Tuesday, November 29, 2016

Akaun Palsu 'Rosmah' Di Media Sosial Bakal Disiasat SKMM?

Isteri Perdana Menteri semalam menafikan bahawa beliau memiliki sebarang akaun media sosial. Malah sebelum ini pun dah banyak kali penafian dibuat apabila sesuatu isu itu meletup gara-gara penggunaan akaun media sosial menggunakan nama Rosmah Mansor . Dalam kenyataan beliau semalam, isteri Perdana Menteri itu memaklumkan terdapat lebih kurang 20 akaun Facebook menggunakan nama beliau .



Dari apa yang penulis sendiri survey, jumlah yang menggunakan akaun Facebook beliau itu sebenarnya lebih banyak. Kita dah sedia maklum, mereka yang mencipta akaun itu sendiri terdiri daripada 'haters' yang sengaja nak memperlekeh dan menghina isteri Perdana Menteri . Dah sedia maklum mereka ini terdiri daripada penyokong-penyokong tegar pembangkang . Menggunakan media sosial menyebarkan dakyah untuk menghasut orang Malaysia yang cukup mudah terpengaruh dengan fitnah-fitnah di media sosial.

Kalau zaman 98 dahulu, cara yang sama digunakan untuk memperlekehkan mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir dengan lukisan firaun dan sebagainya, manakala Tun Siti Hasmah pulak diperlekehkan kerana tak memakai tudung dan tuduhan rambut botak, palsu dan sebagainya. Kini hal yang sama turut dilakukan kepada PM dan isterinya pada hari ini. Tak mustahil sekiranya pengganti PM juga akan diperlakukan hal yang serupa.

Berbalik kepada akaun-akaun media sosial palsu yang menggunakan nama Rosmah Mansor, ada beberapa akaun palsu ini dilihat tidak lagi aktif , manakala ada yang dilihat sangat aktif dan mempunyai puluhan ribu follower. Mungkin dah SKMM perlu bertindak tegas menyiasat pemilik akaun-akaun palsu yang menggunakan nama individu lain ini . Bukan terhad kepada Rosmah saja , malah kepada semua yang terlibat , termasuk pemimpin politik baik dari pembangkang atau kerajaan, dan selain artis-artis yang kerap dilihat menjadi mangsa.



Kalau dilihat dalam carian google, bila dah jadi sesuatu isu yang besar barulah pihak bertanggungjawab kelam kabut nak siasat dan yang paling malang sekali bila individu yang mana namanya digunakan itu telah mendapat nama buruk.

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu