Thursday, March 24, 2016

Reaksi KJ & Guan Eng di Parlimen , Siapa yang Menggelabah ?

Dalam satu sesi soal jawab di parlimen baru-baru ini, ada 2 peristiwa menarik berlaku iaitu bagaimana respon seorang Menteri & seorang Ketua Menteri menjawab persoalan rasuah / salah guna kuasa . 




Si Menteri jawab persoalan pecah amanah RM100juta melibatkan kementerian yang diterajui beliau yang dibangkitkan beberapa ahli parlimen pembangkang dengan tenang, rileks dan tak menggelabah.

"Saya tidak boleh melindungi sesiapa sama ada kakitangan sedia ada atau bekas kakitangan kementerian, malah saya sendiri. Jadi, sesiapa yang perlu disoal oleh SPRM, akan disoal oleh SPRM," katanya.

Lain pula cerita si Ketua Menteri, bila diasak dengan pertanyaan rumah mampu milik oleh Datuk Abdul Rahman Dahlan, si Guan Eng terloncat-loncat menyentap ... soalan tak terjawab pelbagai alasan dibagi.


Memetik laporan Bernama , 


" Pada persidangan Dewan Rakyat 16 Mac lalu, Abdul Rahman dilaporkan mendakwa Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berbohong mengenai isu harga rumah mampu milik di Pulau Pinang."

"Abdul Rahman berkata kerajaan Persekutuan tidak pernah menetapkan harga rumah mampu milik sebanyak RM400,000 seunit seperti yang diuar-uarkan Lim itu."

"Lim membuat dakwaan itu menerusi satu video yang dimuatnaik di internet beberapa hari sebelum itu yang menyiarkan beliau sebagai berkata, kerajaan negeri Pulau Pinang menetapkan harga rumah mampu milik di negeri itu mengikut arahan kerajaan Persekutuan. "



1 comments:

siapa diantara kj dan lge yg lebih berisiko utk disabitkan dan seterusnya dikenakan hukuman. jawab dgn jujur. siapa diantara menteri umno/bn dan menteri drpd pembangkang yg lebih berisiko utk di'kenakan'. wlu bersalah sekalipun, pemimpin umno/bn lebih kebal

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu