Thursday, December 31, 2015

Pengkalan Tentera Israel di Port Dickson Jika DAP ambilalih Putrajaya Dakwa Bekas Pegawai Khas

Di ketika gerombolan Melayu bajet patriotik dok sibuk tanya sumbangan syeikh Arab RM2.6 billion untuk pilihanraya yang lepas untuk bantu UMNO , parti Melayu menang pilihanraya . Depa tak sibuk nak korek cerita macam mana parti-parti pembangkang dapat dana pilihanraya .

Bagi depa, lebih baik menyusahkan parti Melayu ni daripada menyusahkan parti-parti yang berkiblatkan komunis dan yishhrael . Ironi-nya , ini juga gerombolan Melayu yang sama dapat manfaat dan bahagian masing-masing dari sumbangan RM2.6 billion itu dalam usaha memenangkan kerusi DUN dan parlimen masing-masing.

Masa dapat peruntukkan dulu, ada ka yang peduli mana duit dana pilihanraya Preseden UMNO korek? Ada ka dia kawtim dengan tokey2 syarikat besar nak bagi projek itu dan ini kalau BN terus menang? Itu style lama da..., style lama yang dijadikan modal pembangkang untuk hantam UMNO kaw-kaw... depa kata UMNO bagi projek pada kroni. 

Tak betul ke tuduhan tu? Nak nafi apa lagi memang dah terang lagi bersuluh , balik-balik company yang sama ja kalau ada mega projek. Sekadar contoh la..kejap-kejap YTL, kejap Syed Mokthar, kejap Ananda ...pusing-pusing muka yang sama. Akhirnya amalan macam ni makan diri sendiri. Menggelupur nak nafikan . Bila Najib cuba buat pendekatan baru, maka ada yang dah tak senang duduk..akhirnya apa yang cuba diusahakan itu lingkup dek kerana ada yang khianat.

Ni nak habaq mai ... cek ada terbaca berita dalam FMT , alaa ... yang tuduhan pasal DAPig pun ada terima sumbangan besar dari negara luar . Bukan sebarang negara luar .... negara Yishraelll tawww . Berapa banyak ??? Depa kata RM300 juta je.... gerombolan Melayu yang dok tanya Najib pasal RM2.6 billion tu depa kesah ka duit yang DAPig dapat dari Yishrael ni? Bukan cek yang kata naa..



Memetik artikel berikut ;

http://www.bicara.news/dap-terima-dana-pilihanraya-usd300juta/
http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2015/12/30/apa-hubungan-dap-dan-israel/

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki mendesak supaya DAP menafikan dakwaan tentang parti itu ditawarkan dana USD300 juta oleh Israel sewaktu Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13.

Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki berkata, kegagalan DAP menjawab pendedahan oleh bekas pegawai khas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng itu akan mengesahkan tentang hubungan DAP dan Israel.

Antara pendedahan menarik yang dibuat oleh bekas pegawai khas Ketua Menteri Pulau Pinang ialah ;

1. DAP didakwa ditawarkan dana PRU Ke-13 sebanyak USD300 juta oleh Israel.

2.17 pemimpin DAP dilatih oleh pakar perisikan Israel untuk menjadi pakar strategi.

3. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kerap ke Singapura bertemu dengan wakil kedutaan Israel

4.Sebuah pengkalan tentera Israel baru akan diwujudkan di Port Dickson sebagai balasan jika DAP berjaya menguasai Putrajaya

Wednesday, December 30, 2015

Sini sibuk menjahanam sesama sendiri, sana sibuk berjoli joli

Makin lama makin menjadi...baru perintah negeri dah buat perangai macam perintah negara. Dulu kononnya marhaen, bila dah lama berkuasa mula tunjuk warna sebenar. 


Berjoli di Hong Kong dengan kereta yang nombor plate ditempah khas dengan perkataan 'PENANG' . Hebat benar si 'tokong' ni bermain drama dengan rakyat. 

Dulu kononnya berjiwa rakyat, Khalifah Abdul Aziz itu gelaran yang diberi oleh pecacai yang juga Presiden PAN, parti yang jadi boneka DAPig tu. Sekarang memang terbukti benar dia berjiwa rakyat...untuk rakyat yang kaya raya saja.


Ingat kisah macam mana seorang artis viralkan gambar si tokong naik kapal terbang kelas 3? Punya lah ummah melayu masa tu rasa terpersona dengan drama yang dimainkan. Kah kah kah. Apa jadi lepas tu?


Tak banyak yang jadi...cuma yang kita tau lah dari mulut orang2 Penang sendiri baik Melayu, Cina dan India..si tokong ni dah jadi makin angkuh. Belanja puluh juta untuk trek basikal yang dibuat cincai2 pun dia selamba ja. Sapa kontraktor? Siasat sendiri lerr..

Paling ketara lahh..banyak tanah2 bukit di sebelah pulau makin botak, dah tanah bukit kampung jin dia berani sodok, kampung manusia lagi lah dia berani. 

Banyak kampung melayu dah meee---layu, ehhh nanti ada barua buka citer "ala...dulu UMNO pun camtu" , ehhh lancau lah lu barua, habis tu ko nak biar je ke? Aku rasa lah, elok juga semua ni jadi, biar dapat rasa sendiri...kalau tak rasa kata propaganda nak menakut nakutkan lah , macam2. 


Friday, December 18, 2015

Dakwaaan Proton tak bayar vendor? Fitnah terancang atau benar?

betul ke keadaan Proton macam ni sekali? dulu puak2 prmbangkang selalu buat cerita-cerita macam ni...tapi aku x percaya, maklumlah semua nak kait dengan politik, ni kalau surat terbuka dari vendor sendiri sudah lain macam bunyi... betul ke???



Ariff Abd. Md  

YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad,

Asalamualaikum wbt Tun. Saya mendoakan agar Tun sentiasa diberikan kesihatan dan hidayah oleh Allah SWT. Pada mulanya, saya ingin menulis surat ini di dalam Bahasa Inggeris, tetapi biarlah saya meneruskan tulisan dengan bahasa ibunda kita agar ramai dapat membaca dan memahami surat ini.

YABhg Tun, sejak kebelakangan ini saya lihat Tun sangat aktif berada di pentas politik untuk mendesak DS Najib meletakkan jawatan. Tun menghabiskan banyak masa menghadiri forum, bual bicara, program dan perjumpaan tertutup untuk meluahkan ketidakpuasan hati Tun mengenai pengurusan kerajaan dibawah pimpinan DS Najib. Sudah tentu, topik 1MDB merupakan topik yang paling utama dalam setiap ucapan Tun.

Tetapi disebalik semua ini, adakah Tun sedar bahawa Tun merupakan pengerusi Proton dan Proton sedang menghadapi masalah yang sangat besar. Saya tidak menulis surat ini berdasarkan kata-kata orang atau cakap-cakap pasar, tetapi sebagai salah seorang vendor Proton.

Kami tahu Proton sedang mengalami masalah yang sangat besar kerana Proton sudah mula tidak membayar kami. Proton sedang cuba membuat satu solusi bodoh dengan menawarkan kereta-kereta yang tidak terjual sebagai ‘contra’ bayaran untuk kami. Adakah Proton sedar bahawa kami ini bukan salesman kereta tetapi kilang komponen kereta.

Selain 6000 pekerja Proton, terdapat beratus vendor Tier 1, 2 dan 3 dan puluhan ribu pekerja yang bekerja dengan syarikat-syarikat vendor ini. Masalah 1MDB (yang dilihat kini mempunyai jalan penyelesaian selepas penjualan Edra) tidak akan membuatkan puluhan ribu rakyat tiba-tiba hilang pekerjaan serta merta. Tetapi masalah Proton akan mengakibatkan jutaan ringgit kerugian pada usahawan bumiputera dan puluhan ribu pekerja hilang punca pendapatan dalam masa 2-3 bulan sahaja lagi. Tun perlu ingat, operator-operator kilang ini datang dari keluarga susah dengan pendapatan RM900 sebulan sahaja!

Saya mohon pada Tun, janganlah dibazirkan masa Tun sendiri dan orang Melayu dengan politik. Pilihanraya lambat lagi, pemilihan UMNO pun lambat lagi, kalau Tun ceramah hari-hari pun DS Najib tak akan letak jawatan. Lebih baik Tun ambil berat masalah Proton yang sedang nazak, lebih nazak daripada 1MDB.

Terlalu banyak kesilapan yang dibuat oleh Proton, sebelum dan selepas Tun jadi Pengerusi. Kami lihat sejak Tun jadi Pengerusi keadaan lebih teruk. Jangan disalahkan kerajaan kerana tidak memberi bantuan RM3billion kepada Proton untuk R&D. Itu adalah alasan bodoh bagi kami, kerana kami tahu setakat mana kemampuan Proton untuk menggunakan wang RM3billion itu sebaiknya untuk R&D setaraf pengeluar kereta asing. Kalau ‘drawing simple part’ pun boleh bertukar-tukar sampai berkali-kali dan akhirnya technician saya yang cuma lulusan SPM pun lebih bijak dari engineer Proton.

Sekarang ini Proton sedang kelam kabut dengan development Persona R, Saga R dan Perdana Baru. Kerja Proton memang kelam kabut, suka buat kerja saat-saat akhir dan suka tukar keputusan. Nak mass production untuk Persona bulan 1, sampai hari ini banyak keputusan belum diselesaikan. Saga R mass production bulan 4 tetapi design part pun belum confirm! Kalau Perodua, tahun depan nak mass production, tahun lepas sudah selesai semuanya.

Bercakap pasal Perdana pula, saya tak tahulah ini ego Tun atau ego Proton nak buat Perdana baru. Adakah Tun atau Proton terlalu naif untuk fikir bahawa Perdana tersebut tidak akan dapat dijual? Sedangkan model Preve dan Suprima yang kononya bakal mencecah jualan ribuan unit sebulan sekarang cuma terjual 100-200 unit sahaja. Bagaimana Perodua boleh menjual Myvi (6000 unit sebulan), Alza (3000 unit sebulan), Axia (12,000 unit sebulan)? Jawapanya mudah, ianya mampu milik! Jika harga Proton sudah cecah hampir RM70-80k, orang Malaysia sudah tentu lebih berminat beli kereta import seperti honda atau toyota walaupun 2nd hand.

Padanlah sampai sekarang pun ramai vendor menolak untuk mengambil kontrak Perdana. Berapa juta Proton habiskan untuk beri kepada syarikat Dream Edge untuk reka Perdana baru? Kenapa tidak guna duit itu untuk beri kepada R&D Proton untuk develop kereta yang mampu milik seperti Perodua. Nanti kalau Perdana tak dapat jual, Tun akan paksa kerajaan beli, kalau kerajaan tak beli (sebab baru ganti perdana lama dengan perdana kahwin honda), Tun akan marah DS Najib lagi.

Eloklah Tun luangkan masa untuk Proton. Lihatlah bagaimana pengurusan Perodua baik daripada pihak Malaysia dan juga pihak Daihatsu. 2-3 orang Jepun di Perodua lebih cekap daripada 2-3 ratus pekerja di Proton. Lawatan Tun ke Perodua pun menjadi bahan ketawa kepada mereka semua. Tun tidak harus menyalahkan kerajaan sikit pun atas kegagalan Proton, kerana Perodua juga syarikat Malaysia tetapi mampu bersaing dan mampu maju tanpa bantuan kerajaan.

Lihatlah pada pengurusan Proton, mereka tidak kompeten, tidak cekap dan ada yang tidak amanah. Tun fikirlah bagaimana Perodua boleh memperolehi harga komponen dengan lebih murah, tetapi komponen yang sama bila ke Proton menjadi lebih mahal. Makna, banyak ketirisan terjadi dalam Proton. Saya akan menceritakan ketirisan-ketirisan ini dalam surat saya yang kedua, bagaimana ada beberapa orang dari pihak pengurusan dan pembelian Proton yang tidak amanah.

Kalau bab berlagak dan bodoh sombong bila datang ke tempat vendor, serahlah pada Proton. Memang berlagaknya nombor 1, mengalahkan Perodua, Honda, Volkswagen dan lain-lain OEM yang volumenya jauh lebih tinggi dari Proton dan paling penting, mereka semua bayar supplier!

Jika Proton tidak berubah dalam masa terdekat ini, mungkin vendor-vendor akan sepakat untuk memberhentikan supply kepada Proton. Production line Proton akan terhenti dan Proton tidak akan ada kereta untuk dikeluar dan dijualkan. Jangan salahkan kami, kerana hutang Proton kepada kami vendor-vendor bumiputera ini dah cecah ratusan juta! Banyak lagi cerita buruk Proton yang kami dengar dan kami tahu. Ada yang kata Proton membayar sewa tanah bernilai jutaan ringgit sebulan pada ahli keluarga Tun. Benar atau tidak, itu kami tak kisah jika Proton mampu menjalankan perniagaan dengan baik.

Kami merupakan antara usahawan yang paling cekal di Malaysia. Saya mempuyai beberapa syarikat lain yang menceburi bidang construction, trading, development dan macam-macam lagi. Tetapi bidang automotive manufacturing ini adalah yang paling mencabar kerana memerlukan sistem, kualiti, ketepatan masa dan pengurusan yang sangat cekap seperti syarikat Jepun.

Kepada mereka yang tidak mempercayakan surat ini, boleh pergi mana-mana kilang pembuatan komponen automotif dan tanya, ‘Bagaimana Proton?’. Anda akan dengar caci, maki, kutuk, kisah teraniya, ditipu dan macam-macam lagi. Jika tanya, ‘Bagaimana Perodua?’ anda akan dapat jawapan ‘sangat mencabar, tetapi payment tak pernah lambat, volume sentiasa tinggi’. Walaupun berurusan dengan Perodua lebih memeningkan kepala kerana terpaksa mengikut standard yang tinggi yang diletakkan oleh Jepun dari Daihatsu, ianya lebih berbaloi. Jepun Daihatsu akan datang ‘spot check’ kilang kami secara mengejut pada jam 7.30 pagi untuk memastikan operasi kami sentiasa dalam keadaan yang memuaskan!

Nasihat saya pada Tun, tengoklah Proton. Janganlah buang masa dengan Khairuddin, Anina, Amidah dan kawan-kawan Tun lain yang asik nak berpolitik sahaja! Buat malu je bangsa Melayu dengan Jepun-jepun dekat Perodua tu. Kalau perlu RM3billion nak bayar hutang, cakap lah terus terang dekat kerajaan, mana tahu mereka boleh bantu beri pinjam. Jangan berselidung disebalik alasan R&D, memang tak munasabah.

Ariff Abd. Md
Tier 1 and 2 Automotive Supplier,
ISO TS 16949 & MS ISO 9001:2008 Certified Company
Specialise in High Precision Parts

Tuesday, December 15, 2015

Bukti Jelas Tuduhan 'Sarawak Report' Fitnah Besar

Buat cerita fitnah / persepsi dan sebagainya memang mudah , yang susah-nya orang yang menanggung hasil dari fitnah yang dibuat . Sekarang dah masuk hari ke-3 cerita fitnah yang dibuat oleh Sarawak Report dijelaskan oleh mereka yang hadir dalam majlis itu sendiri . Malangnya, Sarawak Report yang mula-mula keluarkan cerita fitnah itu buat bodoh je .... termasuk lah tukang-tukang penyebar fitnah yang bukan main seronok lagi bawa cerita palsu tu.


Pekerja yang bertugas dengan Rosmah walau bagaimanapun menjawab fitnah yang ditimbulkan oleh Sarawak Report itu dalam 'posting' FB beliau . Rizal menulis ,

“Untuk kawan-kawan yang suka mencari kebenaran saya nak jelaskan tentang gambar tersebut..

“Tepat jam 4 petang 10 Disember 2015 bertempat di Bilik Kuala Lumpur, Aras 5, PWTC, DS Rosmah telah hadir Majlis Ramah Mesra bersama Kelab UMNO,” 


Kenyataan yang dibuat oleh Rizal itu sendiri disahkan melalui satu artikel yang disiarkan Berita Harian beberapa hari lebih awal yang bertajuk "Rosmah Bertemu Ahli Kelab UMNO Luar Negara" , tuduhan yang dibuat Sarawak Report seolah-olah Rosmah mempengerusikan mesyuarat UMNO sedangkan beliau tak punya apa-apa kedudukan dalam UMNO , sedangkan perkara sebenar ialah ia hanya perjumpaan biasa saja. ... kalau tak bergaul mesra ada pulak mangkuk ayun sebar cerita Rosmah sombong , tak bertegur sapa ... bla bla bla

Wednesday, December 9, 2015

Najib 'dipulaukan' 3 Naib Presiden UMNO

Antara intipati ucapan pembukaan Presiden UMNO semasa PAU semalam berkenaan isu derma 2.6 billion adalah seperti berikut ;


"Cerita 2.6 billion, sy nk tanya mana KB KP KW KPU3 boleh hidup tanpa dana, parti pembangkang pun dia nak dana, jd jgn nk bangkitkan soal dana ini kerana sy cari dana ini utk pastikan parti kita ini berjaya."

"Cerita tentang dana ini, ramai yg datang pd sy buat muka sedih, ada yg bawa pelan."

"Sy bantu semua bhg, igtkan negeri kalah sj sy perlu bantu, negeri menang pun sy pun kena bantu"

"Dana ini jangan kita songlap duit rakyat"

"Jumpa penderma2 siasat, sbb penderma kata x boleh sebut, bgkitkan isu knp masukkan akaun peribadi, sbb dia suka dia bglah, jika dia bg 2.6 b dia tidak tuntut apa2. Sy bg surat itu pd bank negara. Jika sy nk songlap duit sy x bg pd bank negara"

"Semua ini dah tahu apa perlu 2.6 b jika dibanding parti yg berkuasa"

Melalui petikan ucapan di atas, ini mungkin dah masuk kali ke-seribu Najib kata 2.6 billion tu duit derma dan untuk 'funding' UMNO masa pilihanraya . Maksudnya 'funding' tu adalah untuk biayai 'direct cost' dan 'indirect cost' . 'Direct cost' tu adalah jumlah yang diguna pakai seperti yang dibenarkan SPR , 'indirect cost' pulak benda-benda lain yang tak berkait secara langsung dengan pilihanraya.  Depa kata kerja tak jalan kalau takde duit ... betul lah tu, sapa nak buat kerja 'free' ? Mungkin ada kot dalam beberapa kerat je ...

Ada puak yang berbuih mulut laung mempertahankan parti keramat UMNO bla bla bla ... sehingga ke titisan darah terakhir, minta buat kerja ikhlas ... pakai duit sendiri , depa nak buat ka ?? Kalau ada yang sanggup , sampai bila depa sanggup nak keluar duit sendiri , anak bini kat rumah nak kena bagi makan juga ? Jadi mau tak mau logik peruntukan yang besar untuk pilihanraya tak boleh dipertikaikan lagi . Puak sebelah sana pun tak nafikan ... tapi depa semua takpa ,dah kawtim dengan tauke-tauke besar,  kawtim dengan sekutu Zionis. Peruntukan besar ... kalau kita takde dana macam yang disebelah sana , alamatnya kita ni nganga ja lah.

Malangnya bila dah menang pilihanraya dah ketua-ketua bahagian/parti ni dah dapat habuan untuk gerakkan bahagian/parti masing-masing maka depa semua lupa peruntukkan yang dah depa dapat sebelum ni . Ada yang betul-betul guna duit untuk gerakkan jentera dan tak mustahil ada juga yang ...ehemm fikir sendiri lah. Nak sembang panjang pun tak guna, cuma nak kata yang balun Presiden UMNO kaw-kaw persoalkan dana 2.6 billion masuk akaun sendiri ni pun dapat bahagian dia jugak. Masa sebelum pilihanraya dulu nak cari 'fund' mana dan dapat dari mana tak tanya pulak ?

Sekarang bila dah ada kepentingan a.k.a 'gila kuasa' depa dah mula ikut rentak pembangkang kata itu wang dari 1MDB juga ada mari . Betul ka dari 1MDB ? Najib kata Pak Sheikh Arab yang kasi ... Mahathr kata arab gila pun tak tergamak nak bagi buta-buta 2.6 billion . Najib kata Pak Sheikh Arab tu yang nak duit tu masuk dalam akaun Najib bukan dalam akaun parti . Pemberontak bangang dalam UMNO pulak tanya pasal apa Pak Sheikh Arab tu tak nak masuk dalam akaun parti ? Aku kata awat hangpa tak pakai otak , orang nak bagi derma ikut style dia hangpa lagi mau tanya , janji duit dapat dan boleh buat kerja. Untunglah orang tu nak bagi derma, kalau tak nganga je la jawapnya masa PRU lepas. Depa tanya betul ka wujud Pak Sheikh Arab yang bagi derma tu ?

Malaysiakini kata ...

"Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menghantar pasukan ke Timur Tengah untuk bertemu dengan individu yang menyalurkan RM2.6 bilion ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak."

"Pengarah Siasatan SPRM Datuk Azam Baki berkata pertemuan itu telah diadakan baru-baru ini."

"Beliau bagaimanapun tidak dapat mendedahkan maklumat lanjut, termasuk identiti penderma kerana siasatan masih berjalan."

Jadi timbul lagi ke isu RM2.6 billion tu sebab Najib 'curi' dari 1MDB ???


Monday, December 7, 2015

Aloha VS James Bond : Tukang Fitnah Rosmah 'Frust' Lagi ...

Antara modus operandi tukang fitnah ialah menyimpan dan memastikan tarikh-tarikh penting mangsa-mangsa fitnah jahat mereka . Si tukang fitnah akan plan apa yang nak difitnah atau apa yang nak disebarkan menjelang tarikh-tarikh penting mangsa fitnah . Penipuan atau fitnah akan dirancang terlebih dahulu dan akan ada 'preempt' action supaya timbul kebencian orang ramai terhadap mangsa fitnah. Inilah yang berlaku pada isteri PM,  Rosmah Mansor bila tarikh 'birthday' makin dekat . 


Fitnah pertama ialah bila tersebar jemputan di media sosial berkenaan majlis birthday Rosmah yang kononnya membawa tema 'Aloha ..' , bila hal berkenaan tersebar ... tanpa terlebih dahulu merujuk kepada sumber sahih , ramai sudah memperlekehkan Rosmah ... terutama dari kalangan penyokong seorang bekas pemimpin yang disambut harijadi bertemakan 'James Bond'  beberapa bulan sebelum ini . Ceritanya nak balas dendam la .... , tapi mujur lah sebelum fitnah tersebar . Pegawai berkaitan dah menafikan kewujudan majlis berkenaan .



Mungkin 'frust' dek kerana fitnah pertama itu gagal . Maka pihak-pihak tak bertanggungjawab ini pun mula buat fitnah lagi . Benda yang tak betul disebarkan , gambar-gambar lama diambil untuk dijadikan modal . Bak kata rakan blogger Parpukari, mungkin ini cara mereka nak 'senyapkan' skandal tiga segi Princess Segambut, Princess Sulu dan Prince Batu yang membuatkan hampir semua rakyat Malaysia terutama di Sabah naik menyampah .
 

Tuesday, December 1, 2015

Respon Akar Umbi UMNO Dengan Surat Rayuan Tun Mahathir

Surat Terbuka Untuk Tun Mahathir




"Jika dahulu, kami ini nak jumpa Tun pun susah, tetapi sekarang boleh dapat surat rayuan dari Tun"

1. Pertama sekali ingin saya ucapkan terima kasih buat Tun kerana telah menyampaikan surat kepada kami, ahli akar umbi UMNO ini. Jika dahulu, kami ini nak jumpa Tun pun susah, tetapi sekarang boleh dapat surat rayuan dari Tun. Maka berbangga dan berbesar hatilah kami menerima dan membaca surat tersebut.

"Sedarkah Tun, apa yang Tun hamburkan terhadap kerajaan sekarang mengenai kebebasan bersuara dan media merupakan perkara yang sama yang dilakukan Tun semasa Tun menjadi PM." 

2. Tun, saya langsung tidak dapat bersetuju dan bersama dengan Tun dalam 'perjuangan' Tun pada kali ini. Sedarkah Tun, apa yang Tun hamburkan terhadap kerajaan sekarang mengenai kebebasan bersuara dan media merupakan perkara yang sama yang dilakukan Tun semasa Tun menjadi PM. Waktu itu kami sokong dan kami setuju kerana bagi kami, negara ini memerlukan kawalan dan kebebasan bersuara haruslah ada hadnya. Dan pendirian kami tidak berubah dari dulu, sedih juga apabila kami lihat Tun sudah berubah dari apa yang Tun percaya dan Tun laksana ketika menjadi PM dahulu. Mesti Tun tahu apa yg saya maksudkan tu.

"Pertama, kerana Tun pernah menggunakan formula ini untuk menjatuhkan Pak Lah dahulu dan sekarang terbukti formula Tun tersebut tidak berkesan."

3. Saya sama sekali tidak bersetuju jika Tun katakan UMNO/BN akan kalah pada PRU14 disebabkan isu-isu yang ada sekarang dan pertukaran pemimpin boleh menyelamatkan UMNO. Pertama, kerana Tun pernah menggunakan formula ini untuk menjatuhkan Pak Lah dahulu dan sekarang terbukti formula Tun tersebut tidak berkesan. Sebenarnya Tun, walau siapapun yang menjadi Perdana Menteri, saya pasti bahawa kerajaan tidak akan terlepas dari isu dan fitnah yang direkayasa oleh pembangkang. Sehinggalah mereka dapat menumbangkan UMNO dan meletakkan calon mereka sebagai Perdana Menteri. Saya rasa skandal dan isu semasa di zaman Tun lebih hebat berbanding sekarang, tetapi Tun bernasib baik kerana zaman Tun tak ada media sosial seperti sekarang.

"Jika Tun terus menyerang tanpa memberi peluang kepada jentera parti untuk bekerja, maka inilah punca kekalahan UMNO dan Barisan Nasional."

4. Tun, sebenarnya Tun lah yang akan menjadi punca sebenar kekalahan UMNO dan Barisan Nasional. Tidakkah Tun sedar ketika kerajaan diserang dengan pelaksanaan dasar-dasar ekonomi yang baik namun kurang popular seperti perlaksanaan GST, Tun tidak membantu kerajaan malah mengambil peluang untuk mencurah minyak dalam api. Tun mengambil peluang kemarahan rakyat ini untuk menambah rencah dengan cerita-cerita 1MDB. Sedangkan kerajaan dan jentera UMNO/BN masih dalam fasa untuk memberi penerangan kepada rakyat. Jika Tun terus menyerang tanpa memberi peluang kepada jentera parti untuk bekerja, maka inilah punca kekalahan UMNO dan Barisan Nasional.

"Mungkin Tun lupa selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri mcm mana la Tun boleh tewas di bahagian utk pemilihan ke kuala lumpur (G7) setelah menjadi mantan perdana menteri."

5. Tun menyuruh kami akar umbi UMNO menolak DS Najib sebagai Presiden, tetapi pemilihan UMNO bukan dalam masa terdekat ini. Jadi kenapa membuang masa untuk bermain politik dalaman ini. Lebih baik kami turun ke padang berjumpa rakyat untuk mendekati mereka. Apakah Tun sedar realiti ini? Bahawa kami ahli UMNO jika ingin menukar pemimpin pun harus menunggu pemilihan. Atau Tun pura-pura lupa dan sekadar seronok untuk menkucar-kacirkan keadaan. Mungkin Tun lupa selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri mcmmana la Tun boleh tewas di bahagian utk pemilihan ke kuala lumpur (G7) setelah menjadi mantan perdana menteri.

" Janganlah dilekehkan kami dengan tuduhan kononnyaa kami menerima habuan daripada PM atau menteri-menterinya. "

6. Tun, saya juga meminta Tun agar menghormati kami akar umbi UMNO ini yang terus mempertahankan parti dan kepimpinan sedia ada. Janganlah dilekehkan kami dengan tuduhan kononnyaa kami menerima habuan daripada PM atau menteri-menterinya. Apakah di mata Tun kami ini terlalu lemah dan tidak mampu berdikari untuk mencari sumber pendapatan sendiri? Ramai antara kami tidak pernah berjumpa PM atau menteri tetapi masih lagi mempunyai kerjaya yang baik dan perniagaan sendiri.

Akhir sekali dari saya, sudah lah Tun. Jika Tun tidak mahu membantu kami memenangkan parti, Tun duduk berdiam sudahlah. Jangan ditambah masalah kami dan janganlah dipecahkan perpaduan kami. Kalau Tun rasa nak kembalikan kami ke jalan yang benar , elok lah Tun bermula dari rumah perbetulkan lah anak sulung Tun tu dulu.

ANIS AZIZ
Mantan Exco PPUM


sumber Friends of BN