Tuesday, September 29, 2015

Rosmah Diberi Penghormatan Berucap di PBB

Bila diwar-warkan kononnya FBI mula menjalankan penyiasatan terhadap 1MDB, ada pihak mengeluarkan kenyataan bahawa ada kemungkinan Najib akan diberkas pihak berkuasa negara berkenaan apabila keluar daripada negara ini . Kenyataan yang dibuat oleh mantan PM itu sedikit sebanyak menimbulkan rasa pelik kerana sebagai orang yang pernah menerajui negara ini selama 22 tahun, beliau seharusnya lebih tahu mengenai kekebalan yang ada pada seseorang diplomat. Namun kenyataan mantan PM itu disambut dengan penuh kenyakinan oleh penyokong-penyokong beliau. Kononnya satu dunia dah naik menyampah dengan Najib disebabkan 1MDB punya hal.


Dan bila Najib ke luar negara baru-baru ini, tiada tangkapan yang berlaku seperti yang diharapkan . Malah Najib berada di sebuah negara dimana agen-agen FBI itu sendiri dihasilkan , tak cukup dengan fakta itu Najib juga diberikan penghormatan sebagai ketua negara Malaysia untuk berucap di PBB, New York . Puak-puak yang sebelum ini begitu beria-ia mengatakan kononnya Najib bakal ditangkap apabila berada di luar negara mula menggunakan alasan Najib kekebalan beliau sebagai seorang diplomat . Kenapa tak difikirkan alasan yang sama sebelum menyokong kenyataan tangkap mantan PM ? Secara peribadi penulis beranggapan sekalipun kita membenci seseorang pemimpin itu, tak perlulah mengheret campur tangan asing.


Semasa PM dan isteri berada di New York, beberapa pihak mengambil kesempatan untuk menyerang isteri  beliau dengan mengedarkan gambar-gambar di media sosial untuk mewujudkan sentimen negatif seolah-olah Rosmah ni lebih sudu dari kuah. Ramai yang membandingkan isteri mantan PM dan Rosmah . Rosmah dikatakan cuba campur tangan hal-ehwal tugas Perdana Menteri . Ramai yang tak senang hati bila Rosmah diberikan pengiktirafan untuk berucap di pentas antarabangsa . Walhal pengiktirafan ini telah kerap kali dilakukan terutamanya di negara timur-tengah. Dan seringkali dilihat Rosmah agak mesra dengan para isteri pemimpin-pemimpin negara lain.  Jadi tidak hairan apabila beliau diberikan pengiktirafan dengan usaha-usaha kebaikan yang dilakukan.



Petikan dari artikel Bernama (28/9/2015) ;

Berucap pada majlis resepsi anjuran Forum Perkongsian Wanita Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di Plaza PBB di sini Ahad, isteri Perdana Menteri berkata masyarakat harus bersedia bagi kesaksamaan gender tetapi tidak semua bersedia untuk perubahan itu. 

“Wanita membawa pelbagai perspektif, gaya kepimpinan, pengalaman bekerja, gaya hidup dan budaya"

“Ini menyumbang kepada kepelbagaian pemikiran yang begitu penting untuk menjana penyelesaian inovatif. Apabila kita menghormati dan menghargai sumbangan unik ini, kita melepaskan kuasa kepelbagaian,” katanya.

artikel penuh 

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/galak-kesaksamaan-gender-8211-rosmah-1.141008

Majlis berkenaan di anjur oleh Forum Perkongsian Wanita Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) . Fikir sendiri kenapa Rosmah antara yang diberikan penghormatan untuk berucap ? Takkan-lah Perdana Menteri sebuah negara yang kecil macam Malaysia ni ada "kuasa" mengarah agensi PBB ini bagi penghormatan untuk Rosmah berucap ? Malangnya, kredibiliti yang ada ini tidak dipandang oleh sesetengah pihak di Malaysia . Bagi mereka isteri seorang PM tak boleh jadi 'popular' di peringkan antarabangsa . Kalau popular katanya akan 'over-shadow' PM walaupun hal yang menjadikan beliau popular takde kena mengena dengan campur tangan pentadbiran dalam negara . 

Selain Rosmah, beberapa isteri pemimpin besar dunia juga diberikan penghormatan yang serupa beberapa hari sebelum itu dalam forum Global Education First juga di PBB. 

Tuesday, September 22, 2015

Pengkhianat yang Lebih Rela Jadi Barua FBI dan WSJ

Banyak negara runtuh disebabkan wujudnya pengkhianat yang membocorkan hal-hal sulit dalam negara kepada negara luar . Banyak negara runtuh bila wujud campur tangan asing ke dalam negara itu . Semua hal ini berlaku disebabkan sikap segelintir rakyat negara itu sendiri yang mengundang campur tangan asing kedalam negara.  Satu ketika dulu Iraq dibawah pemerintahan Sadam Hussin dikatakan kejam, kuku besi dan sebagainya namun semasa pemerintahan beliau juga nilai matawang Iraq lebih tinggi dari USD .


Contoh lain ialah Libya, walaupun pelbagai cerita mengenai kekejaman rejim Muamar Ghadafi disebarkan oleh pihak2 tertentu, namun keadaan Libya lebih sempurna ketika itu berbanding sekarang. Semua yang berlaku adalah disebabkan undangan rakyat negara itu sendiri kepada kuasa-kuasa asing di luar sana untuk campur tangan. Ketika negara aman damai, mereka yang mengundang campur tangan asing itu tentu tak pernah terfikir bahawa negara mereka yang satu ketika dahulu megah berdiri bangunan-bangunan pencakar langit kini bak padang jarak padang tekukur.


Kini di Malaysia, setelah gagal mencapai cita-cita mereka untuk menumbangkan Najib sebagai Perdana Menteri dengan tidak menggunakan pentas pilihanraya sebagai platform . Golongan-golongan yang terdesak ini mula mengundang campur tangan negara-negara luar . Cerita mengenai Najib sebagai perasuah dijaja satu dunia , hal yang serupa pernah berlaku pada Tun Dr. Mahathir dulu , cuma malangnya sekarang modus operandi yang serupa pula ditiru oleh kumpulan-kumpulan pro-Tun , malah lebih mengejutkan lagi untuk menjayakan operasi ini kumpulan-kumpulan pro-Tun ini sudah berpeluk sakan dengan musuh tradisi iaitu DAP untuk menumbangkan Najib Razak.



Bila soal pengkhianatan dibangkitkan, seperti biasa tuduh menuduh pasti berlaku . Ko khianat aku, aku khianat ko dan ko khianat rakyat dan macam-macam lagi bagi menjustifikasi pada rakyat kononnya masing-masing berada pada landasan yang benar. Akhirnya, hal pengkhianatan yang pada mulanya kita anggap sebagai persepsi saja rupa-rupanya benar-benar berlaku . Demi menumbangkan Najib Razak , ada beberapa tokoh yang sudah sedia menjadi alat atau anjing kepada Amerika . Kalau dulu anjing-anjing ini menyalak Malaysia akan jadi hamba Amerika kalau TPPA di tandatangani, jadi apa bezanya tindakan mereka apabila mengundang Amerika untuk campur tangan dalam hal-ehwal kerajaan negara ini.

Memang selama ini kita pelik bila ada dokumen-dokumen rahsia negara boleh tersebar di media-media luar . Untuk kes negara ini dokumen siasatan PAC adalah penuh kerahsiaan , dan agak mengejutkan bila dokumen berkenaan diterima oleh WSJ . Tak mustahil mungkin lebih banyak lagi dokumen2 rahsia lain yang dikongsi . Siapa yang kongsi ??? Kena tanya barua WSJ dalam PAC , si Tony Pua . Memang ada bau-bau pengkhianat . Sorang lagi pengkhianat ialah yang menawarkan diri untuk jadi barua FBI , bos kepada barua FBI ini kononnya dulu adalah penentang tegar Amerika .. kini sanggup menghantar orang untuk jadi barua kepada FBI .

Mungkin hujah mereka tak mengapa bekerjasama dengan agen dajal sekalipun asalkan Najib turun.  Semua gerak kerja mereka ini dibuat di atas landasan yang samar-samar mengenai berita yang belum dipastikan kebenarannya. Kalau begitu yakin rakyat semua mahukan Najib turun , apa salahnya tunggu lebih kurang 2 tahun saja lagi untuk proses pilihanraya ? Pada ketika itu gantikan saja Najib dengan siapa saja yang mereka suka asalkan menang pilihanraya . Cuma apa yang berlaku sekarang tahap gila kuasa dan ketidaksabaran menunggu pilihanraya tiba mengatasi segala-galanya hingga sanggup jadi barua kepada FBI.

Saturday, September 19, 2015

Muka Depan Ada Manis , Belakang Dia Kasi Hantam Lu ..

Selamat pagi .... terbaca satu artikel yang memetik kata-kata seorang pemimpin UMNO (yang juga bekas TPM) hari ini ...



SENARIO

“Everywhere I go, people say ‘Tan Sri, wa sokong lu’. When I ask them why, they say it is because I am brave.”

Kemudian aku review comment, antara comment2 yang menarik perhatian ialah ..

KOMEN 1

"If brave, then y nowadays no statement from you, are you still pressuring Najib?
Or now you become 'YES' man.
UMNO always got no dignity...."

KOMEN 2

"I am a Chinese. But I don't support this guy. He is also a 2 face snake. Don't forget he said "I am a Malay first then only a Malaysian". He is not sincere in fighting for Malaysian . He is just doing it for his political career."

PENILAIAN

Bila Tan Sri ni berdepan dan berjumpa dengan orang ramai, khususnya bangsa Cina , segala puji-pujian dihamburkan kepada beliau . Dari kenyataan di atas jelas menunjukkan ada rasa bangga dengan pujian yang diberi.

Walau bagaimanapun, komen yang disiarkan menunjukkan seolah-olah Tan Sri berkenaan tiada pendirian dan tindakan-tindakan beliau dilihat hanya untuk survival politik.

KESIMPULAN

Pemimpin dan penyokong dalam sesebuah parti politik boleh dikatakan hipokrit selagi sesuatu perkara atau peristiwa itu boleh memberi keuntungan kepada mereka .

Sindrom syok sendiri di kalangan pemimpin politik kerap berlaku, mereka mungkin diberikan ucapan kata-kata manis, laporan-laporan yang menyedapkan telinga mereka namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.

ADVISORY

Pemimpin seharusnya bertindak atas prinsip yang mereka percaya dan pegang untuk memajukan negara dan rakyat dan bukan semata-mata untuk populariti ataupun bila mendapat tekanan pihak luar atau menjadi pak turut atau dalam erti kata lain "rule with iron fist" seperti yang pernah dilakukan oleh beberapa pemimpin besar dunia dahulu. Tun Mahathir pun dah pernah buat .. cuma sekarang mungkin dia dah lupa apa yang dibuat dulu

Thursday, September 17, 2015

Perhimpunan Paling Racist dalam Malaysia ?

Dengan menghadirkan diri ke Perhimpunan Merah #916 semalam tak bererti aku seorang racist , ia hanyalah satu manifestasi dengan sesuatu prinsip yang kita pegang . Perhimpunan Merah #916 hanyalah sebuah platform sahaja sama seperti Perhimpunan Bersih .


EX-IGP, Tan Sri Musa Hasan dalam satu temuramah dengan The Malay Mail Online berkata kebebasan berhimpun dan bersuara yang diminta oleh segelintir pihak sebelum ini , seharusnya membenarkan semua jenis golongan untuk melakukannya samada mereka itu rasis, komunis, LGBT dan sebagainya selagi ianya aman. Bukankah itu yang diperjuangkan selama ini ?

Dah terlalu banyak perhimpunan/rally diadakan selama ini namun ramai lagi memilih untuk tidak menunjukkan reaksi balas . Apa yang berlaku semalam mungkin adalah indikasi had kesabaran pihak yang berdiam diri selama ini telah dilangkaui. Kalau selama ini 'mereka' menjual , apa salahnya sesekali kita 'membeli' .

Bayangkan sekiranya demo/rally sebegini diadakan sebagai acara mingguan di Kuala Lumpur ? Selepas Bersih , Merah, lepas Merah .. Hijau , lepas Hijau .. apa lagi ? Kalau dibuat dengan kerap , tak mustahil peniaga-peniaga di KL pun boleh gulung tikar ? Semuanya sebab apa ?? Hak kebebasan berhimpun rakyat ??? Takkanlah 'hak kebebasan berhimpun rakyat' hanya untuk golongan penentang kerajaan saja ?

So now you get medicine of your own... bak kata EX-IGP ,

"It doesn’t matter today if it’s racist or chauvinist or communist, if they want to have a rally it is allowed. Isn’t that what you wanted? We have to accept it,”

Tuesday, September 15, 2015

Apa Pula Selepas SR , WSJ dan Al-Jazeera ?

Lepas  Sarawak Report (SR), Wall Street Journal (WSJ) , selesai WSJ ... Al Jazeera pulak . Serangan-serangan ke atas PM makin bertali arus . Kini melibatkan media luar pulak . Seolah-olah segalanya dirancang dengan begitu teliti , tekanan demi tekanan . Niat untuk me-REPUBLIK-an negara ini tak pernah terhenti . Konco-konco dajal sentiasa berusaha mengelirukan rakyat negara ini terutama orang Melayu , malah kini antara pendokong institusi teras kerajaan Melayu negara ini juga cuba di kelirukan. Mereka hanya perlu memulakan api dan seterusnya kerosakan yang lebih besar di buat oleh rakyat negara ni sendiri khususnya orang Melayu bila mula bercakaran antara satu sama lain.


Kes Altantuya bermula sebelum Najib dilantik menjadi Perdana Menteri lagi , persoalannya sekarang ialah mengapa baru sekarang ditimbulkan oleh Al Jazeera . Isu yang ditimbulkan Al Jazeera itu seperti tayangan ulang tayang tuduhan-tuduhan dalam negara yang dibuat kepada Najib sebelum ini cuma diberi perisan antarabangsa . Kalau dulu kes pembunuhan Altantuya dimainkan media-media tempatan pro-pembangkang kini ia dimainkan pula di media antarabangsa . Motifnya tak lain tak bukan nak beri tekanan pada Perdana Menteri untuk meletak jawatan.


Laporan Al Jazeera ini adalah kerja dari orang dalam negara ini sendiri, boleh jadi wartawan Al Jazeera berkenaan di suap dengan maklumat-maklumat yang mengelirukan. Kes dah lama baru dibangkitkan semula KEBETULAN pula dengan pelbagai tekanan yang dikenakan terhadap Najib. Barangkali ada barua dajal dalam negara ini yang sentiasa menunggu peluang untuk menjadikan Malaysia antara negara yang terkesan dengan domino effect revolusi warna di beberapa negara sebelum ini hasil kerja jahat mereka .

Si proksi dajal boleh dikatakan gagal semasa Tun. Mahathir menjadi Perdana Menteri kerana walaupun di sebalik kebangkitan rakyat dan kebencian ahli UMNO terhadap Tun berikutan pemecatan Timbalan beliau Anwar Ibrahim dari jawatan kerajaan , Tun Mahathir masih terus ampuh memacu UMNO dan kerajaan . Ramai ahli-ahli perniagaan yang gulung tikar semasa era Tun itu dihasut oleh proksi-proksi dajal untuk bangkit dan terus menentang Tun , berikutan dari kekalutan itu maka era REFORMASI bermula dengan hebat walaupun pelbagai sekatan media dibuat, namun beberapa siri himpunan besar-besaran tetap berlaku bagi menunjukkan protes dan penentangan terhadap Tun Mahathir.

Apa yang berlaku terhadap Najib kini sama seperti yang berlaku terhadap Tun, tetapi ujiannya lebih besar . Dengan tiada sekatan media, dan kepesatan penggunaan teknologi maklumat , Najib tidak mempunyai opsyen untuk mengawal . Najib mungkin kekurangan elemen 'kuku besi' berbanding Tun Mahathir . Di zaman Tun Mahathir, ISA menjadi satu senjata yang amat terkenal penggunaannya di kalangan politician...disebabkan itu ramai yang tak bersetuju apabila ISA dimansuhkan , ramai yang mahu Najib Razak jadi 'kuku besi' dan tegas seperti Tun Mahathir hatta undang-undang berkaitan had kuasa raja-raja Melayu juga diperkenalkan.



Berbalik kepada isu Altantuya yang dimainkan Al-Jazeera , bekas IGP Tan Sri Musa Hassan menafikan dakwaan itu . Tan Sri Musa yang kita kenali adalah seorang yang berprinsip ,bukan jenis 'yes man' ,mungkin itu antara sebab beliau tidak dilantik semula jadi Ketua Polis Negara . Dalam satu kenyataan semalam , beliau menegaskan Najib tidak mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan Alantuya . Ucapan ini dizahirkan oleh orang yang tidak ada apa-apa kepentingan dalam politik dan pernah terlibat secara langsung dengan kes pembunuhan itu selama bertahun-tahun . Jadi apa yang membuatkan siasatan wartawan Al Jazeera yang entah berapa lama duduk di Malaysia tu lebih boleh dipercayai ? Fikir sendiri daa...


Wednesday, September 9, 2015

"Wahyu" Terbaru WSJ Meragukan - Arul Kanda

Hari ni umpama lalat menghurung tahi .. puak-puak rasis, puak-puak hipokrit dan puak-puak makan dua kolam melaung-laungkan wahyu terbaru yang diturunkan oleh Wall Street Journal berkenaan skandal 1MDB. 


Cerita terbaru WSJ yang bersumberkan satu agensi pelaburan yang tidak dinamakan mengatakan IPIC tidak pernah terima bayaran berbiliyun biliyun dari 1MDB seperti yang didakwa! 

Confirmlah melompat-lompat kegembiraan puak-puak anti Najib mendapat wahyu terbaru dari WSJ. Maka dijaja seantero sosial media wahyu berkenaan.



Namun lepas beberapa jam saja berita tu keluar,1MDB melalui Arul Kanda mengeluarkan kenyataan akhbar membidas laporan WSJ itu. Bidasan segera tu ditulis dalam bahasa Omputih, puak2 sembang deras ni entah faham entah tidak kenyataan yang dibuat Arul itu. Berikut adalah kenyataan media yang dikeluarkan..

Media statement by 1Malaysia Development Berhad

Issued on 9 September 2015
For immediate publication

1MDB Stands by Its Audited Accounts

We refer to a biased article by the Wall Street Journal today relating to US$1.4 billion of payments made by 1MDB. We note that the Wall Street Journal does not name its source or provide any proof of the unproven allegations it is making, thereby seriously discrediting its sensationalist story. 

1MDB cannot speak on behalf of Aabar or IPIC nor can we comment on the accounting arrangements of third parties. What we can confirm is that the 1MDB audited financial statements clearly describe the amount and purpose of the payments, which for the avoidance of doubt, is structured as a deposit (i.e. a financial asset belonging to 1MDB and not an expense to 1MDB). 

Secondly, based on those payments, we can confirm that IPIC did provide and continues to provide, guarantees for the principal and interest of 2 x US$1.75 billion bonds issued by 1MDB, with a total principal and interest amount of approximately US$5.5 billion. 

Thirdly, we can confirm that 1MDB auditors, Deloitte, made specific and detailed enquiries on these payments prior to signing off on the 1MDB audited accounts. 

Fourthly, Deloitte has strongly defended its methodology and audit process of 1MDB at the Public Accounts Committee (PAC) hearings, a bipartisan select committee of the Malaysian Parliament. Accordingly, the Wall Street Journal is wrong to state “it isn’t clear what happened to the funds”, at least not from a 1MDB perspective.

More importantly, we are shocked that a hitherto reputable publisher such as the Wall Street Journal would make use of clearly confidential information in its reporting. We refer specifically to the WSJ confirming it has reviewed a “transcript of the proceedings”, from a parliamentary committee probing 1MDB, of which the only possible source is the PAC hearings on 1MDB. 

The Standing Orders of the Malaysian Parliament very clearly states that “the evidence taken before any Select Committee and any documents presented to such Committee shall not be published by any member of such Committee, or by any other person, before the Committee has presented its Report to the House”. 

The actions by Wall Street Journal are a potential breach of Malaysian law by a supposedly respectable foreign publication. We are further concerned as to who involved in the PAC hearings may have leaked this transcript, which is clearly an attempt to prejudice the PAC investigations and deny 1MDB its right to due process as provided for by the laws of Malaysia. 

1MDB strongly urges the relevant authorities to investigate this matter thoroughly and take all requisite action to preserve the process integrity and Standing Orders of the Malaysian Parliament.

Kesimpuan dari kenyataan Arul itu ialah kewibawaan WSJ sebagai media yang berpengaruh dipersoalkan kerana sumber yang memberikan maklumat tidak dinamakan dan kemungkinan wujud elemen2 spin di situ.

Selain itu, IPIC sendiri tidak membuat sebarang kenyataan mengenai perkara itu. Adakah pihak luar dari IPIC itu lebih mengetahui hal -ehwal kewangan IPIC?

Perkara lain yang ditimbulkan ialah bagaimana transkrip prosiding PAC yang menyiasat 1MDB boleh dibaca oleh WSJ sedangkan media dalam negara ni sendiri pun x dapat baca transkrip sulit tu. Barua yang mana satu dalam PAC yang sebarkan maklumat prosiding dalam PAC tu supaya senang pendukung dajal WSJ boleh spin? Sendiri mau ingat ...

Sunday, September 6, 2015

Timbalan Pendakwaraya Hilang, Kes Saman Tertangguh?

share posting ... nampaknya orang yg hilang tu ada juga terlibat dalam satu kes mahkamah yang melibatkan peguam Dato Rosli Dahlan

dari MyKMU

Tn.Anthony KevinTimbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Kevin Anthony Morais dilaporkan hilang sejak semalam. Difahamkan, kali terakhir beliau dilihat pada pagi Jumaat ketika meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta sebelum hilang sehingga kini.

Menurut Harian Metro, berita kehilangan Kevin juga menjadi ‘viral’di media sosial selepas beberapa ahli keluarganya merayu orang ramai membantu menyalurkan maklumat untuk mengesannya. Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R.Munusamy ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kehilangan Kevin.

Dakwaan Kevin dipindahkan ke Jabatan Peguam Negara sejak 15 Julai lalu tidak benar. Kevin dipindahkan ke Pejabat Peguam Negara tahun 2014. 

Kevin ketika memberi keterangan pada Jun 2015 lalu menyatakan beliau telah bertugas di Jabatan Peguam Negara dan sebelum ini bertugas sebagai Timbalan Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 

Pada Jun 2013, Seorang peguam, Dato Rosli Dahlan, telah memfailkan saman berjumlah lebih RM47 juta terhadap Peguam Negara, bekas Ketua Polis Negara, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Kerajaan Malaysia dan tujuh lagi termasuk Kevin Anthony atas dakwaan mendakwanya secara salah. 

Kevin Anthony Morais, Timbalan Pendakwa Raya, yang disaman telah memberi keterangan pada Jun lalu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam ke saman peguam Datuk Rosli Dahlan. 

“Ia dikeluarkan mengikut undang-undang,” kata Kevin yang kini bertugas di Jabatan Peguam Negara.

Kata Kevin, berdasarkan siasatan yang dijalankan oleh pegawai penyiasat Saiful Ezral Ariffin, beliau ada alasan untuk mempercayai bahawa satu kesalahan jenayah telah dilakukan di bawah Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997.Kevin, DPP SPRM Bertegas Notis Ke Atas Peguam Rosli Dahlan Ikut Undang-undang

Dalam pernyataan tuntutannya, Rosli mendakwa penahanannya adalah salah di sisi undang-undang dan notis diserahkan kepadanya pada 17 Julai 2007 oleh SPRM sungguhpun agensi itu sedar bahawa siasatan terhadap anak guamnya iaitu bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Ramli Yusuff, pada masa itu sedang berjalan.

Dia mendakwa pemeriksaan untuk mendapatkan maklumat kedudukan kewangannya yang dijalankan mengikut Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram oleh pegawai dari Bank Negara juga tidak wajar.

Rosli Dahlan ialah peguam kepada bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Komersil Bukit Aman, Datuk Ramli Yusoff. Ramli turut turut menyaman SPRM, Pendakwaraya SPRM termasuk Kevin Anthony dan Peguam Negara, Tan Sri Ghani Patail RM 128.5 juta.-MYKMU.NET

Thursday, September 3, 2015

Claire Rewcastle Brown Tayang Semula Kisah Naib Presiden US Malukan PM Malaysia di Malaysia

Khabarnya...seorang wakil dari Peru dalam persidangan Anti Rasuah Kebangsaan (IACC)  yang diadakan di Kuala Lumpur telah menghentam Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak berikutan beberapa isu yang melanda negara kebelakangan ini . Tindakan wakil Peru itu disambut dengan meriah oleh beberapa dalam negara yang sememangnya menunggu apa saja kesempatan untuk menghentam Najib , dalam masa yang wakil Peru itu juga dilihat teruk dihentam di laman twitter . Ironinya, indeks rasuah di negara ini lebih rendah berbanding Peru ... secara logiknya adalah sesuatu yang memualkan apabila Peru cuba mengajar negara ini mengenai ketelusan dalam memerangi rasuah.


Dari maklumat yang dikongsi oleh rakan media sosial , Corruption Perception Index (CPI) bagi negara Peru pada 2014 ialah 85 , berbanding Malaysia 50 . Tindakan wakil negara Peru ini seolah-olah menunjukkan beliau telah 'diajar' oleh pihak tertentu supaya menimbulkan perkara berkenaan semasa persidangan untuk memalukan Perdana Menteri Malaysia di khalayak antarabangsa. Tak salah kalau aku katakan berkemungkinan wakil dari Peru ini telah dirasuah untuk bercakap pasal rasuah . Memang ada unsur-unsur kebabian di situ. 



Perasan tak kebelakangan ni, si lelaki botox Khairuddin dan Mathias Chiang buat ekspedisi keliling dunia kononnya untuk buat report pasal salah urus kewangan 1MDB . Bukti report Khairuddin ialah beberapa gambar selfie bajet gojez beliau di beberapa pejabat penguatkuasa negara-negara berkenaan.  Semalam keluar cerita Swiss bekukan akaun 1MDB di negara itu , tapi pihak pengurusan 1MDB pantas menafikan berita yang disebarkan itu.


Berbalik kepada cerita forum IACC di Kuala Lumpur semalam, rupanya ada kisah di sebalik nasihat Datuk Paul Low untuk tidak menggalakan PM hadir di persidangan itu . Dari maklumat risikan diberitahu ada perancangan dari kumpulan tertentu untuk memalukan PM dalam majlis berkenaan , seterusnya mencalarkan imej beliau di peringkat antarabangsa .  Sememangnya imej Najib Razak dilihat hebat di peringkat antarabangsa setelah berjaya melakukan apa yang tidak dapat dilakukan oleh kuasa-kuasa besar dunia untuk berunding dengan puak pemisah Ukraine ke tapak terhempas pesawat MH17. 



Imej Najib dilihat positif di peringkat antarabangsa terutama di negara-negara Timur Tengah , selain negara-negara bekas Soviet . Disebalik pelbagai tuduhan dan skandal yang dilemparkan terhadap beliau, pemimpin-pemimpin besar negara luar masih tidak mengenakan apa-apa tekanan malah apa2 ucapan yang memalukan Najib, yang ada buat ucapan seperti itu ialah macai-macai pertubuhan2 tertentu . Sehingga sekarang masih belum ada pemimpin besar negara-negara kuasa dunia secara jelas mengecam Najib, seperti apa yang pernah berlaku pada Tun Mahathir pada satu ketika dulu bila Al-Gore secara kurang ajar menyelar beliau di dalam satu majlis di negara ini. 

Claire Rewcastle Brown mahukan perkara yang sama berlaku pada Najib tapi beliau gagal dan nampaknya hanya wakil negara Peru yang sanggup menjadi macai untuk buat kerja jahat itu . Katanya sebelum ke Kuala Lumpur, wakil dari Peru ini terlebih dahulu ke UK untuk bertemu dengan Brown. 

Wednesday, September 2, 2015

Sampai Bila DAP boleh Bergantung Harap Dengan PAN..tat Mat Sabu ?

Selepas mengistiharkan diri menyertai parti baru (Parti Amanah Negara) yang ber-Presiden-kan Mat Sabu , keanggotaan 22 ahli PAS yang membuat pengumuman itu secara automatik gugur . Bukan aku yang kata , tapi Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan yang kata...


"Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata perkara itu jelas dalam Perlembagaan PAS (Pindaan 2011) di bawah Fasal 15(1)(c) berhubung keberhentian ahli."

Daripada 22 ahli PAS berkenaan , aku tak pasti berapa ADUN dan berapa ahli PARLIMEN yang menang PRU-13 yang lepas bertanding atas tiket PAS .  Daripada artikel yang disiarkan Utusan , senarai bekas ahli PAS yang menduduki kerusi ADUN dan PARLIMEN adalah seperti berikut. 

Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr. Mujahid Yusof 
Ahli Parlimen Kota Raja, Dr. Siti Mariah Mahmud 
Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr. Mohd. Hatta Ramli  
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad 

ADUN Changkat Jering, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin 
ADUN Parit Yaani, Aminolhuda Hassan  
ADUN Morib, Hasnul Baharuddin

Datuk Takiyuddin berkata mereka yang dipecat ini akan diberikan surat pemberitahuan yang mereka ni bukan lagi ahli PAS , bagi yang bergelar wakil rakyat pula akan dilampirkan surat Bai'ah yang ditandatangani mereka dulu sebagai peringata . Surat Bai'ah ? Teringat kes Hassan Ali dulu ...  masa Hassan Ali keluar PAS dulu , bagai nak rak geng-geng GHB dalam PAS tibai Hassan Ali , pasal kes Bai'ah lah jugak . Sekarang apa sudah jadi ? Geng-geng yang tibai tu jugak yang blah dari PAS ... munafiq .

Apa pun tindakan GHB selepas ini, mungkin mereka dah dapat isyarat awal bahawa aura mereka semasa berada dalam PAS dan selepas keluar PAS berbeza . Mungkin aura mereka bersinar semasa dalam PAS , tapi aura itu makin suram selepas ambik keputusan untuk jadi macai DAP . Buktinya tengok saja masa perhimpunan BERSIH 4.0 baru-baru ni . Kalau dulu Mat Sabu boleh dikatakan jadi anchor pendemo2 bangsa Melayu berarak ke Dataran Merdeka ? Baru-baru ini apa hasilnya ?? Sampah saja ...

Nampaknya Parti Amanah Negara (PAN) pimpinan Mat Sabu takkan kekal lama , kita dapat agak parti itu sekarang bergerak dengan support DAP . Tapi sampai bila DAP nak support ? PAN dipergunakan DAP untuk raih sokongan orang-orang Melayu , tapi kalau orang-orang Melayu dah tunjuk muka menyampah dengan PAN ... sampai bila lagi DAP nak mengharapkan PAN ? tat ...