Monday, April 25, 2016

Pilihanraya Negeri Sarawak & Propaganda DAP

Tinggal lebih kurang 10 hari rakyat negeri Sarawak untuk menentukan parti yang akan memerintah negeri ini 5 tahun akan datang.  Walaupun Sarawak dikatakan kubu kuat BN, pilihanraya negeri yang diadakan kali ini boleh dikatakan agak mencabar bagi BN Sarawak kerana parti pembangkang terutama DAP dilihat cuba memainkan isu-isu yang berasal dari tanah Semenanjung di negeri itu. DAP mungkin kehabisan modal dalam memainkan isu-isu tempatan kerana aura Ketua Menteri Sarawak, Adenan Satem amat dekat dengan rakyat negeri itu.


Sejak dipilih menjadi Ketua Menteri yang baru menggantikan Abdul Taib Mahmud, Adenan banyak melakukan transformasi yang menguntungkan rakyat negeri itu terutama penduduk-penduduk yang berada di kawasan pedalaman Sarawak .

Propaganda DAP yang mengatakan masalah ketiadaan air, jalanraya, bekalan elektrik dan sebagainya  bukanlah sesuatu yang baru . Ia adalah perkara yang diulang-ulang setiap kali pilihanraya menjelang. DAP menyatakan bahawa atas inisiatif parti itu sendiri mereka telah berjaya melaksanakan lebih kurang 50 projek yang membawa faedah kepada penduduk2 pedalaman di Sarawak.


Namun penduduk-penduduk kampung di kawasan pedalaman Sarawak ini pun bukanlah bodoh, kerana mereka tahu dalam masa yang sama terdapat lebih banyak projek2 berterusan yang dilaksanakan oleh kerajaan BN negeri . Bukan 50 projek, malah ribuan projek-projek kecil . Bezanya, kerajaan BN negeri tidak beretorik membuat video-video pembangunan hanya untuk tujuan perolehan keuntungan politik .

DAP turut membangkitkan isu soal orang asal , iaitu kebajikan dan hak-hak peribumi di Sarawak seolah-olah diabaikan oleh kerajaan negeri . Namun, satu Malaysia sudah tahu asas perjuangan DAP berteraskan "Malaysia Malaysian" yang mana hak-hak sama rata untuk semua kaum tak kira samada bumi atau bukan bumi . Jadi terserlah hipokrasi munafiq DAP apabila menyatakan bahawa mereka mahu mempertahankan hak orang asal dalam kempen pilihanraya negeri Sarawak kali ini.

Harapnya pengundi-pengundi Sarawak tak terpedaya dengan mainan propaganda DAP, jangan sampai Sarawak jadi macam Penang . Bila DAP pegang saja kuasa, habis hilang segala janji manis. Melayu melayu Penang yang dahulu kononnya berjuang bersama DAP sekarang dah terkebil kebil kebil bila apa yang mereka bina selama ini hancur dek termakan propaganda manis.

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu