Saturday, March 12, 2016

PKR Hipokrit dalam Isu Pemecatan Mahathir dari PETRONAS

Dalam politik orang selalu guna istilah “The Enemy of My Enemy Is My Friend” , maksudnya musuh kepada musuh aku adalah kawan aku . Itu yang berlaku dalam senario politik tanah air hari ini. Semalam kita dikejutkan dengan berita Tun Mahathir dipecat sebagai Penasihat Petronas kerana tindak tanduk beliau dikatakan sudah tidak selari dengan kerajaan . Rasanya Tun Mahathir pun tak kisah dengan pemecatan itu . Industri gas dan minyak agak 'slow' kebelakangan ini , malah dikatakan bank pun sekarang dah agak berhati-hati nak bagi loan kat orang yang berlatar-belakangan industri minyak dan gas ... nak buat macam mana , dah tak mewah macam dulu.



Berbalik kepada cerita "The Enemy of My Enemy Is My Friend" mengingatkan penulis di beberapa majlis anjuran parti pembangkang yang kuat menghentam Tun. Mahathir . Malah dalam satu majlis yang berlaku pada tahun 2013 , Setiausaha Agung PKR pada ketika itu saudara Saifuddin Nasution menyatakan seperti berikut ; 

http://www.keadilandaily.com/mahathir-pura2-pertahan-melayu-untuk-kekal-kekayaan-anak-beranak/

Saifuddin berkata, Mahathir cemas jika Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya, segala penyelewengan dan kekayaan keluarganya akan didedah.

“Mahathir takut kalau Pakatan perintah, semua kekayaan beliau dan anaknya menjadi agenda utama yang akan dibongkar.

“Ini yang amat ditakuti, bukannya hak Melayu, tetapi hak beliau sebagai Penasihat Petronas dan anaknya yang mendapat kontrak syarikat berkenaan,” kata Saifuddin yang akan bertanding di Kulim-Bandar Baharu.

Majlis berkenaan juga turut dihadiri Naib Presiden PKR ketika itu N. Surendran . Ironinya , pada hari ini , N. Surendran membuat kenyataan bahawa tindakan memecat Mahathir dari Petronas adalah salah guna kuasa.

"Penyingkiran Dr Mahathir itu dicemari dan menyalahi undang-undang. PM dan Kabinet beliau hanya mempunyai satu pilihan.

"Mereka mesti melantik semula Dr Mahathir sebagai penasihat Petronas,"

http://www.themalaysianoutsider.com/bahasa/article/pecat-dr-mahathir-daripada-petronas-adalah-salah-guna-kuasa-kata-pkr/

Padahal pada satu ketika dulu , kononnya macam-macam pendedahan di buat . Salah guna kuasa , kroni dan macam-macam lagi . Yeahh satu Malaysia tahu pojok-pojok yang diwar-warkan pemimpin PKR ini berkenaan kroni , Ananda Krishnan (Usaha Tegas) , Mokhzani Mahathir (Sapura Kencana) dan macam-macam lagi la . Pelik tapi memang berlaku selepas segala tuduhan yang korup, manipulasi projek berbillion untuk kroni dan sebagainya , hari ini mereka boleh duduk semeja dan melupakan segala tuduhan yang dibuat dulu ???


0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu