dah bersepah orang bergaji 1,000 ringgit . Ramai juga yang bergaji 3-4 ribu ke atas . Kalau zaman dulu, siapa yang dapat beli kereta tu kira dahsyat la , zaman sekarang budak universiti pun dah boleh pakai kereta. Zaman sekarang budak-budak sekolah pun dah pandai cari duit sendiri, buat bisness online dan macam-macam lagi. Ada juga jenis pendapatan tak seberapa tapi dia punya perbelanjaan mengalahkan orang bergaji 5-6 ribu.  Ini fakta jangan dok pertikai, golongan macam ni memang wujud.

Tak pelikkah ramai orang muda-muda lagi dah diisytihar bangkrap ? Ramai yang kata depa diisytihar bangkrap sebab kos hidup yang makin meningkat . Setuju ke ? Memanglah setuju kos hidup makin meningkat, tapi itu bukan faktor utama. Ramai yang jarang mengakui punca utama adalah disebabkan 'lifestyle' mereka tu sendiri sebab pendapatan yang diperoleh tak serupa dengan perbelanjaan. Disisi lain pula, kita boleh tengok juga ramai anak-anak muda yang berjaya, bina empayar perniagaan dalam usia muda remaja. Masa zaman dulu fenomena ni jarang sekali kita boleh lihat. Pokok pangkalnya ialah bagaimana kita merancang kewangan dan guna segala kemudahan yang ada untuk 'survive'.


Berbalik kepada cerita apa duit RM50 boleh bagi pada kita pada hari ni. Bunyi-nya macam nilai RM50 tu 'hopeless' sangat . Tapi bagi mereka yang biasa hidup susah, RM50 tu boleh buat macam-macam, asalkan kreatif dan pandai mencari dan menyemak harga. KPDNKK melalui laman 1Pengguna dah sediakan platform untuk orang ramai cari dan rancang perbelanjaan mereka. Kebanyakkan barang yang disenaraikan adalah keperluan asas harian.

Menggunakan maklumat dari laman 1Pengguna tu, untuk negeri Selangor dan harga pada bulan Disember 2016, dengan nilai RM50 kita boleh beli 13 jenis barangan yang sekurang-kurangnya boleh mengenyangkan perut satu keluarga untuk 3 hari. Mungkin nilai RM50 tu tak cukup untuk mereka yang berbelanja lebih dari kemampuan yang ada. Kena ukur baju di badan sendiri, kalau baju tak muat kena cermin diri dan tukar baju lain yang muat . Kalau nak juga pakai baju yang sama kenalah buat sesuatu supaya baju tu muat .

No comments:

Post a Comment