Tuesday, November 22, 2016

Pendapatan Ibu/Bapa Bawah RM 1,500 untuk Layak Masuk Program PERMATA

Bila PERMATA mula-mula ditubuhkan, macam-macam tanggapan negatif diberikan . Kononnya sebagai lubuk untuk Rosmah buat duit dan macam-macam lagi. Selepas beberapa tahun, baru lah hasilnya nampak, program PERMATA terbukti berkesan malah diiktiraf di peringkat antarabangsa. Tak payah nak pertikai, boleh google keyword PERMATA dan boleh cari senarai pengiktirafan yang diperoleh, lagipun dah banyak ditulis dalam entri-entri sebelum ni.


Baru-baru ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato Seri Azalina telah mendedahkan bahawa seorang bekas pelajar PERMATA telah berjaya diterima masuk ke dalam universiti seawal usia 15 tahun. Ramai juga yang lain dah berjaya menamatkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda dan diterima masuk ke program pengajian di luar negara . Bayangkan baru dilaksanakan dalam tempoh lebih kurang 8 tahun, banyak cendiakawan-cendiakawan muda dihasilkan.

Satu fakta yang menarik berkenaan program PERMATA yang mungkin ramai tidak tahu ialah program ini bukan untuk orang-orang elit. Orang kaya dah ada banyak duit, anak-anak diaorang yang cerdik takkan menghadapi masalah untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dengan duit mak bapak. Bayangkan di kalangan anak-anak orang yang berpendapatan rendah. Anak otak bijak , tapi mak bapak tak berapa nak ada duit nak 'push' lagi anak ke depan. Jadi terpaksalah si anak faham kesusahan mak bapak.

Program PERMATA sebenarnya adalah jalan keluar untuk bantu anak-anak yang cerdik pandai, genius tetapi mak bapak kurang berkemampuan untuk kembangkan lagi kemampuan anak-anak mereka. Dalam satu temuramah bersama Datuk Rizal Mansor, yang terlibat secara langsung dalam program PERMATA, beliau menjelaskan anak kepada pasangan ibu bapa yang mendapat gaji di bawah RM1,500 sahaja layak memasuki Pusat Permata Negara (Permata). Jadi dakwaan bahawa PERMATA adalah untuk anak-anak orang elit adalah tak benar sama sekali. 

Mungkin selepas ini apabila Kolej Permata Pintar yang berjaya disiapkan dalam tempoh 11 bulan beroperasi sepenuhnya, kita akan dapat melihat hasil-hasil yang lebih memberangsangkan. Harapnya kanak-kanak yang membesar di bawah program PERMATA ini tidak terpengaruh dengan dakyah-dakyah negatif yang dilemparkan sebelum ini. Kita juga harap, anak-anak generasi PERMATA dapat menyekolahkan generasi-generasi muda sekarang yang dilihat sedikit hilang arah dan mudah dimanipulasi fikiran mereka.

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu