Tuesday, April 5, 2016

DAP cuba alih isu 'banglo murah' , sumbangan RM55 juta untuk kebajikan dipersoal


Beberapa hari sebelum ini DAP dilihat cuba mencipta pelbagai isu bagi menutup tembelang skandal "banglo murah"  pemimpin tertinggi parti itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. DAP cuba berdalih dan berkeras mengatakan hal berkenaan bukanlah satu isu pada mereka.

Sebaliknya DAP memainkan isu-isu 'basi' bagi menyerang balas tuduhan pembelian banglo murah oleh Guan Eng. Terbaru DAP mempersoalkan sejumlah wang yang dibayar oleh Perdana Menteri kepada pemborong kain Jakel berjumlah RM55juta dari tahun 2011-2014. Satu laporan polis turut dibuat untuk siasatan.

Ternyata DAP telah membuat tuduhan yang melulu tanpa terlebih dahulu menyiasat atas alasan apa pembayaran berkenaan dibuat. RM55 juta adalah satu jumlah yang besar dan tak masuk akal fabrik yang dibeli oleh PM untuk kegunaan peribadi. 

Menurut satu sumber yang didedahkan, pembayaran RM55juta dari tahun 2011 hingga 2014 adalah untuk kerja-kerja kebajikan, sumbangan2 pakaian, selimut untuk mangsa bencana dan permaidani masjid di SELURUH Malaysia. Kalau untuk seluruh Malaysia dalam tempoh 4 tahun, jumlah RM55 juta adalah berpatutan. 

Biasa bila kita tengok berita ada sumbangan itu dan ini dalam bentuk pakaian, selimut, cadar dan sebagainya dari pelbagai wakil rakyat/NGO dan lain2 kebanyakkannya adalah dari sumber ini. 

Contoh mudah masa kejadian banjir besar dahulu , berapa negeri yang terlibat dan berapa banyak mangsa banjir yang memerlukan selimut, baju dan sebagainya. Berapa banyak pula permaidani2 masjid perlu digantikan dek bencana itu?

Ringkasnya segala pembayaran yang dibuat adalah untuk kerja-kerja kebajikan dan Jakel diberikan tanggungjawab berkenaan berdasarkan kualiti dan tawaran harga yang berpatutan. 

1 comments:

Konpom SPRM cepat akan siasat sebab UMNO dan NGO melayu yg terlibat...tang CINA RASIS masih diam...sial punya SPRM

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu