Friday, May 6, 2016

Guan Eng Berpeluh di Soal Siasat SPRM ?

Tempoh berkempen untuk PRN Sarawak tinggal beberapa jam saja lagi , dalam tempoh itu ada 2 berita besar yang menggemparkan seluruh negara . Kita bersedih dengan tragedi yang berlaku itu, takziah penulis ucapkan pada rakan2 dan semua ahli keluarga yang terlibat.  Berita mengenai nahas udara yang berlaku itu sedikit sebanyak mengaburi cerita soal-siasat SPRM terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang yang telah bermula, berhubung dengan isu banglo murah.


Memetik artikel yang dikeluarkan oleh sahabat blogger, siasatan terhadap Guan Eng dan isteri beliau dilanjutkan sehingga keesokkan hari . Dalam masa yang sama pemilik banglo asal juga disiasat. Ramai yang berpendapat isu banglo murah Guan Eng agak 'straightorward' , jelas disertakan dengan pelbagai dokumen yang menunjukkan kaitan-kaitan antara Ketua Menteri Pulau Pinang itu dan pemilik asal banglo.

"Setakat ini, tidak banyak berita yang kedengaran membabitkan soal siasat SPRM ke atas Guan Eng dan Betty Chew yang ditemani oleh peguam-peguam mereka seperti RSN Rayer, Ramkarpal Singh dan Gobind Singh... kombinasi hebat yang merupakan seorang ADUN Pulau Pinang dan dua Ahli Parlimen yang datangnya dari puak Karpal Singh.

Sambungan soal siasat ke atas Guan Eng dan isterinya, Betty Chew akan dibuat esok.

Sementara itu, pada masa yang hampir sama, pemilik asal banglo, Phang Li Koon dan bossnya juga disoalsiasat di Kuala Lumpur. Tempoh masa tersebut sengaja dibuat begitu bagi mengelakkan sebarang kemungkinan persamaan jawapan bagi tujuan menipu." sumber

Mungkin selepas siasatan dilakukan, akan ada lebih banyak pendedahan. Cuma apa yang membimbangkan kita ialah bagaimana siasatan itu berjalan, bimbang sekiranya ada 'hanky-panky' , kerana beberapa hari sebelum ini , satu kenyataan akhbar telah dibuat kononnya AG mengatakan tiada kes dalam isu banglo murah Guan Eng . Entah bagaimana kenyataan berkenaan boleh dibuat oleh penjawat awam berkenaan yang seterusnya dinafikan oleh AG sendiri. 

Ramai yang tertanya apa sebenarnya berlaku susulan dari penafian AG itu. Oleh itu kita harap, tiada 'game' lagi yang dimainkan oleh 'jurucakap' Ketua Menteri Pulau Pinang ini semasa siasatan SPRM di jalankan. 

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu