Tuesday, May 3, 2016

Ulang Tayang Fitnah "Anjing Komunis" Sempena PRN-11 Sarawak

Antara kaedah-kaedah nak buat fitnah ialah kitar semula gambar fitnah lama setelah 2-3 tahun, tak mustahil fitnah yang pernah dijelaskan oleh tuan punya badan dahulu akan merebak semula. Satu penyakit masyarakat kita ialah gemar membuat kesimpulan dengan cepat berdasarkan apa yang dilihat atau diperkatakan.

Masing-masing malas nak buat "cross check" , samada bertanya sendiri dengan tuan punya badan atau kalau susah sangat cuba selidik dengan pak cik Google. Bab nak cari kebenaran kalau nak meng"Google" memang la liat. Kalau nak surf Redtube ke, website porn ke, torrent ke, pirate software ke, memang masyarakat kita sanggup bersengkang mata buat research.

Tak mustahil kalau aku katakan selepas 4-5 tahun lagi, cerita Rosmah beli cincin puluh2 juta akan dimainkan semua. Walau hakikatnya segala bukti ada menafikan dakwaan itu. Malah si pembuat fitnah pun dah menggelupur bila kantoi fitnah pasal cincin sampai dalam mahkamah berani kata "saya bergurau je"

Sempena PRN11 Sarawak, satu gambar lama dimainkan semula kononnnya Rosmah tak nak bersalam dengan kaum warga emas Bidayuh. Benda ni dulu dah dijelaskan oleh individu yg bekerja dengan Rosmah itu sendiri,malah disiarkan kenyataan beliau dalam blog pro pembangksng Omakkau

http://omakkau.blogspot.my/2015/10/tuduh-rosmah-enggan-salam-warga-emas.html?m=1

"Pegawai Khas Rosmah, Datuk Rizal Mansor berkata demikian apabila sebuah blog melemparkan tuduhan yang tidak munasabah terhadap majikannya itu.


“Admin blog itu ada masalah jiwa, dituduhnya Rosmah enggan salam dengan warga emas Bidayuh.

“Pada orang yang normal akan nampak jelas Datuk Seri Najib angkat tangan warga emas itu yang dipenuhi dengan gelang dan menunjukkan pada Datin Seri Rosmah."

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu