Thursday, May 19, 2016

PRK Sg Besar Penentu Samada PAS Hilang Jawatan atau Hilang Maruah

Kesian PAS ... dah dibuat macam takde harga diri dek kerajaan negeri Selangor. Diberi amaran oleh Menteri Besar, Azmin Ali supaya tarik diri dan jangan bertanding di PRK Sg Besar. Azmin mahu kerusi Sg Besar itu diberikan pada PKR ja. Pelik jugak? Sebelum ni katanya PAN nak hantar calon.

Terus terang cakapla, apa yang aku nampak ... Azmin sudah kena racun dengan sekutu depa DAP dan PAN supaya jangan bagi PAS bertanding. Dilemma PAS sekarang ialah, kalau teruskan niat bertanding mereka akan kehilangan kedudukan dalam kerajaan negeri Selangor.

Kalau ikut je perintah Azmin tu...PAS akan kehilangan maruah parti itu dan seolah-olah memberi isyarat bahawa jawatan lebih penting. Apa pun sekarang segalanya bergantung pada Presiden PAS.

Apa yang PAS boleh lakukan sekarang dengan ugutan Azmin ialah berkompromi dengan mana-mana wakil rakyat PKR , wakil rakyat bebas malah wakil rakyat UMNO sendiri untuk mengajar kerajaan gabungan PKR dan DAP ini. Kita tau..dalam diam sebenarnya ramai wakil rakyat PKR yang tak berapa gemar dengan Azmin .... pandai2 lah korang

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu