Friday, December 30, 2016

Apa Nilai RM50 di Zaman Sekarang ?

Ramai yang dok berkompang di media sosial sekarang merungut pasal zaman sekarang ni RM50 macam dah tak dak nilai . Kalau dulu RM50 boleh beli macam-macam, sekarang RM50 boleh beli apa saja . Tak dinafikan , kat mana-mana tempat dalam dunia ni pun, harga barangan memang tak pernah menurun .. makin menaik saja . Masa tahun 90-an dulu, mee sepinggan kecik kat sekolah ada la depa caj dalam 50sen kot , zaman 80-an pulak depa caj RM20sen ja . Zaman sekarang tahun 2016 rata-rata kantin sekolah yang caj RM1.50.


Zaman dulu orang yang bergaji 1,000 ringgit kira dah kira masyukkkk , zaman sekarang dah bersepah orang bergaji 1,000 ringgit . Ramai juga yang bergaji 3-4 ribu ke atas . Kalau zaman dulu, siapa yang dapat beli kereta tu kira dahsyat la , zaman sekarang budak universiti pun dah boleh pakai kereta. Zaman sekarang budak-budak sekolah pun dah pandai cari duit sendiri, buat bisness online dan macam-macam lagi. Ada juga jenis pendapatan tak seberapa tapi dia punya perbelanjaan mengalahkan orang bergaji 5-6 ribu.  Ini fakta jangan dok pertikai, golongan macam ni memang wujud.

Tak pelikkah ramai orang muda-muda lagi dah diisytihar bangkrap ? Ramai yang kata depa diisytihar bangkrap sebab kos hidup yang makin meningkat . Setuju ke ? Memanglah setuju kos hidup makin meningkat, tapi itu bukan faktor utama. Ramai yang jarang mengakui punca utama adalah disebabkan 'lifestyle' mereka tu sendiri sebab pendapatan yang diperoleh tak serupa dengan perbelanjaan. Disisi lain pula, kita boleh tengok juga ramai anak-anak muda yang berjaya, bina empayar perniagaan dalam usia muda remaja. Masa zaman dulu fenomena ni jarang sekali kita boleh lihat. Pokok pangkalnya ialah bagaimana kita merancang kewangan dan guna segala kemudahan yang ada untuk 'survive'.


Berbalik kepada cerita apa duit RM50 boleh bagi pada kita pada hari ni. Bunyi-nya macam nilai RM50 tu 'hopeless' sangat . Tapi bagi mereka yang biasa hidup susah, RM50 tu boleh buat macam-macam, asalkan kreatif dan pandai mencari dan menyemak harga. KPDNKK melalui laman 1Pengguna dah sediakan platform untuk orang ramai cari dan rancang perbelanjaan mereka. Kebanyakkan barang yang disenaraikan adalah keperluan asas harian.

Menggunakan maklumat dari laman 1Pengguna tu, untuk negeri Selangor dan harga pada bulan Disember 2016, dengan nilai RM50 kita boleh beli 13 jenis barangan yang sekurang-kurangnya boleh mengenyangkan perut satu keluarga untuk 3 hari. Mungkin nilai RM50 tu tak cukup untuk mereka yang berbelanja lebih dari kemampuan yang ada. Kena ukur baju di badan sendiri, kalau baju tak muat kena cermin diri dan tukar baju lain yang muat . Kalau nak juga pakai baju yang sama kenalah buat sesuatu supaya baju tu muat .

Thursday, December 29, 2016

Ibrahim Ali "Katak" Lawan Ezam "Kotak"

Dalam politik, paling bahaya ialah politikus yang jenis gemar melompat parti. Dari satu parti ke parti yang lain dia melompat asalkan dapat keuntungan. Puak-puak pembangkang dulu gelar politikus jenis ni sebagai katak. Katak yang paling popular ialah Ibrahim Ali, mula-mula lompat ke parti pembangkang dari UMNO, lepas tu dia khianat PAS dan beralih sokongan pada UMNO pulak, lepas tu dia khianat UMNO dan bagi sokongan pada parti lain pula. Fenomena 'katak' ni dilihat makin menjadi-jadi kebelakangan ni, kalau lompat sekali kita faham lah ... ni kalau yang jenis lompat berkali-kali dah jadi apa cerita pulak?


Macam Ibrahim Ali dulu, masa dia lompat balik bagi sokongan pada UMNO macam-macam kemudahan dia dan balachi-balachi dapat dengan gunakan platform PERKASA, yang penaungnya Mahathir. Dah dapat macam-macam kemudahan dan barangkali tak kenyang dan tak dapat apa yang dihajati maka jadilah cerita seperti yang kita nampak hari ni. Nampaknya hari ni kita boleh nampak satu lagi Ibrahim Ali in the making . Sapa tak kenal Ezam Kotak ? Nama Ezam naik zaman reformasi Anwar, dia jadi orang kuat Anwar balun Mahathir kaw-kaw, itu sebab cerita 6 kotak boleh timbul, kononnya 6 kotak yang bakal menyebabkan Mahathir dan kroni-kroni bakal disumbat dalam penjara.

Ezam yang asalnya orang UMNO kemudian jadi PKR masa zaman reformasi Anwar akhirnya berubah semula menjadi UMNO, bukan setakat itu saja .. malah dilantik jadi orang penting di Kementerian Kewangan. Ramai penyokong UMNO yang sebenarnya mengkritik tindakan menerima semula Ezam tapi lama-kelamaan terima dalam keterpaksaan. Hari ni apa yang dijangka jadi kenyataan, Ezam berpaling tadah lagi ... cerita 6 kotak pun timbul lagi , tapi mungkin Ezam lupa kisah 6 kotak yang dijaja selama ini tujuannya untuk menjatuhkan Mahathir, ironinya hari ini ... Ezam berada dalam parti yang ditunjangi Mahathir.

Memetik status FB Faisal Rohban,

"Ezam punya tahap benci kpd Tun M saya tahu wahai kawan2ku sekalian. Saya tahu tahap bencinya setakat mana ? Hatta selepas dia masuk Umno sekalipun bencinya kpd Tun M tidak surut. Dendam dia, marah dia kerana dia ditahan ISA dan dipenjara akibat mendedahkan dokumen bagaimana Dr M melakukan salah guna kuasa melindungi rasuah Rafidah Aziz.

Sebab itu saya terkejut bila dia blh sokong Dr M sekarang. Dlm kepala saya dua sebab saja;
1. Dia dapat dedak gred AAA
2. Dia nak balas dendam kpd Tun M dan akan sabotaj dari dalam.

Kalau dia bukan nak balas dendam kpd Dr M, dia tidak akan berckp lagi hal kotak2 itu. Sebab kotak2 itu sepertimana dia beritahu kita semua dulu adalah bukti2 rasuah dan salah guna kuasa Tun M. Selepas dia masuk PPBM, pada bulan November dlm wawancara dgn Sinar Harian dia masih mempertahankan kotak2 itu dan mengakui ianya masih wujud. Utk apa dia berckp begitu sedangkan dia telah bersama Dr M ? Maknanya ada rancangan dia utk mensabotaj Dr M melalui cara2 tertentu. Dlm pertarungan, jika kita tidak dpt menjatuhkan musuh dgn berperang berdepan, kita kena menyusup masuk dlm pasukan musuh pula. Kita sokong dia,kita lambung dia, kita puji dia, kita ampu dia dan akhir sekali kita keratttt dia...."

Jadi kepada ahli-ahli PPBM, anda semua kena hati-hati sikit dengan Ezam ni ....dia dah pernah buat sebelum ini jadi tak mustahil dia boleh buat lagi . Harap lepas ni UMNO jangan terima jenis makhluk-makhluk yang gemar melompat-lompat ni.

Monday, December 26, 2016

Anina akan lebih dihargai dalam DAP

Anina yang merupakan antara penggerak utama kempen anti-Najib dan antara individu yang bertanggungjawab dalam menubuhkan parti PPBM akhirnya tersungkur dalam parti yang belum sampai setahun ditubuhkan. Punca Anina disisihkan dari parti itu masih menjadi tanda tanya , pelbagai spekulasi dibuat, ada yang berpendapat sikap Anina sendiri mungkin menyebabkan sesetengah ahli dan kepimpinan PPBM naik jelak. Semalam portal berita pro-pembangkang FMT menyiarkan kenyataan Anina mengenai penyingkiran beliau dari PPBM.


Menurut artikel portal berkenaan, Anina disingkirkan kerana dakwaan beliau terbabit dalam dakwaan "skandal mesej seks" dengan bekas pembantu beliau. Sebelum ini, tuduhan ini berlegar-legar didalam ruang maya, namun ramai ahli PPBM menganggap ia hanyalah pro-paganda pro-UMNO bagi memecah-belahkan PPBM, namun dengan penyingkiran Anina semalam ia menjadi bukti bahawa berita yang tersebar adalah angkara ahli parti itu sendiri dan indikasi berlaku pertelagahan dalaman parti.

“Dahulu, ketika saya mempertahankan mereka, saya terlupa tanya apa perasaan mereka. Saya hanya tampil mempertahankan mereka tanpa berfikir banyak,”

Kenyataan Anina di atas merujuk kepada tindakan beliau mempertahankan Muhyiddin dan Mukhriz ketika dipecat dari jawatan tertinggi UMNO . Jelas sekali Anina kecewa dengan kedua pemimpin di atas kerana apa yang dilakukan beliau sebelum ini tidak dihargai semata-mata terpengaruh dengan "skandal mesej seks" bodoh rekaan musuh-musuh Anina dalam PPBM.



Melalui komen-komen FB yang dipaparkan dalam artikel ini, ramai penyokong pembangkang terutama dari PKR dan DAP berharap Anina menyertai salah satu parti itu yang lebih menghargai perjuangan ahli. Anina disaran menyertai DAP dimana beliau akan lebih dihargai disitu. Terdapat banyak juga komentar-komentar penyokong PH yang mengutuk tindakan pucuk pimpinan PPBM menyingkir Anina.


Anina dilihat mempunyai pengaruh yang besar kepada sebahagian ahli-ahli wanita dalam PPBM, tindakan penyingkiran beliau mungkin memberi kesan atau bakal mewujudkan 'wave' tindakan keluar parti secara beramai-ramai oleh penyokong-penyokongnya. DAP mungkin dilihat akan mengambil kesempatan dari situasi yang berlaku ini bagi menggalakkan lebih ramai penyertaan orang Melayu di dalam parti itu.

Wednesday, December 21, 2016

Fitnah Kos MRT, Rafizi Patut Minta Syarikat MRT Corp Saman Beliau & Bukan Najib

Cliche lagi, ini memang style Rafizi ... bila dah kena hantam kantoi buat cerita mengelirukan dia akan cabar orang yang difitnah untuk saman. Setakat ni banyak kes mahkamah yang Rafizi kalah, kes cincin Rosmah dulu .. akhirnya bagi kenyataan bergurau saja. Terbaru Rafizi cabar Najib untuk saman beliau sekiranya dakwaan jumlah keseluruhan projek MRT adalah melebih RM100 billion adalah fitnah semata-mata.

“Saya cabar Najib untuk saman saya di mahkamah dalam masa tujuh hari jika benar jumlah kos projek MRT melibatkan 150 kilometer tidak melebihi RM100 bilion.

“Jika beliau tidak memfailkan tuntutan mahkamah itu dalam tempoh tujuh hari dari hari ini, saya mahu beliau memohon maaf kepada rakyat kerana kenyataan mengelirukan (projek MRT) berjaya berjimat RM2 bilion,” 

Berikut adalah satu pandangan menarik dari sudut perundangan, yang dipetik dari laman seorang pengguna Facebook Y.Vijay ..

Najib Razak tidak boleh saman Rafizi kerana beliau tidak ada lokus standi daripada segi undang-undang untuk buat demikian.

Untuk failkan saman, Najib harus memegang jawatan di dalam syarikat yang bina atau ada hubung kait dengan PEMBINAAN projek MRT ini.

Ini kerana kos yang dirujuk Rafizi adalah kos pembinaan dan bukan "feasibility study" ataupun kos pembentangan idea!!!

Najib selaku ketua sebuah kerajaan hanya beri kontrak kepada satu syarikat untuk bina syarikat tersebut dan pemberian tersebut dilakukan melalui proses tender.

Maka, fitnah Rafizi bahawa kos pembinaan bakal melambung hanya menjejaskan maruah dan imej syarikat yang menang tender tersebut.

Lagipun, kontrak tersebut diberi melalui proses tender. Bermaksud syarikat dengan bidaan paling rendah diberi projek ini.

Maka, segala fitnah mengenai kos pembinaan hanya ada kaitan dengan mereka yang failkan tender tersebut dan syarikat yang menang tender SAHAJA.

Adakah logik untuk Najib failkan saman terhadap Rafizi kalau kos pembinaan melambung walaupun Najib sekadar beri cadangan untuk bina MRT dan bukan binanya?

Paling kurang pun, Najib hanya boleh saman syarikat menang tender tersebut kalau kos melambung
(Itu pun Najib tak boleh buat kerana kos sebenar setakat kini adalah kurang 2 billion daripada kos anggaran. Nak saman sebab siapkan projek dengan lebih murah? Minta maaf BN bukan macam Kerajaan Selangor yang belanja jutaan ringgit untuk cat gerbang sahaja!)

Thursday, December 15, 2016

Indikator-indikator Malaysia Bakal Bangkrap

Sejak Najib Razak jadi PM hinggalah ke hari ini, kita tak putus-putus dihidangkan dengan cerita yang negara ini akan bankrap, krisis kewangan dan macam-macam lagi tuduhan bagi menyakinkan rakyat yang memang negara ini dalam KRISIS yang teruk ! Malah kebelakangan ni sejak Mahathir bersama-sama berdiri sebaris dengan kepimpinan pembangkang dan DAP, cerita pasal krisis negara Malaysia yang hampir bankrap diperhebatkan lagi.

Penulis-penulis politik yang cenderung menyokong Mahathir yang ramai daripadanya tidak mempunyai latar belakang pendidikan berkaitan ekonomi bercerita mengenai krisis ekonomi dalam negara yang membelengu kini seolah-olah macam Professor ekonomi ... depa main tulis saja berpandukan persepsi, campur sikit-sikit teori nampak cara penulisan memang macam pakar.. , peliknya dalam penulisan mereka ini, tak pula dibandingkan krisis tahun 98, semasa Mahathir masih memegang kuasa?

Kalau penulis-penulis pro-Mahathir seperti Kadir Jasin dan Syed Akbar malas buat research dan perbandingan, keadaan ekonomi 98 dan sekarang .. mungkin mereka boleh merujuk kepada 4 infografik berikut .  Apa yang ditunjukkan adalah fakta dan bukan direka-reka, tak dinafikan ekonomi mana-mana negara akan ada turun dan naik, apa yang berlaku sekarang di Malaysia tidak seteruk krisis 98 bila ramai businessman terutama orang Melayu yang gulung tikar.

Kadar tukaran matawang kita sekarang hampir sama seperti krisis yang berlaku pada tahun 98, tetapi aktiviti ekonomi masih giat dan aktif, takde cerita pasal peniaga gulung tikar pulak ? Malah katanya, budak-budak muda yang kaya raya sekarang pun dah makin ramai. Jadi infografik di bawah mungkin berguna untuk menjawab tuduhan kononnya ekonomi Malaysia sekarang dalam krisis.

Blogger Lim Sian See , menjelaskan infografik-infografik seperti berikut ;


"Kalau Malaysia dalam krisis, maksudnya jualan dan pendaftaran kereta baru akan menjunam - seperti pada tahun 1998 yang jatuh lebih dari 59% dalam jangka masa satu tahun.

Sebaliknya, penjualaan kereta di Malaysia masih kukuh di paras yang tinggi berbanding tahun sebelumnya - walaupun mengalami kejatuhan 13% kerana perintah Bank Negara untuk mengurangkan pinjaman bank untuk pembeli kenderaan dan rumah." - LSS



"Sebenarnya, Ringgit hanya jatuh 16% berbanding dengan kadar pada tahun 2009. Kadar FOREX sememangnya ada naik dan turun. Kenaikkan Ringgit tahun 2009 to 2013 kepada tahap setinggi USD1 = RM 2.93 ialah kerana faktor harga minyak dunia yang tinggi dan aliran wang asing masuk ke Malaysia kerana kemelut ekonomi Amerika Syarikat.

Pada tahun 2014 pula, harga minyak dunia mula turun dan aliran wang asing sudah mula mengalir balik kepada Amerika Syarikat kerana ekonomi mereka pulih.

Tetapi dalam tahun 1998, kejatuhan Ringgit sebanyak 45% berlaku pada masa yang sangat singkat - tanpa pengaruh faktor-faktor lain seperti harga komoditi dunia ataupun kemelut di ekonomi Amerika. Ini benar-benar krisis dan tidak sama dengan keadaan sekarang.

Ini ialah sebab Ringgit terpaksa ditambat ke paras USD1=RM3.80 pada masa itu." - LSS


"Tahun 1998, banyak bank-bank yang terancam akibat hutang-hutang yang tidak dapat dikutip semula. Keadaan ini sudah tahap kritikal sehingga perlunya karajaan untuk menubuhkan DanaHarta dan DanaModal untuk menyelamatkan bank-bank dan syarikat-syarikat yang bankrap.

Tahun 2016 sangat berbeza. Nisbah hutang tak berbayar rendah dan keuntungan bank-bank Malaysia adalah baik dan meningkat. Tiada sebarang keperluan untuk dana-dana penyelamat seperti DanaHarta dan DanaModal. " - LSS


"Pada tahun 1998, kadar faedah pinjaman bank naik setinggi 13.5% kerana bank-bank Malaysia kekurangan wang dan keperluan Bank Negara pada masa itu untuk mempertahankan nilai Ringgit. Bila kadar pinjaman naik, pelabur asing akan tertarik untuk melabur di Malaysia untuk menikmati pulangan yang simpanan bank yang tinggi. 

Kadar pinjaman yang tinggi pada masa itu menyeksa banyak peminjam individu mahupun korporat - mengakibatkan banyak yang muflis dan mengakibatkan ratusan projek-projek yang gagal.

Tahun 2016 pula, kadar pinjaman bank rendah pada tahap 4.5% - malah, sudah dua kali diturunkan tahun ini." - LSS


6 lagi indikator lain  adalah seperti yang dijelaskan dalam blog LSS di sini:

http://limsiansee.blogspot.my/2016/12/10-petunjuk-malaysia-dalam-krisis.html

Monday, December 12, 2016

DAP Bimbang Dipinggir Jika Blok Ke-3 Pembangkang Berjaya Ambil Alih Kerajaan?

Parti PAS dikatakan sebagai blok ke-tiga pembangkang yang bermotifkan 'dedak' . Itu adalah kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Setiausaha Agung DAP, P Ramasamy selepas parti itu dan proksi-Melayunya, parti Amanah tidak dijemput untuk bersama-sama mengambil bahagian dalam satu ceramah mega yang akan diadakan pada malam ini.

PAS dikatakan sengaja menjemput PKR dan PPBM dalam ceramah mega yang akan diadakan malam ini di Paya Jaras dalam usaha untuk membentuk blok ke-tiga pembangkang di Selangor tanpa melibatkan parti Amanah dan DAP. Tindakan PAS itu dikatakan berniat memecah undi orang Melayu kepada pembangkang dan menurut Ramasamy ini dilakukan sebab PAS makan terlalu banyak dedak dari UMNO.

Nampaknya DAP makin panas dengan PAS, parti itu tahu pengaruh parti PAS di kalangan orang Melayu sangat kuat, sokongan orang Melayu terhadap AMANAH dan PPBM hanyalah suam-suam kuku saja. DAP tahu kenyataan itu .. dan DAP tahu sokongan orang Melayu terhadap PPBM adalah lebih sedikit berbanding AMANAH disebabkan faktor Mahathir.

Untuk menang pilihanraya, Pakatan Harapan perlu sokongan orang Melayu dan DAP nampak harapan untuk dapat sokongan Melayu kepada Pakatan Harapan sekarang hanyalah melalui PKR, PAN, PPBM ... itu pun sokongan yang biasa-biasa saja . Tapi bila PAS dah mula menggamit dan bagi isyarat supaya PKR dan PPBM bersama-sama dengan mereka dan meninggalkan AMANAH dan DAP , maka bagi DAP potensi untuk mereka menakluk Putrajaya takkan kesampaian. Maksud tersirat disini ialah kalau blok ketiga pembangkang yang dikepalai PAS berjaya takluk Putrajaya dan merampas dari kerajaan BN, DAP dan AMANAH akan melopong tengok dari luar pentadbiran saja .. kah kah kah.


Tuesday, December 6, 2016

Tabiat Mahathir Sindir Musuh Guna Sentimen Islam Makan Diri

Cerita pasal mantan PM bercakap pasal agama kadang-kadang cukup meresahkan penyokong-penyokong beliau. Cara beliau bercakap seperti memperlekehkan soal agama Islam itu sendiri. Hal ini antara salah satu punca PAS dan penyokong-penyokong mereka cukup anti dengan UMNO, walhal tak semua orang dalam UMNO itu setuju dengan apa yang diperkatakan Mahathir. Mungkin disebabkan dah jadi Presiden UMNO selama 22 tahun, PAS dan penyokong-penyokongnya melihat Mahathir dan UMNO adalah sinonim. Pada mereka pandangan Mahathir adalah pandangan UMNO.

Pernah satu ketika dikala persidangan UMNO 1997, Mahathir bercakap soal menutup aurat dikalangan wanita, hal itu benar-benar terkesan dalam hati orang-orang Islam. Natijahnya, apabila pilihanraya berlaku, UMNO kehilangan sokongan orang-orang Melayu selain faktor gelombang reformasi apabila Anwar Ibrahim disumbat ke dalam penjara.



Dalam persidangan UMNO pada September 1997 di PWTC, Mahathir antara lainnya menyebut ;

"Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahilliyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat"

Selepas isu menutup aurat, Mahathir sekali lagi bercakap soal sunnah Rasullullah mengenai janggut di majlis tertutup Majlis Agama Kebangsaaan juga pada tahun 1997.



"Dia bukan ada Gillette. Zaman nabi ada Gillette ke? Tak dak. Pisau cukur pun tak dak masa tu"


Cerita pasal kenyataan Mahathir mengenai sunnah janggut nabi dan pisau cukur itu dijadikan modal oleh pemimpin-pemimpin pembangkang untuk berceramah. Malah pernah dibangkitkan sendiri oleh Nurul Izzah dalam satu ceramah beliau. Orang-orang UMNO masa tu cukup malu dan memang terkedu tak tau nak jawab apa bila hal berkenaan dibangkitkan oleh Presiden sendiri. Nak kata fitnah pun tak boleh sebab dah terang-terang ada bukti. 


Terbaru , hari Ahad lepas .. Mahathir buat lagi peel lamanya . Kini lebih teruk, kita faham dia cukup benci dengan Najib dan isu RM2.6bil dan 1MDB-nya . Tapi perlu ke guna contoh zaman Nabi lagi ??? Dibuat kenyataan tu dalam majlis rasmi DAP pula, yang dah terang-terang tak bersetuju dengan konsep Islam , soal RUU355 pun dah melompat-lompat depa bantah.  Hal berkenaan Nabi tak perlu-lah dijadikan bahan lawak atau sindiran, lebih-lebih lagi dalam majlis rasmi penentang hukum Islam. Guna sajalah contoh lain tanpa gunakan elemen agama, nak berpolitik dan cari sokongan pun berpada-padalah ..


Monday, December 5, 2016

DAP Hanya 'Jahat' & 'Rasis' Semasa Mahathir Jadi Perdana Menteri

Kehadiran Tun Mahathir di DAP National Conference semalam mengejutkan ramai pihak. Bukan apa, sebab selama ini pemikiran orang Melayu terutama yang menyokong UMNO dah di-tanamkan bahawa DAP itu jahat, DAP itu rasis dan sebagainya, orang yang tanamkan pemikiran semacam ini kepada orang-orang Melayu selama 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO tak lain tak bukan ialah Tun Mahathir itu sendiri. Jadi bila beliau berada sebaris dengan kepimpinan tertinggi DAP di DAP National Conference semalam menimbulkan tanda tanya pada banyak pihak.



Sebelum itu, pada 25 Nov 2016 salah seorang kepimpinan tertinggi DAP, Anthony Loke mengeluarkan kenyataan di media bahawa Tun Mahathir tidak dijemput dalam perhimpunan agung DAP memandangkan parti PRIBUMI bukanlah salah satu elemen di dalam Pakatan Harapan.  Loke berkata hanya pemimpin parti politik yang berada dalam gabungan Pakatan Harapan yang dijemput.


Malah semasa perhimpunan agung DAP itu berlangsung, Tun Mahathir juga teruk dikecam oleh salah seorang perwakilan DAP dalam ucapan beliau. Perwakilan DAP dari Taman Chai Leng Shamsher Singh menyamakan Tun Mahathir seperti 'bapa ayam' dan 'ular' , walau bagaimanapun beliau didesak oleh Lim Guan Eng supaya menarik kembali kenyataannya itu. 


Terkini, ahli DAP berkenaan mengumumkan untuk keluar dari parti DAP , mungkin tindakan beliau semalam adalah kerana Tun Mahathir telah dijemput dan duduk sebaris dengan pemimpin-pemimpin tertinggidalam konvensyen DAP semalam.


Kini timbul tanda tanya ramai pihak termasuk di kalangan ahli-ahli parti DAP itu sendiri, mengapa Tun Mahathir yang pada mulanya tidak dijemput untuk menghadiri persidangan secara tiba-tiba dijemput disaat-saat akhir, malah duduk pula sebaris dengan kepimpinan tertinggi DAP ? Penulis politik RPK berpendapat itu adalah tindak tanduk terdesak Lim Kit Siang bagi menunjukkan DAP bukanlah parti rasis sebagai respon kepada video yang dipertontonkan Presiden UMNO sehari sebelum itu yang menunjukkan elemen-elemen rasis yang dimainkan DAP semasa PRN Sarawak sebelum ini.  Tentu ramai masih ingat bagaimana penceramah superstar DAP, berceramah dalam bahasa Cina semasa PRN Sarawak dahulu antaranya mengungkapkan perkara guna Melayu untuk 'hantam' Melayu ?



Thursday, December 1, 2016

"Melayu Jadi Bodoh Kerana Mau Undi" - Mahathir , Utusan Julai 2012

Selepas PRU-13 dahulu , PM Najib Razak teruk dihentam oleh sebilangan orang-orang Melayu disebabkan terlalu banyak kemudahan diberikan pada komuniti Cina tetap kaum Cina tetap tidak menyokong kerajaan Barisan Nasional berdasarkan keputusan PRU-13. Antara yang hebat mengecam kaedah Najib untuk mengambil hati kaum Cina ialah mantan Perdana Menteri , Tun Mahathir . Tun Mahathir seolah-olah membidas Najib apabila pentadbiran di bawah pimpinan Perdana Menteri mengiktiraf lebih 70 kursus kolej TAR bagi pengajian Diploma dan Diploma Lanjutan.


Dalam satu temuramah dengan akhbar Utusan Malaysia pada awal July 2012, di bawah tajuk Dilema Melayu Hari ini, Tun Mahathir berkata



“Saya berpendapat kita sudah kaku dan tidak menjawab balik kerana takut dituduh rasis. Sampaikan tuntutan dibuat yang melanggar perjanjian dahulu pun kita tak jawab."

“Malah, mereka buat lebih tuntutan lagi,”

"Jika dahulu untuk masuk kerja kerajaan diploma hanya melibatkan universiti awam tetap sekarang ini diploma daripada Kolej Tuan Abdul Rahman, kita kena terima. Ini semua kerana kita mahu undi. Semua perkara yang berlaku ini adalah kerana kebodohan orang Melayu"

Nampaknya kata-kata bekas PM itu akhirnya seperti meludah ke langit tepat kena muka sendiri . Mana tidaknya , kerjasama parti "bungaraya" dan "roket" sekarang adalah kerana mahu undi. Entah mana pergi-nya prinsip Tun Mahathir kini ?

Tuesday, November 29, 2016

Akaun Palsu 'Rosmah' Di Media Sosial Bakal Disiasat SKMM?

Isteri Perdana Menteri semalam menafikan bahawa beliau memiliki sebarang akaun media sosial. Malah sebelum ini pun dah banyak kali penafian dibuat apabila sesuatu isu itu meletup gara-gara penggunaan akaun media sosial menggunakan nama Rosmah Mansor . Dalam kenyataan beliau semalam, isteri Perdana Menteri itu memaklumkan terdapat lebih kurang 20 akaun Facebook menggunakan nama beliau .



Dari apa yang penulis sendiri survey, jumlah yang menggunakan akaun Facebook beliau itu sebenarnya lebih banyak. Kita dah sedia maklum, mereka yang mencipta akaun itu sendiri terdiri daripada 'haters' yang sengaja nak memperlekeh dan menghina isteri Perdana Menteri . Dah sedia maklum mereka ini terdiri daripada penyokong-penyokong tegar pembangkang . Menggunakan media sosial menyebarkan dakyah untuk menghasut orang Malaysia yang cukup mudah terpengaruh dengan fitnah-fitnah di media sosial.

Kalau zaman 98 dahulu, cara yang sama digunakan untuk memperlekehkan mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir dengan lukisan firaun dan sebagainya, manakala Tun Siti Hasmah pulak diperlekehkan kerana tak memakai tudung dan tuduhan rambut botak, palsu dan sebagainya. Kini hal yang sama turut dilakukan kepada PM dan isterinya pada hari ini. Tak mustahil sekiranya pengganti PM juga akan diperlakukan hal yang serupa.

Berbalik kepada akaun-akaun media sosial palsu yang menggunakan nama Rosmah Mansor, ada beberapa akaun palsu ini dilihat tidak lagi aktif , manakala ada yang dilihat sangat aktif dan mempunyai puluhan ribu follower. Mungkin dah SKMM perlu bertindak tegas menyiasat pemilik akaun-akaun palsu yang menggunakan nama individu lain ini . Bukan terhad kepada Rosmah saja , malah kepada semua yang terlibat , termasuk pemimpin politik baik dari pembangkang atau kerajaan, dan selain artis-artis yang kerap dilihat menjadi mangsa.



Kalau dilihat dalam carian google, bila dah jadi sesuatu isu yang besar barulah pihak bertanggungjawab kelam kabut nak siasat dan yang paling malang sekali bila individu yang mana namanya digunakan itu telah mendapat nama buruk.

Saturday, November 26, 2016

Zunar Masuk Lokap, Pameran Kartun Hasut & Provok,

Tersiar di portal-portal berita sebentar tadi, kartunis Zunar yang terkenal dengan main propaganda "hasut melalui kartun" telah di tahan oleh polis sebentar tadi. Penahanan beliau dikaitkan dengan  pameran awam yang diadakan semalam yang memaparkan kepada umum kartun2 menyindir PM & isteri-nya.

Difahamkan pameran itu mendapat sokongan kerajaan negeri Pulau Pinang, faham sendiri lah kalau dah kerajaan negeri pimpinan DAP mereka memang dah biasa buat sesuatu yang melanggar undang-undang, tentu ramai masih ingat bagaimana samseng2 DAP bertindak seolah-olah seperti polis bila menubuhkan pasukan keselamtan sendiri.

Berbalik kepada cerita penahanan Zunar, polis bertindak dengan sewajarnya. Zunar jelas dilihat berniat jahat seolah-olah cuba menghasut orang ramai yang hadir di expo beliau untuk membenci Perdana Menteri melalui karya-karya yang dipamerkan. Pameran itu juga boleh dilihat sebagai satu provokasi kepada penyokong-penyokong kerajaan, yang mana hasilnya semalam pameran Zunar itu diserang penyokong-penyokong kerajaan.

Sekiranya pemimpin-pemimpin pembangkang percaya kepada 'kebebasan karikatur' dan mahu Zunar dibebaskan, mereka perlu berlaku adil bila satu hari nanti ada pula pihak lain menganjurkan ekspo yang serupa menghasut orang ramai untuk membenci pimpinan kerajaan negeri Pulau Pinang. Banyak juga isu boleh dibangkitkan dalam ekspo itu antaranya isu banjar, penarahan bukit, pembangunan tidak terkawal, banglo murah ketua menteri dan macam-macam lagi... ehhh ada satu lagi yang terbaru RUU BABI

Wednesday, November 23, 2016

Bersifat Hipokrit,'Statement' Mahathir Dikecam Penyokong Pembangkang

Ramai yang mengecam bila mantan PM, Tun Mahathir buat kenyataan kononnya di tahun 2016 ni, Malaysia sepatutnya dah mendahului Singapore. Kenyataan yang dibuat itu jelas nak menunjukkan selepas jawatan PM yang dipegang beliau selama 22 tahun itu dilepaskan, negara mula jadi huru-hara. Apa yang disebut itu juga seolah-olah nak menyalahkan PM yang mentadbir Malaysia selepas beliau gagal menyebabkan Malaysia terus berada di belakang Singapore !


Kecaman yang dibuat di media sosial dilihat datang dari latar belakang pelbagai kaum, tapi mesej jelas yang ingin disampaikan mereka selari iaitu selepas 22 tahun memerintah , mantan PM itu sendiri gagal membawa Malaysia terkehadapan berbanding Singapore . Apa yang berlaku pada hari ini adalah disebabkan 'kerja' mantan PM itu sendiri . Dilihat sekarang, Tun Mahathir makin galak berbicara dengan rakyat seolah-olah apa yang berlaku kini tak ada langsung kaitan dengan apa yang beliau buat dulu.

Artikel bahasa Inggeris yang disiarkan media pro-pembangkang Free Malaysia Today antaranya menyiarkan komen-komen berikut ;

"u make half boiled eggs....to become administrater nd minister under ur leadership. now they become rotten eggs nd stinking internationaly.....congrates tun. karma teach u lesson."

"Malaysia has been set on the wrong track for decades..not juz recently although the recent development has worsen Malaysia..we knw the current party has been in power for too long n there is not independence, segregation of authority n oversight body..Tun has been in power b4 n is long enuf to change tis..yet juz by commenting such statement like any of us do not help at all but make us feel more depressed.."

"Dr M ... if as a minister in Tun Razak's administration you had sincerity, if as Education Minister and then DPM you had vision, if as Prime Minister you had integrity and made a force to reckon with by ensuring Malaysia had a world class education platform --- Malaysia would have surpassed Singapore.

You supressed people as you did your cabinet and alliance partners.

You are the reason you claim Malaysia is facing at this present time - being a distant second to Singapore...

You sleeping with Opposition is your way to avoid being the focus ...

You are the biggest con and hypocrite there is!"













Berdasarkan komen-komen di atas dan banyak lagi komen-komen lain, kenyataan yang dibuat Mahathir menunjukkan beliau sangat terdesak menjatuhkan Najib hingga bersikap hipokrit seolah-olah cuba mengalihkan perhatian rakyat mengenai perkara-perkara yang pernah beliau lakukan dahulu.

Tuesday, November 22, 2016

Pendapatan Ibu/Bapa Bawah RM 1,500 untuk Layak Masuk Program PERMATA

Bila PERMATA mula-mula ditubuhkan, macam-macam tanggapan negatif diberikan . Kononnya sebagai lubuk untuk Rosmah buat duit dan macam-macam lagi. Selepas beberapa tahun, baru lah hasilnya nampak, program PERMATA terbukti berkesan malah diiktiraf di peringkat antarabangsa. Tak payah nak pertikai, boleh google keyword PERMATA dan boleh cari senarai pengiktirafan yang diperoleh, lagipun dah banyak ditulis dalam entri-entri sebelum ni.

Baru-baru ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato Seri Azalina telah mendedahkan bahawa seorang bekas pelajar PERMATA telah berjaya diterima masuk ke dalam universiti seawal usia 15 tahun. Ramai juga yang lain dah berjaya menamatkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda dan diterima masuk ke program pengajian di luar negara . Bayangkan baru dilaksanakan dalam tempoh lebih kurang 8 tahun, banyak cendiakawan-cendiakawan muda dihasilkan.

Satu fakta yang menarik berkenaan program PERMATA yang mungkin ramai tidak tahu ialah program ini bukan untuk orang-orang elit. Orang kaya dah ada banyak duit, anak-anak diaorang yang cerdik takkan menghadapi masalah untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dengan duit mak bapak. Bayangkan di kalangan anak-anak orang yang berpendapatan rendah. Anak otak bijak , tapi mak bapak tak berapa nak ada duit nak 'push' lagi anak ke depan. Jadi terpaksalah si anak faham kesusahan mak bapak.

Program PERMATA sebenarnya adalah jalan keluar untuk bantu anak-anak yang cerdik pandai, genius tetapi mak bapak kurang berkemampuan untuk kembangkan lagi kemampuan anak-anak mereka. Dalam satu temuramah bersama Datuk Rizal Mansor, yang terlibat secara langsung dalam program PERMATA, beliau menjelaskan anak kepada pasangan ibu bapa yang mendapat gaji di bawah RM1,500 sahaja layak memasuki Pusat Permata Negara (Permata). Jadi dakwaan bahawa PERMATA adalah untuk anak-anak orang elit adalah tak benar sama sekali. 

Mungkin selepas ini apabila Kolej Permata Pintar yang berjaya disiapkan dalam tempoh 11 bulan beroperasi sepenuhnya, kita akan dapat melihat hasil-hasil yang lebih memberangsangkan. Harapnya kanak-kanak yang membesar di bawah program PERMATA ini tidak terpengaruh dengan dakyah-dakyah negatif yang dilemparkan sebelum ini. Kita juga harap, anak-anak generasi PERMATA dapat menyekolahkan generasi-generasi muda sekarang yang dilihat sedikit hilang arah dan mudah dimanipulasi fikiran mereka.

Thursday, November 17, 2016

Kebetulan Lepas Jatuh Hukum 18 Bulan , Rafizi difitnah Penganjur Parti Seks . Simpati Tak ?

Kesian Rafizi ... belum sejuk cerita pasal kena hukuman penjara 18 bulan , timbul pulak cerita fitnah dia ni sebagai penganjur parti seks bogel . Kebetulan pulak ya ? Hal berkenaan disiarkan di laman Facebook beliau semalam . Antara komen Rafizi adalah seperti berikut ;


"Saya baru dihubungi oleh pegawai polis dari IPD Shah Alam yang ingin menyiasat satu sebaran iklan mengenai penganjuran parti seks bogel.

"Saya baru mendapat salinan iklan tersebut yang disertakan bersama," 

"Saya memohon supaya mereka yang berhajat untuk menyertai parti sebegini, jika mereka membaca berita ini, berhenti menelefon atau menghantar (kiriman) WhatsApp kepada saya,"

Menurut Rafizi , nombor telefon beliau disalah gunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk aktiviti-aktiviti sebegini. Rafizi juga berkata ini bukan kejadian kali pertama malah pernah berlaku beberapa kali sebelum ini nombor telefon beliau digunakan untuk iklan seks , pelacuran dan sebagainya.

Kalau dah jadi macam ni, tak lain tak bukan orang akan dengan mudah menuduh ini kerja orang UMNO/ BN, secara tak langsung menimbulkan simpati kepada Rafizi . Al-maklumlah dah la dikenakan hukuman penjara 18 bulan, kena tuduh pulak sebagai penganjur parti seks. Pusing-pusing persepsi orang ramai akan kata ini kerja musuh politik Rafizi.



Takkan lah UMNO/BN bodoh sangat nak buat kerja 'underground' ini macam ? Tentu strategis2 di sana akan faham hal macam ni hanya akan menimbulkan simpati pada Rafizi dan yang dapat political mileage adalah Rafizi juga. Jadi soalannya adakah ini sendiri mungkin kerja 'underground' team di sebelah sana ? Depa kalau 'berlakon' untuk dapatkan simpati memang cukup handal ? Ingat lagi macam mana Rafizi berlakon kena gari walhal takde pun gari kat tangan beliau ???

Tuesday, November 15, 2016

Jamal Yunos 'Berdarah Hidung' Lagi , Adam Rosli Bakal Kemuka Bukti

Hari ni Dato Jamal 'hidung berdarah' buat gila lagi ! Kali ni Dato Jamal sewa helikopter semata-mata nak rakyat tengok sendiri mahligai AMK PKR yang baru berumur 28 tahun punyai rumah designnya ala-ala Disneyland . Memang melompat la bos kepada budak ni a.k.a Zuraidah Ampang . Menurut Zuraidah kekayaan yang dimiliki AMK PKR berkenaan takda kaitan dengan kerja-kerja politik beliau.  AMK PKR berkenaan yang menurut sumber-sumber tersebar di Facebook dah ada gelaran Dato' . Dato' Adam Rosly ni menurut Zuraidah Ampang seorang anak muda yang suksess dalam businesss .


Bila penulis korek punya korek pasal Dato' Adam Rosli ni , terjumpa satu posting yang menarik yang diterbitkan artikelnya pada tahun 2013 oleh blogger Pemuda UMNO Putarjaya . Link artikel berkenaan disini

http://pemudaumno-putrajaya.blogspot.my/2013/01/inilah-budak-mentah-yang-selama-ini.html

"Nama : Adam Rosly
Umur : 26 tahun
Pendidikan : SPM

Apa yang penulis akan coretkan di sini merupakan sumber yang diberikan oleh kepimpinan PR Ampang sendiri yang tidak berpuas hati dengan mamat di atas ini. Tak perlulah penulis mention sama ada parti PKR, PAS ataupun DAP sebab yang pentingnya, ketiga-tiga parti ini memang haprak.

Berbalik pada story asal, inilah ceritanya.

Ada seorang tokoh korporat yang berstatus 'Tan Sri' telah berniat ikhlas untuk memberikan sumbangan peribadi untuk pembangunan & maintenance sebuah Masjid di dalam kawasan Lembah Jaya, Ampang. Sumbangan yang disampaikan Tan Sri tersebut tidak sampai jutaan RM tapi bagi rakyat seperti saya, jumlah RATUSAN RIBU RINGGIT itu memang banyak.

Untuk info, Lembah Jaya terletak dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di mana wakil rakyatnya terdiri daripada wakil PAS iaitu Kassim Abd Aziz dan Parlimennya pula dipegang oleh PKR, Zuraidah Kamaruddin."

Nak tau berita lanjut , boleh klik link di atas dan baca sepenuhnya. Rupa-rupanya cerita Adam Rosli ni bukan cerita yang baru, kesah lama .... dibocorkan oleh orang-orang PKR yang tak berpuas hati dengan budak mentah ni jugak .  Dan dengan restu Zuraidah Kamaruddin , Adam Rosli juga dikatakan telah dilantik memegang jawatan selaku Penggerak Belia Tempatan (PeBT) Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Jadi berdasarkan cerita Zuraidah dan latar belakang Adam Rosly ini sendiri , penulis yakin Adam Rosly telah difitnah oleh Dato' Jamal .... Adam Rosly bijak menabung sejak kecil lagi dan kemudiannya pandai mengembangkan bisnes-bisnes tanpa ada campur tangan puaka Mak Lampir. Mungkin sebab ini 'Dragon Queen' mahu berguru dengan Mak Lampir. Kah kah kah..



Thursday, November 10, 2016

Orang Kuat Mahathir, Mathias Chang Tolak Kerjasama Dengan Soros (Bersih) ?

Merujuk kepada blog Rocky Bru ...

http://www.rockybru.com.my/2016/11/well-do-trump-on-najib.html

Satu perenggan yang menarik perhatian penulis dari artikel yang disiarkan oleh Rocky adalah beliau memetik kata-kata orang kuat mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir, Mathias Chang sejurus selepas Trump diumumkan pemenang.

"What a sweeping victory. Trump won the Presidency, the Senate and House of Representatives.  No quarters given and no quarters asked. He was betrayed by party scumbags corrupted by the Obama/Clinton Crime Syndicate. They sabotaged his campaign. Top party leaders did not turned up at the party convention when he won the nomination. Then these criminal scumbags declared they will vote for criminal Killary in the election. He spent his own money. The bulk of his campaign funding. Yet, inspite his flaws and never ran for any public office he trash all his opponents because he at least dare say in the most blunt terms the truth about his country - bankrupt and dying and inspire his people to defeat the scumbags and save America, turn their backs on the criminal war agenda by the Neocons anf to work for peace in Syria and the Middle East with Russia. God indeed work in mysterious ways. I was not right.  God was right and all I did was to pray and have absolute faith in HIM to answer my prayers and millions the world over for global peace.  Not pawns to Soros zionist money and schemes to control the nations that he had targeted under the guise of philantrophy. Allah be praised. God willing Malaysia will be saved from the same scourge of corruption. But we must be vigilant. Trump did not bow to Soros money.  We do not need Soros or any Zionist money to defeat the Najib regime.  All we need is Allah's blessing. Pray."




Apa yang diucapkan Mathias adalah sesuatu yang agak ironik . Ringkasnya apa yang diperkatakan Mathias seperti yang penulis faham adalah seperti berikut ;

Beliau menunjukkan sokongan dengan kemenangan Trump , menurutnya Trump menang walau disabotaj teruk oleh team Obama/Hillary. Mathias turut memuji Trump menggunakan dana sendiri untuk kempen dan berani bercakap benar pasal keadaan US yang semakin teruk.  Mathias menyatakan Trump boleh menang pilihanraya US tanpa menggunakan dana Soros. Akhir sekali, Mathias menyatakan kumpulan yang ingin menumbangkan Najib juga tak perlu dana Soros utk pilihanraya akan datang.


Kalau dianalisa kata-kata Mathias itu, apa yang boleh kita nampak ialah satu hipokrasi yang Melampau. Mathias sebagai orang kuat mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir sepatutnya menasihatkan boss nya itu supaya jangan berharap dengan Bersih, Malaysiakini dan entiti-entiti seangkatan dengannya kerana semua itu berasal dari Soros ! Mathias , Tun Mahathir dan pendokong-pendokong parti baru BERSATU sepatutnya menjauhkan diri dari entiti-entiti yang ada kaitan dengan Soros iaitu BERSIH, Malaysiakini malah mungkin PKR dan DAP sekalipun.



Namun tindakan yang ditunjukkan pemimpin-pemimpin BERSATU, termasuklah pemimpin utamanya yang pernah menjadi musuh ketat Soros, ke hulu-hilir bersama-sama dalam program yang dianjurkan dengan menggunakan dana Soros . Apa lu cakap tarak serupa bikin ka Mathias . Depa nak tipu siapa ni sebenarnya ??



Wednesday, November 9, 2016

Percaturan Soros di Malaysia Gagal Bila Trump Menang Pilihanraya Presiden

Donald Trump sahih jadi Presiden US menggantikan Barrack Obama . Nampaknya strategi penyangak matawang nak mengenakan Najib Razak gagal . Sebelum ini, kecoh dalam media apabila John Pang yang merupakan salah seorang 'board' dalam Open Society Global Board yang ditubuhkan George Soros menulis satu memo yang bertajuk "The TPP and Malaysia's Corruption Crisis" yang menyelar tindakan Presiden Obama yang memberi sokongan kepada Perdana Menteri Najib Razak. John Pang sebelum ini juga pernah menulis satu artikel yang disiarkan New York Times pada tahun 2013 apabila menuduh mantan Perdana Menteri Tun Mahathir membawa 700,000 muslim dari Selatan Filipina untuk keuntungan politik.



Berbalik kepada kaitan antara Soros dan kempen politik Clinton , pada bulan Mac 2016 , ketua kempen politik Hillary Clinton , Podesta, telah menerima email dari Michael Vachon yang merupakan jurucakap Soros . Emel yang diterima Podesta turut menyelitkan sisipan memo yang ditulis John Pang (TPP and Malaysia).  Seterusnya Podesta turut berkongsi emel yang diterima itu kepada beberapa lagi individu yang bekerja untuk kempen politik Clinton. Seterusnya pada 15 Mac 2016, Podesta dikatakan telah bertemu George dan Alex Soros untuk berbincang mengenai perkara ini.


Keputusan pilihanraya US menunjukkan strategi Soros yang menjadikan John Pang, barua dari Malaysia yang menggantikan Anwar Ibrahim gagal. Clinton tewas, strategi Soros nampaknya terbantut, walau bagaimanapun tak mustahil ada 'back-up' plan dari kumpulan Soros sendiri untuk berunding dengan Trump. Rata-rata pemimpin pembangkang di Malaysia juga dilihat kecewa apabila Trump diumum menang sebagai Presiden US, ramai daripada mereka sebelum ini dilihat kuat menyokong Hillary berdasarkan komen2 di laman media sosial.

Walau bagaimanapun, ada juga diantara macai-macai bergembira dengan keputusan ini dengan harapan isu MO1 ini boleh dibangkitkan kembali, dan tak mustahil akan ada pihak dari Malaysia akan menjolok Presiden US yang baru ini untuk mengenakan tekanan terhadap Najib Razak. Namun bila melihat balik laman FB Najib Razak, ucapan tahniah yang dibuat menunjukkan beliau seolah-olah pernah berjumpa Trump sebelum ini ... kalau betul , alamatnya 'frust' lah golongan yang mengharapkan Presiden baru ini boleh kenakan tekanan terhadap Najib Razak


Tuesday, November 8, 2016

Pilihanraya di Zaman Mantan PM Dulu Lebih BERSIH ?

"Kuning berjuang untuk membersihkan pilihan raya. Baju merah yang menentangnya tentulah berjuang untuk pilihan raya yang kotor. Oleh kerana kekotoran yang dipertahan oleh baju merah ialah kekotoran Kerajaan, maka merah bersetuju dengan tuduhan baju kuning bahawa Kerajaan bergantung kepada yang kotor untuk menang pilihan raya."


Petikan yang di ambil dari blog Chedet ini sesungguhnya pasti membuatkan sekutu-sekutu beliau sekarang ketawa mengekek bila dibaca berulang-ulang kali. Ia seolah-olah mantara hipokrit terhebat dalam sejarah politik negara ini. Tulisan Chedet seolah-olah menunjukkan sistem pilihanraya di Malaysia ini penuh dengan kekotoran terutamanya yang berlaku sekarang di zaman Najib Razak menjadi Perdana Menteri.


Mungkin ini ada perbualan 'mengumpat' kawan 'baru' yang berlaku di antara pemimpin-pemimpin Pakatan DAP, PKR dan PAN .. manakan tidak , orang yang paling lama memegang jawatan PM di negara ini dan memenangi 5 pilihanraya lebih dari 2/3 dok mengata orang yang baru menang 1 pilihanraya dengan majoriti tak sampai 2/3 .

Tambahan pula di zaman Chedet memegang jawatan PM, puak-puak pembangkang di ketika itu kuat 'menuduh' dan 'memfitnah' berlaku 'hanky-panky' dalam SPR sebab katanya pengerusi SPR pada ketika itu kawan Chedet.  Jadi masa tu puak-puak pembangkang menuduh keputusan-keputusan SPR diketika itu dipengaruhi Chedet dan pengerusi SPR hanya jadi macam robot , yess boss, atau rubber stamp. Boleh baca je dalam tulisan Lim Kit Siang pada tahun 2003disini.

http://www.limkitsiang.com/archive/2003/sep03/lks2630.htm

 DAP leaders will  seek  to meet with the Inspector-General of Police, Tan Sri Norian Mai and the Election Commission Chairman, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman on the question  of public rallies in the next general election.

Malaysians are entitled to know whether the so-called lifting of the 25-year ban on public rallies for the next general election is merely a “four-day wonder” -  full of sound and fury, signifying nothing, after the Prime Minister, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad had virtually given his “thumbs down” to Rashid’s “greenlight” for public rallies on Tuesday?

When Rashid announced on Tuesday that public rallies will be allowed in the next general election, DAP leaders  had reacted with skepticism although the DAP had been calling for the lifting of the ban for 25 years - for the simple reason that as it was the police which imposed the ban on public rallies in 1978, only  the police can  lift the ban and not the Election Commission.

However, as events proved, even before the police had officially made any stand on the lifting of the 25-year ban on public rallies, the UMNO Supreme Council had intervened to indicate its opposition to any lifting of the ban on public rallies – raising the question whether the Police could act with independence, integrity and professionalism to safeguard the security of the people and nation without dictation or interference from UMNO leaders. ... 21/9/2003 (Lim Kit Siang)


Ternyata kini fitnah puak-puak pembangkang pada ketika itu benar belaka . Gila tak benar ? Kalau dilihat barisan kepimpinan parti BERSATU yang ditubuhkan baru-baru ini, jawatan apa yang mantan pengerusi SPR tu pegang ??? Pelik juga, dah tua-tua baru minat nak masuk politik dan jadi pemimpin , masa muda-muda minat jadi pak turut dan balachi saja

Monday, November 7, 2016

Bagaimana Projek RM46 Billion Boleh Jadi RM55 Billion ?

Bagaimana Projek RM46 Billion Boleh Jadi RM55 Billion ? Masuk projek salah tak masuk pun salah. Masuk projek berbillion depa kata bakal dijajah negara China sebab berhutang dengan syarikat dari China . Ye lah , timbul stigma bakal kena jajah sebab kerajaan BN yang buat kerjasama , kalau kerajaan PR yang buat itu depa kata demi peningkatan ekonomi dan seangkatan dengannya .



Dah lupa ka projek terowong bawah laut kerajaan DAP Pulau Pinang ? Itu kerjasama dengan syarikat China juga , pasal pa tak bising kata Penang nak kena jajah dengan China ? Tapi bila dah kena hantam, bila dah kantoi sebab main kroni terpaksa lah di kensel kan...


Berbalik dengan cerita macam mana RM45 billion boleh jadi RM55 billion . Ini dipersoalkan page FB pro-pembangkang, saja nak tunjuk persepsi kononnya projek tu sengaja di mark-up untuk masuk poket individu-individu tertentu.  Dipersoalkan kenapa ada beza RM 9 billion lagi ? Ditanya mana pi lagi RM 9 billion tu? Konon-konon admin page ni dah buat research bagai dari laman web CCCC tu sendiri . Tapi sebenarnya bukan research .. tu research putar belit . Nak jawab tuduhan mana pi RM9 billion tu mudah ja ... hanya perlu tahu operasi matematik yang ringkas. Ada dua keratan berita dari investor China di laman web mereka .. 


Keratan pertama menceritakan berkenaan projek keretapi elektrik pantai timur yang berjumlah RM46billion

Keratan ke - 2 menceritakan berkenaan projek dari Gemas - Johor Bharu untuk keretapi landasan elektrik berkembar sepanjang 191.14 km yang bernilai RM8.9 billion.


Congak projek 1 dan projek 2 akan menghasilkan jumlah lebih kurang RM 55 billion.  Jadi bagi menjawab persoalan fitnah dimana RM9 billion tu hilang ? Jelas RM9 billion tu 'hilang' dan masuk poket untuk kerja-kerja berkaitan projek dari Gemas ke Johor Bharu .

Monday, October 24, 2016

Disebalik Fitnah & Tohmahan , Program PERMATA Terus Jadi Pilihan Ibu Bapa

Pegawai Perdana Menteri hari ini dalam satu keyataan yang dikeluarkan dalam laman FB beliau membidas persepsi yang dimainkan media pembangkang mengenai pertambahan bajet yang diperuntukkan untuk program PERMATA . Seperti yang kita sudah sedia maklum, program PERMATA telah bermula bertahun lamanya .


Dari jumlah bilangan peserta yang sedikit hinggalah kepada pertambahan bangunan apabila mendapat sambutan menggalakkan terutama dari ibu bapa. Program PERMATA berkembang dari tahun ke tahun dan hasilnya juga menggalakkan hingga mendapat pengiktirafan antarabangsa. Kiranya difikir logik, pertambahan jumlah pelajar dan bangunan selari dengan pertambahan peruntukan yang diberikan.



Beberapa media pembangkang cuba mencipta persepsi buruk mengenai pertambahan bajet yang diberikan tanpa menunjukkan jumlah pertambahan pelajar dan program-program baru yang diperkenalkan. Pertambahan pelajar dan program-program baru ini juga adalah kerana permintaan ibu bapa yang mahukan penyertaan anak-anak mendapat pendidikan awal di bawah program ini. Berikut adalah kenyataan pegawai Perdana Menteri, Dato Rizal Mansor yang membidas tuduhan-tuduhan yang dibuat ini dengan fakta-fakta rasional mengenai pertambahan peruntukan kepada PERMATA.



Bertahun-tahun PERMATA dan Datin Sri Rosmah telah difitnah dah ditohmah oleh pembangkang dan penyokong mereka.

Sebelum ini mereka mendakwa peruntukan PERMATA bagi tahun 2015 adalah sebanyak RM711 juta. Walaupun ia ternyata TIDAK BENAR namun TIADA sekelumit ungkapan MAAF ataupun pembetulan dibuat oleh pihak pembangkang.

Kini mereka menuduh bahawa peruntukkan untuk perbelanjaan PERMATA bagi tahun 2017 telah meningkat kepada RM85 juta. Peruntukan ini bukanlah semata-mata untuk belanja mengurus untuk program Permata sedia ada. Mereka sengaja tidak menjelaskan bahawa peruntukan RM85 juta untuk tahun depan ini termasuk penubuhan Pusat Kecemerlangan "Top STEM talent" di Akademi Sains Negara. Selain itu, kos ini juga termasuk kerja ubahsuai untuk menjadikan Institut Pendidikan Guru Raja Melewar di Negeri Sembilan dan Kampus Tuanku Bainum di Pulau Pinang kepada Pusat PERMATA Pintar dan Berbakat.

Andaikata semua kos-kos di atas adalah untuk PERMATA sepenuhnya, adakah RM85juta setahun untuk pendidikan 50,000 KANAK-KANAK WARGA MALAYSIA yang merupakan MODAL INSAN dan menjadi TERAS MASA DEPAN PEMBANGUNAN NEGARA dianggap MELAMPAU?? Dimana secara purata kanak-kanak ini cuma mendapat peruntukan RM1700 setahun.

Saya nak tanya, apa yang pembangkang dah sumbangkan ataupun fikirkan mahupun rangkakan untuk PEMBANGUNAN MODAL INSAN?

Tepuk dada tanya selera.

RIZAL MANSOR