Tuesday, May 17, 2016

Konflik Mahathir - Najib, Mana Halatuju 'Si Pengemis Dedak'?

Tiap kali berlaku persengketaan antara pihak-pihak tertentu, akan wujud satu golongan yang boleh kita labelkan sebagai opportunis.

Golongan opportunis boleh dikatakan mereka yang melihat persengketaan yang wujud ini boleh mendatangkan keuntungan pada diri sendiri.

Mulut kata ikhlas berjuang menegakkan kebenaran, namun di satu sudut lain pula, siapa yang dapat bagi apa yang diminta maka teras perjuangan golongan ini boleh berubah dengan sekelip mata.

Golongan opportunis ini amat berbahaya sekali kepada dua-dua pihak yang bertelingkah. Mereka ini tidak ada pendirian bak sehelai lalang, mana angin kuat bertiup ke arah situ lah lalang menghala. Lagi besar laba yang diperoleh disitulah puak ini akan tunduk.

Puak opportunis ini mungkin menganggap golongan yang bertelingkah ini terdesak mahu kan sokongan, maka keterdesakan ini digunakan untuk minta macam2.

Kita semua boleh tahu kalau permintaan tak dipenuhi ia akan menjadi satu alasan untuk menjatuhkan mereka yang gagal menuruti apa yang dipinta si opportunis.

Dalam kes Mahathir vs Najib, memang wujud puak-puak opportunis yang menempek. Pada satu ketika dahulu mereka laung-laungkan sokongan tak berbelah bagi pada Najib.

Kini mereka ini berpaling tadah setelah tiada lagi faedah yang diperoleh. Bagi puak-puak ini, setia mereka hanyalah pada jawatan dan projek. Sekiranya Najib berjaya diturunkan, puak2 opportunis ni akan mula menuntut laba atas 'jasa2' mereka menjatuhkan Najib.

Terlintas dalan fikiran, sekiranya salah seorang penyokong kuat Mahathir sekarang, contohnya lah mantan MB Kedah yang pernah propose projek tanam padi atas bumbung, Sanusi Junid ditawarkan 'dedak' atau memperoleh 'dedak' yang diminta..adakah senarionya sama seperti sekarang???

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu