Thursday, August 27, 2015

Pejuang LGBT & Pengampu Soros Tulang Belakang BERSIH 4.0

Hari ini 27hb Ogos 2015 ... ramai yang dah dapat gaji , gua punya gaji lambat lagi ... untunglah sesiapa yang dah dapat gaji tu . By the way ... artikel ni bukan cerita pasal gaji, tapi cerita pasal Bersih 4.0 , tak lama dahh ... 29hb ni , hari Sabtu . PAS dah bagi confirmation, depa takkan hantar ahli untuk 'join' Bersih 4.0 , tak sama macam dulu-dulu dah . Sekarang yang beria-ia nak gerakkan Bersih 4.0 ialah DAP ...masa hari Sabtu nanti hangpa tengok lah geng2 mana yang akan buat 'havoc' dekat KL. DAP cuma ambik kesempatan untuk jadi popular dengan keadaan iklim ekonomi dan politik negara yang tak menentu ni .



Barua-barua besar DAP seperti Ambiga, Maria Chin dan Marina Mahathir galak menghasut orang ramai supaya menyertai perhimpunan haram ini. Dah sampai 3 kali perhimpunan Bersih diadakan apa yang hasilnya ? Lama-lama orang pun dah naik bosan , semasa mula-mula dianjurkan Bersih dulu memang lah dapat sambutan hebat , masa tu PAS pun kuat menyokong ... tapi lama kelamaan-lamaan dah nampak makin sendu , dah tak ramai orang macam dulu-dulu . Secara peribadi aku dapat merasakan Bersih 4.0 takkan jadi se 'havoc' dulu.



Cuma apa yang menarik ialah kebarangkalian puak baju merah bertembung dengan baju kuning ... aku taknak komen sangat pasal puak baju merah ni , pasal apa la korang nak layan sangat ... abaikan je lah kumpulan Bersih tu .. kan dah kena trol dalam Youtube jadi "power rangers" , serious memang lawak bro ..Berbalik kepada cerita Bersih 4.0 , kelak 29 Ogos nanti kita boleh tengok puak-puak chauvanis menunjukkan 'belang' mereka kononnya sebab nak selamatkan negara . Masa hari ni jugalah boleh tengok gelagat-gelagat puak pemakan babi jadi sawan .


Macam aku tulis dalam artikel yang lepas , nak sangat turunkan Najib tak payah berdemo Bersih bagai , buat cepat-cepat usul undi tak percaya dan dapatkan sokongan ahli parlimen . Penyokong kuat kumpulan LGBT dan kuat memperlekehkan kumpulan yang mempertahankan kalimah Allah, Marina Mahathir yang menjadi tulang belakang Bersih 4.0 sekarang dilihat lebih bersemangat mempromosikan perhimpunan haram kali ini , mungkin dah dapat 'green light' daripada ayahanda . Tapi itu lah macam ada orang pernah kata ... kalau dah terdesak dengan syaitan pun boleh jadi geng.  Bayangkan si bapak punyalah dok balun Soros, si anak pulak boleh join perhimpunan yang dapat dana dari Soros ! Nasib badan lah dah berbintikan Mahathir ... senang dapat populariti, buat duit dan nama.


Wednesday, August 26, 2015

JOM SOKONG KEMPEN UNDI TAK PERCAYA TERHADAP NAJIB !

Bila Parlimen bersidang nanti pasti ramai yang tertunggu-tunggu untuk mendengar usul undi tak percaya terhadap Najib dibuat . Kalau tanya aku samada setuju untuk usul undi tak percaya tu dibuat? Maka aku akan kata setuju . Teringin aku nak tengok berapa ramai ahli parlimen pembangkang dan berapa ramai ahli parlimen BN yang menyokong usul undi tak percaya tu .


Katakan lah ... orang yang dah buat usul undi tak percaya tu berjaya dapat sokongan sejumlah ahli parlimen BN dan ahli parlimen pembangkang untuk tolak Najib sebagai PM Malaysia . Apa yang akan berlaku lepas tu ? Dari apa yang aku faham lah , setelah dapat persetujuan kolektif antara ahli parlimen pembangkang dan BN , maka seorang Perdana Menteri akan dilantik dengan persetujuan semua.

Walaupun dah dipersetujui majoriti pakatan pengkhianat ahli parlimen BN dan pembangkang, Perdana Menteri baru yang dilantik kenalah mendapat perkenan yang diPertuan Agong ... mana boleh senang-senang take over deyyy ... kena ada procedure .

"Artikel 43 [1] memberi kuasa kepada Yang Dipertuan Agong untuk melantik Perdana Menteri yang pada pertimbangan Baginda mewakili keyakinan majoriti anggota Dewan Rakyat. "

"Artikel 43 [4] memberi kuasa kepada Perdana Menteri untuk membubarkan kabinet beliau sekiranya dia tidak lagi mewakili keyakinan majoriti anggota Dewan Rakyat."

Persoalan yang timbul sekarang ialah sehingga mendapat perkenan Yang Dipertuan Agong , PM Najib Razak tetap seorang PM sehingga ada pengganti mutlak . Dalam tempoh mendapat perkenan Agong , aku tertanya samada bolehkah Najib bubarkan parlimen dan mengadakan Pilihanraya Umum ke-14 secara mengejut ?? Jeng .. jeng .. jengggg .

Katakan usul bubar parlimen dan lantik Perdana Menteri baru datang serentak ? Yang mana satu akan dilaksanakan? Di sebelah pihak Pakatan Rakyat terutama DAP, tentu depa lebih suka parlimen dibubarkan disebabkan keyakinan yang tinggi dengan sokongan rakyat terhadap mereka. Buat apa nak kongsi kuasa dengan pembelot-pembelot dari BN sedangkan uols boleh mengketedarah kuasa ittew sendiri ? kannnnn ??

Sekiranya itu berlaku, yang akan terkena getah ialah pembelot-pembelot di kalangan ahli parlimen BN yang bersekongkol dengan pembangkang. Walaupun Najib bukan lagi PM, depa kena ingat Najib masih lagi Presiden UMNO dan Barisan Nasional dan punyai hak untuk tentukan calon2 pilihanraya umum ke-14 . Adakah Najib akan memilih semula ahli parlimen belot itu tadi untuk menjadi calon ? Tepuk dada tanya selera . Dan adakah calon-calon yang belot tadi akan dipilih pembangkang untuk jadi calon mewakili parti mereka ? Kah kah kah ... Malam sikittttt

Panjang lagi cerita dan kemungkinan-kemungkinan yang boleh berlaku sekiranya senario atas berlaku. Banyak perkara-perkara tersirat akan dijelmakan sekiranya ia berlaku dan mungkin boleh membuka kembali mata rakyat atau ahli UMNO yang selama ni dah dibutakan dengan pelbagai dakyah. Jadi perlu ke usul undi tak percaya di parlimen nanti terhadap Najib ? Aku kata please go ahead and i can't wait to see the outcome .... TOLONG CEPATKAN YA !

Monday, August 24, 2015

BERSIH 4.0 Medan Untuk DAP Pamer Kekuatan

BERSIH 4.0 .. khabar angin mengatakan kononnya ada dikalangan ahli UMNO yang bersemangat nak menyertai perhimpunan haram ini , bersepakat dengan proksi dajal semata-mata untuk menjatuhkan Najib . PAS pun sudah berpatah arang dengan kumpulan BERSIH ni disebabkan tunjang kumpulan demonstran haram itu kini adalah DAP , musuh ketat PAS .


Ahli-ahli PAS bersama-sama dengan Unit Amal mereka yang selama ini menjadi penggerak mana-mana demonstrasi haram sebelum ini dilihat hampir pasti tidak menyertai perhimpunan haram itu. Timbul persoalan kini samada ahli UMNO yang tidak sehaluan dengan Najib akan menggantikan peranan PAS sebagai macai perhimpunan BERSIH ?

Cerita sebegini mungkin sebenarnya ditimbulkan oleh kumpulan pro-paganda BERSIH itu sendiri . Terdesak mencari 'keldai-keldai' baru semasa perhimpunan haram nanti , ahli-ahli UMNO yang tidak sehaluan dengan Najib dilihat sebagai calon bala tentera BERSIH yang paling ideal . Maka dalam tempoh yang tinggal beberapa hari saja lagi sebelum perhimpunan diadakan , kumpulan pro-paganda BERSIH mula menjalankan kegiatan memancing.

'Perang Terbuka' dalam UMNO kini dijadikan asas untuk musuh-musuh UMNO menjadi batu api. Kenyataan-kenyataan bodoh, membodek dan mendewa-dewakan pemimpin masing-masing dalam perang saudara ini dijadikan bahan lawak oleh DAP untuk membodohkan pemimpin UMNO dan ahli yang lebih sudu dari kuah. Lim Kit Siang dalam artikel terbaru yang dikeluarkan beliau melabelkan UMNO sebagai "United Moron National Organisation" .

Wahai ahli-ahli UMNO yang sibuk bertelagah dan nak menjatuhkan sesama sendiri ... cuba Google translate maksud 'moron' dan pandang sekejap kat cermin. Nak menegur pemimpin sendiri biarlah berpada-pada , sama juga kalau nak membodek pun biarlah berpada-pada . Kalau ter'over' sudah... maka rakyat akan mengiyakan apa yang dinyatakan Kit Siang itu , samada pro-Najib atau anti-Najib tak dapat apa-apa untung sebab kedua-duanya bawa nama UMNO , akhirnya kebodohan ini akan diterjemahkan kepada ucapan "sayonara".

Apa keadaan sekalipun, perhimpunan BERSIH 4.0 akan tetap dijalankan pada 29/30 Ogos ini , Najib dijemput untuk memberikan ucapan penjelasan kepada perserta . Mungkin itu taktik penganjur BERSIH nak tarik lebih ramai 'crowd' , al-maklum lah cuti panjang...mungkin bimbang ramai tak hadir jadi macam-macam propa di buat. BERSIH 4.0 boleh dikatakan perhimpunan untuk DAP menunjukkan kuasa , DAP ialah parti politik yang paling untung dalam keadaan sekarang... PKR dah sendu, PAS dah keluar dari pakatan. Betul atau tidak kenyataan ni, boleh tengok nanti masa hari pehimpunan bangsa mana yang paling ramai ..

Tuesday, August 18, 2015

Umpan Zahid Mengena ?

Tun Mahathir dalam kenyataan beliau semalam menyatakan PM, Najib Razak tak mungkin boleh diturunkan melalui undi tidak percaya di Parlimen . Menurut Tun Mahathir, ini amat sukar memandangkan semua anggota Umno dilihat berhutang kepadanya. Dan pembangkang pula tidak mempunyai cukup anggota untuk meluluskan usul itu.


Kenyataan yang dibuat Tun Mahathir tu mungkin adalah respon kepada pendedahan Timbalan Perdana Menteri yang baru , Zahid Hamidi mengenai wujud usaha dari seorang pemimpin UMNO yang merancang untuk berkomplot dengan ahli-ahli Parlimen tertentu mengusulkan undi tidak percaya terhadap kepimpinan Perdana Menteri .

Kenyataan yang dibuat Zahid itu menyebabkan ramai pemimpin-pemimpin UMNO yang sebelum ini dilihat vokal terhadap Najib menafikan pembabitan mereka dalam rancangan itu . Zahid bijak bermain psikologi apabila secara terbuka menyatakan pemimpin UMNO "berkenaan" yang mahu menjatuhkan Najib melalui usul tidak percaya di Parlimen akan berjumpa pemimpin negara itu di Seri Perdana pada pukul 6 petang.

Semasa aku mula-mula baca kenyataan yang dibuat Zahid tu , aku dah boleh agak itu hanyalah "umpan" untuk ahli-ahli parlimen yang benar-benar mempunyai niat menjatuhkan Najib menggelupur. Sementara menunggu tempoh pukul 6 petang yang dikatakan Zahid itu, tak mustahil reaksi ahli-ahli Parlimen UMNO yang dijangka terlibat dipantau . Samada mereka ni macam cacing kepanasan atau tidak. Pasti menggelabah sebab bimbang nama-nama mereka akan didedahkan semasa "pemimpin UMNO" berkenaan berjumpa Najib pada pukul 6 petang.

Jadi selepas tempoh pukul 6 petang tu berakhir, maka Zahid yang juga Menteri KDN mungkin mendapat jawapan yang dimahukan beliau melalui teknik "umpan" ini. Siapa yang termakan umpan, iaitu yang menggelabah tak tentu pasal, akan kekal dalam list yang mempunyai kebarangkalian tinggi untuk tikam belakang atau sanggup berkomplot dengan pembangkang semata-mata untuk jatuhkan PM.

Satu je aku nak cakap kat sini, aku setuju dengan apa yang Tun nyatakan di atas , memang Najib sukar dijatuhkan melalui proses undi tak percaya, sebab rata-rata ahli parlimen BN sedar kalau bergabung dengan pembangkang untuk turunkan PM , pasti dah berebut-rebut di antara BN dan PR menyusun jawatan di Putrajaya . Takkan lah DAP dan PKR tak nak apa-apa habuan kot ? Paling kurang pun jadi menteri di beberapa Kementerian . Masa tu nak tau juga, orang-orang UMNO/BN yang berkomplot sanggup ke lepaskan jawatan untuk bagi laluan rakan komplot dari PR ?

Friday, August 14, 2015

Ringgit Malaysia Jatuh , Sejauh Mana Kita Terkesan ?

Nilai RM merosot berbanding USD ... ramai yang naik gelabah, bimbang krisis 1998 semasa di bawah pentadbiran Tun Mahathir berulang kembali . Mana tidaknya , masa krisis 1998 banyak syarikat gulung tikar , ramai usahawan yang sayonara, ramai orang kaya jatuh miskin . Al-maklumlah urus niaga eksport import juta-juta masa tu dibuat dalam USD . 

Memang ramai yang tersungkur masa tu ... sebagai pelajar universiti pada ketika tu, aku tak terasa sangat bahang kemerosotan ringgit yang teruk masa tahun 1998 . Harga makanan dan keperluan lain-lain kat cafe sama je, dapat biasiswa/study loan student2 ni dok berebut beli handphone .. tak silap aku zaman tu tengah popular Nokia pisang kot, yang kaki motor sibuk cari Yamaha RXZ ...




Cuma pada masa tu aku masih ingat, kawan2 yang dah buat kursus persediaan nak 'fly' ke 'oversea' di bawah tajaan kerajaan terpaksa lupakan niat diaorang . Ada yang masuk tempat aku belajar , ada yang pi kat UNITEN, IMU, Taylor's , MMU dan lain-lain tempat lagi la . Masa tu jelas nampak kekecewaan di wajah masing2, tapi diaorang pasrah sebab faham kerajaan dah tak mampu sebab kos makin bertambah bila nilai RM ditambatkan dengan USD. 

Apa yang cuba aku sampaikan ialah selagi kita berada dalam negara, impak kejatuhan RM ni kurang dirasakan . Yang paling terkesan ialah mereka yang berbisnes menggunakan USD . Kalau stok kena ambil dari luar dan dijual pula dalam negara memanglah parah tapi kalau mereka guna stok dalam negara dan jual ke luar dengan menggunakan nilai USD , bayangkan keuntungan yang akan mereka peroleh sekarang ? 


Pengusaha industri2 kecil sederhana tempatan yang dah berjaya memasarkan produk mereka ke luar negara pada ketika ini dengan menggunakan transaksi USD mungkin mendapat keuntungan yang lebih tinggi sekarang . Dalam erti kata mudah, IKS ni peroleh bahan tempatan untuk produk dalam nilai RM tetapi jual semula ke luar negara dalam USD.  Selain itu, ada juga rakyat tempatan yang berkhidmat dengan syarikat-syarikat antarabangsa yang membayar gaji pekerja dalam USD.

Kesan negatif penurunan nilai RM ini akan dirasai oleh mereka yang kerap keluar negara . Kalau dah kerap ke luar negara , kategori marhein yang manakah golongan ini ? Syarikat-syarikat tempatan yang menggunakan sumber luar atau tenaga kerja luar dan membayar gaji dalam USD juga turut terkesan. Mereka yang gemar membeli barang-barang online dari luar negara pun mungkin akan merasakan kesan negatif ini, berapa ramai di kalangan kategori marhein selalu beli barang luar negara?

Andaian yang mengatakan pelabur luar akan lari kalau RM jatuh teruk ? Pelik juga andaian ni ... sebab secara logik , sekiranya nilai matawang pelabur lebih besar dari nilai matawang negara yang dilabur , secara tak langsung beli kelebihan pada yang melabur . Dari sumber tenaga manusia saja pelabur itu mampu menggaji lebih ramai pekerja tempatan, sumber-sumber bahan mentah tempatan yang lain juga akan dilihat lebih murah.

Walau bagaimanapun, bukanlah aku nak kata nilai RM jatuh ni bagus .. keburukkannya ialah keterbatasan negara kita untuk 'berinteraksi' secara global . Kegiatan import akan terhad, sekiranya membabitkan USD .  Namun di peringkat marhein, yang bukan orang 'ado-ado' , yang tak pi oversea, yang melepak warung kopi, kedai mamak, tak buat bisnes import .... macam aku ni, kejatuhan nilai RM setakat ni takdelah aku rasakan . Serious .... sama macam krisis 98 dulu.

Tuesday, August 11, 2015

Singapore Larang Pemimpin Bawa Isteri ?

Semalam punya posting...ada macai2 masih tak puas hati, tanya itu ini...malas nak google, malas nak analisa. 



Sumber depa fitnah dari Malaysiakini, FMT dan Facebook2 ummah aljobori. 

Depa tanya kat aku, kenapa Rosmah je mengada-ngada ikut Najib dalam majlis sambutan kemerdekaan Singapura tu. 



Mana isteri2 pemimpin negara lain, Rosmah itu dan Rosmah ini. Adehh takkan benda ni punya jawapan gua nak payung lagi?

Ni abe nak share sikit..

Gambar di bawah ini menjawab pembohongan mereka. Selain Datuk Najib beberapa PM lain turut membawa isteri masing2. Antaranya PM New Zealand, John Key. PM Vietnam Nguyen Tan Dung dan Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla yang turut membawa isteri bersama. Kehadiran mereka pasangan suami isteri adalah atas jemputan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Singapura. 



Gambar 3 : Barisan bawah paling hujung berbaju kuning, PM New Zealand dan isteri. 


Gambar 4: Isteri PM Vietnam dan disebelah kanan suaminya. 

Gambar 5 : Naib Presiden Indonesia dan isterinya.

Monday, August 10, 2015

Pengadu Domba dalam UMNO menuntut ilmu RBA

Sedikit perkongsian bagi menjawab fitnah  yg ditimbulkan penghasad dengki dan pengadu domba di media sosial.



Isu majlis di singapore : 

Persoalan yg dibangkitkan di media sosial

1. Kenapa pm malaysia bawa isteri ? 

Kerana jemputan yg dikeluarkan oleh kerjaan singpore adalah berdua. Ketua negara dan isteri. 

Soal nak bawa tak bawa tak timbul. Kerana jemputannya berdua. Sebagaimana org jemput kita pergi kenduri. Jika jemputannya utk kita dan isteri, maka tak salah kita bawa isteri. Jika jemputannya utk kita sekeluarga, maka kita blh bawa isteri dan anak2 bersama. Yg akan jadi susah dan pelik bila org hanya jemput kita shj, tapi kita punggah habis anak beranak pergi. 



2. Kenapa datin seri rosmah berjalan di depan pm ?

Ianya berkaitan soal tempat duduk yg disediakan atau disusun atur oleh tuan rumah. Dlm hal ini kerajaan singapore sebagai penganjur meletak datin seri disebelah kanan PM. Sudah tentu utk memasuki tempat duduk yg disusun begitu datin seri perlu masuk terlebih dahulu. Setiap majlis ada adat dan protokol. Tak kan bila sampai ditempat duduk baru PM dan isteri nak berpusing atau langkah melangkah utk tukar tempat duduk.


So fikir-fikirkan la sebelum nak jadi pengadu domba dan tukang fitnah, jangan pulak menggeletis pusing2 cerita 1mdb dan derma pulak. keh keh keh 

Friday, August 7, 2015

Pemimpin UMNO 'kecewa' mahu berganding tangan dengan DAP ?

Bila sesebuah institusi tu dah bergoyang, bila berlaku perpecahan, bila wujud berpuak-puak, bila wujud batu api dan pelbagai lagi elemen pemecah belah . Maka akan mudah lah pihak musuh buat kerja mereka . Pihak musuh tak payah bersusah payah buat kerja, depa cuma perlu tambah kayu api lagi untuk menyemarakkan perpecahan . Kalau dulu depa kata orang itu ini 'syaitan' dan 'iblis', hari ini depa boleh berkawan dengan syaitan dan iblis tu untuk meranapkan terus keseluruhan institusi 'syaitan' dan 'iblis' tu.


Jangan lupa bagaimana aljuburi, mat sabu dan pelbagai malaon dari DAP, PKR dan PAS pernah menggelar Tun Mahathir sebagai Mahafiraun , selepas Tun letak jawatan gelaran Mahafiraun tu terus melekat . Cerita pasal skandal , rasuah dan macam-macam lagi masa zaman Tun jadi PM diulang-ulang dalam setiap ceramah. Tak cukup dengan itu, ada pihak-pihak tertentu mengupah penulis dari luar negara untuk menjatuhkan kredibiliti Tun. Serangan demi serangan terus dibuat oleh beberapa pemimpin pembangkang untuk menunjukkan Tun ni korum, zalim, kuku besi dan macam-macam lagi.


Musuh Tun Mahathir yang paling utama tak lain tak  bukan, chauvanis agung DAP, Lim Kit Siang. Mungkin dah jadi musuh sejak masing-masing masih setahun jagung dalam arena politik. Bila berdepan jumpa, muka ada sunyum ... belakang di kasi taruk kaw kaw . Cuma keadaan sekarang dah lain sikit, Lim Kit Siang dah nampak harapan untuk menjahanamkan UMNO dengan cara paling hina sekali , hina sampai ke lubang jamban . Cara untuk UMNO jahanam dengan hina dina sekali ialah apabila dari ahli bawak ke pemimpin bercakaran sesama sendiri, malah lebih buruk lagi percakaran adalah disebabkan 'api' yang di bagi oleh pihak lawan.

Tak cukup dengan itu, sikap hipokrit maha-agung pemimpin pembangkang terserlah bila mereka bersoladiriti dengan SPRM yang satu ketika dahulu dibantai dengan teruk sekali . Jangan lupa kes Teoh Beng Hock , bagaimana SPRM di 'babi' kan mereka . Segala pakar luar negara diheret untuk justifikasi kes berkenaan . Tak cukup dengan itu , Suruhanjaya Diraja pulak dibentuk katanya untuk keadilan bagi Teoh Beng Hock , sekarang orang yang mereka 'babi' kan itu dijadikan rakan sekutu . Kata lah selepas semua ini selesai , adakah si bangsat-bangsat ini akan berhenti begitu saja ? Jangan terkejut , selepas ini akan ada drama 'tikam-menikam' di kalangan yang menjadi batu api sekarang.



Tuesday, August 4, 2015

Lu Mau Komplen , Lu Pakai Duit Lu Sendiri Masa Kempen La #jilake !

Semalam ... semalam ialah Hari Hipokrit Malaysia , terutama di kalangan ahli-ahli parti politik . Baik di kalangan ahli politik BN atau pembangkang . Masing-masing menggelupur dan berlumba update status pasal RM2.6 biliyun ittew . Masing-masing sibuk buat 'troll' RM2.6 biliyun seolah-olah derma untuk kelangsungan parti politik adalah satu perkara baru di Malaysia . Ramai yang tanya "awat sampai RM2.6 biliyun....." .


Aku tanya balik , selama ni hangpa tau ka berapa taikun-taikun dalam negara dok derma kat parti politik dalam negara ni ? Memang sapa pun tak tau berapa jumlah duit yang masuk untuk derma politik selama ni. Macam aku tulis semalam , dah ada usaha ke arah deklarasi sumbangan untuk kelangsungan politik , tapi babi-babi DAP tolak cadangan tu bimbang towkey-towkey yang selama ni dapat projek dari UMNO kantoi .

Ok cerita pasal derma satu hal , cerita pasal berbangang-bangangan UMNO yang tak sedar dek untung melahap sebahagian dari duit sumbangan politik RM2.6 biliyun semasa kempen pilihanraya yang lalu satu cerita pulak . Yang best nya #jilake yang banyak komplen pasal RM2.6 biliyun ni pun melahap sama duit biliyun berkenaan tapi kalah pulak dalam DUN atu Parlimen yang diwakili beliau.

Tumpang tanya ciket , #jilake Cheras milik BN ke pembangkang ? Duit yang diterima untuk kempen orang bagi hangpa melahap je , peduli apa duit datang dari mana, macam mana susah Presiden parti cari asal lu orang tak pakai duit lu orang sendiri . Tiba masa , lu orang senang-senang komplen . Macam haramjadah punya attitude , lu mau komplen lu pakai duit lu sendiri masa kempen la #jilake .

Sebenarnya aku silap bila kata semalam Hari Hipokrit Malaysia , check balik twitter, FB yang berdegar-degar dan melebih-lebihnya orang UMNO sendiri , patut aku tulis Hari Hipokrit UMNO ...entah lah sebab terlalu bodoh ke atau sebab nak bajet suci . Kalau korang perasan lah, dah keluar isu RM2.6 biliyun ni pemimpin-pemimpin pembangkang cool down, buat statement 'play safe' , 'pre-empt' nak divert issue .

Yang terover nya ialah orang UMNO sendiri yang selama ni masa kempen TAK TAU depa dok telan duit political funding . Nak harap duit yuran ahli setahun RM3 ringgit tu ? Sorang ahli UMNO RM3 , kalau 3 juta ahli bayar tiap-tiap tahun baru RM9 juta , kalau 5 tahun sementara nak tunggu PRU , baru dapat kumpul RM45 juta ....banyak tu nak buat modal PRU ??

Monday, August 3, 2015

To "Beydak" Or Not To "Beydak"

Sebelum ni penulis ada kata nak cerita pasal "political funding" ni , belum sempat keluar artikel tup-tup MP Kota Belud Datuk Rahman Dahlan dan buat penjelasan panjang lebar . Beberapa perkara penting yang dijelaskan oleh Rahman Dahlan antaranya ialah telah ada usaha oleh Najib sendiri mengusulkan supaya sumber kewangan parti politik diisytiharkan , namun usaha Najib ni dapat tentangan terutama dari parti DAP . Alasan DAP ialah depa takut kalau diisytiharkan secara terbuka maka towkey2 talam dua muka yang makan kiri-kanan akan terserlah kehipokrasian mereka.


Siapa towkey2 yang biayai "political funding" DAP itu tak lah kita tahu , tapi apa yang lebih utama towkey2 ni tak mau identiti mereka diketahui . Sebab apa towkey2 ni tak mau identiti mereka diketahui ? Mudah je ... sebabnya mereka ada kepentingan projek2 yang diperoleh dari kerajaan . Kalau kerajaan dapat tau towkey2 ni kasi duit sama pembangkang untuk pergerakan politik mereka , maka kemungkinan besar takde lagi projek untuk towkey2 ni. Selama ni aku rasa-lah , towkey2 ni kiri kana depa makan , kat sebelah parti kerajaan mungkin depa ada bagi fund juga dan sebelah pembangkang pun ada fund juga .. semua ni "investment" maaa . We talking about business


https://www.facebook.com/rahmandahlan.my/posts/702199159911697?fref=nf&pnref=story

Ok .. berbalik kepada jangkaan Tun Mahathir yang kononnya sumber kewangan yang dikatakan masuk dalam bank account Presiden UMNO tu adalah untuk membiayai pilihanraya . Sekiranya betul dakwaan berkenaan, wang berkenaan dah di BEYDAK-BEYDAK pada seluruh parti komponen BN untuk bergerak dalam pilihanraya . Wakil UMNO/BN dah tentu dapat bahagian berkenaan seterusnya bergerak untuk memastikan kemenangan calon di kawasan masing-masing . Jadi pemimpin-pemimpin yang berkokok mempersoalkan sumber kewangan ini tak terfikirkah samada mereka boleh berada di tempat yang mereka ada sekarang ? Hangpa pakai duit sendiri ka masa kempen pilihanraya itu hari ? Orang tanya pulak ... habis tu kalau betul kenapa masuk akaun Presiden (kalau betullah kan?) , senang cerita memang dah ada peruntukkan dalam UMNO untuk Presiden pegang sumber dana atas nama beliau .

Macam mana boleh ada undang2 Presiden UMNO boleh pegang dana atas nama beliau sendiri ? Itu hang kena tanya orang yang wujudkan undang2 tu . Ingat lagi zaman UMNO di-HARAMKAN , kalau dah di haramkan , macam mana status dana parti itu ? Takkan lah tiba-tiba UMNO baru didaftarkan boleh terus "take over" dana UMNO yang diharamkan tu ? Jadi untuk elak pisang berbuah dua kali , mungkin undang-undang Presiden boleh jadi pemegang amanah dana tu diwujudkan . Penulis pelik betul, ramai pemimpin2 atasan dan veteran UMNO macam buat-buat tak nampak sejarah ni atau saja-saja buat tak nampak sebab memang ada niat lain ? Macam ni lah , kita faham sesetengah orang akan ambil kesempatan dalam sesuatu keadaan tu nak jadi "popular" daripada cuba memahami dan mengkaji perkara-perkara tersirat . Macam penulis kata depa mungkin dah faham cuma depa ambik kesempatan sebab orang lain atau rakyat marhein ni tak berapa nak faham .