Thursday, October 29, 2015

Beza Kesilapan Matematik Rafizi dan Najib

26-9 ? 47-9 ? 34-9 ?? berapa ramai yang boleh congak Matematik mudah ni dalam secara bersahaja ? orang kata senafas je ? Sebenarnya takde apa-apa isu sangat hal congak mencongak ini . Cuma apa yang penting ialah apa yang sebenarnya cuba disampaikan . Cuma pelik dengan respon masyarakat kita, hal arithmetik mudah tu yang ditumpukan dan bukan isi penyampaian yang sebenar .


Dalam bahasa mudah ,  ia adalah justifikasi mengapa GST perlu dilaksanakan . Malah dikatakan kumpulan yang menggelarkan diri mereka Pakatan Harapan juga memasukkan pendapat GST dalam budget alternatif yang mereka cadangkan , secara tak langsung menunjukkan mereka bersetuju untuk perolehan cukai dari GST . PM dalam satu ucapan menyatakan bahawa Petronas tak mampu lagi nak menyalurkan sumbangan tahunan sebanyak RM 26 billion kepada kerajaan dek kerana industri gas dan minyak dah makin merudum.

Petronas dikatakan hanya mampu menyumbang sebanyak RM 9 billion saja . Secara tak langsung kerajaan dah hilang RM 17 billion setahun .... dan PM dalam ucapan berkenaan tersalah cakap RM 15 billion . Samada RM 17 billion atau RM 15 billion , isu yang cuba disampaikan ialah kerajaan dah kehilangan pendapatan yang agak besar , mana nak bayar gaji pekerja, bayar subsidi, bayar itu dan ini, pembangunan dan macam-macam lagi . Jadi macam mana nak ganti nilai RM 17 billion yang hilang tu untuk pastikan kerajaan beroperasi macam biasa ?

Maka GST terpaksa di laksanakan ... selain jumlah pendapatan meningkat, penyamun-penyamun yang lari dari cukai selama ni pun dah tak boleh 'hanky-panky' lagi .  Dan keberkesanan perlaksanaan GST ni pun akhirnya dipersetujui oleh pembangkang ... memang hal ini dah dijangka dari awal lagi . Bajet 2016 ialah manifesasi pengiktirafan pembangkang dengan cukai GST dilaksanakan . Yea lah... kalau terror sangat , bentangkan je bajet berasaskan cukai SST yang dah dipotong perolehan dari Petronas tu..



Jadi , hal berkenaan matematik mudah ni tak perlu lah nak pening-pening kepala sangat . Masing-masing ada justifikasi sendiri . Malah Rafizi selaku strategis dalam PKR juga buat analisis Matematik yang lebih melucukan . Penceritaan Rafizi menunjukkan dia cukup yakin dengan figure atau nombor yang diucapkan beliau, semacam ada analisis atau pengiraan terperinci yang dah dibuat , lain cerita dengan Najib ia hanyalah kesilapan congakan pantas .

Rafizi berkata kerajaan kutip cukai GST RM19 sehari dari setiap keluarga. Itu lah petikan yang ditulis dalam media pro Pakatan , atau media gunting dalam lipatan Sinar Harian .  Penulis ambik sedikit petikan dari rakan blogger The Unspinner yang mengupas congak rangak Rafizi;


"Katanya kerajaan kutip purata RM19 sehari dari sekeluarga. Ada keluarga lebih dan ada jauh kurang tapi secara purata setiap keluarga statistik Rafizi kata RM19 sehari.

Pada GST 6%, ia bermakna setiap hari purata perbelanjaan satu keluarga itu RM316-67. Campurkan GST RM19 jadi RM335.67. Ada ke banyak tu purata perbelanjaan satu keluarga sehari?

Bila kali kan 30 hari, purata perbelanjaan satu keluarga di Malaysia adalah RM10,070.

Menurut statistik rasmi sebagaimana dilaporkan The Star di SINI , "mean household income" atau purata pendapatan sebulan sekeluarga adalah RM6,141.

Median pendapatan sekeluarga adalah RM4,585.

Golongan berpendapatan rendah bawah RM4,000 sebulan. Macam mana mereka nak tampung kehidupan?"

http://theunspinners.blogspot.my/2015/10/gst-rm19-sehari-makna-sekeluarga.html

Sunday, October 25, 2015

Rafizi dan Tony Pua Sudah Ada 'Peluru' untuk Pengganti Najib ?

Semasa pembentangan budget 2016 tempoh hari, apabila Najib secara sinis menyindir menyebut mengenai kewujudan 'api dalam sekam' dalam pentadbiran beliau . Kamera telah dihalakan ke arah kedudukan sekelompok ahli parlimen Barisan Nasional . Perubahan rupa wajah paling ketara dilihat pada bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin . Wajah Muhyiddin dilihat agak tersentap dengan kenyataan yang dikeluarkan itu, kelihatan agak marah dan seolah-olah menunggu masa yang sesuai untuk membuat serangan balas.


Kita tak perlu menunggu lama untuk melihat serangan balas itu , semalam iaitu sehari selepas pembentangan bajet dibuat . Muhyiddin dalam satu program anjuran Sinar Harian di Johor Bharu menyambung semula serangan-serangan yang telah dibuat sebelum ini . Walaupun isu yang dibangkitkan adalah isu kitar semula , nada beliau semasa sessi berkenaan adalah lebih keras. Muhyiddin juga secara lantang membaculkan pemimpin-pemimpin UMNO kerana tidak bersama-sama beliau untuk menjahanamkan Najib Razak. 

Semasa program berkenaan, Muhyiddin menceritakan kepada para hadirin mengenai jerih payah beliau menaikkan semula UMNO selepas diharamkan apabila berlaku perpecahan sebelum ini, tak cukup dengan itu cerita mengenai zaman kegemilangan beliau menjadi MB Johor juga diceritakan, jasa-jasa beliau menaikkan Najib Razak PM juga dibangkitkan dan yang paling panas ialah bila beliau dengan lantang membaculkan pemimpin-pemimpin UMNO yang lain. Kenyataan yang dibuat Muhyiddin jelas menunjukkan luahan rasa dendam kesumat yang ditahan-tahan setelah ditempelak semasa pembentangan bajet 2016 sehari sebelumnya . 


Muhyiddin memang bukan pemimpin YES MAN kepada Najib Razak, Muhyiddin hanya menjadi YES MAN kepada mantan PM, Tun Mahathir . Jadi kita berasa agak pelik bila beliau mendabik dada mengaku beliau adalah bukan jenis pemimpin yang menjadi tukang angguk kepada sesiapa . Kalau dilihat kronologi kisah percubaan menjahanamkan Najib Razak beberapa bulan kebelakangan ini , Muhyiddin hanyalah alat kepada Mahathir , sebelum ini juga Muhyiddin telah dijadikan alat oleh mantan PM itu untuk menjahamkan Pak Lah . Pada ketika itu, Muhyiddin berperanan menghasut pemimpin-pemimpin UMNO yang lain untuk mendesak agar Pak Lah berundur . Sebaliknya, Najib pada ketika itu dilihat lebih menghormati "boss" beliau walau diajak bersama-sama menjahanamkan Pak Lah.


Bukankah sekiranya Najib bersetuju untuk menggulingkan Pak Lah pada ketika itu, jalan beliau untuk menjadi Perdana Menteri lebih cepat ? Kenapa Najib tidak bersifat kurang ajar seperti Muhyiddin pada ketika itu?  Jawapan untuk persoalan ini terjawab pada hari ini, apabila penentangan secara terbuka dalam sesebuah parti politik itu hanya akan menjahamkan sokongan rakyat pada parti itu sendiri . Bila dalam parti berlaku penentangan dan perpecahan dan digembar-gemburkan pula di media ... rakyat hanya akan nampak sebuah parti yang lemah yang bakal menuju kehancuran sedang mengemudi negara.  


Selepas Pak Lah digantikan Najib, usaha-usaha untuk mengembalikan kenyakinan rakyat tidak dilakukan oleh puak-puak yang membuat revolusi menjatuhkan Pak Lah sebelum ini . Masing-masing sibuk dengan urusan untuk meneruskan agenda yang tertangguh semasa Pak Lah menjadi PM dahulu, harapannya ialah agar PM dapat berkompromi untuk meneruskan agenda mereka. Muhyiddin selepas naik pangkat dengan jawatan TPM dilihat tidak memberi apa-apa impak dalam mengembalikan sokongan rakyat kepada UMNO .  Aura 'pendekar' beliau tiba-tiba hilang selepas menjadi TPM, tiada lagi suara-suara keras yang mengkritik , tiada lagi kenyataan-kenyataan terbuka dalam menegur pentadbiran yang diambil alih Najib Razak.



Melihat kepada pattern atau corak 'kependekaran' yang ditunjukkan Muhyiddin pada zaman Pak Lah dan Najib ... ia hanya berlaku apabila Tun Mahathir secara terbuka bersuara mengkritik pemimpin tertinggi . Selepas Mahathir bersuara barulah dilihat timbul semula telor bekas TPM itu. Berasaskan pattern ini, kalau Mahathir tak cakap apa-apa maka suara Muhyiddin pun takkan kata apa-apa . Kesimpulannnya ,  Muhyiddin tak ada keberanian untuk lantang bersuara kalau tiada arahan atau 'support' dari bekas PM itu . Tindak tanduk beliau tidak mencerminkan peribadi sebagai seorang pemimpin yang benar. 

Muhyiddin hanya pandai bercakap, dan lantang bersuara bila diarah .  Tidak berani bersuara menentang arus bila berada dalam mesyuarat kabinet apabila ada perkara yang tidak dipersetujui . Hanya bertahun selepas masalah timbul barulah  mengaku tidak bertanggunjawab dan sebagainya . Mana suara yang beliau ada pada ketika masih menjawat jawatan TPM dahulu ? Adakah pada ketika itu masih berada dalam tempoh selesa dan terlalu sibuk 'mengurus' projek Bestari.net , hingga terlupa dengan tugas hakiki beliau ? 

Adakah Muhyiddin fikir rakyat bodoh tak nampak permainan-permainan pemimpin2 UMNO ini ? Adakah Muhyiddin fikir dengan menjatuhkan Najib dan menjadikan diri beliau sebagai PM rakyat akan kembali berpusu-pusu menyokong BN dan UMNO khususnya ? Katakan perancangan yang diketuai mantan PM ini berjaya untuk menjatuhkan Najib dan menaikkan Muhyiddin . Adakah pembangkang tiada 'next action plan' untuk menjahanamkan Muhyiddin pula ? Jangan terkejut pada ketika itu segala bangkai dalam almari semasa tempoh Muhyiddin menjawat jawatan MB Johor, semasa jadi Menteri Pendidikan dan semasa menjadi TPM akan dikorek dan didedahkan mereka pula ... Tony Pua dan Rafizi pasti tersenyum sebab pada ketika ini mereka sudah pasti ada bukti-bukti untuk diwar-warkan pada rakyat pada hari Muhyiddin menjadi PM .

Thursday, October 22, 2015

Siberterompah ex-PM Terima Ancaman Disimen ?

Orang tua-tua dulu selalu pesan , kalau ye pun marah sangat ... janganlah diikut sangat perasaan sampai buat perkara yang merugikan diri sendiri . Bukan orang tua-tua dulu je yang pesan ... orang-orang tua zaman sekarang pun cakap benda yang sama . Satu lagi , kalau yea pun nak jadi penyokong orang itu atau orang ini , jangalah terlalu membalacikan diri sampai tak terkawal .... penyokong kena sumbat penjara sebab berhempas siang malam maki hamun mengungut itu dan ini , yang si boss dan orang-orang kanan lepak goyang kaki je. Dulu sorang budak USM sudah kena angkut sebab tulis kat sosial media secara terbuka nak bom helikopter yang dinaiki PM . 


Aku bangkitkan hal ni sebab ada mamat ni dah terlampau ghairah , bernafsu besar nak tunjukkan tahap kependekaran beliau menyokong boss .... mungkin sedang berkira-kira nak menggantikan 2 orang kanan boss yang sudah ke dalam . Pendekar ini pandai berpencak mulut sambil gerak geri anggota tubuh badan cukup meliang liuk menggetarkan hati musuh .  


Itu adalah antara ciri-ciri cyberterompah yang berjaya ... pandai maki hamun, buat lawak bodo dan bajet2 intelek maka KPI itu tercapai . Tak kisah lah semua tu ... cuma bila dah keluarkan perkataan yang akhirnya menyusahkan diri , maka kebarangkalian untuk menjadi 'jambu' di dalam lokap tu adalah sangat tinggi ..... entah mungkin sengaja dibuat kot untuk menjadikan diri sendiri 'jambu' ... 
Petikan artikel dari blog CTS menunjukkan tindakan siberterompah pro-Mahathir nampaknya akan menyusahkan diri sendiri bila kenyataan yang dibuat seolah-olah menuduh PM terlibat dalam kes pembunuhan seorang pendakwaraya baru-baru ini sedangkan dengan jelas kes itu melibatkan pihak lain . Sekiranya benar-benar zalim , tak perlu tunggu lama ... buat je macam zaman boss beliau dulu , masuk ISA habis cerita . Bunyi sikit tangkap masuk dalam ... 2 - 3 tahun  , bunyi lagi masuk lagi . Sendiri mau pikir la . 

"Adam Mukriz dengan sengaja menyebarkan gambar superimpose Perdana Menteri dalam penjara dengan niat mengaib dan menjatuhkan kredibiliti pemimpin negara. Adam Mukhriz juga cuba buat persepsi buruk kononnya Perdana Menteri terlibat dalam kes pembunuhan Timbalan Pendakwaraya, Kevin Morais baru baru ini. Ini beliau gambarkan melalui frasa "Eh jangan simen saya. Tak muat tong."

Apa yang cuba beliau gambarkan adalah kes pembunuhan Kevin Morais ini dilakukan oleh pihak berkuasa yang dipengaruhi individu di dalam gambar di atas (Perdana Menteri). Atau adakah Adam Mukriz berniat untuk simen Perdana Menteri di dalam tong seperti kes Kevin Morais?"

Read more at http://khairulryezal.blogspot.com/2015/10/facebooker-pro-tun-semakin-biadap-buat.html#dYjBl9zDcelYhCEK.99

Wednesday, October 21, 2015

Cerita Pasal Kaitan Mark Zuckerberg, Rosmah dan Zunar

Karya yang dihasilkan kartunis balachi DAP & PKR , Zunar memang diketahui banyak menghentam pemimpin dan bekas pemimpin negara . Macam-macam karya yang berniat menjatuhkan imej serta membangkitkan persepsi terhadap pemimpin tertentu memang banyak dihasilkan Zunar . Entah berapa banyak wang yang dilaburkan PKR untuk khidmat propaganda dari Zunar ni.




Terbaru, disebabkan karya kartun beliau yang menghentam isteri Perdana Menteri , Rosmah kena 'block' dek FB semalam , terus dijadikan bahan berita oleh portal-portal pro-pembangkang . Come on lah , banyak content-content dalam FB memang biasa kena block kalau ada unsur2 menghina, seks, menghasut dan sebagainya . Bukan aku tak tau ... sapa yang jadi admin page-page popular tentu tahu content2 biasa akan kena block FB kalau ada bentuk kandungan2 di atas. Dulu berapa banyak gambar serta video ehem-ehem Anwar kena block FB bila disebarkan ... apa nak hairann ?? takkan lah sebab ko sorang  Zunar FB nak bagi keistimewaan.

Sebenarnya aku pun tak faham apa yang kontroversi sangat kalau gambar atau content2 kena block dengan FB ?? Kalau tak puas hati siar je lah kat tempat lain ... twitter ke , instagram ke .... etc . Itu Mark Zuckerberg punya company , suka hati la dia nak block ke unblock . Kah kah kah . Cuba kalau satu kartunis lain , lukis pulak karikatur Zunar ... tengah berbogel di tengah pantai sebagai contoh la , confirm kena block juga .. Takde isssue lah beb , atau ni strategi Zunar nak jadi popular balik selepas nama menjadi kusam dan masam selepas PAS tak berada lagi dalam Pakatan Rakyat ?? 



Monday, October 19, 2015

Dulu DAP buli PAS , sekarang DAP nak buli PKR pulak ...

Tindak tanduk beberapa pemimpin DAP yang berlagak seolah-olah sebagai "Abang Besar" dalam kumpulan pakatan pembangkang akhirnya telah mencetuskan satu perbalahan yang baru . Jika sebelum ini kebiadapan DAP menyebabkan PAS keluar dari pakatan pembangkang , adakah krisis terbaru dengan PKR ini menunjukkan bibit-bibit perpecahan sedang berlaku ? Kejadian berlaku apabila pemimpin 'star' DAP , Tony Pua telah menggelar seorang pemimpin PKR tempatan sebagai 'gangster' .


Berikut adalah petikan artikel yang merujuk kepada kejadian .

"Setiausaha Parti Kadilan Rakyat PKR Kelana Jaya, S. Murali Subramaniam, berkata kawasan baru tersebut tidak sesuai untuk berniaga kerana kawasan tersebut mempunyai ramai warga asing yang bukan merupakan penganut hindu sekaligus boleh merugikan peniaga.

"Peniaga-peniaga di sini tidak langsung diberikan sebarang notis dan berbincang untuk menukar tempat yang baru. Tiba-tiba mereka membawa sepanduk dengan mengatakan tempat tersebut telah ditukarkan di kawasan yang kebanyakannya warga Indonesia.

"Alasan tersebut tidak boleh diterima pakai bagi kami kerana barangan yang akan dijual untuk orang India, bukan Indonesia,"katanya kepada pemberita ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, di sini, hari ini.

 Sementara itu, Timbalan Ketua Cabang PKR Kelana Jaya, Saminathan Kitchn berkata Tony Pua tidak perlu campur tangan urusan tersebut kerana Ahli Majlis Pembandaran Petaling Jaya sudah menghantar memorandum."


Naib Presiden PKR, Sivarasa dalam satu artikel yang ditulis semalam turut mengkritik tindakan Tony Pua .

"Having watched the videos of the incident (in particular the Kinibiz video ) and read the Malaysiakini accounts dated 15.10.2015 and talked to some of those present, it seems to me quite clear that the heckling started after the crowd present which  included  traders understood that Tony had just said to the media present that ... the move to Easwary Temples area  was necessary to stop certain persons from committing extortion of the traders in the original site." 

"However making unsubstantiated serious allegations that extortion is taking place without specifics ( as was discernible in the video ) does not assist at all. Name calling aggravates the accused persons further. The video shows some of those present demanding evidence from Tony and for which there seemed to be no immediate response." - Sivarasa's blog: Some friendly advice for my friend YB Tony Pua, Oct 18


Tony Pua walau bagaimanapun hari ni menjawab kritikan Sivarasa dan merendahkan pemimpin PKR itu dengan sindiran yang keras seolah-olah PKR turut mengamalkan kronisma dan budaya samseng.

Komen aku ... bergasaklah korang , walau bagaimanapun dah jelas nampak sini DAP cuba nak jadi dominan . Kalau dulu masa PAS masih berada dalam sekutu , maruah PAS dinjak-injak , sekarang dah tiada orang untuk mereka buli ... PKR pulak lah yang dicari . Parti AMANAH ??? Itu memang boleh dikatakan salah satu cabang DAP ...

Thursday, October 15, 2015

AWO : Isu 1MDB Selesai Hujung Tahun

Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata isu hutang yang membelengu 1MDB dijangka akan selesai dalam tempoh 2 bulan lagi . Kenyataan berkenaan dibuat oleh DS Abdul Wahid Omar dalam rancangan soal jawab TV3 semalam .


"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) telah memberi kenyataan bahawa isu 1MDB akan diselesaikan dalam masa enam bulan bermakna sebelum hujung tahun ini," katanya.

Walaupun komited dengan tempoh yang dijanjikan itu , kita berharap serangan terus menerus dari dalam dan luar negara ini tidak menjejaskan pelan pemulihan 1MDB . Beberapa pemimpin dari UMNO dan pembangkang dilihat seolah-olah bekerjasama dalam meningkatkan kekerapan serangan terhadap 1MDB apabila tempoh matang yang dijanjikan PM semakin hampir.

Mungkin mereka sudah berkira-kira untuk menyingkirkan Najib , walau dengan apa cara sekalipun sebelum hujung tahun ini berakhir . Apabila 1MDB berhasil melangsaikan segala hutang dan isu-isu yang berkaitan, kumpulan ini bakal kehilangan peluru untuk terus menghentam Najib. Pun begitu kita berharap agar pihak kerajaan meneruskan momentum positif ini dengan memulakan usaha dalam mendapatkan sokongan rakyat pula.

Hasil perolehan GST yang dijangka berlipat kali ganda mungkin boleh dijadikan asas dalam menambahbaik kemudahan infrastruktur awam . Penyaluran bantuan dipantau agar tiada lagi pihak yang mengambil kesempatan membuat untung seterusnya menjejaskan kredibiliti kerajaan itu sendiri. Di harapkan pembentangan bajet tahun ini dengan jelas dapat menunjukkan kemana hasil perolehan GST itu dibelanjakan .

Tuesday, October 13, 2015

Isu Tol : Mahathir Akui Kelemahan Perjanjian Konsesi Yang Dibuat Semasa Beliau Menjadi PM

Ini sejak tahun 2013 punya cerita .... setiap kali tol naik , macam-macam versi cerita keluar . Ramai yang tak nampak perjanjian konsesi yang dah dibuat sebelum zaman Najib Razak jadi PM lagi . Perjanjian konsesi yang dibuat bukan setakat 4-5 tahun je . Makan puluh-puluh tahun .... kroni makan tak abis tauu . ni sama macam kes IPP la , sekali buat perjanjian jenis makan puluh-puluh tahun . Kalau naik je harga ... rakyat tak kasi 'middle finger' dekat PM yang buat perjanjian tu , rakyat akan kasi 'middle finger' dekat PM yang ada sekarang . Kalau PM yang ada sekarang tamatkat perjanjian konsesi , mau kerajaan kena saman jota-jota , billion-billion .



Dua tahun lepas aku ada tulis satu artikel berkenaan kenaikan tol dan syarikat-syarikat serta pemegang saham yang terbabit. Bukan semua konsesi tol adalah hak milik kerajaan , malah ada konsesi tol yang terlibat adalah hak milik anak syarikat kerajaan negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat. Sekiranya pihak konsesi tidak mendapat persetujuan kerajaan untuk menaikkan tol , maka mereka berhak memperoleh jumlah pampasan tertentu dari pihak kerajaan seperti yang terkandung dalam perjanjian konsesi.

http://bidaman.blogspot.my/2013/12/tol-kesas-sprint-tak-dinaikkan-kerajaan.html

Melalui satu kenyataan dikeluarkan oleh Persatuan Syarikat Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM) pada 26 June 2015 ,


"Persatuan Syarikat-syarikat Konsesi Lebuh Raya Malaysia (PSKLM) bersedia mengadakan perbincangan dengan kerajaan untuk memohon kenaikan kadar tol di beberapa lebuh raya di negara ini. Yang Dipertuanya, Datuk Ir Zainudin A. Kadir berkata keperluan kenaikan kadar tol ini wujud bukan hanya kerana ia adalah ketetapan jadual berkala yang dipersetujui dalam Perjanjian Konsesi, tetapi juga untuk memberikan perkhidmatan yang selamat dan selesa kepada pengguna lebuh raya."

http://www.malaysiakini.com/news/303182

Bekas Perdana Menteri sendiri mengakui beliau melakukan kesilapan apabila memberi kelulusan dalam konsesi yang akhirnya menyusahkan rakyat sehingga kini.

http://arkib.harakahdaily.net/arkibharakah/index.php/arkib/berita/lama/2007/1/5948/dr-mahathir-bersetuju-demonstrasi-bantah-tol.html

"Bekas Perdana Menteri mengakui bahawa kandungan perjanjian konsesi yang dirangka semasa beliau mentadbir mempunyai kelemahan dan kabinet patut melakukan sesuatu yang lebih baik dari itu.

“Kabinet hanya meluluskan dari segi prinsip. Mereka tidak betul-betul mengkaji implikasi beberapa bahagian dalam perjanjian tersebut,” 

"Anggota kabinet bukan pakar-pakar. Mereka adalah ahli-ahli politik dan sesetengah ahli politik seperti saya boleh jadi begitu bodoh. Apabila ada perjanjian, perjanjian itu dibuat oleh pegawai-pegawai dan perjanjian yang diserahkan kepada kabinet biasanya tidak mempunyai perinciannya," 

Dek kerana kelemahan perjanjian konsesi selain IPP yang dibuat itu , maka manifestasi kelemahan diserlahkan sekarang. Kerajaan buta-buta bayar berbillion ringgit setahun kepada syarikat-syarikat konsesi yang kebanyakkannya kroni-kroni . Ramai yang memuji-muji pentadbiran bekas Perdana Menteri itu hebat dengan terbinanya KLCC, KLIA, Putrajaya , lebuhraya , stesen janakuasa dan macam-macam lagi . Tapi berapa ramai yang tahu isi kandungan perjanjian-perjanjian untuk membina semua itu ? Apa kelemahan dalam perjanjian itu ? Seperti yang diakui sendiri oleh Tun dalam kenyataan yang dibuat beliau.



Malangnya sial dan badi segala projek ini hanya datang selepas berbelas tahun . Yang menanggung beban dan maki hamun rakyat ialah individu yang mewarisi segala perjanjian berat sebelah ini . Paling mengecewakan ialah orang yang bertanggungjawab memulakan semua perjanjian berat sebelah ini pun tumpang sekaki mengeruhkan lagi suasana . Apa pilihan yang kerajaan ada sekarang ?

i. Abaikan perjanjian konsesi dan dikenakan tindakan saman ? Kos mungkin mencecah puluhan billion ringgit.

ii. Tanggung kos kenaikan tol ? Kos mungkin mencecah sehingga 2 billion ringgit setahun

iii. Rakyat tanggung ? Kos-nya kena maki hamun je berbillion bakul ... duit billion2 yang dijimatkan daripada bayar konsesi buta-buta buat pembangunan lain atau penambahbaikan infra untuk rakyat.



Monday, October 12, 2015

Ahli PKR meluat sikap memandai-mandai Rafizi Ramli ?

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali semalam menegaskan kepada umum bahawa Rafizi Ramli tidak akan dipecat dari jawatan Setiausaha Agung PKR seperti yang digembar-gemburkan baru-baru ini . Azmin mendakwa berita pemecatan Rafizi dibuat oleh musuh-musuh parti itu . Kenyataan Azmin itu dibuat semasa sidang akhbar di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya semalam. Sidang media berkenaan turut dihadiri Rafizi dan Wan Azizah sekali presiden parti .


Cakap-cakap mengenai pemecatan Rafizi mulai timbul apabila terdapat percanggahan pendapat di dalam PKR mengenai penubuhan Pakatan Harapan . Rafizi dikatakan menjadi punca kepada perpecahan dalaman PKR . Ramai di kalangan ahli dan pemimpin PKR yang kurang bersetuju apabila PAS dipinggirkan didalam penubuhan Pakatan Harapan. Azmin mungkin hanya bermain wayang di media demi mengekalkan kuasa di Selangor . Tanpa sokongan PAS, Azmin mungkin terpaksa melepaskan jawatan MB Selangor, begitu juga sekiranya tanpa sokongan DAP hal yang sama turut berlaku . Oleh itu perkara terbaik yang boleh dilakukan Azmin adalah dengan menjadi lalang dan 'playsafe'

Walau bagaimanapun, satu perkara yang pasti kini ialah Azmin boleh dikatakan sebagai 'otai besar' dalam PKR selepas Anwar masuk penjara . Azmin dilihat lebih popular dikalangan pemimpin-pemimpin bahagian PKR berbanding Presiden PKR itu sendiri . Tak mustahil jika diadakan pemilihan parti sekarang ,proksi-proksi Anwar akan tenggelam dengan bala tentera Azmin . Aura Azmin sebagai "boss besar PKR" jelas dilihat apabila sidang akhbar mengenai status jawatan Rafizi dibuat oleh beliau , adakah lidah Wan Azizah terlalu kelu untuk berkata-kata dengan status jawatan beliau yang lebih tinggi dari Azmin ?

Dengan pengumuman yang dibuat Azmin itu , Rafizi mungkin boleh dikatakan 'selamat' pada ketika ini . Namun sudah tentu perasaan marah dan benci beberapa bahagian di kalangan akar umbi terhadap Rafizi akan berterusan . Tak mustahil sekiranya Rafizi terus angkuh 'memerintah' PKR , akan muncul gelombang besar-besaran dari akar umbi untuk menggesa kepimpinan tertinggi parti memecat Rafizi. Tian Chua yang merupakan salah seorang pemimpin tertinggi PKR dengan jelas menyatakan PKR akan kalah teruk sekiranya kerjasama dengan PAS tidak diteruskan ... mungkin nasib Rafizi didalam PKR kini hanya akan ditentukan dengan tindakan memandai-mandai beliau seterusnya.

Wednesday, October 7, 2015

Siapa Penyokong Kuat Mahathir Yang Mahu Berpaling Tadah ?

Bila ada 2 pihak bertelagah , akan sentiasa ada pihak ketiga akan ambil kesempatan untuk buat keuntungan . Sejarah tak pernah berbohong , melalui kisah-kisah yang kita baca, tonton di filem ... pihak ketiga ini kita panggil pengkhianat . Ciri-ciri utama pengkhianat ialah membelakangi apa yang diperjuangkan oleh kumpulan beliau semata-mata laba atau keuntungan yang ingin diperoleh . Pengkhianat akan cuba memperoleh keuntungan dari kedua-dua pihak yang bertelagah, manusia jenis ini pandai bermuka-muka dan bakal membawa kehancuran kepada mana-mana individu yang bekerjasama dengan mereka.


Aku sengaja bangkitkan perihal ini kerana sudah mula bertiup khabar, seorang bekas pemimpin parti politik veteran dari utara tanah air yang selama ini begitu kuat menyokong perjuangan Tun Mahathir telah berkira-kira untuk beralih arah. Strategi beliau cukup bijak, rancangan diatur teliti untuk berjumpa dengan Najib Razak dan mengemukakan 'tawaran' . Pemimpin veteran ini mungkin menyangkakan gerak geri atau rancangan beliau untuk berpaling tadah dari bekas bos takkan dapat dikesan, malangnya beberapa orang dari kedua-dua kem Najib dan Mahathir dapat menghidu tindak tanduk pemimpin veteran ini.

Mula timbul cakap-cakap belakang di kalangan penyokong Tun Mahathir bahawa pemimpin veteran dari utara ini memang tak boleh dipercayai, namun masing-masing dalam mode berhati-hati kerana situasi sekarang agak kritikal untuk Tun Mahathir menggunakan apa saja sokongan bagi menjatuhkan Najb Razak, apatah lagi khidmat pemimpin veteran ini penting dengan mengambilkira hubungan pemimpin veteran ini dengan seorang penulis blog 'elit' yang menjadi kepala kepada beberapa lagi blogger elit yang tak sehaluan dengan Najib Razak.

Khabar mengenai cubaan pemimpin veteran ini mengubah sokongan kepada Najib Razak bermula apabila satu sumber rapat dengan PM mengatakan si  pemimpin veteran ini telah mengadakan pertemuan dengan PM baru-baru ini dengan 'permintaan-permintaan tertentu'. Andaikata permintaan-permintaan itu dipenuhi jangan kita hairan apabila pemimpin veteran yang selama ini menghentam Najib Razak itu akan tiba-tiba berubah cara penulisan beliau di dalam blog . Walau bagaimanapun, PM mungkin sedar rancangan si licik yang sentiasa melihat kesempatan mencari keuntungan dalam keterdesakan mana-mana pihak yang bertelagah, mujurlah Najib Razak 'bo layan' permintaan itu.

Setelah sedar permintaan beliau dah di 'bolayan' oleh Najib , si pemimpin veteran ini mula lah sambung bersilat menghentam kembali PM setelah berhenti 'seketika' dalam proses 'rundingan sokongan' itu . Akhir kata dalam penulisan ini , aku nasihatkan samada kepada penyokong kuat Tun atau Najib , hati-hati lah dengan manusia ini . Anda semua lebih maklum siapa yang dimaksudkan kerana artikel ini digarap dari kedua-dua sumber Tun dan Najib .... samada Tun atau Najib kalah, yang pasti si veteran yang cuba makan 2 kolam ini yang akan beroleh keuntungan.

Tuesday, October 6, 2015

Apa Isi Kandungan TPPA Hingga Ramai yang Melompat ?

Kecoh semalam kononnya TPPA telah ditandatangani beberapa wakil negara termasuk dari Malaysia. Berita ni dicedok dari beberapa portal dalam dan luar negara. Ramai yang tak senang duduk, maki hamun Najib Razak tanpa tahu hujung pangkal berita.



Mujurlah khabar angin itu pantas dibetulkan oleh beberapa orang pemimpin negara di media sosial. KJ salah seorang darinya dalam tweet beliau menyatakan TPPA belum ditandatangani lagi, cuma rundingan dipersetujui untuk ditamatkan. Hasil rundingan akan dibawa balik dan dibahaskan di parlimen.Ertinya samada TPPA itu akan ditandatangani atau tidak bergantung pada hasil perbahasan di parlimen, bukan keputusan Najib dan Tok Pa je.

Rakyat dilihat was was dengan TPPA ini kerana mereka tak tahu apa isi kandungan perjanjian. Adakah akan merugikan atau menguntungkan mereka. Ramai yang percaya ia lebih memberi keburukan melalui ulasan2 beberapa 'pakar' yang membuat telahan tanpa mengetahui apa yang ada dalam TPPA.

Antara sebab yang paling utama ditentang ialah kos harga ubat yg dikatakan boleh meningkat hingga 1000% kalau TPPA ditandatangani. Samada betul atau tidak sesiapa pun tak boleh mengesahkan sebab takde diantara yg membuat dakwaan berkenaan dah baca isi kandungan perjanjian TPPA.

Sebab tu, sebagai penggiat media sosial aku memilih untuk tidak memberi komen dalam sesuatu perkara yang sangat samar2 . Adakah TPPA itu baik atau buruk aku tak tau, yang aku tau ramai yang tak baca lagi perjanjian TPPA itu anggap apa saja dalam perjanjian tu bakal menghambakan negara pada US.

Aku terpikir kalau benar TPPA menyusahkan rakyat dan menyebabkan harga barang naik, memang sesiapa pun tak akan setuju termasuk aku. Tapi kalau kandungan TPPA itu bagus, meningkatkan ekonomi negara dan takkan menyusahkan rakyat serta takkan naikkan harga barang adakah kerajaan masih perlu tolak TPPA disebabkan 'brand' TPPA itu sejak dari awal lagi dikatakan busuk? 

Persoalan ini bakal jadi beban pada pemimpin2 dan ahli parlimen untuk buat keputusan samada untuk sign atau tidak. Kalau perlu jugak sign, aku cadangkan apa kata buat saja deklarasi bahawa segala kos berkaitan kepentingan rakyat diberi jaminan oleh kerajaan takkan naik disebabkan TPPA, kalau naik juga kerajaan kena tanggung. Kalau tak buat macam ni , rakyat pasti akan terus berpikiran skeptikal dgn TPPA. 

Thursday, October 1, 2015

Kenapa Rosmah Tak Boleh Guna Gelaran "First Lady" di UN ?

Pelik aku si pembuat fitnah dan penyebar fitnah punya kerja...paling kesian si pemakan fitnah sebab berjaya diperbodohkan. Depa dok ulang persoal pasal gelaran "First Lady" . Pusing2 yang tu ditanya macam Rosmah kemaruk dengan gelaran tu.


Gambar-gambar Rosmah dipersidangan antarabangsa diambil sebab nak diskredit bini PM tu. Depa cari mana2 angle yang boleh nak spin. Pasal Rosmah menyibuk dalam dewan la, pasal gelaran la dan macam2 lagi. 


Pasal gelaran "first lady" tu yang depa giat sebar sekarang al-maklumlah sempena lawatan PM ke New York baru2 ni adalah spin semata-mata. Malangnya geng2 bodo tak usul periksa dalam UMNO pun pakat2 percaya

Pasal gelarab "first lady" ni bukan Rosmah yang mintak, itu UN yang letak...bukan kat Rosmah ja, malah kepada semua isteri pemimpin dunia yang hadir. Takkan nak bagi gelaran special kat Rosmah ? Ni cerita 2014 pandai depa korek balik gambar sebar fitnah

http://www.ambergristoday.com/content/stories/2014/september/29/belize-first-lady-hosts-ladies-global-call-action-united-nation

Pasal duduk dalam dewan tu, memang dah ditentu oleh UN dan kebetulan mm ada function2 lain di UN dengan isteri2 pemimpin negara lain di UN. Takkan lah isteri PM Malaysia nak dok dalam hotel jadi kerang sumbang? Buat hal sendiri shopping? Kalau shopping depa tangkap gambar sebar kata boros, kalau ikut sekali PM kata gila kuasa..keh keh keh nampak tak macam mana ? Kamjat betul