Monday, January 11, 2016

Germany Iktiraf PERMATA

Anak-anak Program PERMATA sekali lagi membuktikan institut pendidikan awal kanak-kanak yang dinaungi isteri Perdana Menteri tak sia-sia. Seperti yang dilaporkan akhbar Utusan ,


"Permata Seni Tari serta Permata Seni Remaja Tari mengharumkan nama negara apabila dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan dalam Pertandingan Seni Festival Antarabangsa Winter Star of Dresden Keenam di Jerman baru-baru ini"

Tapi seperti biasa kita tetap akan dengar macam-macam tohmahan dilemparkan dari pelbagai jenis puak yang takkan puas hati selagi mereka tak mentadbir negara ni. Dulu bila nak buat PERMATA nak buat Pusat Autism pun puak-puak yang sama melompat . Walhal ramai ibu-bapa Austism di negara ini menyambut baik penubuhan pusat berkenaan.

Kejayaan Permata Seni Tari ini lebih membanggakan disebabkan ia adalah kali pertama kanak-kanak berbakat ini menyertai pertandingan di peringkat antarabangsa . Pertama kali serta terus jadi juara . Jadi kita harap , lain-lain program dalam Permata turut tunjukkan potensi yang serupa. Bakat yang ada dari peringkat kanak2 jangan disia-siakan.

"Pertandingan Seni Festival Antarabangsa Winter Star of Dresden yang bertemakan Festival Yang Menyatukan itu berlangsung selama enam hari bermula 3 hingga 8 Januari lalu anjuran The International Charitable Foundation dan merupakan festival di bawah Pertubuhan Eropah Festival Folklore (EAFF)."

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu