Saturday, October 22, 2016

Bajet 2017 Tambah 'Side-Income' Rakyat

Salah satu inti-pati Bajet 2017 yang menarik perhatian semalam ialah usaha kerajaan membantu golongan berpendapatan rendah menambah pendapatan dengan menyertai perkhidmatan 'ride-sharing' samada melalui Uber atau Grabcar . Melalui kerjasama dengan Proton, golongan berpendapatan rendah atau penerima BR1M yang tidak mempunyai kenderaan untuk tujuan perkhidmatan 'ride-sharing' ini, mereka disarankan menggunakan pemberian BR1M sebagai deposit untuk membeli kenderaan dari Proton, bagi model Iriz rebat sebanyak RM4,000 diberikan.


Usaha ini dilihat mampu memberi manfaat kepada banyak pihak terutamanya rakyat yang ingin menambah pendapatan mereka sekaligus menunjukkan kerajaan tidak melayan  syarikat-syarikat dan pemandu teksi yang dilihat membuat pelbagai kerenah disebabkan isu Uber dan Grabcar ini . Rakyat tidak dihalang untuk cari pendapatan lebih, malah dipermudahkan lagi dengan kerjasama Uber/Grabcar dan Proton. Langkah kerajaan ini juga dijangkakan mampu melonjakkan jualan Proton, dijangkakan ramai yang akan jadi parti time drive Uber/Grabcar selepas ini.

Cuma apa yang kita harapkan sekarang ialah perlaksanaan langkah ini dibuat dengan teliti, pada masa yang sama juga pemandu-pemandu teksi sedia ada mungkin juga boleh buat 'engagement' dengan Uber/Grabcar . Orang ramai terutama di kawasan bandar sekarang dah tak berapa minat naik teksi disebabkan servis dan keadaan kenderaan yang kurang memuaskan, dengan servis yang serba kekurangan itu pula, caj yang dikenakan lebih mahal berbanding Uber/Grabcar . Harapnya takde lah sabotaj dari pihak-pihak tertentu.

2 comments:

Najib mahu golongan B40 jadi pemandu teksi UBER
.. peliknya kenapa UBER... mana perginya "MyTeksi" yang dibuat oleh orang Malaysia.

PM sendiri dah tak percaya rakyat sendiri !!!!

Kalau uber/grabcar betul2 nk bersaing dgn teksi sedia ada,mereka kena pastikan kereta persendirian ni dicatkan atau lekatkan sticker besar logo uber/grabcar. Walaupun uber/grabcar adalah part time job tp ini sekurang2 nya jpj/polis/Spad dpt kenalpasti kereta2 uber/grbcar. Amacam setuju tk? Atau korang semua malu kot sticker gedebak besar kat kete ada logo uber/grab.

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu