Monday, March 21, 2016

Karikatur Mahathir Bertanduk Dikecam, Penerbit Filem Terpaksa 'konar' Sindir Rosmah

Zaman sekarang ni, kalau diperhati ramai artis-artis, produser-produser, seniman atau seangkatan dengannya yang dah tak popular atau suam-suam kuku sengaja bercakap mengenai isu politik negara. Golongan ini sedar, dengan cara ni mungkin akan dapat hi-lite atau publisiti dari portal-portal online, blog dan sebagainya, blog ni tak terkecuali antara yang bagi publisiti percuma kepada artis-artis yang dah suam kuku ini bila mereka bergebang cerita politik.

Dulu cerita pasal kartunis, ada beberapa orang kartunis yang cuba mengikut jejak langkah Zunar yang gemar menghasilkan karya-karya sinikal menghentam pemimpin dan bekas pemimpin negara. Antara yang sering dijadikan mangsa Zunar ialah Najib & isteri dan tak terkecuali dengan mantan PM , Tun Mahathir dengan 'trade-mark' hidung besarnya itu. Jadi ada lah beberapa golongan kartunis yang kononnya 'merajuk' sebab tak diberi perhatian oleh kerajaan mengikut jejak langkah Zunar... tapi 'trend' ni tak lama, sebab mereka ni gagal dapat perhatian media dan perkakas pembangkang untuk dipergunakan.

Terbaru seorang lagi artis yang boleh dikatakan berstatus kartunis dan produser filem cuba mempopularkan diri dengan membuat kenyataan sinikal terhadap kerajaan . Seperti biasa yang jadi mangsa PM & isteri. Dalam satu artikel yang dikeluarkan portal Malaysiakini ,seorang penerbit filem Zarul Al-Bakri meluahkan kekecewaan dan sinikal terhadap kerajaan kerana filem beliau yang bertajuk "Split Gravy on Rice" masih gagal mendapat kelulusan LPF walaupun dah 2 tahun dihasilkan.  Sebelum ini Zarul pernah menerbitkan filem bertajuk "Mat Gelap" dan "Kembara Seniman Jalanan"


Disebabkan itu Zarul beralih arah  dalam bidang pengkartunan, cuba mengikut kaedah yang digunapakai Zunar dalam menyebarkan kebencian rakyat terhadap pemimpin dan bekas pemimpin negara. Antara lakaran Zarul yang jelas dilihat cuba memperlekehkan pemimpin dan bekas pemimpin negara ialah gambaran Tun Mahathir yang dilakar semula mempunyai tanduk bersama-sama pemimpin UMNO dan PR dalam majlis "Deklarasi Rakyat" sebelum ini. Zarul mengaku beliau tidak takut walaupun mengeluarkan karikatur sedemikian (dengan mengambilkira momentum sokongan terhadap Mahathir kebelakangan ini daripada kumpulan pemprotes UMNO dan Pakatan), namun jawapan Zarul agak 'playsafe' apabila tiba-tiba membabitkan Rosmah setelah ditanya soalan dari wartawan Malaysiakini.

Ketika ditanya sama ada dia berasa bimbang disalah anggap atau 'dimusuhi', Zarul menjawab ringkas sambil ketawa: "Saya takut Rosmah, yang lain OK."

Apa kena mengena pula dengan Rosmah ? Apa yang sebenarnya Zarul cuba sampaikan ? Adakah Zarul cuba mengandaikan Rosmah isteri PM yang 'control' LPF itu ? Pada aku sebenarnya, Zarul cuba mengalihkan serangan-serangan negatif terhadap beliau dari kumpulan-kumpulan penyokong Tun Mahathir apabila karikatur Tun yang dilukis dengan tanduk itu dilihat sangat kurang ajar , karya berkenaan dah tersebar dan pelukisnya mendapat kutukan daripada penyokong-penyokong Mahathir, mungkin bimbang dikatakan kartunis upahan Najib untuk menjatuhkan Mahathir, maka beliau pun keluarkan kenyataan di atas.. akal mudah dibaca.

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu