Monday, May 9, 2016

'Game' Saddiq Segaraga Nak Melagakan CM Sarawak & TPM

Pada satu ketika, mantan MB Kedah sekeras-kerasnya menafikan niat beliau untuk menjadi PM. Gerakan 'Deklarasi Rakyat' yang ditandatangani tiada kena mengena dengan niat beliau untuk jadi PM atau merebut apa-apa jawatan . Mantan MB Kedah dengan jelas berkata gerakan itu adalah semata-mata untuk memaksa Najib Razak meletak jawatan sebagai Perdana Menteri . Namun penafian beliau itu diragui oleh kebanyakkan orang, malah dari pemimpin-pemimpin pembangkang sendiri. Ini kerana masing-masing dalam gerakan 'Deklarasi Rakyat' itu sudah mempunyai calon tersendiri mereka. Mungkin bukan sebaik sahaja Najib berjaya diturunkan, namun ia lebih bertumpu kepada proses selapas itu.


Titile 'pendebat terbaik Asia' digunakan sebaik-baiknya oleh Syed Sadiq yang merupakan antara penggerak dalam 'Deklarasi Rakyat' untuk pertahankan rakan sekutu beliau itu . Syed Sadiq memberi alasan kononnya Mukhriz takkan layak jadi Perdana Menteri kerana status beliau sebagai ahli Dewan Undangan Negeri , Mukhriz bukan seorang ahli Parlimen maka dengan sebab itu beliau takkan boleh jadi Perdana Menteri ikut perlembagaan . Menariknya, selepas keputusan PRN Sarawak pula, Syed Sadiq persis 'batu api' cuba menimbulkan 'wave' dengan mencadangkan Ketua Menteri Sarawak, Adenan Satem untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri. Pelik sekali , takkan lah 'pendebat terbaik Asia' lupa hujah intelek yang digunakan beliau sebelum ini?

Apa pun niat Syed Sadiq, kita faham beliau sedang mencuba 'test market' untuk melaga-lagakan Ketua Menteri Sarawak dengan Timbalan Perdana Menteri . Tak pelikkah kenapa si 'pendebat terbaik Asia' hanya cadangkan Adenan Satem untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri dan bukan Perdana Menteri saja ?? Bukankah Syed Sadiq beria-ia nak jatuhkan Najib Razak ? Logiknya mudah ... beliau nak melemahkan 'tiang-tiang seri' yang menyokong Najib Razak dengan melaga-laga mereka , atau setidak-tidaknya penyokong-penyokong mereka yang termakan 'racun' 'pendisko terbaik Asia' ini .. ehhh silap . Apa pun permainan mereka, masing-masing dalam 'Deklarasi Rakyat' kita tahu akan bercakaran merebut jawatan PM , baik dari team Kit Siang, team Anwar Ibrahim atau team Mahathir tu sendiri.

1 comments:

Penat datok nenek berhijrah dari pakistan dan bangladesh...akhirnya waris jadi perjuang kapir.

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu