Wednesday, September 21, 2016

Isu Anugerah UNESCO "Lead by Example" Hanya Pamer Kebodohan Pemberi Anugerah

Baru-baru ini bila diwar-warkan isteri Perdana Menteri , Rosmah Mansor telah dipilih untuk menerima anugerah "Lead by Example" sempena persidangan UN yang ke-71, beberapa pihak dalam dan luar negara dilihat tidak berapa senang dengan keputusan yang dibuat itu . Ia seolah-olah satu tamparan kepada puak-puak ini yang selama ini mempertikaikan fungsi PERMATA yang diasaskan oleh isteri Perdana Menteri Malaysia itu. Pengiktirafan terhadap PERMATA bukan sesuatu yang baru, malah sebelum ini institusi itu telah lama mendapat perhatian dari beberapa negara luar.


Sekadar menyenaraikan beberapa kronologi pengikitirafan program PERMATA di peringkatan antarabangsa;

Feb 2012, Curtin Universiti Australia mengikitiraf usaha-usaha penubuhan PERMATA

http://news.curtin.edu.au/media-releases/curtin-award-recognises-wife-of-malaysian-prime-minister/

July 2012, PERMATA diiktiraf dalam satu forum antarabangsa yang diadakan di Dubai (12th Asia Pacific Conference on Giftedness)

http://www.thestar.com.my/news/nation/2012/07/14/rosmah-to-lead-malaysian-delegation-to-conference/

Oct 2012, kerajaan Qatar berminat untuk bekerjasama menjadikan model PERMATA di negara berkenaan.

http://www.thestar.com.my/news/nation/2012/10/11/permata-to-work-with-qatar-education-foundation/

May 2016, PERMATA telah menerima 3G Children Welfare Award di Istanbul Turkey .

http://www.thestar.com.my/news/nation/2016/05/27/permata-to-receive-global-award-for-its-achievements/

dan beberapa lagi konferens antarabangsa kalau nak disenaraikan . Malangnya bagi setiap pengiktirafan dari pihak antarabangsa itu, ada saja cemuhan-cemuhan berupa hasad dengki dari beberapa pihak dalam negara terutamanya dari puak-puak kiasu .Ada saja usaha untuk meremehkan pengiktirafan yang dibuat itu . Jadi tak hairanlah bila DG Secretary UNESCO, Irina Bokova menghantar surat jemputan kepada Rosmah bagi menerima anugerah terbaru ini, lebih ramai lagi puak-puak kiasu yang melompat.




Puak-puak kiasu ini mempersoalkan award yang ditawarkan UNESCO kepada Rosmah dengan alasan beliau tidak layak menerima. Soalnya, pemilihan penerima anugerah bukan boleh dibuat sebarangan , perlu melalui tapisan dan pelbagai soal selidik , research dan segalanya . Ramai juga yang mempersoalkan samada anugerah berkenaan betul-betul datang dari UNESCO ? Ceritanya senang ... kalau surat jemputan datang dari UNESCO, tentulah anugerah itu dianggap diterima dari yang mengutus surat.

Malangnya seperti biasa, serangan diperhebatkan untuk memalukan Rosmah ... sama seperti yang berlaku sebelum ini , media-media barat Wall Street Journal dan New York Times yang sebelum ini tidak mewar-warkan di akhbar mereka mengenai award yang ditawarkan UNESCO kepada Rosmah, boleh pula menerbitkan cerita award yang ditawarkan itu ditarik balik . Permainan depa .. berita yang baik tak disiarkan, berita buruk yang nak menjatuhkan kredibiliti isteri PM itu cepat pula disiarkan. Dah tentu ini semua rangkaian propaganda mereka yang berada di Malaysia.

Tapi pada aku , Rosmah sendiri pun tak hadap sangat dengan award UNESCO tu . Pihak mana yang terhegeh-hegeh menawarkan award berkenaan ? Rosmah ke yang minta award tu ? Bayangkan ko terhegeh-hegeh meminang anak orang ... belum tentu anak orang tu terima pinangan ko, tiba-tiba saja ko cakap nak batal pertunangan ... krik krik krik sangat . Kah kah kah . Sebelum-sebelum ini pun dah banyak pengiktirafan antarabangsa dengan program PERMATA negara, malah beberapa kerjasama dengan negara-negara luar yang berminat untuk kopipes model PERMATA Malaysia di negara mereka telah dibuat ... jadi isu anugerah UNESCO ni sebenarnya menunjukkan kebodohan institusi yang nak buat pemilihan penerima anugerah itu sendiri .



1 comments:

This comment has been removed by a blog administrator.

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu