Tuesday, January 12, 2016

Malaysian Maverick Barry Wain ‘Guru’ Claire Brown


Tentu ramai masih ingat, pada satu ketika macam mana pemimpin-pemimpin Malaysia termasuk bekas PM , Tun Mahathir dibelasah teruk oleh media barat termasuk CNBC dan BBC .  Tun Mahathir di cop sebagai seorang ‘anti-semitic’. Sentimen itu dibuat kumpulan-kumpulan propaganda media barat untuk meranapkan imej negara ini selain cuba menggambarkan Malaysia sebagai sebuah negara ektermis.  Tahukah anda Clare Brown juga berada dalam kumpulan yang sama namun beliau tidak menghentam Mahathir atas alasan tertentu ?


Clare Rewcastle Brown yang kita tahu mempunyai pengalaman bekerja dengan propagandis media barat ini cuba menggunakan pendekatan yang sama apabila mantan PM, Mahathir diserang media barat ketika tempoh beliau berkuasa dahulu. Namun serangan terhadap Najib dan Taib Mahmud dibuat secara halus iaitu dengan kaedah memanipulasikan isu-isu setempat. Menggunakan setimen rasuah , kronisma dan sebagainya Clare cuba menonjolkan diri beliau sebagai ‘wira’ di negara ini. Permainan Clare ini cukup licik sehinggakan Tun Mahathir yang satu ketika dahulu pernah dituduh oleh Barry Wain menggelapkan RM 100 billion sepanjang pentadbiran beliau pun sanggup bekerjasama dengan Clare.  

Boleh dikatakan Barry Wain ni adalah ‘cikgu’ kepada Clare Brown.  Barry Wain pernah berkhidmat dengan AWSJ . Jadi tak hairanlah bagaimana Sarawak Report milik Clare Brown dan AWSJ boleh bekerjasama menjahanamkan negara ini . Ironinya, kalau satu ketika dulu AWSJ dan BBC bekerja keras menjatuhkan Tun Mahathir, namun kini mereka boleh pula bekerjasama dengan individu yang cuba dijatuhkan satu ketika dulu ? Mana tuduhan Wall Street Journal yang dulu2 ? Ini lah ‘game’ media-media barat yang mana mudah sangat ummah-ummah Melayu percaya. Hilang tuduhan RM100 billion dahulu timbul pula cerita RM2.6 billion.

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu