Thursday, May 12, 2016

Amanah bakal menang besar di Sg. Besar?

BN dijangka akan tewas teruk pada PRK Sg Besar yang akan diadakan dalam tempoh terdekat.Komen itu dibuat oleh Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa,UUM .

Beliau berpendapat, walaupun Sg Besar merupakan salah satu kubu kuat PAS, namun sokongan rakyat Sungai Besar akan lebih berpihak kepada calon parti AMANAH memandangkan AMANAH telah berada secara rasmi dalam pakatan pembangkang.

Keputusan PRU13 menunjukkan, BN hanya menang tipis di Sg Besar dengan kelebihan majoriti sebanyak 399 undi.  AMANAH dan PAS sebelum ini telah menyatakan minat untuk meletakkan calon di Sg.Besar.

Kesediaan AMANAH untuk bertanding di kerusi berkenaan mungkin dengan bersandarkan andaian bahawa kekuatan PAS di kawasan itu sebenarnya bergantung kepada sokongan rakyat kepada gabungan Pakatan Harapan dan bukannya faktor parti PAS itu sendiri.

Mungkin juga apa yang diandaikan itu masuk akal memandangkan, DUN Sekinchan dalam parlimen Sg Besar mempunyai majoriti pengundi berbangsa Cina. Memandangkan AMANAH dilihat sebagai proksi DAP, maka mungkin tidak menjadi masalah buat mereka mendapatkan sokongan pengundi Cina di kawasan itu. Ini menjadi satu cabaran buat kedua dua parti UMNO dan PAS.

Walau bagaimanapun, PAS mempunyai penyokong tegar yang tersendiri di kawasan itu dan sekiranya PAS memilih untuk tidak bertanding, ia seolah-olah menyerah kalah sebelum bertarung dan secara tak langsung mengiktiraf kehadiran AMANAH menceroboh kawasan tradisi mereka.

Dengan mengambilkira faktor2 di atas, pertembungan 3 penjuru ini sepatutnya menguntungkan UMNO,namun dengan mengambilkira faktor berpuak-puak dalam UMNO sejak Tun Mahathir, bekas Timbalan Presiden dan bekas Naib Presiden menyatakan penentangan secara terbuka terhadap Presiden, tidak mustahil akan ada tindakan boikot yang bakal berlaku. 

Tambahan pula, beberapa orang kuat UMNO sekarang juga kerap dilihat berdiri satu pentas dengan pemimpin2 Pakatan Harapan. Mungkinkah isyarat tidak langsung mereka supaya memboikot UMNO dengan kepimpinan sekarang akan menjadi bencana buat UMNO semasa PRK kelak?. Mungkin juga telahan pensyarah ini ada benarnya. Sama-sama kits tunggu hari penentuan kelak

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu