Tuesday, May 3, 2016

Ahli Tinggal Parti Sertai DAP Bukti AMANAH Tidak Relevan

Setiausaha Agung AMANAH, Mohd Anuar Tahir mempertahankan tindakan seorang bekas ahli parti berkenaan yang keluar parti dan menyertai DAP baru-baru ini. Beliau berkata adalah tidak menjadi kesalahan Mejar Zaidi keluar parti AMANAH dan menyertai DAP kerana ia bukan pengkhianatan terhadap Islam atau menyalahi akhlak Islam .




"Dari apa yang dijelaskan, penyertaan beliau bersama DAP adalah untuk menangani fitnah yang terus dilemparkan terhadap DAP khususnya oleh UMNO dan pihak-pihak tertentu bahawa DAP adalah parti anti-Melayu Islam" 

Kenyataan beliau di atas dipetik dari portal media pro-pembangkang, Free Malaysia Today

Pada 17 Mac 2016, Mejar Zaidi telah dilantik sebagai pegawai penerangan Ketua Menteri Pulau Pinang. Mejar Zaidi sebelum ini dikatakan telah bersekongkol dengan parti pembangkang mendakwa terdapat penipuan SPR semasa PRU-13 berhubung dengan penggunaan dakwat kekal . Sebelum berhijrah menjadi ahli DAP , Zaidi adalah pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara Bahagian Kepala Batas, Pulau Pinang.

Bagi penulis, tindakan Mejar Zaidi jelas menunjukkan PAN itu sendiri tidak relevan dalam lanskap politik tanah air. Mejar Zaidi sedar PAN hanyalah anjing suruhan DAP. Penyertaan beliau di dalam PAN hanya akan menghadkan kerjaya politik beliau, mengapa beliau perlu menjadi budak suruhan kepada anjing DAP sedangkan jawatan yang beliau ada sekarang memberi peluang untuk beliau berkomunikasi secara terus dengan orang besar dalam DAP itu sendiri, Lim Guan Eng. Dengan menyertai DAP, Mejar Zaidi telah meng'upgrade' tahap beliau lebih mulia dari pemimpin-pemimpin politik PAN.

Kenyataan yang dibuat oleh S.U Agung Amanah itu dilihat hanya sekadar untuk menutup 'kemaluan' apabila dihina secara tidak langsung oleh Mejar Zaidi. Semua orang tahu bahawa parti PAN itu sebenarnya adalah 'sayap ghaib' parti DAP yang bertujuan mempergunakan orang-orang Melayu , bertujuan memecahkan undi orang-orang Melayu. Bagi penulis, pemimpin-pemimpin PAN tak perlu lah bersusah payah mempertahankan DAP, kononnya parti itu tidak rasis, tidak anti Islam dan sebagainya. Apa kata kalian secara beramai-ramai membubarkan PAN dan masuk saja DAP secara rasmi ? Pada penulis tindakan itu nampak lebih bermaruah daripada menjadi 'anjing' suruhan menggunakan nama PAN.

1 comments:

Dapat direct lebih baik dari agen..kesian Mat sabu ..hilang satu kaki..macam mlm...Mr Bean bila nak jadi direct line.. LGE.. makan keliling..

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu