Monday, November 7, 2016

Bagaimana Projek RM46 Billion Boleh Jadi RM55 Billion ?

Bagaimana Projek RM46 Billion Boleh Jadi RM55 Billion ? Masuk projek salah tak masuk pun salah. Masuk projek berbillion depa kata bakal dijajah negara China sebab berhutang dengan syarikat dari China . Ye lah , timbul stigma bakal kena jajah sebab kerajaan BN yang buat kerjasama , kalau kerajaan PR yang buat itu depa kata demi peningkatan ekonomi dan seangkatan dengannya .




Dah lupa ka projek terowong bawah laut kerajaan DAP Pulau Pinang ? Itu kerjasama dengan syarikat China juga , pasal pa tak bising kata Penang nak kena jajah dengan China ? Tapi bila dah kena hantam, bila dah kantoi sebab main kroni terpaksa lah di kensel kan...


Berbalik dengan cerita macam mana RM45 billion boleh jadi RM55 billion . Ini dipersoalkan page FB pro-pembangkang, saja nak tunjuk persepsi kononnya projek tu sengaja di mark-up untuk masuk poket individu-individu tertentu.  Dipersoalkan kenapa ada beza RM 9 billion lagi ? Ditanya mana pi lagi RM 9 billion tu? Konon-konon admin page ni dah buat research bagai dari laman web CCCC tu sendiri . Tapi sebenarnya bukan research .. tu research putar belit . Nak jawab tuduhan mana pi RM9 billion tu mudah ja ... hanya perlu tahu operasi matematik yang ringkas. Ada dua keratan berita dari investor China di laman web mereka .. 


Keratan pertama menceritakan berkenaan projek keretapi elektrik pantai timur yang berjumlah RM46billion

Keratan ke - 2 menceritakan berkenaan projek dari Gemas - Johor Bharu untuk keretapi landasan elektrik berkembar sepanjang 191.14 km yang bernilai RM8.9 billion.


Congak projek 1 dan projek 2 akan menghasilkan jumlah lebih kurang RM 55 billion.  Jadi bagi menjawab persoalan fitnah dimana RM9 billion tu hilang ? Jelas RM9 billion tu 'hilang' dan masuk poket untuk kerja-kerja berkaitan projek dari Gemas ke Johor Bharu .

3 comments:

Kalau tidak terlibat dengan projek jangan lah pulak memandai buat andaian yang barbau fitnah. Pasti nya ada penjelasan. Kontrak syarikat China 44B. Dipihak Malaysia pula 55B. Beza adalah kerana 9B adalah untuk kos akan ditanggung oleh pihak Malaysia dalam pengambilan Tanah serta pampasan yang dijangka. Juga banyak lagi kos2 incidental dalam membuat perancangan dan penggunaan khidmat konsultan2. Jolokan tajuk hanya berhasrat nak membodohkan rakyat. Ini satu penghinaan oleh penerbit artikel. Berdosa buat andaian yang bawa kepada fitnah.

ni cybertrooper pakai script mana ni ?? tak baca kasi abes ka artikel ..kah kah kah , patut la depa kata cybertrooper UMNO bodo

Dengan projek ini akan membawa keuntungan jangka panjang serta dapat memberi peluang yang melimpah ruah khususnya penduduk kawasan timur.
Oleh itu pembangkang tak perlu nak spin kemana perginya baki duit 9B walhal mereka telah tau kedudukan sebenarnya.
(Begitu juga isu 1MDB terkini, pembangkang dah senyap kerana dah tau isu 1MDB memang tidak ada)

Pelaburan yang besar ini telah pun dikaji dan dinilai dalam tempoh yang panjang supaya ada win win situation apatah lagi untuk menangani hubungan diplomatik dan strategik.

Berhubung dengan kerisauan yang Negara Cina akan monopoli kerajaan Malaysia serta kita akan terperangkap dengan situasi ini, adalah tidak benar. Oleh itu kita perlu membaca sumber2 yang sah dari internet serta majalah untuk memahami perkara yang sebenarnya disamping penjelasa dari pihak kerajaan sendiri.

Walau apa pun provokasi terhadap UMNO, UMNO akan terus amalkan prinsip yang beretika dan akan tetap utoh dan terus utoh ....insya Allah

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu