Monday, May 9, 2016

Rafizi dan BAFIA Tiada Berpisah , Dokumen Sulit Didedahkan Institusi Kewangan Didedahkan Lagi

Merujuk kepada tuduhan terbaru Rafizi terhadap PM, kononnya ada campur tangan PM dalam mengenepikan status bangkrap terhadap Ketua UMNO Kepong, Datuk Hj Rizuan Hamid melalui surat yang bertarikh 20 Oktober 2015, jelas tertera dalam surat yang didedahkan itu tertulis ;


"Adalah dimaklumkan bahawa Ybhg Datuk Hj Rizuan Abd Hamid, Ketua UMNO Bhg Kepong Wilayah Persekutuan telah mengemukakan permohonan bagi tujuan du atas kepada YAB Perdana Menteri. Sehubungan itu, YAB Perdana Menteri meneliti permohonan tersebut dan dipanjangkan untuk perhatian dan tindakan ... "

Apa yang penulis faham, surat yang dikemukakan kepada MBSB itu ialah bagi respond pejabat Perdana Menteri dalam tujuan permohonan untuk selesai luar mahkamah status kebangkrapan Ketua UMNO Bhg Kepong itu. Tidak tertulis secara jelas wujud arahan langsung dari PM.

Lagipun soal selesai luar mahkamah dengan bank berkaitan status kebangkrapan bukanlah sesuatu yang baru. Banyak lagi kes-kes bangkrap lain diselesaikan luar mahkamah setelah berunding dengan pihak bank. Dengan mengambilkira MBSB adalah sebuah GLC, mungkin Ketua UMNO Kepong telah mengambil jalan menulis terus permohonan beliau untuk selesai luar mahkamah kepada PM.

Kalau Rafizi nak cerita campor tangan pemimpin kerajaan dalam GLC atau jabatan-jabatan kerajaan, cuba tanya Anwar  atau Mahathir sendiri sekutu terbaru beliau samada mereka pernah melakukannya ? Amalan menulis surat minta sokongan pemimpin2 politik , atau pegawai atasan kerajaan untuk mendapat tempat atau jawatan ni memang wujud . Ceritanya samada yang ditulis surat tu mahu atau tidak memberi sokongan ? Kadang-kadang walaupun ada sokongan dari orang-orang yang berjawatan ini, keputusan akhir masih berada pada pihak yang meluluskan itu sendiri.

Apa yang lebih menarik minat penulis sekarang ialah bagaimana surat yang mungkin boleh diklasifikasikan sebagai sulit ini boleh terlepas kepada umum ? Kalau dulu Rafizi sangkut dengan mahkamah akibat akta BAFIA , adakah kali ini Rafizi akan sangkut lagi ? Dan mungkin juga , pihak-pihak berkenaan di MBSB perlu disiasat bagi mengetahui bagaimana surat sebegini boleh terlepas ?

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu