Friday, June 10, 2016

Modal Jet Rafizi The Octopussy Sudah Makan Tuan

Pendedahan ke hulu pendedahan ke hilir ... Rafizi ni jenis manusia suka mendedah-dedah tak check dulu betul-betul fakta dan sumber , asal boleh dedah , dia dedah je . Pendedahan pasal jet yang dinaiki Rosmah ke Turkey tak abes lagi walaupun dah dijelaskan sebelum ini oleh pegawai Rosmah. Pendedahan-pendedahan jenis tak pakai helmet ni la yang menyebabkan geng2 satu kem dengan Rafizi berbulu... contohnya si Latheefa Koya , cuba tengok perbualan wassap mereka yang viral sebelum ini..



Ok berbalik kepada isu pokok..ke hulu hilir Rafizi canang RM86 juta sewa jet 2 bulan berdasarkan pengiraan beliau sendiri dengan mengandaikan jet sentiasa berada di atas awan terawang-awangan selama tempoh 2 bulan itu yang bersamaan lebih kurang 1,440 jam . Kah kah kah .... dah kantoi bab itu, Rafizi cuba buka bab baru juga dengan menggunakan modal 'jet'.



Barua terdekat Rafizi, portal Malaysiakini pantas menyiarkan artikel pendedahan terbaru Rafizi yang katanya siap dengan video ... ekslusif tu der..katanya Rosmah naik jet bawak jet bertimbun-timbun, sekali lagi tak sempat menyempat benda nak viral Rafizi dikantoikan lagi dengan jawapan pantas pegawai Rosmah . Ini macam lah cara betul, jangan biar isu dah viral baru nak jawab. 

Berikut adalah jawapan dari pegawai Rosmah yang dimuatnaik ke dalam laman Facebook beliau mengenai dakwaan terbaru si Octopussy....

"YB Rafizi Ramli mahu menutup malu setelah membuat kesilapan mengira 'flying hours' rombongan Isteri Perdana Menteri ke Istanbul iaitu dengan mengira 1440 jam dan bukannya 26 jam. Oleh kerana itu beliau sekarang bercakap mengenai jumlah beg untuk rombongan Isteri Perdana Menteri ke Istanbul.

Mungkin di kawasan Parlimen Pandan sudah tiada isu rakyat yang hendak perjuangkan maka dengan itu beliau mengambil tahu hal yang tiada kaitan dengan beliau.

Saya beranggapan YB Rafizi Ramli tidak pernah menaiki pesawat komersil mahupun pesawat eksekutif. Oleh yang demikian, saya akan menjelaskan SEIKHLASNYA dan MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU MUDAH agar dapat difahami dan diselami oleh YB Rafizi Ramli.

YB boleh menyemak terma 'ACT - additional centre tank' dengan 'rakan-rakan' dalam industri penerbangan. Pesawat ini telah mebuat pengubahsuaian kepada ruang kargonya untuk membesarkan tangki minyak bagi membolehkan pesawat terbang lebih jauh (more range). Untuk makluman YB juga, ruang kargo pesawat eksekutif juga tidak sama seperti pesawat komersil. Dalam kes penerbangan ini, ruang kargo digunakan untuk membawa kostum dan alatan Permata Seni yang diundang membuat persembahan di sana. (boleh rujuk gambar).

Penumpang pesawat berkenaan bukanlah hanya Isteri Perdana Menteri seorang. Sebaliknya pesawat ini turun membawa bersama 13 penumpang dan 7 anak kapal. Adakah kesemua penumpang lain tidak membawa bagasi masing-masing?

Ini penerbangan jarak jauh. Sudah tentu perlu menukar pakaian. Sebab itu dibawa 'hand-carry' beg. Begitu juga makanan daripada dapur sendiri dibawa atas pesawat.

Jelas tuduhan YB Rafizi Ramli berniat jahat dan bertujuan menimbulkan kebencian terhadap pimpinan Negara dan keluarga.

YB Rafizi Ramli belum jawab soalan saya siapa PENTERNAK IKAN yang dimaksudkan oleh Latipah Koya??

ps: berapa kali pc lagi dia nak buat? takat nak tanya soalan camtu boleh wassap gua je bro ataupun tag gua kat fb"

3 comments:

Kah kah kah

Pondqn gemuk botak tengah penternak 'ikan'.

Ikan tilapia ke ikan keli hitam ada misai melintang..kah kah kah

saya mengucapkan banyak terimakasih kepada KI HADAK yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama KI HADAK dan dengan senang hati beliau mau membantu saya..,ALHAMDULIL LAH nomor yang dikasi KI semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungiya jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi KI HADAK DI 085=259=457=111 ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinya dan perlu anda ketahui kalau banyak dukun yang tercantum dalam internet,itu jangan dipercaya kalau bukan nama KI HADAK
DANA GHAIB TOGEL

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu