Wednesday, January 27, 2016

Arab Saudi sahkan derma 2.6 Billion kepada Najib untuk kempen pilihanraya

Semalam Peguam Negara dah mengesahkan yang wang derma yang pernah dimasukkan dalam akaun PM menjelang musim pilihanraya umum yang lepas memang datangnya dari kerabat diraja Arab Saudi . Hari ni pulak, seperti yang dilaporkan portal BBC sumber dari kerabat diraja Arab Saudi turut mengesahkan perkara yang serupa. Oleh itu isu derma RM2.6 billion tu sepatutnya dah tak timbul lagi.  Peliknya perangai segelintir orang Malaysia ni ialah diorang mempersoalkan pulak kenapa Najib pulangkan duit baki yang masih tinggal lebih kurang RM2 billion kepada penderma .


Dari laporan BBC semalam, dari USD 681 juta , jumlah wang yang digunakan untuk pilihanraya hanya lebih kurang USD 61 juta sahaja . Walhal bila duit dah ada dalam tangan , Najib boleh ja tabur duit yang berbaki USD 620 juta tu untuk mantapkan lagi BN dan kedudukan beliau . Tapi sebaliknya Najib pulangkan balik dan hanya guna USD 61 juta ja . Banyak mana USD 61 juta tu untuk peruntukan 222 kerusi parlimen dan 500 lebih kerusi DUN ??


Kalau ikut kadar tukaran mata wang asing masa tahun 2013 , kita anggarkan 1 dollar us lebih kurang 3.3 ringgit . Jadi 61 juta usd tu lebih kurang 211.2 juta ringgit .  Jadi dari jumlah duit tu bahagikan lah dengan 222 kerusi parliment dan 500 lebih kerusi DUN . Kalau bajet untuk kerusi parlimen je lebih kurang 1 kerusi parlimen dapat 1 juta ringgit . Kat dalam parlimen pulak ada beberapa DUN , kena bahagi pulak dengan jumlah DUN . Jadi boleh nampak duit derma tu kira pakai cukup2 ja untuk tujuan pilihanraya . Tanya la mana2 parlimen ... cukup ka RM1 juta untuk persediaan pilihanraya.

Jadi rasanya derma 2.6 billion tu bukan lah isu sangat .. sebab dari 2.6 billion yang diderma tu , Najib pakai 211.2 juta ja untuk diagih-agih pada komponen BN di 222 kerusi parlimen dan 500 lebih kerusi DUN . Balance pun dah dipulangkan semula sebaik saja selesai pilihanraya . Malah Sarawak Report pun ada tulis pasal balance yang dipulangkan tu . Cuma sesetengah ummah di Malaysia ni tak pakai otak nak faham isu. Ada yang tanya macam-macam walhal tembolok dia pun dah cukup kenyang dapat duit derma masa pilihanraya yang lepas


3 comments:

Pembangkang patut minta derma dari Israel pula.Boleh kan?

Tak mengaku...kantoi...mengaku...pulangkan....dedak o dedak

Bodoh punya dap. Org yg x mengaku, akhirnya mengaku dan pulangkan semula kan sifat yg terpuji. Sayang najib. Aku cukup marah kalau org kutuk najib. Najib org yg hebat. Semoga terus terajui malaysia.

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu