Sunday, April 10, 2016

Lagi 'Orang Penting' UMNO Bakal Jadi Perkakas DAP?

Dah lama aku peratikan satu 'trend' politik yang berlaku di Malaysia ni terutama di kalangan 'so called' pemimpin BN atau penyokong BN yang beralih arah selepas tak punya apa-apa jawatan atau kepentingan lagi.



Golongan-golongan ini akan bagi beberapa 'hint' terlebih dahulu apabila kontrak mereka dengan kerajaan yang memerintah hampir tamat. Depa akan buat 'statement' yang lembut menyindir kerajaan pemerintah dalam beberapa dasar yang dilaksana.

Fasa kedua ialah apabila 'hint-hint' yang ditunjukkan tadi tidak mendapat apa-apa respon dari kerajaan pemerintah. Golongan ini akan jadi lebih keras apabila tiba tarikh kontrak mereka tamat. Mereka akan cuba menonjolkan diri sebagai hero kepada rakyat.

Fasa ketiga ialah apabila golongan-golongan ini akan mula dijemput oleh kumpulan pembangkang dan kumpulan penentang yang lain untuk sama-sama berdiri dalam satu pentas 'roadshow' mengutuk dan menabur fitnah ke hulu hilir.

Fasa keempat ialah segala kenyataan dari golongan ni akan dipetik oleh media-media pro pembangkang...tiap2 hari, kononnya mereka ini mendedahkan kecelaruan yang berlaku dalam institusi semasa mereka memegang jawatan dalam kerajaan.

Fasa kelima adalah yang paling menarik...disebabkan kenyataan populis yang dikeluarkan oleh golongan2 ini, tentulah akan ada tindakbalas bila segala hasil yang dikaut oleh mereka semasa memegang jawatan dalam kerajaan ini akan didedahkan oleh satu lagi kumpulan yang benar2 memperjuangkan ketelusan dan bukan retorik politik semata mata.

Fasa terakhir ialah fasa dimana golongan-golongan ini akhirnya dianggap sebagai pecacai angkat taik sekiranya segala perancangan mereka 'mengampu' atau berpaling tadah gagal. Mereka ini akan diterajang oleh kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang untuk duduk disatu tempat yang sama macam Ibrahim Ali 😂😂 . k bye jangan marah ye

3 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu