Thursday, May 5, 2016

Penyokong Persoal Kemana Perginya Kutipan Derma untuk Projek Impian Sarawak DAP

Banyak kempen 'fund raising' atau kempen kutip derma dari rakyat oleh DAP bertujuan untuk gerakkan jentera mereka bersedia menghadapi pilihanraya. Kempen kutip derma makin menjadi bila pilihanraya negeri Sarawak makin menghampiri. Dari satu artikel yang dikeluarkan oleh blog Sarawak Today, jumlah kutipan derma yang diterima DAP boleh dikatakan agak besar nilainya. Persoalan yang timbul ialah bagaimana jumlah wang derma DAP itu dibelanjakan parti itu?



Memetik beberapa fakta menarik dari artikel Sarawak Today;

"DAP memang sinonim dengan projek Impian Sarawak, namun apakah punca pendapatan atau sumber kewangan DAP sehingga dapat membiaya projek tersebut."

"Namun jika merujuk penyataan dibawah, jelas sekali derma yang diterima DAP tidak digunakan untuk membiaya projek Impian Sarawak kerana projek itu dilakukan secara gotong-royong bersama penduduk kampung."

"Sepertimana pemimpin DAP yang terkenal dengan plakad mempersoal “Mana RM2.6 Billion”, penyokongnya dan orang ramai juga ingin tahu, berapakah jumlah kutipan tabung derma setiap ceramah DAP?"

"Menurut DAP, sejumlah 60 projek Impian Sarawak telah dibuat sejak penubuhannya pada 10 September 2013.

DAP sentiasa mengatakan mereka telus dalam kewangan; tetapi menjadi persoalan kemana perginya semua wang derma untuk projek tersebut?

Jawapan DAP amat mudah: “Semuanya kami belanjakan untuk membantu rakyat dalam projek Impian Sarawak. Kami ada memaparkan semua kos perbelajaan itu di laman web Impian Sarawak”

Beranikah DAP menjelaskan berapa kos keseluruhan 60 projek Impian Sarawak?"

"Sejak tahun 2013 sehingga 2016, DAP cuma ada memaparkan perbelanjaan yang tidak lengkap untuk 14 projek sahaja dan ianya untuk sehingga 2014!"


"Sebanyak 14 projek bernilai RM444,973.03 dari tahun 2013 sehingga 2014, purata nilai untuk satu projek adalah RM 31,783.79."

"DAP menganggap projek yang nilainya melebih RM20,000.00 adalah satu projek yang melebihi peruntukan kos sebenar."

"Jadi, anggaran kos untuk 60 projek Impian Sarawak sehingga 2016 ialah sebanyak RM1,907,027.29 (RM1.9juta)."

bacaan lebih lanjut disini



0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu