Monday, May 9, 2016

Kerjasama Dengan Mahathir Punca DAP Hilang 5 DUN ?

Dalam pukul 6:30 petang , bertarikh 7 May 2016 ramai yang telah sedia maklum melalui keputusan tak rasmi yang kerajaan negeri Sarawak masih kekal di bawah pemerintahan BN. Apabila keputusan rasmi diumumkan lewat malam, ramai juga tidak menyangka kerusi yang dimenangi BN bertambah malah lebih daripada jumlah DUN yang disasarkan. BN Sarawak menang 72 daripada 82 kerusi yang dipertandingkan. Malah kubu-kubu DAP yang mana mempunyai peratusan pengundi Cina yang tinggi juga habis dirobek . DAP kehilangan 5 kerusi DUN, malah ada disesetengah kawasan undi calon Bebas juga dilihat memberi tentangan hebat kepada DAP. 


Maka seperti diramalkan, dengan kekalahan teruk DAP di kawasan-kawasan yang dikatakan kubu kuat mereka, maka pelbagai teori dimainkan . Malah sebelum pengiraan undi dibuat pun, desas-desus mengenai 'blackout' , rasuah pengundi, pengundi hantu dan sebagainya telah diperkatakan dilaman-laman media sosial. Mulanya tuduhan-tuduhan itu lebih cenderung didakwa berlaku di kawasan-kawasan pedalam yang merupakan kubu kuat BN. Namun, apabila satu demi satu kubu kuat DAP di kawasan bandar runtuh, dan majoriti yang diperoleh oleh calon BN agak tinggi marginalnya, DAP membuat alasan kononnya 'turn-out' pengundi di kubu kuat mereka adalah sangat rendah.

Bagi penulis, alasan 'turn-out' rendah DAP tak boleh dipakai . Seperti yang kita sedia maklum, kempen 'Impian Sarawak' DAP dah dimulakan seawal 3 tahun sebelum PRN Sarawak ini . DAP mempunyai masa yang cukup untuk mengingatkan penyokong-penyokong tegar mereka supaya hadir mengundi dan memberikan sokongan sepenuhnya. Jadi sekiranya 'turn out' rendah , bolehkah kita katakan ia merupakan satu protes pengundi-pengundi Cina terhadap DAP itu sendiri ? Dalam kempen-kempen yang dijalankan DAP, mereka berbangga ribuan penyokong datang menghadiri ceramah, tersirat keyakinan bahawa sokongan pengundi2 Cina Sarawak akan terus memihak kepada DAP. Persoalan yang timbul ialah, sekiranya % yang hadir semasa kempen DAP adalah tinggi , kenapa % semasa D-day rendah? Bukan kah D-Day itu sendiri lebih penting berbanding kempen??

Setelah DAP gagal mempamerkan prestasi cemerlang dalam PRN, pelbagai cemuhan dari penyokong-penyokong DAP Semenanjung dihamburkan kepada orang-orang Sarawak, tak terkecuali orang Cina Sarawak juga diperli oleh orang-orang Cina dari Semenanjung Malaysia. Hal ini sedikit sebanyak mengukuhkan keyakinan pengundi Sarawak bahawa ternyata benar DAP selama ini sekadar berpolemik, muka-muka manis yang ditunjukkan hanyalah untuk pilihanraya, bila kalah , pengundi-pengundi pula dihina dan dicemuh. Sehingga ke hari ini DAP mungkin masih tertanya-tanya mengenai punca kekalahan mereka di kawasan yang mempunyai majoriti pengundi Cina. Pada mereka, BN sudah tidak ada tempat lagi di hati pengundi berbangsa Cina. 


Melalui komentar-komentar yang penulis perhatikan di media sosial, selain kekuatan personaliti Ketua Menteri Sarawak itu sendiri , rasa tidak senang hati sebilangan orang Cina apabila DAP bekerjasama dengan mantan PM, Tun Mahathir dalam usaha menjatuhkan Perdana Menteri, Najib Razak. Bagi mereka, adalah cukup kekuatan DAP dan PKR untuk melaksanakan kempen menjatuhkan Najib Razak. Mereka percaya kempen yang digerakkan bekas Perdana Menteri yang disokong bekas Timbalan Perdana Menteri adalah semata-mata untuk kepentingan dan agenda mereka tersendiri. Jauh di suduh hati mereka, kenyataan-kenyataan bersifat perkauman yang dikeluarkan Tun Mahathir dan Muhyiddin pada satu ketika dahulu masih berbekas. 


ref : http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2013/08/04/the-godfather-of-bigots 

1 comments:

bangang nye artikel nie...mendedak nampak?

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu