Monday, May 16, 2016

Panglima-panglima Mahathir dijangka keluar UMNO

Nak bergaduh, bergasak buatlah sesuka hati asal jangan sebab permusuhan dengan individu tertentu, kita terus pilih untuk jadi pengkhianat. Marahkan nyamuk habis satu kelambu sanggup dibakar. Ini yang berlaku sekarang pada mantan Perdana Menteri.

Mahathir baru-baru ini membuat kenyataan supaya sokongan diberikan kepada mana-mana calon pembangkang masa PRK yang bakal diadakan nanti. Mahathir memang tak mau UMNO/BN menang. Kalau DAP yang jadi calon pun Mahathir dah tak kisah.

Secara tersirat boleh lah kita katakan isyarat Mahathir kepada pengundi2 PRK yang akan datang nanti mungkin ialah ;

"TO THE HELL KETUANAN MELAYU !!!

PAS dah lama tak mau masuk campor agenda Mahathir nak meranapkan Najib. Baru-baru ini pulak kedengaran cerita PKR sudah tarik "handbrake" . Apa cerita bhaiiii?? Ini mesej Whatsapp yang aku dapat mengenai hal itu.

Sekarang parti politik pembangkang yang tinggal untuk sama2 main 'game' Mahathir ialah DAP & PAN. DAP, PAN & Mahathir sama2 oppotunist. PKR pulak tarik 'handbrake' jadi opportunis sebab disergah Anwar dari dalam penjara yang mungkin bimbang populariti beliau tenggelam dek cerita Mahathir.

Sekarang dah terang lagi bersuluh, Mahathir memang tak nak UMNO/BN menang pilihanraya. Itu kita tak hairanlah sebab Mahathir bukan ahli UMNO lagi, cuma kits hairan bila lagi panglima2 Mahathir dalam UMNO nak keluar UMNO, dah jelas sangat boss depa xnak UMNO/BN menang.

Apa yang hangpa tunggu lagi?? Berambus je la...ni macam dah nampak khianat secara terang-terangan. Tak mau UMNO/BN menang dalam pilihanraya tapi dok lagi dalam UMNO buat apa? Harap MT2 UMNO pun tengok la sama hal ni..kalau depa tak letak jawatan dalam tempoh terdekat ni, pecat je lah

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu