Friday, October 7, 2016

Pemimpin DAP Hadir Taklimat PERMATA & Akui Keberkesanan Program

YB DAP, Yeo Bee Yin sebelum ini pernah menyatakan walaupun program PERMATA naungan isteri Perdana Menteri adalah satu program yang mempunyai matlamat yang bagus, namun saluran peruntukan oleh kerajaan untuk program-program anjuran badan itu dipersoalkan. Yeo juga menyatakan bahawa walaupun PERMATA dibiayai kerajaan, badan itu tidak mempunyai hala tuju strategik yang jelas.

Memberi respon kepada kritikan pemimpin muda DAP itu, pegawai khas isteri Perdana Menteri yang juga merupakan salah seorang dari individu yang menggerakkan PERMATA menjemput ADUN DAP itu untuk melawat PERMATA Kerinchi semalam (6/10/2016) untuk bertanya mengenai apa saja persoalan berkaitan PERMATA. Undangan itu dibuat secara terbuka di dalam FB beliau dan mendapat liputan meluas dari portal-portal berita yang condong menyokong pembangkang.


YB Yeo sebelum ini juga membuat dakwaan bahawa program PERMATA tidak diaudit dalam . Kenyataan itu dibuat dalam akaun Twitter beliau dan mendapat pelbagai maklum balas. Seorang pengguna Twitter yang menggunakan akaun atas nama Syahir menjawab kekeliruan YB Yeo.  Beliau turut menulis artikel yang disiarkan Malaysiakini menyertakan link-link berkaitan maklumat audit PERMATA . Dalam respon balasnya, YB Yeo mengakui kekhilafan beliau dengan dakwaan yang dibuat terhadap PERMATA sebelum ini.

https://www.malaysiakini.com/letters/357851



Berbalik kepada kisah jemputan yang dibuat oleh Dato Rizal Mansor kepada pemimpin DAP itu, semalam YB Yeo hadir ke PERMATA Kerinchi bersama-sama dengan beberapa pemimpin DAP yang lain (Ong Kian Ming & Yap Soo Huey). Taklimat berkenaan program PERMATA itu dibuat oleh pengerusi gerak kerja PERMATA Siti Azizah Sheikh Abod dan penasihat Sharifah Hapsah selama lebih kurang dua setengah jam. 

Setelah melalui sesi penjelasan yang panjang itu, seperti yang dijangka pasti ada saja persoalan akan dibangkitkan untuk menjejaskan reputasi PERMATA , walaupun mengakui keberkesanan program PERMATA , pemimpin-pemimpin DAP itu sengaja membangkitkan beberapa persoalan yang remeh temeh berkaitan PERMATA . Bagi membuktikan ketelusan PERMATA, Siti Azizah yang mempengerusikan penerangan itu dalam sidang media juga bersetuju untuk menyerahkan laporan audit terperinci PERMATA untuk disemak oleh YB YEO.  

Namun kita boleh jangkakan selepas laporan itu diserahkan, pasti ada saja persoalan yang akan ditimbulkan mereka. Walau apa pun hasilnya nanti, sekarang dah jelas PERMATA itu adalah program yang sangat baik dan diakui sendiri oleh pemimpin-pemimpin pembangkang . Mungkin berasa 'terancam' dek program yang dinaungi Rosmah yang selalu dijadikan bahan cacian, mereka sedaya upaya untuk mencari kelemahan program yang dah terbukti bawak banyak manfaat pada proses pembelajaran awal kanak-kanak.



0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu